Blogger templates

Showing posts with label iPhone. Show all posts
Showing posts with label iPhone. Show all posts

Jan 20, 2013

iPhone 5 Review / Ulasan iPhone 5

Sebelum ni (dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/12/maxis-iphone-5-launch-pelancaran-maxis.html) i dah story dekat korang betapa frustrated nya i nak dapatkan iPhone 5 dengan Maxis. Haishhh... serius i rasa macam nak cekik-cekik je Maxis ni tau. Sekarang ni pulak line Maxis meng'gila' takde 3G dekat area office i (huhuhu... dah tak boleh nak bergossip dekat Whatsapp secara rancak. Nyampah!) Kadang-kadang tu muncul perkataan no service dekat handphone i tak pasal-pasal. Dahla tu, bila i buat complain, staf Maxis siap boleh perli-perli i lagik dan kata, "lagipun masalah takde line ni cuma bila puan dekat area office je kan?" Automatik i terus terasa macam minum sirap. "Excuse me, memanglah masalah takde line ni cuma bila i dekat area office, you cuba kira berapa lama waktu kerja i dekat office ni? Lagipun i ni sekarang bukannya duduk dalam kampung ke atau dekat hutan." (Hambik kau!) Terus terkebil-kebil staf Maxis bila dengar jawapan i (eh-eh... macam boleh nampak je dekat telefon kan? Hehehe...) Nasib badanlah noks... siapa suruh bagi statement didihan membara. Dah namanya customer, always right jelah memanjang. Kih-kih-kih... Alhamdulilah, berkat complain i yang tahap super hot (gitu...), Maxis beri diskaun untuk bil telefon i sepanjang 3 bulan akan datang. Siaplah... habis 3 bulan, kalau takde perubahan, i buatlah complain lagik. Opss...

Eh... ni macam dah tergelincir jauh dari landasan tajuk dekat atas ni (tengok, ni semua Maxis punya pasal!) Actually, i nak cerita dekat korang, kekecewaan i untuk dapatkan iPhone 5 dah terubat dah pun. Sebab apa? Sebab apa? (Hehehe... saje je buat soalan nada kepoh cam gitu kan?) Bersempena dengan harijadi i yang baru je berlalu penghujung bulan Disember 2012, hubby i dengan comelnya hadiahkan i iPhone 5 (yeay, macih cayang! He always know how to make me smile. Eceh!) Rupa-rupanya dalam diam-diam hubby susah-payah booking dua iPhone 5 through website Apple Store (satu untuk dia, satu lagik untuk i).

Walaupun surprise dia kurang menjadi sebab iPhone 5 sampai lewat dari harijadi i (dan i sendiri dah tahu pasal kemunculan iPhone 5 ni nanti. Hahaha! Nampak sangat dah tak suspen dah...) Ditambah pulak dengan kesilapan dekat pihak DHL tertukar slip sewaktu delivery waktu kita orang dekat kampung (mak aihh... banyak betul dugaannya). Maka, tepat pada tarikh 27 Disember 2012 (Khamis), iPhone 5 akhirnya berada dalam genggaman i (ewah!) Tapi iPhone 5 ni tak boleh berfungsi lagik sebab kita orang kena tukar dulu simcard Maxis kepada nano simcard (Maxis caj harga RM25.00 untuk tukar nano simcard. Maxis ni sikit-sikit nak caj duit orang. Mana tak buat i berkira. Heh!)

