Blogger templates

Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

Sep 2, 2010

Kecurian Sana-Sini

Takutkan kalau terbaca suratkhabar pasal hal-hal kecurian ni? Yang paling buat aku takut kalau pencuri tu pengapa-ngapakan tuan rumah yang ada dalam rumah waktu kejadian curi tu. Haishh~kalau nak mencuri sekalipun toksahlah sampai kau pengapa-apakan orang tu. Dah tu siap kelar dan bunuh lagik tuan rumah yang sedia malang tu. Apalah nak jadi agaknya, kejam gila aku rasa ;____; mengalahkan werewolf pulak!

Dekat opis aku je ni baru-baru ni, dah dua orang colleague aku yang rumahnya kena masuk pencuri. Sorang, pencuri  ni masuk waktu dia ada dekat dalam rumah lebih kurang pukul 4:00 pagi *takut gila aku dengar pengalaman colleague aku yang ni lebih-lebih lagik sebab dia ni pregnant* dan sorang lagi waktu dia pergi kerja *yang ni siap hilang kereta honda accord hokeh~huhuhu nangis tak henti-henti kalau jadi dekat aku ni~*. So, korang nak dengar story aku pasal colleague aku ni tak? Ok, aku cerita dulu yang pencuri masuk waktu dia ada dekat dalam rumah tu k.

"source from google"


Kejadian Satu:

Aku namakan dia Kak M hokeh :) Mengikut cerita Kak M, waktu kejadian ni, dia ada dekat kampung. Kiranya rumah yang masuk pencuri ni rumah mak ayah dialah. Waktu tu, lebih kurang pukul 4:00 pagi Kak M terdengar macam bunyi benda jatuh dengan kuat dekat tingkat atas dan suara ayahnya menjerit 'Allahu Akbar'. Kak M ni pulak, tidur di tingkat bawah dengan anaknya *husbandnya takde dekat rumah waktu tu*. Even terkejut dengar jeritan ayahnya tu, Kak M tak terus keluar bilik untuk periksa apa yang berlaku tapi dia tunggu sehingga emak atau maid dia datang untuk maklumkan kepada dia. Bertambah pelik lepas ayah Kak M menjerit Allahu Akbar, rumah tu sunyi-sepi macam takde apa-apa berlaku. Selang 10 minit Kak M rasa macam tak sedap hati, macam ada benda yang tak kena berlaku dalam rumah tu. Nasib baik, anak Kak M tidur nyenyak tak sedar apa-apa yang berlaku. Jadi, senyap-senyap Kak M, buka pintu biliknya dan mengintai keluar. Secara tiba-tiba Kak M nampak satu lembaga hitam *kata Kak M sebijik macam rupa pucong huhuh~ takuttt!!* tengah melihat keluar rumah. Berderau darah Kak M bila tengok apa yang dia nampak. Cepat-cepat Kak M rapatkan pintu bilik dan kunci. Waktu tu, barulah Kak M sedar rumah mak ayahnya masuk pencuri. Secara kebetulan bilik tingkat bawah tempat Kak M duduk ni, tersembunyi sikit dari pandangan orang dan laluan ke bilik ni takde lampu. Mungkin sebab tulah, pencuri tu tak sedar kewujudan bilik tu dekat bawah sebab kebanyakan bilik tidur dalam rumah tu ada dekat tingkat atas. Dalam keadaan panik tu, Kak M cepat-cepat tutup bawah pintu biliknya dengan bantal, takut pencuri tu nampak cahaya yang keluar dari bilik tu. Lepas tu, Kak M terus telefon 999 dan maklumkan kejadian yang berlaku kepada operator. Macam mana pun, lebih kurang 5 minit, bantuan tak jugak tiba. Jadi Kak M fikir salah satu cara untuk takutkan pencuri tu ialah dengan telefon ke rumah mak ayahnya sendiri. Bila Kak M cuba telefon rumah mak ayahnya, Kak M tak dengar apa-apa pun bunyi ring jadi Kak M assume talian telefon dalam rumah mak ayahnya dah kena cabut dengan pencuri. Nasib baik bila Kak M cuba hubungi nombor handphone mak dia, handphone tu masih boleh berfungsi lagik walaupun handphone tu dah berada ditangan pencuri. Bila terdengar ringing pada handphone mak Kak M, pencuri tu jadi panik dan cepat-cepat beredar pergi dari situ. Dan secara kebetulan 5 minit kemudian barulah polis tiba untuk beri bantuan. Haishh~nasiblah takde kejadian buruk yang berlaku. Cuma ayah Kak M lebam kena pukul dek pencuri, mak dan maid Kak M pulak kena ikat dengan wayar telefon. Menurut kata Mak Kak M, pencuri yang masuk rumahnya ni berbangsa melayu dan ada lebih kurang 4 orang pencuri waktu tu. Tiga dekat dalam rumah dan sorang tunggu di dalam kereta. Sampai sekarang polis still lagik tak dapat tangkap pencuri ni -____-"

Kejadian Dua:

Cerita colleague aku yang kedua ni pulak, aku namakan dia sebagai Kak C. Even pengalaman Kak C ni tak setakut Kak M tapi pada aku, kejadian curi ni boleh buat kita jadi trauma. Berdasarkan cerita Kak C, dia mula-mula rasa pelik bila pagar rumahnya terbuka. Tapi Kak C tak syak pun apa-apa yang buruk berlaku. Cuma bila Kak C nak buka pintu rumah, dia rasa lain macam bila tengok pintu rumahnya dah pun terkopak dari luar, rumah bersepah-sepah macam diselongkar orang dan kereta Honda Accord hubbynya dah takde dekat luar rumah. Waktu tu barulah Kak C tersedar dan terkejut yang rumah dia dah kena masuk pencuri. Macam mana pun sama seperti Kak M, pencuri dan juga kereta Honda Accord hubby Kak C ni still lagik tak dijumpai sampai sekarang *huhuhu~apa agaknya pencuri tu buat dekat kereta hubby Kak C ni kan?*

Based on kedua-dua kejadian yang aku ceritakan ni, aku harap sangat korang berhati-hati waktu tinggalkan rumah untuk pergi ke mana-mana. Sedih tau kalau hasil titik peluh kita hilang begitu sahaja.

Ikutkan banyak lagi aku nak story pasal kecurian ni. Korang tunggu next entry aku k :) Malam dah larut, mata pun dah ngantuk. Selamat malam kawan-kawan. Jaga diri baik-baik ok!


p/s: Saya benci pencuri :(




Oct 4, 2009

Kenapa Aku Suke Dengan SDMC @ SJMC?


