Blogger templates

Showing posts with label Maid. Show all posts
Showing posts with label Maid. Show all posts

Aug 20, 2008

Maid - Part Two

Seperti yang dijanjikan, aku continue story aku pasal maid-part two pulak.

Keesokan harinya, waktu aku pergi kerja. Aku perasan muka maid aku macam takut-takut aje dengan aku. Aku rasa dia macam dah dapat agak, yang jiran aku bercerita pasal dia. Tapi aku cuba juga layan dia macam biasa. Dalam hati tuhan ajelah yang tau waktu tu macam mana perasaan aku. Aku rasa macam nak ambil emergency leave (EL) aje sebab risaukan keadaan Danish tapi masalahnya boss aku tak suka mana-mana staf yang ambil EL hari Isnin. Nak tak nak aku bertawakal aje. Sepanjang hari di ofis, aku duduk gelisah tak tentu pasal. Nak buat kerja pun serba tak kena. Awal-awal pagi aku dah telefon ibu bercerita kisah maid aku. Memandangkan aku tak boleh ambil cuti sesuka hati, aku minta tolong ibu untuk datang tengok-tengokkan Danish. Nasib baik ibu bersetuju untuk datang petang ni jugak, kalau tak... terpaksa aku buka mulut pada boss aku bercerita pasal masalah aku ni (sebenarnya aku ni jenis yang kalau ada problem tak suka heboh-hebohkan dekat ofis, maklumlah ofis ku kan ke ofis semi-gomen. Tak sampai satu jam semua cerita ni boleh tersebar. Kalah internet tau). Lepas telefon ibu, aku telefon agent maid aku pulak (eee... ni lagi satu hamba Allah yang paling menyakitkan hati aku. Kalau aku ni polis dah lama aku sumbat dia masuk lokap, baru padan muka dia. Dahlah rembat duit aku RM 4,000 lebih, siap boleh buat-buat tak tahu pulak). Agent maid aku terkejut sangat bila dengar cerita aku tu (ceh... tah-tah lakonan aje. Kenapalah aku boleh tertipu. Benci!!! ) Dia siap kata kalau ikutkan agreement antara aku dengan dia, aku memang boleh tukar maid dalam tempoh 4 bulan. Tapi sekarang ni dia takde stok maid lagi. Sementara nak tunggu maid baru sampai, aku bolehlah lagi gunakan maid aku tuh sampai cukup tempoh 4 bulan. Bila dah dengar penjelasan agent maid aku tu, aku rasa legalah sikit (lega untuk waktu tu ajelah). Cuma yang tak leganya kena tengok lagi muka si hampeh tu dekat rumah aku (yakss...). Tepat pukul 5:30 pm aku dan hubby bergegas balik ke rumah. Mungkin sebab sampai awal di rumah, so barulah aku tahu the reality apa yang dia buat sebelum aku balik. Amboi... dengan senang hatinya maid aku melepak tengok sinetron di televisyen sambil anak aku duduk main sorang-sorang. Bila dia nampak kehadiran aku, taklah maid aku ni serta-merta bangun tapi dia buat muka selamba macam aku ni tak wujud sambil terus melayan sinetron. Aku diam menyabarkan diri aje (eish... macam tak percaya aku boleh ada sifat sesabar macam tu).

Malam tu seperti yang dijanjikan, ibu dan ayah aku tiba. Kurang sikit tekanan kepala aku ni. Kalau tak macam orang bercinta. Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena. Aku ingat nak confront dengan maid aku malam ni tapi tak jadi. Takpelah besok masih ada.