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan? Apa yang best nya pasal produk Apple ni especially berkaitan dengan iPhone. Ikutkan i dah jadi pengguna iPhone semenjak dari kemunculan iPhone 3G lagik. Kemudian i upgrade kepada iPhone 4 dan kini bersama-sama iPhone 5 (alhamdulilah... bersyukur sangat). Sebagai seorang yang sukakan teknologi dan gadget / gajet. I cukup bergantung dengan telefon mudah alih pintar yang boleh browse internet secara pantas, boleh receive dan reply emel secara serentak untuk 3 akaun emel yang i ada (termasuk emel office), aplikasi yang membantu i untuk menyimpan macam-macam info kerja atau nota peribadi seperti Dropbox, Timetable, Diary, Reminders, Notes, Dictionary dan IFiles. Malah melalui aplikasi ni jugak, i boleh berkongsi / sharing info dengan orang lain. Untuk aplikasi Islamic pulak, ianya memudahkan i untuk tahu arah kiblat dan waktu solat. Aplikasi Quran untuk bacaan ayat suci Al-Quran. Nak skodeng kawan-kawan i, i boleh buka aplikasi Facebook, Twitter, Instagram, Foursquare, Foodspotting dan Tunerfish. Sessi chatting atau bergossip dengan kawan-kawan boleh dilakukan dengan jayanya melalui aplikasi Whatsapp dan Line. Dan paling best, ialah part camera yang ada pada iPhone. Boring-boring boleh buat camwhore duck face (boo wek... hehehe). Ambil macam-macam gambar untuk update blog. Bila ada masa free, boleh draft sikit-sikit entry dengan aplikasi Blogger atau BlogPress (blogger lah katakan). Dan buat editing photo dengan berpuluh-puluh aplikasi photo editor yang ada dalam iPhone (senang sangat... tak payah guna komputer lagik). Agak-agak nak download lagu banyak-banyak, install je aplikasi Free Video. Hah... jadi, korang boleh nampak kan? Betapa pentingnya iPhone dalam kehidupan harian i. Tak kiralah samada untuk kerja, kehidupan peribadi, bersosial dan waktu terluang. Yang penting kena pandai bahagikan masa untuk semua ni. Kalau tak, naya jadinya! Hehehe...


iPhone 5 Review / Ulasan iPhone 5

I cuma boleh review / ulasan perbandingan iPhone 5 dengan iPhone 4 atau iPhone 4s je. Kalau sesiapa yang tanya perbandingan antara iPhone 5 dengan Samsung. Errr... jawapan i, kalau nak best, cuba beli iPhone 5 confirm tak pandang lain (eh! Hehehe....) Gurau je. Tak kisahlah apa-apa handphone pun janji korang happy (ye tak?)

1. Ringan, nipis dan pantas! Yes, memang tak dinafikan tiba-tiba i rasa pelik sebab selama ni pegang iPhone 4 kuat-kuat sebab takut terlepas dari tangan. Tapi bila pakai iPhone 5, sampaikan vibrate pun i tak rasa sebab ringan sangat.
2. Bila slide page laju tak hingat. Sama jugak bila taip mesej atau browse internet. Zupzupzup je! Suka!
3. Siri (intelligent assistant yang membantu korang untuk menanyakan soalan secara terus) untuk Bahasa Malaysia takde lagik. Masalahnya bila i bercakap dalam Bahasa Inggeris, dia kurang recognize Bahasa Inggeris i yang slang London ni (hampeh! Hahaha...) Anyway benda ni kurang penting sangat untuk i buat sementara waktu. So, takdelah kisah sangat.
4. Skrin iPhone 5 bersaiz 4 inci, berpaparan retina (retina display) dan super vibrant. Memang terbaik! Seronok sangat terutama sekali bila i ambil gambar, tengok Youtube dan browse internet. Semuanya nampak jelas dan terang. HD gitu...
5. Ada peningkatan dari segi kamera iPhone 5 berbanding kamera iPhone 4 yang i pakai sebelum ni. 40% lagik pantas untuk tangkap gambar, kurang noise pada gambar dan gambar jugak lagik elok walaupun dalam cahaya yang rendah (contoh gambar : boleh tengok gambar terakhir dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2013/01/hari-orientasi-tahun-1.html). Lepas tu boleh buat gambar panorama up to 28 megapixels (wahhh!! Syok gila!)
6. Sambungan / connector dari USB port ke iPhone 5 lebih kecil (nama dia ialah Lightning connector) dan korang tak perlu risau mana atas atau bawah sebelum nak sambungkan ke iPhone 5. Dua-dua bahagian boleh je cucuk.
7. Untuk lain-lain perbezaan dan peningkatan / improvement iPhone 5, apa kata korang check dekat sini ---> http://www.apple.com/iphone/features/. Hehehe... i dah tak larat nak cerita banyak-banyak (sorry...) Kesimpulannya iPhone 5 memang awesome!