Pic kat atas nih ditangkap oleh Danish semalam... gegar-gegar gitu...
*takpela kan... budak umo 3 taun tangkap pic... kira hebat la tuh*

time nih aku dan hubby tengah buat pre-admission dekat SDMC (Sime Darby Medical Centre sebelom nih known as SJMC *Subang Jaya Medical Centre)

Ikutkan banyak gak pic kat dalam henpon aku nih ditangkap oleh Danish... tapi
slalunye pic tangan dia aje... haha...
maybe dia slalu tengok mama dia nih... asek-asek tangkap pic aje..
tuh yang dia pon nak ikut jejak langkah aku tuh...
*dasatnye pengaruh mama nih.... hihi*

Actually start dari ngandungkan Danish & Ariana lagik, aku dah buat check-up & deliver dekat SDMC.
Dan untuk 3rd baby nih pon aku masih setia gitu.... dengan SDMC.
Kenape ekk??
Aku rase selesa sangat bersalin atau terime treatment dekat sini...
Sebabnye bukan setakat doktornye je yang baik-baik...
nurse, trainee nurse, staf kat mane-mane bahagian pon frenly & baik-baik sangat.
Dan servis yang dorang bagi pon bagus sangat.
Tuhla yang buat kite rase happy & selesa...
Kalo ade kekurangan pon aku rase takla major sangat...
contohnye aku penah dapat bilik yang aircond dia ade problem
atau siaran tv dia tak kuar langsung...
tapi lepas buat komplen, tak sampai 10 minit... semua problem tuh
dorang fix balik.
Ikutkan banyak sangat experience yang aku lalui dan aku rase semua hospital sepatutnye contohi dalam melayan patient...
*bukannye marah-marah patient tak tentu pasal*

Situation 1 : Aku penah masuk hospital gara-gara demam panas mase tengah preggie Ariana, jadi setiap kali hospital hidangkan aku makanan, aku slalu makan sikit aje sebab takde selera.
Sampaikan ketua bahagian beverage dia datang jumpe aku personally bertanyakan makanan ape yang aku selera nak makan. Bile aku cakap aku cume selera makan biskut, roti dan minum air 100 Plus je, trus dia orang belikan untuk aku.
Walopun makanan tuh takde pon dalam senarai dorang.

Situation 2 : Aku penah muntah trok sampai abes terkena cadar, dan macam biasa aku akan press button untuk panggil nurse. Dorang tanpa banyak soal trus salinkan cadar aku, bawa aku ke toilet dan sediakan aku baldi kecik kalo aku rase tak larat nak muntah dekat toilet.

Situation 3 : Kulit Ariana trok mengelupas dan aku risau kalo muka dia ade parut *waktu nih Ariana masuk hospital sebab dia ade penyakit skin sepsis ~ alah pada susu lembu*. So, aku bagitau doktor yang merawat Ariana *Doktor Ali* kalo ade any cream yang bole Ariana apply untuk hilangkan parut dekat muke dia.
Doktor Ali tanpa mempersoalkan permintaan aku tuh, trus je referkan kes Ariana ke doktor pakar kulit. Tak sampai sejam doktor pakar kulit tuh datang melawat Ariana.
Dan hari tuh jugak trus dia bagi medicine untuk kulit Ariana.
Aku rase kalo hospital kerajaan nih maunye dorang laserkan aku yang banyak songeh nih... hihi...

Situation 4 : Slalunye 6 hours lepas delivery *normal delivery* nurse akan suruh kite pegi toilet untuk "shee...shee" atau pon buat investment.
Pengpaham jela... sakit kena jahit tuh still kite rase lagik & kompomla kite jadi takut.
Tapi yang buat aku terharu sangat tuh, nurse yang jaga aku tuh sanggup temankan aku kat dalam toilet,
pegang tangan aku, papah aku turun & naik katil dan selimutkan aku lagik...
comfort sangat aku rase...

So, disebabkan situation-situation cam ginilah, aku rase hepi sangat stay dekat SDMC.
Hidup SDMC.... chewahh... hihi
Tapi aku tak taula experience orang laen cane plak...

Sep 1, 2008

Ariana affected by Eczema (Dermatitis)

Aku baru je tiba di rumah dalam pukul 2.00pm tadi setelah duduk berkampung di SJMC hampir seminggu lamanya. Letih sangat-sangat sebenarnya ialah duduk di hospital bukan macam duduk dekat hotel. Dah tu kena tidur himpit-himpit dengan dua orang anak aku yang comel tu - Ariana dan Danish. Nak tinggalkan Danish dekat rumah baby sitter aku kesian pulak dekat dia. Takpelah kan susah sikit, janji anak aku ada dekat dengan mama dan papanya. Nasib baiklah ada aircond plus tv (even tv nya kecik yang penting ada macam-macam siaran... so takdelah boring sangat). So, aku nak cerita macam mana Ariana boleh masuk hospital ni.

25/08/08 (Monday) - Mula-mula aku tak perasan sangat perubahan kulit dengan ragam Ariana malam tu. Cuma bila hubby aku bertanyakan pasal luka yang tiba-tiba timbul di hidung Ariana, barulah aku terasa pelik dan tertanya-tanya. Aik! Tadi luka tu takde pun. Tapi nak sedapkan hati punya pasal aku cakap dengan hubby aku mungkin Ariana scratch mukanya kot tak pun Danish terlukakan hidung Ariana. Daripada luka di hidung tiba-tiba timbul luka di leher pulak. Aik! Lagilah bertambah-tambah pelik, panas sangat ke cuaca sekarang ni sampai Ariana terluka sana-sini. Walau macam mana pun, aku dah ada perasaan lain macam time tu. Hubby aku tiba-tiba bersuara, "Eh, Ariana ni lain macam aje. Kenapa kulit dia merah satu badan ni? Kena denggi ke?" Tapi aku pulak tak rasa Ariana kena denggi sebabnya kulit dia takde macam kena gigit nyamuk. Nak kata demam, taklah panas pun badan Ariana ni. Memandangkan time tu pun dah pukul 12.00 tengah malam dan klinik yang berhampiran dengan rumah kita orang pun dah tutup. Kita orang terpaksa keluar dari kawasan perumahan kita orang untuk cari klinik 24 jam. Ikutkan aku sebenarnya tak suka pergi klinik yang aku tak biasa pergi. Tapi nak buat macam mana kan, memandangkan sekarang ni emergency, suka atau tak aku kena jugak hantar Ariana pergi klinik sebab based on experience dengan Danish, doktor pediatrician kita orang selalu nasihatkan for baby below one year, anything happen to them, you need to take fast action. Sebab kalau lambat take action anything worst could be happen to them (uhuhh... taknaklah kan?). Cari punya cari jumpalah satu klinik 24 jam ni. Tengok dari gaya dan cara doktor tu, aku tahu dia bukannya tahu apa-apa pun pasal baby. Yang aku bengang tu siap nak salahkan aku pulak menyebabkan Ariana jadi macam tu (hei... come on lah aku dah dua orang anak tau). Takkanlah parent sendiri nak buat something wrong dekat anak sendiri (idiot!) Geram betul aku dengan doktor tu. Apatak geramnya, dia ingat aku mandikan Ariana dengan brand cikai-cikai agaknya. Bila aku kata aku guna brand Sebamed. Ceh... terus tukar topik mana awak dapat Sebamed tu? Pandai sangatlah soalan dia tu. Ikut hati geram aku nak aje aku cakap, aku jumpa dekat tepi jalan. Muka aku waktu tu, tak payah cakaplah dah membara satu badan. Agaknya dia macam tak puas hati dengan aku sebab tak boleh nak salahkan apa-apa. Terus dia tanya aku pakaikan Ariana lotion apa. Again, aku bagi nama brand yang sama. Hai... aku nasihatkan dekat sini, lain kali kalau anak/baby korang sakit better jangan pegi klinik ni (nanti aku paste gambar klinik tu). Bukan anak aje yang sakit, mak ayah pun jadi sakit dengan gelagat doktor macam ni. Sah-sah dia doktor, patutnya dia bagitau jelah Ariana kena penyakit apa, ini tak dok pusing-pusing tanya soalan (Nampak sangat takde kepakaran). Akhirnya doktor (tutt...) buat kesimpulan Ariana kena heat rash. Heat rash??!! Dalam hati aku doktor ni memang sah tak boleh pakai. Ariana bukannya berjemur atau berpeluh-peluh dekat dalam rumah (kita orang siap beli air cond semata-mata tak nak Ariana kena heat rash macam Danish). Lagipun Danish sebelum ni pun dah selalu juga kena heat rash so aku dah tahu perbezaan heat rash dengan penyakit kulit. Malas nak memanjang-manjangkan cerita dan aku nak cepat balik rumah so kita orang terima ajelah penjelasan doktor tu. Lagi satu yang buat aku bengang dekat doktor tu, bila dia nak tentukan sukatan ubat untuk Ariana. Siap boleh cakap macam ni, "awak bagi dia makan ubat ni 1ml ok, tapi rasanya kalau nak bagi 1.5ml pun boleh jugak". Amboi... habis kalau apa-apa jadi dekat anak aku, engkau nak tanggung ke. Pening betul aku dengan perangai doktor tu. Memang lepas ni aku takkan jejak lagi kaki ke klinik dia ni sampai bila-bila. Sebelum tu, bukan main explain dengan kita orang untuk baby, dia takkan sediakan apa-apa ubat macam antibiotik ke, kecuali ubat sapu. Tapi aku tengok bukan setakat ubat antibiotik, ubat tahan gatal dengan krim poison tu pun dia bagi sekali. Kalaulah tak kerana requirement office yang perlukan reference letter daripada klinik untuk masuk hospital, dah lama aku hantar Ariana ke hospital tadi. Hai... sabar ajelakan?