So malam besoknya, lepas makan malam. Aku tunggu masa yang sesuai (Siap kau! Aku nak basuh cukup-cukup malam ni). Aku nak dengar sendiri dari mulut maid aku, apa yang dia nak perkatakan. Bukan apa, aku tak suka juga dengar dari mulut orang ni. Better dengar dari semua pihak. Bukanlah aku tak percayakan jiran aku, saje... nak bikin gempak sikit dekat maid aku tu. Yelah... madu aku beri, racun yang dia balas (cis!!) Aku terus panggil maid aku duduk di ruang tamu. Tahu apa jawapannya, "saya mahu solat dulu bu". Macam tahu-tahu aje nak kena marah (rupa-rupanya ni taktik dia aje selama ni yang diajar oleh agent maid aku. Patutlah setiap kali aku nak buka mulut nak say something mesti dia akan kata dia nak solat dulu. Konon-kononnya boleh lembutkan hati aku yang terbakarlah) So, takpelah aku tunggu lagik. Habis bersolat, aku terus panggil dan tanya maid aku tu, dia solat apa? Dengan confidentnya dia jawab solat Asar. Hah!! Ternganga aku dengar, ke aku salah dengar. Aku tanya sekali lagi dan jawapan yang sama aku terima. Solat Asar apanya, sekarang ni dah masuk waktu Isyak. Aku yang tak puas hati ni, terus lagi bertanya, "cuba baca fatihah, ibu nak dengar". "astagfirullahal azzim", dia menjawab. Aik! Dia ni pekak ke apa. Soalan yang sama aku tanyakan sekali lagi dan itu juga jawapan yang dia berikan pada aku. Tiba-tiba aku dah rasa something wrong dekat sini. "Hei... kau ni Islam ke apa?", darah aku mendidih tiba-tiba. Sambil tu sempat aku minta hubby aku ambilkan Al-Quran (aku tak bermaksud nak main-mainkan Al-Quran tapi i want the truth right now. This person is such of jerk). Dengan muka ala-ala bodoh, dia kata, "ya, saya islam". Habis kalau islam baca surah Al-Fatihah yang basic dalam sembahyang pun tak tahu macam mana tu. Apa ayat yang dia baca waktu sembahyang, tak ke pelik. "Cuba kau mengucap", aku bertanya lagi. Dah hilang rasa respect aku dekat dia (orang macam ni tak payah respect pun takpe - tak guna langsung), daripada aku bahasakan diri aku ni ibu, terus bertukar jadi aku. Dan daripada aku bahasakan diri dia tu awak, terus jadi kau. Pada pendapat aku, kalau betul-betul islam at least dia tahulah mengucap (manalah tahu islam pada nama aje). Tapi dia diam seribu bahasa. "Kau dengar ke tak, apa yang aku cakap", aku macam dah hilang sabar dengan manusia depan aku ni. "astagfirullahal azzim", sekali lagi ayat yang pernah dia gunakan diperdengarkan dekat aku. Dia ni betul-betul dah mempermain-mainkan aku ni. Dia ingat suka-suka hati boleh main-mainkan islam. Yang aku tak boleh terima, siap pakai tudung dengan sembahyang tu. "Kalau kau betul-betul islam, kau ambil Al-Quran ni, kau junjung dan kata dekat depan aku yang kau tu islam". Al-Quran yang aku hulurkan pada dia sekali dicampak aje ke tepi kaki dia. Amboi, ni sudah lebih ni, macam nak menangis aku dibuatnya. Sanggup dia buat macam tu. Ibu aku yang dari tadi diam, tak semena-mena terus bersuara, "Al-Quran ni kitab suci untuk orang islam. Ibu betul-betul tak sangka dengan perangai kau ni. Ibu ingat, ibu dengan anak ibu layan kau elok-elok, kau boleh balas kita orang macam ni. Agaknya sepanjang anak ibu takde, apa agaknya yang kau dah buat dekat Danish". Malam tu memang jadi hangat, sehangat-hangatnya. Daripada aku nak dengar dari mulut dia betul ke dia nak lari dan tinggalkan Danish sorang-sorang dekat rumah terus dapat tahu perkara lain yang diluar jangkauan aku. Rupa-rupanya dia memang bukan islam selama ni. Sebelum dia tiba di Malaysia, dia diajar macam mana nak baca ayat-ayat tertentu, siap dia tunjukkan dekat aku lagi buku yang disalin. Jadi selama ni yang masakkan family aku ni orang *****(hampeh!!) Lepas tu, dia tetap tak mengaku yang dia nak lari dari sini, siap cakap dengan aku lagi, "kalau saya mahu lari, dah lama saya lari". Tapi dalam tak mengaku nak lari tu, dia siap cakap lagi. Dia rasa tak sesuai kerja sebagai maid ni. Amboi! Habis kau jadi maid dan masuk ke dalam Malaysia ni sebagai tiket nak tukar kerja lain. Kau tak tahu ke berapa banyak duit aku melabur semata-mata nak dapatkan kau. Senang-senang aje dia boleh cakap macam tu. Aku ingat dengan bagi makan, minum dan tempat berteduh ni, dia hargailah sikit kehidupan susah dia dekat In****s** tu. Tapi jadi tak sedar diri pulak.