iPhone 4 untuk Dijual

Ada berita baik untuk korang yang teringin nak pakai iPhone. I nak jual iPhone 4 (milik i dan hubby, meaning ada dua iPhone lah). Berapa harganya?? Jeng-jeng-jeng kepada sesiapa yang berminat, korang tunggu entry i selepas ni k. Atau boleh je emel i dekat reena_onn@yahoo.co.uk. Mana tahu, siapa tanya dulu, mungkin dia berpeluang dapat beli dulu sebelum orang lain (wahhh... gitu...)

Kemaskini / Update Terbaru : Entry iPhone 4 For Sale / iPhone 4 Untuk Dijual dah ada. Silalah menuju ke sini ---> http://www.reenaonline.com/2013/01/iphone-4-for-sale-iphone-4-untuk-dijual.html


Jangan tersilap pulak, gambar iPhone 5 dekat bawah ni belum lagi untuk dijual ye. Untuk tatapan semata-mata. Hehehe...






p/s : Ada sesiapa yang pakai iPhone tak? Boleh share apa-apa applikasi yang menarik yang biasa korang guna.

Dec 17, 2012

Waterproof iPhone Case / Bekas iPhone Kalis Air

Apakah musuh utama kepada barangan gadget korang especially untuk handphone canggih korang? (Walaweh killer question lah sangat bila ada perkataan musuh tu kan? Kehkehkeh). Sah-sah i dah letakkan hint tajuk untuk entri ni berkaitan dengan waterproof / kalis air. Kalau tak dapat agak lagi jawapan untuk killer question i tadi, memang sah korang ni kuat berangan (eh?! Tihihi... gurau je tau). So, jawapan yang tepat lagi sahih semestinyalah AIR. Yelahhh... cuba bayangkan kalau handphone korang tenggelam ke dasar tandas (euwww.... tutup hidung) atau pun terjatuh ke dalam longkang waktu buat photoshoot alam sekitar semata-mata nak publish dalam instagram (alahaiii... nehi... nehi...) atau pun lagi best, korang tergelincir dalam swimming pool bersama handphone dekat poket seluar lepas bergurau-senda main tolak-tolak (alaa... yang macam dalam movie tu). Jangankan nak menangis sambil dendang lagu, waktu tu sampai terkedu perasaan. Kiranya frust bercinta kena tinggal awek tu pun lagi small matter daripada hilangnya handphone (wah... dahsyatnya!).

Jadi, dah kesat hingus dan air mata korang tu. Toksah sedih-sedih lagi. Hari ni i nak perkenalkan dekat korang satu benda yang cukup penting untuk protect / melindungi bukan setakat handphone kesayangan korang sahaja tapi pelbagai alatan gajet digital korang yang lain iaitu Digital Equipment Waterproof Case jenama DiCAPac keluaran dari negara Korea (nak tahu lebih lanjut, boleh klik pada link untuk laman web / website DiCAPac ---> http://www.dicapac.com/main.asp).

Memandangkan i adalah pengguna iPhone jadi hari ni i akan review dan tunjukkan gambar Waterproof iPhone Case DiCAPac milik i dan hubby. Ada 6 warna pilihan sebenarnya yang boleh korang pilih seperti warna biru, pink, hijau, putih, hitam dan kuning. Untuk i dan hubby, kami pilih warna pink dan biru (kalau sebut warna pink tu mestilah untuk i kan, takkanlah untuk hubby i pulak hehehe...) Untuk pengetahuan korang Waterproof iPhone Case ni i tak beli directly daripada laman web DiCAPac tapi daripada laman web ShaShinKi (yang merupakan kedai kamera online terbesar di Malaysia dan paling dipercayai untuk peminat-peminat gadget) pada harga RM85.00 untuk satu Waterproof iPhone Case DiCAPac. Menariknya untuk setiap pembelian RM50.00 ke atas, ShaShinKi akan memberikan perkhidmatan pos secara PERCUMA (yeay!)