26/08/08 (Tuesday) - Pagi-pagi lagi aku dan hubby berkemas untuk pergi ke SJMC. Ariana pun aku tengok asyik merengek aje dari semalam. Maybe pedih agaknya luka tu. Kalau semalam cuma ada luka dekat hidung dan leher kiri tapi hari ni dah ada luka dekat pipi kirinya. Aku minta-minta janganlah penyakit yang pelik-pelik kena dekat anak aku. Kesian dekat Ariana. Lepas check-up dengan pediatrician (doktor Ali), tanpa banyak soal doktor Ali terus minta untuk Ariana dimasukkan ke wad. Sebabnya Ariana dah terkena jangkitan kulit. Dan doktor Ali juga minta aku berhenti dari bagi Ariana cow's milk tapi digantikan dengan soy's milk. Ikutkan baru seminggu ni je aku bagi Ariana susu formula (tu pun campur-campur, kadang-kadang aku bagi breast feed, kadang-kadang aku bagi susu formula). Sedih aku tengok Ariana menangis-nangis bila kena pasang tiub (tiub ke?? Aku pun tak sure apa term doktor panggil benda tu) dekat tangannya. Tapi nak buat macam mana kan, janji Ariana cepat sihat. Lagipun doktor Ali yang pasangkan benda tu so aku takdelah risau sangat. Sementara duduk tunggu untuk proses masuk ke wad, aku tengok luka dekat muka Ariana makin merebak ke bahagian pipi kanan dan sekeliling leher. Hai... Lambat betul proses nak masuk ke wad hari ni, dekat sejam aku duduk tunggu. Tak tahulah apa sebabnya sesak sangat hospital hari ni. Bilik single room yang kita orang minta pun dah penuh so terpaksalah kita orang duduk dekat bilik double-bed dulu.

Bersebelah katil dengan Ariana, ada seorang budak lelaki 3 tahun. Danish seronok betul berkawan dengan budak tu. Aku rasa budak tu kena semput sebab tengok dari cara treatment yang nurse bagi dekat dia. Cuma yang buat aku sedikit annoying dekat dalam bilik tu ialah perangai mak dia. Mak datuk... very punctual and discipline. Bayangkanlah bila aku baru tiba dekat bilik tu, aku dengar mak dia bersuara, "reading time". Lepas habis reading time, dia call nurse dan siap tanya dekat nurse tu bila nak bagi treatment dekat anak dia sebab dia tak nak nurse kacau waktu tidur anak dia. Bila nurse dah bagi treatment, cepat-cepat dia tidurkan anak, gelapkan seluruh bilik dan decrease air-cond temperature. Aku yang duduk dekat sebelah katil dia (even ada tirai yang pisahkan katil anak aku dengan anak dia) tercengang-cengang dengan gelagat dia. Aik, sikit pun dia tak tanya aku, dia ingat aku tunggul ke apa. Tapi aku malaslah kan nak kecoh-kecoh. aku minta-minta janganlah lama sangat aku sebilik dengan dia ni. Pening kepala aku. Ariana pulak asyik merengek dan menangis dari tadi. Risau gak aku menyebabkan tidur anak orang katil sebelah aku tu terganggu. Tapi nak buat macam manakan, dia patut fahamlah baby aku sakit. Dan seperti yang aku jangka, tiba-tiba mak budak katil sebelah tu datang ke tempat aku dan tanya, kenapa dengan Ariana. Dia kata dia kesian dan risau gak dengar Ariana menangis sampai anak dia susah nak tidur (amboi, ni nak consent pasal anak aku ke atau nak bagitau anak dia tak boleh tidur sebab Ariana buat bising). Aku senyum ajelah kan. Dia sepatutnya kena considerlah sebab ni bilik double-bed bukan single room so kenalah give and take. Tiba-tiba tak sampai satu jam selepas tu, aku tengok dia berkemas-kemas. Rupa-rupanya dia tukar bilik ke single room. Wah! Leganya aku, so bilik ni, aku dan Ariana yang punya. Dapatlah hubby aku dan Danish tidur dekat katil sebelah.

Selain dari aku dekat SJMC ni, yang aku tak sangka-sangka tu, officemate aku pun ada dekat sini. Anak dia kena buat suction sebab selsema dan batuk. So, sepanjang beberapa hari ni kita orang saling melawat. Takdelah boring sangat duduk dekat hospital ni.

27/08/08 (Wednesday) - Pukul 2.30am, Ariana kena demam panas. Kelam-kabut nurse mandikan Ariana untuk turunkan suhu badannya. Kalau tak salah aku temperature Ariana waktu tu dah dekat 39ºc. Alhamdulilah, setengah jam kemudian Ariana dah ok dari demam. Bermula dari pagi ni, Ariana kena mandi dengan cara scrub untuk buang kulit-kulit yang kena infection tu. Luka/infection tu pun aku tengok dah merebak ke badan, kaki dan private part Ariana. Kesian sangat dekat Ariana, menjerit-jerit dia setiap kali aku tukarkan diaper. Pulak tu, yang buat aku menangis tu bila sampai 3 kali nurse tukarkan urine bag (sebab tiga-tiga urine bag tu kotor kena 'stool' Ariana) semata-mata nak dapatkan sample air kencing Ariana. Daripada luka tu tak seberapa makin bertambah besar jadinya. Sedih sangat-sangat tengok Ariana menjerit-jerit sampai hilang suara, aku cakap dengan nurse yang aku tak nak dia pasangkan urine bag tu lagi dekat Ariana. Aku dah tak sanggup tengok kulit dia makin teruk. Mungkin sebab faham dengan keadaan aku (atau mungkin ni hospital berbayar) nurse tu pun berhenti dari pasangkan urine bag tu. Lega sangat aku rasa waktu tu.