Keesokan harinya walaupun sakit hati dengan apa yang berlaku semalam, aku still lagi rasa tanggungjawab hantar dia balik ke rumah agent maid aku tu (ikutkan hati yang menyampah ni, nak aje aku campak dia dekat mana-mana - biar padan dengan muka dia. Tapi masalahnya aku bukan orang yang macam tu. Biarlah seburuk mana pun orang buat dekat aku, aku cuba juga kawal perasaan aku ni. Aku harap tuhan ajelah yang balas perbuatan dia tu). Sampai di rumah agent dan mengenangkan aku tak nak duit RM 4,000 aku tu hangus macam tu aje. Aku beritahu agent yang aku nak tukar maid lain (eee... nak sebut perkataan maid pun aku rasa macam geli). Aku buat pemilihan biodata, then si agent ni pun berjanjilah dengan aku dalam masa dua minggu dia akan telefon aku balik tapi aku kena bayar duit 'tambang' untuk maid baru aku tu nanti (duit lagik? kau ingat aku cop duit ke?) Malas nak panjang-panjangkan cerita aku bersetuju ajelah.

Tapi selang beberapa minggu jangankan telefon, batang hidung si agent tu pun aku tak nampak dekat ofis aku (kalau sebelum ni, waktu aku ambil si muka ala-ala bodoh tu. Selalu pulak agent maid aku ni datang menjenguk aku dekat ofis. Dah dapat duit aku terus buat-buat lupa pulak janji dia yang satu lagi ni). So aku ambil keputusan contact si agent maid aku ni. Amboi, tak semena-mena boleh dia cakap dengan aku macam ni, "Sorryla, maid awak dah lari, akak tak boleh nak gantikan awak dengan maid baru". (Habis kalau kau tau dia dah lari, susah sangat ke nak telefon aku). "Ikutkan maid lama awak tu kena kerja dengan majikan dia yang baru selama 4 bulan sebagai ganti untuk dapatkan maid baru awak tapi dia lari waktu dengan majikan baru so akak nak buat macam mana. Amboi... senangnya cakap. Aku dah pulangkan dia elok-elok, suka-suka hati aje dia boleh lepas tangan macam tu, yang kena tanggungnya aku pulak tu. Dahlah pulak tu siap tengking-tengking aku lagi bila aku stand untuk right aku. Nilah dia manusia, waktu susah bukan main manis mulut. Bila dah dapat apa yang kau nak, kau jadi lupa diri pulak. Sudahnya duit aku hangus macam tu aje, kepercayaan aku dekat orang lain dipermain-mainkan, dan aku sendiri rasa macam nak meraung dengan apa yang terjadi. Mengikut kata kawan-kawan aku, memang ada agent yang dah berpakat dengan maid untuk lari lepas tempoh 4 bulan. Meaning agent takkan rugi apa-apa kalau majikan nak claim sebab dah habis tempoh warranty.