KENAPA TAK BELI DEKAT LAMAN WEB DICAPAC JE?
Sebab utama mestilah i tak sanggup nak melebihkan duit untuk pembayaran delivery cost yang berkemungkinan berganda dan penghantaran yang mengambil masa lama untuk tiba ke rumah i (haishhh... tak kose den...)

Macam mana pun sebelum korang teruskan niat untuk membeli barangan DiCAPac, i cadangkan korang periksa pautan / link ni dulu ---> http://www.dicapacmalaysia.com/where-to-buy/. Link ni merupakan nama-nama kedai yang tersenarai dalam Authorised Dealer / Pembekal Yang Diiktiraf bagi barangan keluaran DiCAPac di Malaysia, di mana untuk setiap barangan DiCAPac korang akan memperolehi one to one exchange warranty selama setahun. Bukan apa, ini mengelakkan korang dari tertipu beli barangan fake / palsu yang belum tentu terjamin dari segi kualitinya.


CIRI-CIRI MENARIK WATERPROOF IPHONE CASE DARI JENAMA DICAPAC

1. Terbukti berkesan walaupun berada jauh ke dasar air melebihi 10 meter dalam (so far i tak pernah cuba lagik)
2. Super Clear Lens, membolehkan pengguna mengambil gambar dengan terang dan jelas melalui Waterproof iPhone Case DiCAPac (setuju sangat!)
3. Apabila menggunakan Waterproof iPhone Case DiCAPac, membuat / menerima panggilan boleh dilakukan seperti biasa (yup, betul! Loud and clear gitu)
4. Terjamin selamat dengan adanya waterproof zipper dan Roll & Velcro (walaupun macam kurang yakin mula-mula tu, tapi berapa kali humban iPhone masuk dalam laut (tawakal habis!) takde sikit pun air yang boleh tembus dalam Waterproof iPhone Case DiCAPac (perghh... hebatnya!))
5. DiCAPac telah diuji dengan 8 gred level kalis air / waterproof oleh JIS (Japan Industrial Standards) (wow!!)





Sebelum gunakan handphone sebenar untuk tujuan pengujian, sebagai langkah keselamatan kita gunakan tisu dulu.
See!!! Tak basah pun tisu itu. Hebatkan?

p/s : Lepas ni mungkin i nak beli produk DiCAPac untuk kamera Nikon D5100. Boleh ambil gambar sambil lepak dalam bot laju (ecehhh!)

Dec 15, 2012

Maxis iPhone 5 Launch / Pelancaran Maxis iPhone 5

I merupakan antara huge fan (kipas besar ke? Hehehe...) barangan Macintosh atau Mac. Jadi bersempena dengan jemputan dari Maxis bagi event untuk pelancaran pertama iPhone 5 pada 13 Disember 2012 (Khamis) bertempat di Capsquare Centre. I dengan excitednya nak hadiri event tersebut. Maklumlah event dari Maxis yang merupakan rangkaian terbesar komunikasi dekat Malaysia ni. Mestilah happening kan? Dah tu yang bestnya, i dan hubby sama-sama dapat emel jemputan dari Maxis (weehoo!) siapalah tak teruja.

Alamat penuh event Maxis iPhone 5 Launch :

PIKOM ICT MALL CAPSQUARE
Ground Floor, Capsquare Centre
7, Persiaran Capsquare
50100 Kuala Lumpur

Koordinat GPS : 3.154807, 101.699991

Walaubagaimanapun, situasi perenggan pertama dekat atas ni tak menggambarkan kisah sebenar yang terjadi dan yang paling hampagasnya bukan seindah yang disangkakan pun kawan-kawan (aik??!!) Hahaha... mesti ada antara korang yang dah tunjuk muka confused. Launch event iPhone 5 tak best langsung??!! Biar betul??!! Memang betul kawan-kawan. Truthly, madly, deeply! (fuhhh... urut dada).

