Blogger templates

Showing posts with label Jadual Berbuka dan Imsak. Show all posts
Showing posts with label Jadual Berbuka dan Imsak. Show all posts

Jul 22, 2012

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012

Nampaknya hari ni selesai dah hari kedua kita berpuasakan? 29 hari tolak 2 hari maksudnya ada lagi 27 hari nak raya (eceh-ceh-ceh, raya pulak yang disibuknya. Hehehe). Yelahkan, cuba tanya dekat sesiapa je siapa yang tak teruja nak sambut hari raya. Apa pun diharap sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, kita sama-sama dapat kumpul pahala berlipat ganda (amin...). Lagipun semua syaitan-syaitan durjana dah kena ikat. Yang tinggal nak lawan cuma godaan nafsu diri sendiri je (ish-ish-ish). Impian i sempena bulan Ramadhan tahun ni, nak cuba khatam Al-Quran sehingga tiba penghujung Syawal (insya-Allah).

Sempena besok (hari Isnin) merupakan hari pertama bekerja di dalam bulan Puasa. Mungkin ada antara korang yang nak tahu bilakah masuknya waktu imsak dan berbuka puasa untuk kawasan masing-masing kan? Jadi dengan adanya jadual dekat bawah ni, takdelah korang kelam-kabut terkejar-kejar nak berbuka puasa. Agak-agak ada yang kena berbuka puasa dalam kereta, dah boleh bersiap sedia awal-awal.

Alhamdulilah, sepanjang bulan puasa tahun 2012, Big Boss (Pengarah Urusan) tempat i kerja dengan baik hatinya bagi kami pulang pukul 4:30 petang berbanding tahun lepas (2011) pukul 5:00 petang. Waktu ni, hari-hari i berbuka sambil pegang sudip gara-gara kelam-kabut nak sediakan juadah berbuka. Haishhh... pitam. Jadi i harap, kejadian macam ni dapat dikurangkan pada bulan Ramadhan tahun ini. Hehehe...

Dekat bawah ni, jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk kawasan Selangor Zon 2. Siapa tinggal satu kawasan dengan i, bolehlah kita berbuka puasa sama-sama.



Dan yang ini pulak ialah Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1433 H / 2012 untuk seluruh Malaysia. Klik mengikut kawasan masing-masing ok.

BIL
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2JOHOR
3PERAK
4SARAWAK
5SABAH
6TERENGGANU
7KELANTAN
8SELANGOR
9PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13NEGERI SEMBILAN
14KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG


sumber : Jakim


p/s : Tak tahulah kenapa tapi i selalu rasa double happy bila tiba bulan Ramadhan. Besarnya nikmat bulan Ramadhan kan?

Aug 2, 2011

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M

Hari ni masuk hari ke-dua Umat Islam dekat Malaysia berpuasa.
Meaning lagik 28hari lagik nak raya! *hehe~ke situ pulak dia*.
Untuk hari pertama berpuasa tahun ni, aku rasa pecah rekod habis sebab apa?
Sebab terbabas tidur nak bangun sahur *adehhh~*
Sedar-sedar je dengar suara azan Subuh dah bergema dah, nasiblah dah niat dari malam tadi.
Jadi bila dekat opis aku kenalah kurangkan bercakap, berjalan dengan bekerja *ehh~ada kurang ke keje aku?*
Lagik bertambah terseksa bila opis aku bagi balik untuk bulan puasa ni pukul 5:00pm.
Serius memang kena simpan energy berlebihan.
Sebab bila balik nanti nak bersilat masak untuk berbuka pulak.

Dekat bawah ni, jadual imsak dan berbuka untuk kawasan aku.
So, sesape yang duduk area-area sini, boleh geng dengan aku buka puasa sesame.
Tapi kat rumah masing-masinglah *hehe*.

Sesape yang tak geng/area dengan aku jangan kecik ati,
korang boleh print Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa ni dekat link bawah.

p/s: selamat berbuka puasa semua, jangan terbabas makan waktu sahur nanti.