Lepas daripada kejadian ni, aku memang cukup fobia/menyampah gila-gila kalau dengar perkataan maid. Tengok muka dia orang pun aku rasa macam nak termuntah. So, morale of story, jangan sesekali percayakan orang yang buat-buat muka baik (ala-ala bodoh) ni. Mungkin bukan semua yang macam aku cakap ni, tapi be careful. Malang tak berbau, isn't it?

Maid - Part One

Aku pernah ada maid sebelum ni tapi bekerja dengan aku hanya untuk 4 bulan sahaja. Ikutkan rasa hati yang geram ni, malas nak story kisah maid aku ni. Apataknya buat menghabiskan 'boreh' aje. Pastu melayang duit aku RM 4,000 lebih macam tu aje (kalau fikir-fikir balik dah boleh beli flat screen untuk rumah aku... cis!!). Cuma apa yang aku story ni, boleh dijadikan iktibar untuk orang lain yang senasib dengan aku atau mereka-mereka yang nak try ambil maid. Maybe tak semua maid 'hampeh' tapi nak dapat yang ok tu berkemungkinan satu dalam seribu kot.

Kisahnya macam ni, aku start ambil maid waktu umur Danish 5 bulan. Ni semua gara-gara Danish kerap sakit dan selalu keluar/masuk hospital sebab tinggal di nursery. For the beginning nak ambil maid ni, hubby aku memang reject sekeras-kerasnya sebab hubby aku tak suka ada 'orang lain' tinggal bersama-sama kita orang, especially orang yang takde related. Tapi bila aku pujuk hubby aku dan beritahu dia sebab-sebab utama aku perlukan maid. Akhirnya hubby aku mengalah. Aku fikir dengan ambil maid makan, minum dan kesihatan Danish lebih terjaga berbanding tinggal di nursery. Malah keadaan rumah kita orang pun lebih terurus. So setiap kali hujung minggu bolehlah aku dan hubby concentrate menjaga Danish sahaja.

3 bulan pertama bersama-sama maid, pada aku takdelah masalah sangat. Pada pandangan aku semuaya under control (tu pandangan pertama aku jelah tapi hakikatnya... huh!). Awal-awal lagi aku dah beritahu pada maid aku apa yang perlu dia buat dan apa yang tak boleh dia buat. Yelah sebagai majikan dia kena patuhilah segala rules yang aku dah tetapkan. Bukanlah rules apa-apa pun, cuma guideline sepanjang aku takde dekat rumah. Lagipun aku memang tak suka kalau maid aku duduk bersembang dengan maid lain waktu aku dan hubby takde. Sebab melihat dari kesungguhan dan cara dia bekerja dengan kita orang. Aku dan hubby memang tak berkiralah sangat. Apa yang dia teringin nak makan, kita orang belikan. Bukan tu sahaja, baju raya, kasut raya, kad i-talk untuk mudahkan dia call family dia, duit untuk hantar pada family dia untuk persediaan hari raya pun aku dan hubby dulukan. Tapi betullah kata orang, "buat baik ni kena berpada-pada". Aku sangkakan cara kita orang ni, taklah membuatkan dia terasa diri dia jauh dengan family ke atau rasa tersisih. Tapi kalau dah niat dekat hati dia dah memang busuk, so satu hari tu akan terjawab juga semua perkara.