Mengikut dari apa yang diperkatakan dekat jemputan emel yang i terima, event iPhone 5 akan berlangsung pada pukul 9:00 malam pada tarikh 13 Disember 2012 (Khamis) dan i boleh tentukan sendiri waktu dan tarikh bagi pengambilan iPhone 5 (pick-up date) dari senarai yang diberikan. Bermula dari terimanya emel Maxis ni, i dah rasa cukup happy. Melambung-lambung jugaklah pujian i berikan dekat Maxis, betapa Maxis betul-betul menghargai pelanggannya (sorry Maxis i tarik balik kata-kata i ini). Lagipun i juga merupakan salah seorang ahli Maxis One Club. For sure lah, i anggap maybe ini antara kelebihan menjadi pelanggan Maxis (kelebihanlah sangat eh?).

Memandangkan i dan hubby dah sepakat, untuk pilih pick-up date iPhone 5 kami pada 14 Disember 2012 (Jumaat) bermula dari pukul 6:00 petang hingga 9:00 malam (bergantung dari availability... Pulak dah...) Jadi i rasa tentu takde masalah kalau i saja-saja nak join acara pelancaran Maxis iPhone 5 pada 13 Disember 2012 (Khamis). Mana tahu dapat free gift ke, jumpa retis ke, lagipun sambil tu boleh update cerita-cerita menarik untuk korang sepanjang berada dekat launch event.

Tepat pukul 7:30 malam, i dan hubby keluar dari pejabat menuju ke Capsquare Centre. Banyak masa lagi, fikir i dalam hati. Event tu pun start pukul 9:00 malam. Sementara tu, bolehlah i ronda-ronda dalam Capsquare Centre cari makanan untuk makan malam. Setibanya kita orang di Capsquare Centre, i tengok ada satu khemah besar warna putih Maxis yang tersergam dekat luar perkarangan Ground Floor, Capsquare Centre. Yang tak syoknya i tengok dah ada orang siap beratur lagi dekat situ. Eh, kata tadi event iPhone 5 launch start pukul 9:00 malam, habis tu walaupun dapat invitation takkanlah sampai kena beratur jugak kot. Hati i dah mula muncul perasaan tak best. Terbantut idea makan malam i, nak tak nak i pun sama-sama beratur dengan orang yang dah mula ramai dekat situ (haishhh...) Sambil-sambil tu i pujuk hati, agaknya manalah tahukan Maxis buat surprise boleh beli iPhone 5 cepat-cepat.

Perut dah mula buat konsert, i terpacak dekat situ dah dekat sejam tapi setakat ni i baru je buat 8 langkah ke hadapan (kerja gila betul!) Berkali-kali jugak i minta hubby jenguk apa sebenarnya yang ada dekat dalam khemah Maxis tu. I perasan ada antara orang-orang dekat situ yang carry beg kertas Maxis. Tapi i dan orang-orang lain (yang kononnya dapat invitation ni!) jangankan dapat beg kertas, takde sorang pun orang-orang Maxis yang explain bagaimana acara ni berjalan. Paling haru, lebih kurang pukul 9:10 malam (lepas hubby belikan i hot chocolate dari Starbuck bila dia tengok muka i dah pucat lesi beratur), barulah kita orang ditawarkan oleh Maxis makanan seperti donut bergula, buah epal dan minuman dalam cup kecil (sedey betul i dengan event Maxis!) Oh, by the way kalau korang nak tahu, orang-orang yang carry beg kertas tu rupanya dari corporate invitation. Invitation biasa-biasa macam kita orang yang beratur ni tak dilayan (ish-ish-ish hinanya terasa!)