28/08/08 (Thursday) - Lepas nurse mandikan Ariana pagi tu, doktor Ali buat rutin lawatan ke bilik kita orang (eh... lupa nak bagitau semalam dah tukar bilik ke single room). Agaknya sebab tengok mama Ariana ni yang suka bertanya itu ini dan risau dengan kulit muka Ariana. Doktor Ali suggestkan untuk refer penyakit Ariana ni kepada Doktor pakar kulit (Doktor Loh). Petang tu jugak doktor Loh datang melawat kita orang. So, doktor pakar kulit bagitau aku nama penyakit Ariana ni Eczema. Penyebab eczema ni tak diketahui tapi kebiasaannya kalau ada antara history parent aku atau hubby aku yang ada semput atau asma berkemungkinan anak kita orang akan kena eczema. Wah, peliknya... ikutkan nilah first time aku tengok penyakit ni even family ayah aku sendiri ada penyakit semput. Tapi benda dah nak jadi kan, seboleh-bolehnya kita kena ambil langkah precaution je lah. Harap-harap Ariana takkan kena lagi penyakit ni. Lepas tu, doktor tu bagitau lagi yang penyakit ni kadang-kadang boleh hilang sendirinya tapi depends atas antibodi badan orang yang kena tu. Ariana juga tak boleh pakai produk sebarangan, semua produk Ariana khas untuk sensitive skin sahaja. Tak kiralah pencuci baju ke, lotion ke, syampu atau bedak sekali pun (amboi... ngalahkan mama dia pulak. High maintanence skin gitu). So, untuk hari ni doktor Loh bagi aku 2 jenis lotion untuk apply dekat muka dan badan Ariana.

29/08/08 (Friday) - Ariana genap one month today. Happy one month sayang, harap-harap cepat sihat ye. Condition Ariana hari ni much-much better from the 1st and 2nd day dekat sini. Luka tu semua dah kering tapi yang geram tu dia merebak atas kulit kepala Ariana pulak (duh...). Untuk treatment hari ni, Ariana kena tukar antibiotik dia sebelum ni. So kalau sebelum ni injection dekat tiub yang terpasang dekat tangan Ariana tu tapi kali ni kena masukkan antibiotik tu dengan cara drip.

30/08/08 (Saturday) - Sepanjang kita orang dekat hospital ni, ramai betul kawan-kawan kita orang yang datang melawat untuk tengok condition Ariana. Thanks for your support k. Alhamdulilah kulit Ariana yang kering tu pun dah mengelupas untuk tukar kepada kulit baru. Lembut sangat kulit baru dia berbeza betul dengan kulit lama yang kena infection tu.

31/08/08 (Sunday) - Selamat hari merdeka tapi kita orang sambut dekat hospital je. Hari ni birthday adik aku yang ke-21. Sorry lah dik, takde apa-apa present boleh bagi sebab akak sibuk jaga Ariana. Ariana pun dah start tersenyum-senyum hari ni. Kerap minum susu dan kuat tidur. Happy sangat aku tengok Ariana dah back to normal condition. Doktor Ali pun dah bagitau tadi, yang besok Ariana boleh discharge. Yahoo..

Aug 25, 2008

Nursery

Kalau sebelum ni aku cerita pasal pengalaman aku mempunyai maid dan fobia dengan nama maid, sekarang aku nak story pasal nursery pulak. Aku hantar Danish ke nursery genap umurnya 2 bulan. Memang for the beginning, seboleh-bolehnya aku tak nak hantar dia ke nursery. Lebih-lebih lagi bila dengar pelbagai cerita kurang menarik pasal nursery ni. Pulak tu, cerita pasal baby yang terhumban keluar dari buaian di nursery tengah hot ketika itu, lagilah bertambah-tambah risau aku jadinya (agaknya apa cerita pasal baby tu sekarang ni kan?). Tapi nak buat macam mana, aku takde pilihan lain. Pernah jugak aku hantar Danish ke kampung aku di Johor tapi bertahan 2 minggu aje. Apataknya setiap kali balik dari kerja terpandangkan pakaian dan mainan Danish aku menangis (aduh... susah jadi ibu ni... sensitif memanjang). Sudahnya aku bawa Danish balik ke Kuala Lumpur sebab tak tahan rindu. Pada aku biarlah susah atau senang kita orang bersama-sama, tak payahlah susahkan orang lain.

Tapi bila hantar ke nursery, bermulalah kehidupan Danish dengan ubat. Hampir setiap minggu ada sahaja penyakit singgah. Kalau tak selsema, demam, kalau tak demam, batuk, kalau tak batuk, demam balik. Begitulah keadaannya berulang-ulang kali. Berat Danish pun selalu tak menentu, sekejap naik 1 kilo sekejap turun, kadang-kadang tu 2 bulan berat dia maintain. Kena lecture dengan doktor tak payah ceritalah. Setiap kali datang buat check-up doktor, aku dah boleh hafal dialog doktor, "Better you jangan hantar baby you ke nursery". Habis kalau tak hantar ke nursery, doktor boleh tolong jagakan ke? Nak aje aku suarakan macam tu dekat doktor tapi nak buat macam mana kan. Hanya diri kita sendiri aje yang tahu masalah yang kita tanggung. Orang hanya boleh cakap, 'kesiannya', 'bersabarlah ya', tapi tolongnya hmm... Bukan aku tak cuba cari baby sitter, aku dah cuba. Tapi takde siapa pun yang nak jaga baby bawah setahun. Mahu atau tidak nursery jugaklah pilihan yang aku ada.

Kalau bab masuk hospital, 3 kali Danish di masukkan ke hospital. Kali pertama waktu umurnya 3 bulan. Aku tengok dah lebih dari 2 minggu batuk dan selsemanya tak surut-surut. Bila aku bawa jumpa pediatrician di SJMC. Pediatrician cakap lung dia dah banyak kahak so Danish kena buat proses suction untuk sedut kahaknya. Fuh... selama 3 hari duduk di hospital memang aku tak sampai hati nak tengok proses suction tu. Cuma apa yang aku boleh cakap Danish anak yang tabah. Mama dia aje yang tak tabah (menangis lagik... duh...).

Kali kedua pulak, waktu danish nak masuk umur 5 bulan. Ni gara-gara diarhoea, demam dan muntah-muntah. Aku sangkakan setakat tukar susu Danish boleh baik dari diarhoea tapi dia muntah setiap kali susu free-lactose tu aku bagi. Risau dengan keadaan Danish tu, aku dan hubby terus bawa dia ke hospital. Mujur selepas 3 hari dia pulih.

