Blogger templates

May 9, 2012

Sinopsis You're Beautiful / He's Beautiful

Sekarang ni i tengah habiskan cerita Korea, My Princess. Entahlah, i tak pasti samada cerita ni, cerita baru ke atau cerita lama (takpe nanti i check info dekat internet) tapi disebabkan hero dan heroinnya comel-comel belaka (penting ni! Tihihi) jadi automatik membangkitkanlah semangat untuk terus tengok dan tengok lagi . Memandangkan i baru je mula tengok 3 episod jadi tak boleh nak cerita dekat korang lagik sinopsis / jalan cerita My Princess ni. Setakat ni apa yang i nampak ialah kecomelan, kesweetan, kekelakaran dan sangat-sangat dicadangkan untuk korang join sama-sama tengok dengan i.

Macam mana pun apa yang i nak ceritakan dekat sini pasal cerita Korea yang lain, cerita You're Beautiful (atau tajuk lainnya ialah He's Beautiful). Cerita ni i baru habis tengok hujung tahun lepas. Makan masa 2 bulan jugaklah nak khatam cerita ni. Apataknya semua cerita-cerita Korea ni, kalau korang nak tahu i cuma dapat curi masa untuk tengok pun bila tiba waktu lunch dan 20 minit lepas habis waktu kerja. Tu pun sebelum hubby i buat panggilan ready untuk balik. Kalau nak copy untuk bawak balik rumah, jawabnya memang confirm terperam terus dalam komputer i. Sebab apa? Sebab dekat rumah ada hero dengan heroin yang i nak kena layan drama dorang pulak. Hehehe...

Macam biasa untuk korang yang sukakan elemen-elemen comel, sweet, kelakar dan yang penting sekumpulan hero-hero yang handsome (kofkofkof) hehehe... Korang kena tengok cerita ni. Untuk lelaki yang suka berfesyen dan takde idea nak buat fesyen apa untuk rambut dan pakaian pun boleh jugak tengok cerita ni. Tapi sorry sangat-sangat i rasa macam tak minat je tengok gaya lelaki macam gini kalau dalam real life (Tak macho langsung hokeh. Kihkihkih).


Tolong jangan buat rambut leper macam gini boleh tak? :P

Ni lah heronya Hwang Tae Kyung a.k.a Jang Geun Suk

Agak-agak kalau korang dah tak tahu cerita Korea apa lagik yang best untuk penuhkan koleksi korang. Ini adalah salah satu contoh cerita siri drama Korea yang best.

Sinopsis You're Beautiful / He's Beautiful

Kisahnya bermula bila Go Mi Nyu yang sedang menjalani latihan untuk menjadi sister di gereja didatangi oleh Pengurus Go Mi Nam yang meminta beliau untuk menggantikan tempat abangnya di dalam kumpulan A.N.JELL (atau sebutannya ANGEL). Go Mi Nam merupakan abang kembar kepada Go Mi Nyu tetapi mengalami kemalangan sehingga perlukan pembedahan segera di luar negara. Pada mulanya, Go Mi Nyu menolak permintaan Pengurus Go Mi Nam tetapi kemudiannya bersetuju apabila memikirkan ini adalah salah satu cara untuk beliau mencari ibunya semula yang dah terpisah sejak dulu lagi.

Dengan berpakaian lelaki dan menyamar sebagai Go Mi Nam, Go Mi Nyu terpaksa melalui kehidupan dengan kumpulan A.N.JELL yang terdiri daripada Hwang Tae Kyung (watak ni dilakonkan oleh Jang Geun Suk, i minat dengan dia sejak tengok filem Baby and I), Kang Shin Woo dan Jeremy. Pada mulanya, Hwang Tae Kyung tidak suka dengan kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu kerana menganggap Go Mi Nam / Go Mi Nyu menyusahkan dirinya. Berlainan dengan Kang Shin Woo yang menerima baik kehadiran Go Mi Nam / Go Mi Nyu, begitu juga dengan Jeremy.

Keadaan bertambah sukar bila Hwang Tae Kyung mengetahui rahsia penyamaran Go Mi Nam / Go Mi Nyu dan menggugut untuk mendedahkannya. Kemudian, munculnya Yoo He Yi, seorang pelakon 'jahat' yang turut mengesyaki Go Mi Nam ialah seorang perempuan. Salah seorang anggota A.N.JELL iaitu Kang Shin Woo juga telah menyedari dari awal lagi bahawa Go Mi Nam adalah seorang perempuan tetapi mengambil langkah untuk menyimpan perasaan beliau.