Lepas tu, keluarlah radio announcer (juruhebah radio) dari Era fm, My fm dan Hitz fm untuk menggamat suasana (yang sedia kaku). Bila sampainya giliran i masuk ke dalam khemah Maxis, i dah rasa sedikit lega. Rupanya di bahagian dalam khemah ini, ada disediakan lebih kurang 6 kaunter pendaftaran (6 kaunter aje??!! patutlah kura-kura pun lagi laju). Kita orang dikehendaki mendaftar terus  dekat sini. Fuhhh... harap-harap mana tahu, iPhone 5 yang i buat confirmation untuk pick-up date pada 14 Disember pukul 6:00 petang boleh terus reserved siap-siap nanti. At least taklah putih mata besok. Selepas selesai pendaftaran di kaunter hadapan, kita orang diminta untuk masuk ke dalam dan isikan borang Maxis bagi tujuan pengesahan pelan Maxis baru. Lepas selesai isi form, kita orang pun terima nano sim card yang baru. Wahhh!! one step closer sebelum dapat iPhone 5 gitu! 

I ingatkan perasaan tension i akan berakhir lepas dapat nano sim card. Bolehlah i balik rumah ke, besok datang sini balik ambil iPhone 5. Rupa-rupanya silap sama sekali korang. Kita orang dikehendaki beratur sekali lagi (dalam khemah yang cuma ada air-cond box jenis bergerak dan cramp dengan orang ramai). Then kena tunggu sehingga pukul 12:00 tengah malam untuk dapatkan iPhone 5. Hah??!! Apa guna Maxis buat selection pick-up date kalau i kena juga bersesak dengan macam-macam bau orang, dah tu tunggu hampir dua jam lagi dengan perut yang dah masuk angin dan kepala macam nak pitam. Bila ajukan soalan dekat personnel Maxis yang ada dekat situ pasal selection pick-up date yang diberikan. Takde siapa pun boleh jawab soalan kita orang. Paling best, dia orang boleh kata, kalau i keluar dari queue malam ni jugak belum pasti i akan dapat iPhone 5 pada besok hari. Hmmm... biarlah tak dapat iPhone 5 sekali pun, daripada attending event Maxis yang macam #$%^#@%. Serius i takkan pergi lagi.

Bertambah haru-biru, sewaktu perjalanan balik ke rumah (pukul 10:40 malam) tiba-tiba i dapat sms dari Maxis mengatakan pelan Maxis i dah bertukar kepada pelan baru. Hah, elok sangat lah servis Maxis, iPhone 5 tak dapat lagi, i dah kena commit untuk contract plan baru. Sudahnya besok 14 Disember 2012, i terpaksa datang semula ke Capsquare Centre perbetulkan semula kepada pelan lama. Nasib baiklah waktu i datang ke sini, i jumpa dengan personnel Maxis yang betul-betul bekerja untuk bantu customer (terima kasih kepada Encik anonymous dan Mr Eng). Jadi masalah i dapat diselesaikan tak sampai pun 30 minit. Kecewanya, iPhone 5 32GB yang i nak, dah selamat sold out pada pukul 11:40 pagi (huhuhu.... takde rezeki).

Anyway, untuk sesiapa yang dah beli iPhone 5, i nak ucapkan tahniah untuk korang! Nampaknya i lambat lagilah nak melaram dengan iPhone 5 (huwaaa!!!)





Kiri : Corporate Invitation, Kanan : Invitation orang biasa-biasa

Retis!!!
Tak dapat iPhone 5 tapi dapat bergambar je. Huhuhu...

Orang-orang ni semua tengah tunggu untuk dapat iPhone 5. Untunglah!

Pengesahan hanya tinggal pengesahan.

p/s : Tengah survey nak beli iPhone 5 pakai Celcom (dah kecewa dengan Maxis).

Mar 11, 2012

Download IOS Version 5.1 / Muat Turun IOS Versi 5.1

Sempena dengan pelancaran iPad 3 (iPad generasi 3 yang terbaru) pada 8hb Mac 2011 (waktu Malaysia), kini terdapat software update (kemaskini perisian) version 5.1 untuk kesemua produk keluaran Apple terutama sekali untuk iPhone, iPad dan iPod Touch. Untuk sesiapa yang masih kekalkan ke'original'an gadget Apple mereka, korang boleh muat turun (download) versi 5.1 tanpa rasa ragu-ragu melalui perisian iTune korang di komputer. Manakala untuk korang yang dah buat jailbreak pada iPhone / iPad / iPod Touch masing-masing kenalah fikir 2, 3 kali sebab lepas download versi terbaru ni segala aplikasi percuma (yang sepatutnya kena bayar melalui pembelian dekat Apps Store) akan hilang. Lebih kurang macam re-format komputer korang balik lah.

