Blogger templates

Showing posts with label Korean Drama. Show all posts
Showing posts with label Korean Drama. Show all posts

May 9, 2012

Sinopsis You're Beautiful / He's Beautiful

Sekarang ni i tengah habiskan cerita Korea, My Princess. Entahlah, i tak pasti samada cerita ni, cerita baru ke atau cerita lama (takpe nanti i check info dekat internet) tapi disebabkan hero dan heroinnya comel-comel belaka (penting ni! Tihihi) jadi automatik membangkitkanlah semangat untuk terus tengok dan tengok lagi . Memandangkan i baru je mula tengok 3 episod jadi tak boleh nak cerita dekat korang lagik sinopsis / jalan cerita My Princess ni. Setakat ni apa yang i nampak ialah kecomelan, kesweetan, kekelakaran dan sangat-sangat dicadangkan untuk korang join sama-sama tengok dengan i.

Macam mana pun apa yang i nak ceritakan dekat sini pasal cerita Korea yang lain, cerita You're Beautiful (atau tajuk lainnya ialah He's Beautiful). Cerita ni i baru habis tengok hujung tahun lepas. Makan masa 2 bulan jugaklah nak khatam cerita ni. Apataknya semua cerita-cerita Korea ni, kalau korang nak tahu i cuma dapat curi masa untuk tengok pun bila tiba waktu lunch dan 20 minit lepas habis waktu kerja. Tu pun sebelum hubby i buat panggilan ready untuk balik. Kalau nak copy untuk bawak balik rumah, jawabnya memang confirm terperam terus dalam komputer i. Sebab apa? Sebab dekat rumah ada hero dengan heroin yang i nak kena layan drama dorang pulak. Hehehe...

Macam biasa untuk korang yang sukakan elemen-elemen comel, sweet, kelakar dan yang penting sekumpulan hero-hero yang handsome (kofkofkof) hehehe... Korang kena tengok cerita ni. Untuk lelaki yang suka berfesyen dan takde idea nak buat fesyen apa untuk rambut dan pakaian pun boleh jugak tengok cerita ni. Tapi sorry sangat-sangat i rasa macam tak minat je tengok gaya lelaki macam gini kalau dalam real life (Tak macho langsung hokeh. Kihkihkih).


Tolong jangan buat rambut leper macam gini boleh tak? :P

Ni lah heronya Hwang Tae Kyung a.k.a Jang Geun Suk

Agak-agak kalau korang dah tak tahu cerita Korea apa lagik yang best untuk penuhkan koleksi korang. Ini adalah salah satu contoh cerita siri drama Korea yang best.

Sinopsis You're Beautiful / He's Beautiful

Kisahnya bermula bila Go Mi Nyu yang sedang menjalani latihan untuk menjadi sister di gereja didatangi oleh Pengurus Go Mi Nam yang meminta beliau untuk menggantikan tempat abangnya di dalam kumpulan A.N.JELL (atau sebutannya ANGEL). Go Mi Nam merupakan abang kembar kepada Go Mi Nyu tetapi mengalami kemalangan sehingga perlukan pembedahan segera di luar negara. Pada mulanya, Go Mi Nyu menolak permintaan Pengurus Go Mi Nam tetapi kemudiannya bersetuju apabila memikirkan ini adalah salah satu cara untuk beliau mencari ibunya semula yang dah terpisah sejak dulu lagi.

Dengan berpakaian lelaki dan menyamar sebagai Go Mi Nam, Go Mi Nyu terpaksa melalui kehidupan dengan kumpulan A.N.JELL yang terdiri daripada Hwang Tae Kyung (watak ni dilakonkan oleh Jang Geun Suk, i minat dengan dia sejak tengok filem Baby and I), Kang Shin Woo dan Jeremy. Pada mulanya, Hwang Tae Kyung tidak suka dengan kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu kerana menganggap Go Mi Nam / Go Mi Nyu menyusahkan dirinya. Berlainan dengan Kang Shin Woo yang menerima baik kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu, begitu juga dengan Jeremy.

Keadaan bertambah sukar bila Hwang Tae Kyung mengetahui rahsia penyamaran Go Mi Nam / Go Mi Nyu dan menggugut untuk mendedahkannya. Kemudian, munculnya Yoo He Yi, seorang pelakon 'jahat' yang turut mengesyaki Go Mi Nam ialah seorang perempuan. Salah seorang anggota A.N.JELL iaitu Kang Shin Woo juga telah menyedari dari awal lagi bahawa Go Mi Nam adalah seorang perempuan tetapi mengambil langkah untuk menyimpan perasaan beliau.