Kali ke tiga pula (i hope it's the last time) waktu Danish berusia 11 bulan. Dan untuk kali ketiga Danish masuk ke hospital ni, aku rasa aku dah macam berpatah arang berkerat rotan dengan nursery yang aku hantar Danish ni. Apataknya, aku langsung tak diberitahu/hubungi yang Danish sakit sepanjang dia di nursery. Aku cuma tahu apa yang terjadi bila ambil Danish di nursery selepas balik dari kerja. Itu pun bila seorang penjaga di nursery ni beritahu aku yang Danish muntah-muntah setiap kali dia orang bagi makan atau minum susu. Disebabkan Danish tak nak makan atau minum, dia orang tidurkan Danish sahaja sepanjang hari tu (amboi... senangnya kerja ko). Aku sampai tak terkata apa-apa bila tengok keadaan Danish yang sebenar, tangan dan kakinya dah lembik semacam, mata dia lemah memandang aku dan dia diam tak bersuara bila berada di pangkuan aku. Nursery ni dah gila ke apa, keadaan Danish dah teruk macam ni, dia boleh tidurkan aje Danish. Sekurang-kurangnya kalau tak telefon kita orang pun, apa salahnya kalau dia bawa Danish ke klinik dulu. Waktu awal-awal hantar Danish dulu, bukan main lagi ownernya beritahu aku kononnya dia orang prihatin dengan budak-budak yang sakit. Mana-mana ibu bapa yang tak boleh nak balik awal untuk ambil anak yang sakit kebiasaannya dia orang akan tolong hantarkan ke klinik dulu (pii..rahh... cakap tak serupa bikin). Malas bersoal jawab dengan penjaga Danish dekat nursery tu (lagi pun pada aku, buang masa aje bercakap dengan orang macam tu), aku terus menuju ke klinik. Doktor suggestkan untuk aku refer Danish ke hospital. Memandangkan waktu tu bulan puasa. Jadi aku dan hubby balik ke rumah dulu untuk berbuka sebelum kita orang pergi ke hospital. Sebelum berbuka tu, sempatlah aku berikan Danish susu dan makan. Kesian dia, lapar sungguh aku tengok dari cara dia makan. Apa yang nursery buat agaknya dekat anak aku ni. Alhamdulilah Danish langsung tak muntah sepanjang aku bagi susu dan makan. Melihat dari keadaan Danish yang tak seteruk tadi dan sedikit pulih, aku dan hubby decide untuk ke hospital besok pagi sahaja. Tapi malam tu, lebih kurang pukul 3 pagi, perkara yang tak disangka-sangka terjadi. Danish kena sawan tarik. Ya Allah, aku dan hubby betul-betul tak tahu nak buat apa waktu tu. Panik melihat Danish begitu aku ambil air dan terus sapukan ke mukanya. Tiba-tiba Danish macam terkejut dengan tindakan aku tu dan memanggil "mama". Leganya aku tengok dia dah ok. Tapi kali ni tanpa berfikir panjang aku dan hubby terus bawa Danish ke hospital. Aku tak sanggup nak tengok dia kena sawan sekali lagi. Doktor sendiri tertanya-tanya macam mana Danish boleh kena sawan sebab kalau mengikut history aku dan hubby takde siapa pun yang pernah kena sawan. So, aku ceritakan pada doktor apa yang dah terjadi di nursery. Doktor beritahu kepada aku, kalau mengikut result yang keluar, Danish memang takde sawan tapi kemungkinan apa yang terjadi dekat dia adalah disebabkan kekurangan air mineral dalam badan. Syukur sangat selepas 3 hari di hospital Danish kembali sihat. Dan sementara nak dapatkan penjaga/baby sitter untuk Danish, aku dan hubby terpaksa bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga Danish.

Aku sendiri tak faham dengan kewujudan nursery ni. Betul-betul nak jaga budak ke atau sekadar nak kaut keuntungan semata-mata. Kita dah jadi macam biasa sangat, bila dengar budak-budak yang sering keluar masuk hospital ni kebanyakan yang tinggal di nursery. Tak ada sebarang badan ke atau kementerian yang nak ambil responsibility untuk periksa nursery dekat Malaysia ni. Macam manalah perkembangan anak-anak tak terganggu kalau makanan yang dia orang sediakan pun selalu sebabkan cirit-birit. Kadang-kadang pernah juga aku curi-curi masa tengok keadaan Danish di nursery tanpa diketahui sape-sape. Apa yang aku perhatikan ada budak yang tertidur di depan pintu tanpa seorang pun yang mengangkatnya. Ada yang duduk menangis sorang-sorang dan ada budak yang dah meleleh selsemanya duduk berkongsi makan dengan budak lain (euww...). Cubalah tempatkan situation anak dia orang berada dalam keadaan macam tu, sanggup ke dia orang nak buat macam tu. Tak kesian ke dia orang dekat budak-budak yang tak paham apa-apa lagi ni (duhh...). Inilah gaya nursery di Malaysia, kita memang ada pilihan tapi selalunya pilihan tu terhad. Dan mahu atau tidak kenalah belajar terima situasi macam tu.

Aug 20, 2008

Maid - Part Two

Seperti yang dijanjikan, aku continue story aku pasal maid-part two pulak.

Keesokan harinya, waktu aku pergi kerja. Aku perasan muka maid aku macam takut-takut aje dengan aku. Aku rasa dia macam dah dapat agak, yang jiran aku bercerita pasal dia. Tapi aku cuba juga layan dia macam biasa. Dalam hati tuhan ajelah yang tau waktu tu macam mana perasaan aku. Aku rasa macam nak ambil emergency leave (EL) aje sebab risaukan keadaan Danish tapi masalahnya boss aku tak suka mana-mana staf yang ambil EL hari Isnin. Nak tak nak aku bertawakal aje. Sepanjang hari di ofis, aku duduk gelisah tak tentu pasal. Nak buat kerja pun serba tak kena. Awal-awal pagi aku dah telefon ibu bercerita kisah maid aku. Memandangkan aku tak boleh ambil cuti sesuka hati, aku minta tolong ibu untuk datang tengok-tengokkan Danish. Nasib baik ibu bersetuju untuk datang petang ni jugak, kalau tak... terpaksa aku buka mulut pada boss aku bercerita pasal masalah aku ni (sebenarnya aku ni jenis yang kalau ada problem tak suka heboh-hebohkan dekat ofis, maklumlah ofis ku kan ke ofis semi-gomen. Tak sampai satu jam semua cerita ni boleh tersebar. Kalah internet tau). Lepas telefon ibu, aku telefon agent maid aku pulak (eee... ni lagi satu hamba Allah yang paling menyakitkan hati aku. Kalau aku ni polis dah lama aku sumbat dia masuk lokap, baru padan muka dia. Dahlah rembat duit aku RM 4,000 lebih, siap boleh buat-buat tak tahu pulak). Agent maid aku terkejut sangat bila dengar cerita aku tu (ceh... tah-tah lakonan aje. Kenapalah aku boleh tertipu. Benci!!! ) Dia siap kata kalau ikutkan agreement antara aku dengan dia, aku memang boleh tukar maid dalam tempoh 4 bulan. Tapi sekarang ni dia takde stok maid lagi. Sementara nak tunggu maid baru sampai, aku bolehlah lagi gunakan maid aku tuh sampai cukup tempoh 4 bulan. Bila dah dengar penjelasan agent maid aku tu, aku rasa legalah sikit (lega untuk waktu tu ajelah). Cuma yang tak leganya kena tengok lagi muka si hampeh tu dekat rumah aku (yakss...). Tepat pukul 5:30 pm aku dan hubby bergegas balik ke rumah. Mungkin sebab sampai awal di rumah, so barulah aku tahu the reality apa yang dia buat sebelum aku balik. Amboi... dengan senang hatinya maid aku melepak tengok sinetron di televisyen sambil anak aku duduk main sorang-sorang. Bila dia nampak kehadiran aku, taklah maid aku ni serta-merta bangun tapi dia buat muka selamba macam aku ni tak wujud sambil terus melayan sinetron. Aku diam menyabarkan diri aje (eish... macam tak percaya aku boleh ada sifat sesabar macam tu).

Malam tu seperti yang dijanjikan, ibu dan ayah aku tiba. Kurang sikit tekanan kepala aku ni. Kalau tak macam orang bercinta. Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena. Aku ingat nak confront dengan maid aku malam ni tapi tak jadi. Takpelah besok masih ada.