I tahu kebanyakan korang mesti ada masalahkan, nak download version 5.1 ni? Sebab terlampau ramai sangat manusia (satu dunia) yang berlumba-lumba nak pastikan versi pada iPhone / iPad / iPod Touch menjadi versi yang paling latest (terbaru). Masa untuk download version 5.1 pada iTune yang sepatutnya hanya memakan masa lebih kurang 60 minit sahaja bertambah menjadi berjam-jam. Ada sesetengahnya tu, loading pada komputer langsung tak bergerak gara-gara kesesakan trafik internet (dah mengalahkan traffic jam dekat Kuala Lumpurlah pulak).

Macam mana pun jangan risau, i ada jalan penyelesaian untuk korang semua supaya iPhone / iPad / iPod Touch korang dapat mendownload versi 5.1 dengan pantas dan tak dianggap sebagai ketinggalan zaman (outdated). Tapi disebabkan i merupakan Macintosh / Mac User (pengguna Macintosh) dan bukan Window User. Instruction / arahan yang dapat i berikan ialah berdasarkan komputer i (sorry korang) tapi untuk sesiapa yang guna selain daripada komputer jenama Apple (macam brand Dell, HP, Sony dan lain-lain lagi), i rasa tak banyak bezanya pun. Janji korang fahamkan betul-betul cara yang i gunakan ni ok?

Mula-mula pastikan iTune korang telah dikemaskini (update) pada version terbaru iaitu iTune 10.6.
Kemudian korang pergi ke SYSTEM PREFERENCES,
klik pada NETWORK dan klik pada bahagian ADVANCED seperti dalam gambar di bawah.


Klik pada DNS,
Copy / salin nombor yang terdapat pada DNS Servers sebagai tujuan back-up. Yelah mana tahu, tiba-tiba waktu nak download untuk iPhone, server korang buat masalahlah pulak (adehhh... tak ke nyesal nanti).
TUKAR NOMBOR PADA DNS SERVERS KORANG YANG ASAL kepada nombor ini ---> 8.8.8.8




Tekan OK dan sambungkan iPhone / iPad / iPod Touch pada USB cable terus kepada komputer korang untuk memulakan operasi memuat turun version 5.1.

Untuk memastikan iPhone / iPad / iPod Touch korang dapat dimuat turun secara smooth (lancar). I cadangkan korang picit perkataan Download Only apabila paparan pada iTune menunjukkan pilihan antara CANCEL / DOWNLOAD ONLY / DOWNLOAD and UPDATE. Setelah selesai mendownload keseluruhan version 5.1 pada komputer korang, barulah korang UPDATE NEW VERSION pada iPhone / iPad / iPod Touch korang (yeay!)



Apa ciri-ciri baru yang best pada IOS version 5.1 ni? 

1. Kini terdapat sokongan untuk Bahasa Jepun bagi Siri;
2. Gambar kini boleh dipadamkan terus melalui Photo Stream;
3. Ikon Kamera kini sentiasa kelihatan pada Kunci Skrin untuk iPhone 4S, iPhone 4, iPhone 3GS dan iPod (generasi ke-4);
4. Pengesanan muka (face detection) pada aplikasi kamera membolehkan semua muka dapat dikesan sewaktu mengambil gambar;
5. Applikasi Kamera yang direka semula untuk iPad;
6. Audio pada iPad kini mempunyai bunyi yang lebih kuat dan jelas;

Dan untuk mengetahui ciri-ciri lain pada IOS version 5.1, korang boleh rujuk di sini ---> http://www.macupdate.com/app/mac/28341/apple-ios


p/s : Fuhhh... 2 jam baru habis download untuk iPhone dan iPad (setiap satu ambil masa 60 minit). Streamyx langsung tak membantu walaupun dah upgrade jadi 2GB (hampehh...)