Memandangkan cuma Hwang Tae Kyung sahaja yang mengetahui identiti sebenar Go Mi Nam, Go Mi Nam lebih selesa menceritakan pelbagai perkara dan menghabiskan masa dengan Hwang Tae Kyung. Walaupun hakikat sebenar Hwang Tae Kyung ni jenis garang dan tak suka dengan perempuan. Gangguan daripada Yoo He Yi, menyebabkan Hwang Tae Kyung selalu melindungi Go Mi Nam. Tujuannya hanyalah untuk menjaga nama baik A.N.JELL dan album yang akan dikeluarkan nanti. Tetapi lama kelamaan mereka menjadi rapat. Dalam pada rapat tu, Hwang Tae Kyung tetap keras hati tak nak mengaku yang dia sebenarnya sukakan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Konflik demi konflik berlaku dalam hidup Hwang Tae Kyung dan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Sikap Hwang Tae Kyung yang 'kasar' dan tak endahkan perasaan Go Mi Nam / Go Mi Nyu menyebabkan Go Mi Nam keluar dari kumpulan tu selepas Go Mi Nam yang sebenar pulang ke Korea.

Hwang Tae Kyung yang baru menyedari perasaan cintanya terhadap Go Mi Nyu terasa bersalah dan mula mencari Go Mi Nyu. Akhirnya mereka pun luahkan perasaan masing-masing (eceh!) Senang cakap kisah percintaan dorang ni, macam main tarik tali. Kejap nak, kejap tak nak. Geram je tengok (eh-eh emosi pulak. Hehehe...) Apa-apa hal soundtrack lagu dalam cerita ni pun sedap-sedap semua.


p/s : Sorry korang, tak sempat nak buat blogwalking dan jawab soalan korang semalam. Insya-Allah malam ni kita settlekan ok. 사랑해 (sarang hae) <--- pergi cari apa makna ni? Hehehe...

Feb 8, 2010

Boys Over Flower


Rase-rasenya.... korang penah tak nengok muke-muke si kacak & si tantek kat atas nih.
Kalo sesape yang ngajen layan cite korea & jepun kompom kenal dorang nih. Actually cite BOYS OVER FLOWER nih baru je abes tayangan kat channel 8TV dari kol 8:30pm - 9.30pm tapi yang tak beshnye dekat channel 8TV tuh dia dah aleh bahase ke bahasa Mandarin *uishhh... buat spoil mood je dengar sore dorang* especially kalo aku nak dengar sore si kacak GOO JOON PYO... *ahaks... gatai tau* Ikutkan cite nih sebenarnye berasal dari komik cite Jepun dan penah gak di dramakan dalam bahasa Chinese... Tak tau?? Ala... kalo aku cakap cite METEOR GARDEN edition Taiwan kompom korang tau kan?? Canepon si hero dalam METEOR GARDEN tuh tak dapat menandingi kekacakkan GOO JOON PYO *lagik...ekekeke* hero Korea nih... Siyesss... sampai tak kelip mata aku tengok cite nih tau...dah la cite nih besh, pastu hero-hero dia kacak....hohoho... credit untuk LEE MIN HO *nama sebenar hero BOYS OVER FLOWER* yang bikin cayak hati-hati pompuan yang tengok ngupe dia tuh... owhhh... Kalo tak caya, ape kate korang tengok pakai YOUTUBE dulu... cuba click sini ...Nih aku tengah kobar-kobar nak beli CD original cite nih taw...

Cite nih kisah budak sekolah yang kaya sebenarnye... kekayaan yang tahap melampaula... GOO JOON PYO dan 3 orang geng kacak dia tuh adalah golongan kaya dan sekolah yang dorang sekolah tuh milik GOO JOON PYO. Dorang berempat nih dikenali sebagai group F4. Sebab dorang nih orang kaya melampau, bebudak sekolah kat situ kenala hormat dekat dorang, lagipun yang sekolah kat situ cume budak-budak yang terpilih jela. Jadi dorang gunakan kelebihan nih tuk kenakan mane-mane budak yang dorang suke dan tak dengar cakap dorang. Dalam berempat tuh yang paling kerek tertinggi kompomla GOO JOON PYO... Sampaila satu hari tuh munculla GEUM JAN DI *heroin yang kiut-miut* dekat sekolah dorang. GEUM JAN DI nih anak orang biase-biase je, bapak dia nih ade kedai laundry tapi dioffer sekolah kat situ gara-gara satu insiden yang penah berlaku. Kononnye taknak nama sekolah tuh tercemar gara-gara insiden tuh, GEUM JAN DI diofferlah bersekolah orang kaya tuh. Masalahnye GEUM JAN DI nih kuat semangat orangnye, rajin melawan balik kalo ade benda-benda yang tak kena & tak reti putus asa lah walopun jadi target dibuli oleh GOO JOON PYO, so start dari situlah GOO JOON PYO tersyiok dengan cara GEUM JAN DI... Yelah selama nih, dia buli sesape, semua orang menurut perintah dia tapi dengan GEUM JAN DI nih, dia plak yang rase macam kalah. Nak tau more story kenalah tengok... takkan aku nak cite semua kot ye pon... haha...

Owh ya... yang paling besh tuh dalam cite nih, bekas bekpes GEUM JAN DI ade HELLO KITTY... pastu makanan yang dia makan semua kiut-miut...cayalah...

Meh layan 1st episode cite nih kat sini ~

ENJOY~~~