So malam besoknya, lepas makan malam. Aku tunggu masa yang sesuai (Siap kau! Aku nak basuh cukup-cukup malam ni). Aku nak dengar sendiri dari mulut maid aku, apa yang dia nak perkatakan. Bukan apa, aku tak suka juga dengar dari mulut orang ni. Better dengar dari semua pihak. Bukanlah aku tak percayakan jiran aku, saje... nak bikin gempak sikit dekat maid aku tu. Yelah... madu aku beri, racun yang dia balas (cis!!) Aku terus panggil maid aku duduk di ruang tamu. Tahu apa jawapannya, "saya mahu solat dulu bu". Macam tahu-tahu aje nak kena marah (rupa-rupanya ni taktik dia aje selama ni yang diajar oleh agent maid aku. Patutlah setiap kali aku nak buka mulut nak say something mesti dia akan kata dia nak solat dulu. Konon-kononnya boleh lembutkan hati aku yang terbakarlah) So, takpelah aku tunggu lagik. Habis bersolat, aku terus panggil dan tanya maid aku tu, dia solat apa? Dengan confidentnya dia jawab solat Asar. Hah!! Ternganga aku dengar, ke aku salah dengar. Aku tanya sekali lagi dan jawapan yang sama aku terima. Solat Asar apanya, sekarang ni dah masuk waktu Isyak. Aku yang tak puas hati ni, terus lagi bertanya, "cuba baca fatihah, ibu nak dengar". "astagfirullahal azzim", dia menjawab. Aik! Dia ni pekak ke apa. Soalan yang sama aku tanyakan sekali lagi dan itu juga jawapan yang dia berikan pada aku. Tiba-tiba aku dah rasa something wrong dekat sini. "Hei... kau ni Islam ke apa?", darah aku mendidih tiba-tiba. Sambil tu sempat aku minta hubby aku ambilkan Al-Quran (aku tak bermaksud nak main-mainkan Al-Quran tapi i want the truth right now. This person is such of jerk). Dengan muka ala-ala bodoh, dia kata, "ya, saya islam". Habis kalau islam baca surah Al-Fatihah yang basic dalam sembahyang pun tak tahu macam mana tu. Apa ayat yang dia baca waktu sembahyang, tak ke pelik. "Cuba kau mengucap", aku bertanya lagi. Dah hilang rasa respect aku dekat dia (orang macam ni tak payah respect pun takpe - tak guna langsung), daripada aku bahasakan diri aku ni ibu, terus bertukar jadi aku. Dan daripada aku bahasakan diri dia tu awak, terus jadi kau. Pada pendapat aku, kalau betul-betul islam at least dia tahulah mengucap (manalah tahu islam pada nama aje). Tapi dia diam seribu bahasa. "Kau dengar ke tak, apa yang aku cakap", aku macam dah hilang sabar dengan manusia depan aku ni. "astagfirullahal azzim", sekali lagi ayat yang pernah dia gunakan diperdengarkan dekat aku. Dia ni betul-betul dah mempermain-mainkan aku ni. Dia ingat suka-suka hati boleh main-mainkan islam. Yang aku tak boleh terima, siap pakai tudung dengan sembahyang tu. "Kalau kau betul-betul islam, kau ambil Al-Quran ni, kau junjung dan kata dekat depan aku yang kau tu islam". Al-Quran yang aku hulurkan pada dia sekali dicampak aje ke tepi kaki dia. Amboi, ni sudah lebih ni, macam nak menangis aku dibuatnya. Sanggup dia buat macam tu. Ibu aku yang dari tadi diam, tak semena-mena terus bersuara, "Al-Quran ni kitab suci untuk orang islam. Ibu betul-betul tak sangka dengan perangai kau ni. Ibu ingat, ibu dengan anak ibu layan kau elok-elok, kau boleh balas kita orang macam ni. Agaknya sepanjang anak ibu takde, apa agaknya yang kau dah buat dekat Danish". Malam tu memang jadi hangat, sehangat-hangatnya. Daripada aku nak dengar dari mulut dia betul ke dia nak lari dan tinggalkan Danish sorang-sorang dekat rumah terus dapat tahu perkara lain yang diluar jangkauan aku. Rupa-rupanya dia memang bukan islam selama ni. Sebelum dia tiba di Malaysia, dia diajar macam mana nak baca ayat-ayat tertentu, siap dia tunjukkan dekat aku lagi buku yang disalin. Jadi selama ni yang masakkan family aku ni orang *****(hampeh!!) Lepas tu, dia tetap tak mengaku yang dia nak lari dari sini, siap cakap dengan aku lagi, "kalau saya mahu lari, dah lama saya lari". Tapi dalam tak mengaku nak lari tu, dia siap cakap lagi. Dia rasa tak sesuai kerja sebagai maid ni. Amboi! Habis kau jadi maid dan masuk ke dalam Malaysia ni sebagai tiket nak tukar kerja lain. Kau tak tahu ke berapa banyak duit aku melabur semata-mata nak dapatkan kau. Senang-senang aje dia boleh cakap macam tu. Aku ingat dengan bagi makan, minum dan tempat berteduh ni, dia hargailah sikit kehidupan susah dia dekat In****s** tu. Tapi jadi tak sedar diri pulak.

Keesokan harinya walaupun sakit hati dengan apa yang berlaku semalam, aku still lagi rasa tanggungjawab hantar dia balik ke rumah agent maid aku tu (ikutkan hati yang menyampah ni, nak aje aku campak dia dekat mana-mana - biar padan dengan muka dia. Tapi masalahnya aku bukan orang yang macam tu. Biarlah seburuk mana pun orang buat dekat aku, aku cuba juga kawal perasaan aku ni. Aku harap tuhan ajelah yang balas perbuatan dia tu). Sampai di rumah agent dan mengenangkan aku tak nak duit RM 4,000 aku tu hangus macam tu aje. Aku beritahu agent yang aku nak tukar maid lain (eee... nak sebut perkataan maid pun aku rasa macam geli). Aku buat pemilihan biodata, then si agent ni pun berjanjilah dengan aku dalam masa dua minggu dia akan telefon aku balik tapi aku kena bayar duit 'tambang' untuk maid baru aku tu nanti (duit lagik? kau ingat aku cop duit ke?) Malas nak panjang-panjangkan cerita aku bersetuju ajelah.

Tapi selang beberapa minggu jangankan telefon, batang hidung si agent tu pun aku tak nampak dekat ofis aku (kalau sebelum ni, waktu aku ambil si muka ala-ala bodoh tu. Selalu pulak agent maid aku ni datang menjenguk aku dekat ofis. Dah dapat duit aku terus buat-buat lupa pulak janji dia yang satu lagi ni). So aku ambil keputusan contact si agent maid aku ni. Amboi, tak semena-mena boleh dia cakap dengan aku macam ni, "Sorryla, maid awak dah lari, akak tak boleh nak gantikan awak dengan maid baru". (Habis kalau kau tau dia dah lari, susah sangat ke nak telefon aku). "Ikutkan maid lama awak tu kena kerja dengan majikan dia yang baru selama 4 bulan sebagai ganti untuk dapatkan maid baru awak tapi dia lari waktu dengan majikan baru so akak nak buat macam mana. Amboi... senangnya cakap. Aku dah pulangkan dia elok-elok, suka-suka hati aje dia boleh lepas tangan macam tu, yang kena tanggungnya aku pulak tu. Dahlah pulak tu siap tengking-tengking aku lagi bila aku stand untuk right aku. Nilah dia manusia, waktu susah bukan main manis mulut. Bila dah dapat apa yang kau nak, kau jadi lupa diri pulak. Sudahnya duit aku hangus macam tu aje, kepercayaan aku dekat orang lain dipermain-mainkan, dan aku sendiri rasa macam nak meraung dengan apa yang terjadi. Mengikut kata kawan-kawan aku, memang ada agent yang dah berpakat dengan maid untuk lari lepas tempoh 4 bulan. Meaning agent takkan rugi apa-apa kalau majikan nak claim sebab dah habis tempoh warranty.