Mula-mula apa yang aku perasan perubahan maid aku ni ialah waktu aku bawa balik dia ke kampung aku. Amboi daripada pakai tudung dah tak pakai tudung pulak. Tapi aku tak fikir negatively la sangat, maybe setakat balik kampung aje kan. Bila aku tanya, jawapan dia senang aje, terlupa (ayat-ayat standard maid. contohnya bila ditanya - kenapa tak tutup eletrik ni? terlupa..., kenapa tak buat adik susu lagi? terlupa... kenapa tak cuci baju ni? terlupa...) walaupun ayat-ayat ni dah ter'lali' aku dengar tapi aku malas nak fikir banyak-banyak. Tapi dalam hati tertanya-tanya juga, pakai tudung pun boleh terlupa?. Pelik... Hah... Lupa nak tambah satu cerita lagik, dan gara-gara ayat terlupa ni. Maid aku ter'LUPA' beritahu aku yang dia tertumpahkan air panas dekat tangan Danish. Aku memang tak perasan betul yang tangan Danish kena air panas maybe sebab kulit danish pun putih kemerah-merahan hinggalah satu hari tu aku tengok kenapa tangan Danish ada bekas luka air panas. Bila disoal-siasat (walaupun dia berdolak-dalih-kononnya Danish tepis tangan dia waktu buat susu. Amboi... ada hati nak salahkan anak aku yang baru berapa bulan tu) akhirnya maid aku mengaku dia tertumpahkan air panas atas tangan Danish dan dia takut nak beritahu aku (dan ditambah guna alasan terlupa). Berderau darah aku waktu tu tapi aku sabarkan diri. Dalam nada menahan marah aku beritahu dia, takut atau tak dia kena beritahu aku jugak. Sekurang-kurangnya aku boleh terus bawa Danish ke klinik. Nasib baiklah tanda luka tu tak berparut (tu pun nasib baiklah).

Balik dari kampung, kami tiba hampir lewat malam. Tak salah aku, lebih kurang pukul 11.30 pm. Tengah aku bawa masuk beg baju ke dalam rumah. Tiba-tiba aku perasan jiran sebelah aku panggil hubby aku. Dan waktu tu, maid aku pulak tengah menyusukan Danish di dalam rumah. Walaupun pelik dengan sikap jiran aku dan hati aku dok tertanya-tanya kenapa tapi aku sabarkan hati untuk menunggu. Setengah jam kemudian, hubby aku masuk dengan air muka yang berlainan. Aik! Lain macam aje ni. Aku yang dah tak sabar-sabar ni terus tanya kenapa tapi hubby aku mendiamkan diri aje. Lagilah bertambah-tambah persoalan dalam kepala aku ni. Saje je tau hubby aku ni. Aku terus follow hubby aku sampai ke bilik. Then, barulah aku tahu kisah sebenarnya.

Rupa-rupanya jiran aku bercerita pasal maid kita orang. Dah lama dia nak beritahu, tapi selalu tak berkesempatan. Kalau mengikut apa yang jiran aku bagitau. Maid aku ni dah berpakat nak lari dari rumah kita orang dan nak tinggalkan Danish sorang-sorang dekat rumah. Beberapa hari sebelum ni, si maid aku ni pernah minta tolong jiran aku untuk telefon kawan dia. Tapi jiran aku tak nak tolong. Dan sepanjang ketiadaan aku dan hubby dia berkawan dengan seorang lagi maid. Lepas tu, jiran aku cakap dia selalu dengar Danish menangis kuat-kuat sebab maid aku selalu tinggalkan dia untuk pergi bersembang (amboi! ni kerja kau selama ni). Patutlah setiap kali aku telefon rumah, ada sahaja alasan maid aku guna. Bila aku tanya kenapa lambat angkat telefon. Saya angkat bajulah, saya dalam bilik airlah, saya mandikan adiklah, adik menangis minta didukunglah... dan.. bla... bla... bla... Dan hinggalah satu hari tu, bila aku balik dari kerja aku perasan suara Danish serak macam baru lepas menjerit (now... i know the answer). Terkejut dengar cerita dari hubby aku. Aku dan hubby pura-pura macam takde apa-apa. Ikutkan hati nak tempeleng aje muka ala-ala bodoh yang dipamerkan maid aku tu. Geram tak terkata...

Panjangnya story aku, kita continue part two pulak nanti k...