Memandangkan cuma Hwang Tae Kyung sahaja yang mengetahui identiti sebenar Go Mi Nam, Go Mi Nam lebih selesa menceritakan pelbagai perkara dan menghabiskan masa dengan Hwang Tae Kyung. Walaupun hakikat sebenar Hwang Tae Kyung ni jenis garang dan tak suka dengan perempuan. Gangguan daripada Yoo He Yi, menyebabkan Hwang Tae Kyung selalu melindungi Go Mi Nam. Tujuannya hanyalah untuk menjaga nama baik A.N.JELL dan album yang akan dikeluarkan nanti. Tetapi lama kelamaan mereka menjadi rapat. Dalam pada rapat tu, Hwang Tae Kyung tetap keras hati tak nak mengaku yang dia sebenarnya sukakan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Konflik demi konflik berlaku dalam hidup Hwang Tae Kyung dan Go Mi Nam / Go Mi Nyu. Sikap Hwang Tae Kyung yang 'kasar' dan tak endahkan perasaan Go Mi Nam / Go Mi Nyu menyebabkan Go Mi Nam keluar dari kumpulan tu selepas Go Mi Nam yang sebenar pulang ke Korea.

Hwang Tae Kyung yang baru menyedari perasaan cintanya terhadap Go Mi Nyu terasa bersalah dan mula mencari Go Mi Nyu. Akhirnya mereka pun luahkan perasaan masing-masing (eceh!) Senang cakap kisah percintaan dorang ni, macam main tarik tali. Kejap nak, kejap tak nak. Geram je tengok (eh-eh emosi pulak. Hehehe...) Apa-apa hal soundtrack lagu dalam cerita ni pun sedap-sedap semua.


p/s : Sorry korang, tak sempat nak buat blogwalking dan jawab soalan korang semalam. Insya-Allah malam ni kita settlekan ok. 사랑해 (sarang hae) <--- pergi cari apa makna ni? Hehehe...

21 comments:

  1. beautifulnya. tp dh lama tak tgk cite korea kak. zaman2 winter sonata dulu jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eee.. kena try tengok Cha. Sekarang ni banyak best-best tau :)

      Delete
  2. dulu sebelum kawen selalu je tengok or layan cite korea tau reen..tapi bile dah kawen dah de anak....alahai memang tak sempat nak melayan cite korea nih..sedih betul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu Mun, sebab tu dapat curik-curik masa waktu lunch dekat opis je. Kalau tak, kompom terperam je dalam komputer :)

      Delete
  3. sy pun peminat cita korea gak cuma la ni ja x dak can nak dok melekat depan tv/laptop tgk cita korea macam dulu..dok layan cita Muhammad nan seorang tu ja..sy pnh tgk cita winter sonata, prince coffee, style, full house etc..la ni pun ada cita korea kat 8tv kol 8.30pm tu tp x dan tgk lg pun..bila mula tgk mmg nak follow ja la sampai habih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu Atie, cerita Korea ni macam addicted sikit. Kalau dah tengok, nak tengok lagik dan lagik... Tu yang malas nak tengok kalau dekat rumah. Jawabnya kang satu kerja pun tak bergerak. Hehehe...

      Delete
  4. dulu akak memang layan filem2 korea ni yang..tapi akak suka cite yang sedih2..seryess sampai sedu sedan dan bengkak2 mata..sampai terbawak2 waktu nak tido..parah betul..ada 2, 3 cerita yg akak tak pernah jemu2 layan kat maaduu.com..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... sampai penuh perasaan gitu ye kak? Hehehe... saya selalunya tengok yang tang cerita comel-comel je. Maaduu.com tu best eh kak? Bolehlah terjah situ kalau ada masa (kalaulah... hehehe) :)

      Delete
  5. dah lama x follow cte korea takut terlekatt..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... memang tulah yang ditakuti kan kak? :)

      Delete
  6. hantu korean drama jugak akak ni eh hehehe :D Layaaaaaannnn ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hantu sedang-sedang je Sarah. Hehehe....

      Delete
  7. hantu korean drama jugak akak ni eh hehehe :D Layaaaaaannnn ...

    ReplyDelete
  8. ahhhhh..this topic is soooooo me.

    aku habiskan citer you're beautiful ni seminggu je kot.sbb aku tunggu dia dah habis airing pastu donlod hbs episod.marathon la.hubby aku tgk bole aku tgk hero cute.ehehehe..oh jeremy..cute mcm candy.

    park shin hye(heroin) mmg cute.tmbah lagi hero adalah geun seuk.

    aku ada byk koleksi dan aku rasa sume best. kalau ko nak try stok cute cute try "Playful Kiss", "personal Taste (Lee Min Ho. ohh~~), "Heartstring" dan byk lagi. ni best jugak "Sungkyunkwan","Marry Stay Out All Night", "Lie To Me", "Coffee Prince" << citer lama tak lekang dek panas., hehhee..byk la. penuh koemn aku kang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh!! Kau memang best lah Hanie... Semua tajuk yang kau bagi ni, aku nak mintak tokan lanun DVD aku carikkan lah. Hehehe... Part cerita Lee Ming Ho tu mesti carik dulu! (aumm!!)

      Delete
  9. tak terlayan dah citer korea ni....takut addicted....me too bz sgt lately!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... kan... kan... kadang-kadang tu sambil buat kerja siap terberangan sekejap (eceh!) Bahaya-bahaya... Hehehe...

      Delete
  10. dah habes tengok !
    *bangga*
    wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha!!! Memang boleh nampak muka bangga tu Wana :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)