Lepas daripada kejadian ni, aku memang cukup fobia/menyampah gila-gila kalau dengar perkataan maid. Tengok muka dia orang pun aku rasa macam nak termuntah. So, morale of story, jangan sesekali percayakan orang yang buat-buat muka baik (ala-ala bodoh) ni. Mungkin bukan semua yang macam aku cakap ni, tapi be careful. Malang tak berbau, isn't it?

Maid - Part One

Aku pernah ada maid sebelum ni tapi bekerja dengan aku hanya untuk 4 bulan sahaja. Ikutkan rasa hati yang geram ni, malas nak story kisah maid aku ni. Apataknya buat menghabiskan 'boreh' aje. Pastu melayang duit aku RM 4,000 lebih macam tu aje (kalau fikir-fikir balik dah boleh beli flat screen untuk rumah aku... cis!!). Cuma apa yang aku story ni, boleh dijadikan iktibar untuk orang lain yang senasib dengan aku atau mereka-mereka yang nak try ambil maid. Maybe tak semua maid 'hampeh' tapi nak dapat yang ok tu berkemungkinan satu dalam seribu kot.

Kisahnya macam ni, aku start ambil maid waktu umur Danish 5 bulan. Ni semua gara-gara Danish kerap sakit dan selalu keluar/masuk hospital sebab tinggal di nursery. For the beginning nak ambil maid ni, hubby aku memang reject sekeras-kerasnya sebab hubby aku tak suka ada 'orang lain' tinggal bersama-sama kita orang, especially orang yang takde related. Tapi bila aku pujuk hubby aku dan beritahu dia sebab-sebab utama aku perlukan maid. Akhirnya hubby aku mengalah. Aku fikir dengan ambil maid makan, minum dan kesihatan Danish lebih terjaga berbanding tinggal di nursery. Malah keadaan rumah kita orang pun lebih terurus. So setiap kali hujung minggu bolehlah aku dan hubby concentrate menjaga Danish sahaja.

3 bulan pertama bersama-sama maid, pada aku takdelah masalah sangat. Pada pandangan aku semuaya under control (tu pandangan pertama aku jelah tapi hakikatnya... huh!). Awal-awal lagi aku dah beritahu pada maid aku apa yang perlu dia buat dan apa yang tak boleh dia buat. Yelah sebagai majikan dia kena patuhilah segala rules yang aku dah tetapkan. Bukanlah rules apa-apa pun, cuma guideline sepanjang aku takde dekat rumah. Lagipun aku memang tak suka kalau maid aku duduk bersembang dengan maid lain waktu aku dan hubby takde. Sebab melihat dari kesungguhan dan cara dia bekerja dengan kita orang. Aku dan hubby memang tak berkiralah sangat. Apa yang dia teringin nak makan, kita orang belikan. Bukan tu sahaja, baju raya, kasut raya, kad i-talk untuk mudahkan dia call family dia, duit untuk hantar pada family dia untuk persediaan hari raya pun aku dan hubby dulukan. Tapi betullah kata orang, "buat baik ni kena berpada-pada". Aku sangkakan cara kita orang ni, taklah membuatkan dia terasa diri dia jauh dengan family ke atau rasa tersisih. Tapi kalau dah niat dekat hati dia dah memang busuk, so satu hari tu akan terjawab juga semua perkara.

Mula-mula apa yang aku perasan perubahan maid aku ni ialah waktu aku bawa balik dia ke kampung aku. Amboi daripada pakai tudung dah tak pakai tudung pulak. Tapi aku tak fikir negatively la sangat, maybe setakat balik kampung aje kan. Bila aku tanya, jawapan dia senang aje, terlupa (ayat-ayat standard maid. contohnya bila ditanya - kenapa tak tutup eletrik ni? terlupa..., kenapa tak buat adik susu lagi? terlupa... kenapa tak cuci baju ni? terlupa...) walaupun ayat-ayat ni dah ter'lali' aku dengar tapi aku malas nak fikir banyak-banyak. Tapi dalam hati tertanya-tanya juga, pakai tudung pun boleh terlupa?. Pelik... Hah... Lupa nak tambah satu cerita lagik, dan gara-gara ayat terlupa ni. Maid aku ter'LUPA' beritahu aku yang dia tertumpahkan air panas dekat tangan Danish. Aku memang tak perasan betul yang tangan Danish kena air panas maybe sebab kulit danish pun putih kemerah-merahan hinggalah satu hari tu aku tengok kenapa tangan Danish ada bekas luka air panas. Bila disoal-siasat (walaupun dia berdolak-dalih-kononnya Danish tepis tangan dia waktu buat susu. Amboi... ada hati nak salahkan anak aku yang baru berapa bulan tu) akhirnya maid aku mengaku dia tertumpahkan air panas atas tangan Danish dan dia takut nak beritahu aku (dan ditambah guna alasan terlupa). Berderau darah aku waktu tu tapi aku sabarkan diri. Dalam nada menahan marah aku beritahu dia, takut atau tak dia kena beritahu aku jugak. Sekurang-kurangnya aku boleh terus bawa Danish ke klinik. Nasib baiklah tanda luka tu tak berparut (tu pun nasib baiklah).

Balik dari kampung, kami tiba hampir lewat malam. Tak salah aku, lebih kurang pukul 11.30 pm. Tengah aku bawa masuk beg baju ke dalam rumah. Tiba-tiba aku perasan jiran sebelah aku panggil hubby aku. Dan waktu tu, maid aku pulak tengah menyusukan Danish di dalam rumah. Walaupun pelik dengan sikap jiran aku dan hati aku dok tertanya-tanya kenapa tapi aku sabarkan hati untuk menunggu. Setengah jam kemudian, hubby aku masuk dengan air muka yang berlainan. Aik! Lain macam aje ni. Aku yang dah tak sabar-sabar ni terus tanya kenapa tapi hubby aku mendiamkan diri aje. Lagilah bertambah-tambah persoalan dalam kepala aku ni. Saje je tau hubby aku ni. Aku terus follow hubby aku sampai ke bilik. Then, barulah aku tahu kisah sebenarnya.

Rupa-rupanya jiran aku bercerita pasal maid kita orang. Dah lama dia nak beritahu, tapi selalu tak berkesempatan. Kalau mengikut apa yang jiran aku bagitau. Maid aku ni dah berpakat nak lari dari rumah kita orang dan nak tinggalkan Danish sorang-sorang dekat rumah. Beberapa hari sebelum ni, si maid aku ni pernah minta tolong jiran aku untuk telefon kawan dia. Tapi jiran aku tak nak tolong. Dan sepanjang ketiadaan aku dan hubby dia berkawan dengan seorang lagi maid. Lepas tu, jiran aku cakap dia selalu dengar Danish menangis kuat-kuat sebab maid aku selalu tinggalkan dia untuk pergi bersembang (amboi! ni kerja kau selama ni). Patutlah setiap kali aku telefon rumah, ada sahaja alasan maid aku guna. Bila aku tanya kenapa lambat angkat telefon. Saya angkat bajulah, saya dalam bilik airlah, saya mandikan adiklah, adik menangis minta didukunglah... dan.. bla... bla... bla... Dan hinggalah satu hari tu, bila aku balik dari kerja aku perasan suara Danish serak macam baru lepas menjerit (now... i know the answer). Terkejut dengar cerita dari hubby aku. Aku dan hubby pura-pura macam takde apa-apa. Ikutkan hati nak tempeleng aje muka ala-ala bodoh yang dipamerkan maid aku tu. Geram tak terkata...

Panjangnya story aku, kita continue part two pulak nanti k...

Aug 9, 2008

Menanti kelahiran Ariana

27th July 2008 (Sunday) - sebelum masuk tido, aku dah ckp dgn baby dlm perut, "kalo bole, baby keluarlah besok yek, mama malas nak pegi opis sebenarnya". bukan apa, aku dah tak larat nak dgr soalan dari budak2 opis. balik2 dia org dok tanye, "eh..eh.. bila nak meletup ni?" hai...lambat meletup salah, cepat meletup pun salah. dan jawapan aku senang jek, "tahla...korang tanyela baby dalam perut aku ni. ko ingat aku bole pandai2 sendiri ke tentukan bila nak keluarkan baby." tuh...jawapan dah nak 'meradang' ler tuh. yela..dah dekat 2 minggu dia org asyik dok tanya soalan yg sama. sekali dua tu, oklah lagik. ni kalo dah masuk 5,6 kali bole jadi tekanan aku dibuatnye. memangla jangkaan doktor, aku sepatutnya bersalin 27th July tapi kalo takde apa2 tanda pon time tuh, aku nak buat mcm mana. gara2 tak nak dengar mulut dia org takkan aku nak induce baby suruh keluar kot. doktor gyna aku pon relax je bagitau aku, "condition u & baby ok, so nothing to worry. we just wait for that day jela." bila dah dengar doktor ckp mcm tuh, at least legalah sikit.
28th July 2008 (Monday) - awal2 pagi pukul 4:30 aku dah rasa semacam. bukan contraction tapi aku rasa mcm leaking, air ketuban aku pecah ke?? aku dok terpikir2. kalo ikut experience sebelum ni, ada keluar darah. tapi kalo air ketuban pecah mesti dah basah lencun seluar aku. sebelum tuh aku tak bagitau pon hubby aku lagik condition aku. cuma dlm pukul 5:00am bila hubby aku terjaga, dia tanya aku samada nak pegi keje atau tidak. aku geleng kepala sambil ckp, "tak nak pegi, malasla." aku buat tarik muka. hubby aku yg tanpa byk soal terus ckp, "ok." dan kemudian sambung, "papa ambik EL jela." dlm serba-salah tuh, aku terus bagitau hubby aku psl condition aku. daripada hubby aku nak smbg tido balik, terus dia bangun dari katil. hehe.. hubby aku plk yg panik tetiba. "call lah sjmc, tanya dia org samada nak terus pegi labour room ke tidak?" maybe dia tgk wife dia relax semacam jek mcm takde respond apa2 pon. "hmm... ok, tapi mama tak sure la, air ketuban ke tidak?" "call ajela." hubby aku mendesak lagik. bila aku call sjmc, sjmc kata aku kena pegi outpatient clinic for check-up dulu sbb takut false alarm je. since aku mmg ada appointment dgn doktor gyna aku pukul 2:30pm nanti so aku ingat bolehla cepatkan sikit appointment aku nanti. pukul 8:00am aku & hubby dah tiba dkt sjmc. rupa2nya sepanjang pagi ni, doktor gyna aku takde. patutla akunya appointment dia org set utk petang. so, lps abis breakfast dkt hospital. aku ajak hubby aku pegi subang parade, saje...jalan-jalan. nanti lepas nih, aku kena perintah berkurung dekat rumah. bosannya.... so inilah masanya lepas gian. hubby aku antara percaya dgn tidak tanya aku lagik sekali, "mama ok ke, jalan2 nanti ni?" "ala...kalo masuk terus labour room pon, dia org suruh jalan2 dulu utk cepatkan bukaan, so baik kita jalan2 dkt subang parade." aku bagi alasan yg sememangnya betul pon. lebih kurang pukul 10:30am, kita org dah tiba dkt subang parade. sempatlah pegi toy 'r' us belikan anak aku toys kegemaran dia. pukul 6:00pm barulah aku dpt mengadap doktor gyna aku. punyalah lama aku dan hubby tunggu giliran kitaorg dari pukul 3:00pm gitu. kalo tau giliran kitaorg lambat mcm ni, mesti aku dah ajk hubby aku pegi jalan2 tmpt lain plk. rupa2nya aku dah ada bukaan 3cm, terus doktor send aku ke labour room. jeng..jeng..jeng...serta-merta aku rasa suspen plk, tadi bukan main relax jek. dalam kepala aku dok pikir, eee...mcm manalah contraction kali ni, sbb waktu 1st baby baru 2cm aku dah rasa menggigil satu badan. tapi utk 2nd baby ni, aku terlampau cool sgt mcm takde apa2 pon terjadi walaupun bukaan dah ada 3cm. dlm duduk tunggu kelahiran anak aku ni, sempatlah aku melayan cerita ezora. pukul 8pm, doktor tanya aku samada aku nak any pain relief. dia kata kalo aku nak ambik epidural, it's better before 5cm kalo tak ubat tuh tak berapa berkesan. ceh...dgn gagahnya aku pon ckp, "i think, i'll go for normal process." tak sampai setengah jam lepas doktor pecahkan air ketuban. aku dah rasa semacam. oh..ow...it's coming. hubby aku yg mula2 relax terus dtg pegang tangan aku. hai...macam manalah agaknya perasaan pompuan yg nak bersalin tanpa hubby dkt sebelah kan. mesti sedih sgt. walaupun cuma pegang tangan tapi aku rasa, aku mmg perlukan sgt support dr hubby aku. dlm pukul 10:00pm, bukaan aku baru 5cm. sbb dah tak larat sgt, aku mintak injection utk bg aku rest sekejap. injection ni taklah menghilangkan contraction tapi dia buat aku mengantuk je & bertahan utk 4 jam. lepas dpt injection tuh, aku tertido sekejap.
29th July 2008 (Tuesday) - lebih kurang pukul 2:00am lebih, aku dah terjaga sebab kesan ubat tuh dah abis. aduh...time tuh sakitnya tak pyh ceritalah mmg sakit gile. terkemam2 mulut aku menahan sakit. hubby aku terus usap kepala aku. tengah aku dok berhempas-pulas menahan sakit tiba2 heart beat anak aku drop, kelam-kabut nurse pakaikan aku oksigen & aku nampak muka hubby aku panik semacam bila tengok keadaan aku mcm tuh. even aku nampak situation tuh tapi aku mcm tak boleh nak pikir apa2 time tu. aku rasa terawang-awang. setengah jam kemudian, heart beat anak aku back to normal tapi contraction bertambah2 kuat. sepanjang contraction ni, mmg aku tak lepaskan pon tangan hubby aku. aku dengar nurse duduk tertanya sesama sendiri, kenapa baby tak turun lagik even bukaan aku dah masuk 8cm. dia org suspect tali pusat anak aku melilit, rupa2nye anak aku mendongak. aku pulak dah rasa mcm nak teran keluar aje baby. gas yg hubby aku pakaikan dkt muka aku langsung tak beri apa2 kesan pon. kononnya kalo aku sedut gas tuh bila contraction dtg, ianya boleh reduce rasa sakit tapi aku rasa rimas sangat. sakitnya tetap aku rasa jugak, tak paham aku apa yg kurangnya. tiba2 dlm kelam-kabut baby tak nak turun dan bukaan aku dah 9cm, doktor aku pon muncul (macam malaikat penyelamat gitu). tak sampai beberapa minit, doktor betulkan position anak aku & dgn hanya 2 kali teran, alhamdulilah lahirlah Ariana ke dunia tepat pukul 5:57am dengan berat 3.44kg. lega, terharu, happy & mcm2 lagik perasaan waktu tu aku rasa. syukur kepada tuhan...semuanya selamat.