Blogger templates

Showing posts with label Muzium. Show all posts
Showing posts with label Muzium. Show all posts

Jul 10, 2012

Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan

Hari ni i nak bawa korang semua jalan-jalan ke Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah. Oh, i baru teringat, Wana pernah tanyakan soalan ada apa yang menarik di sekitar Kuala Pilah dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/06/hotel-melang-inn.html. Kalau Wana nak tahu, inilah antara tempat yang best yang Wana boleh datang melawat nanti. Hehehe... bunyi macam super teruja sangat nak datang sini kan? Especially bila korang baca kata-kata i yang Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti ni best sangat. Ok, tak nak bersikap pentingkan diri sendiri. Hehehe... Nanti bila korang pergi, lepas tu korang kata boring sebab cuma dapat tengok barang-barang lama (yang dah berdebu dah pun), tak pasal-pasal i dipersalahkan pulak (ish-ish-ish). Untuk korang yang jenis suka tengok tempat-tempat menarik, sukakan sejarah dan nak jadikan ianya sebahagian daripada pengalaman peribadi sendiri. Hah, memang tak rugi pun datang jalan-jalan dekat sini.

Tapikan syhhh... korang jangan bagitahu sesiapa tau. Kalau korang nak tahu zaman sekolah dulu-dulu, i memang boring gila dengan subjek Sejarah. Ya Allah, rasa macam nak terjatuh biji mata i tahan mengantuk, bila cikgu Sejarah start membebel dekat depan kelas (adeh, ikutkan hati i, nak aje lukis gambar bola mata dekat kelopak mata i tu. Keh-keh-keh). Punca boring? I rasa bermasalah betul nak hafal tarikh-tarikh bersejarah, nak ingatkan nama orang / raja dulu-dulu (nama retis bolehlah kau ingat pulak ye? Hehehe), dan hubungan / kaitan antara satu sejarah dengan sejarah yang lain. Haishh... fed-up betul! Biarlah sejarah tu berlalu pergi. Hahaha! (anak-anak tolong jangan contohi mama ye?). Tapi kelakarnya, kalau pergi tempat-tempat bersejarah, takdelah pulak i rasa boring. Rasa over seronok lagik adalah. Sampaikan, kalau pergi berulang-ulang kali pun i tak kisah.

Ok, kita lupakan dulu kisah 'sejarah' i tu. Hehehe. Kita sambung balik kisah Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti. Nak tahu tak, i kagum betul dengan rekabentuk Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti. Cantik dan unik sangat. Dan apa yang menarik perhatian i ialah keadaan tangga untuk ke bahagian tingkat dua dan tiga Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti ni. Walaupun kecil dan curam (korang kena hati-hati waktu memanjat) tapi interesting untuk korang cuba.

Istana ini mempunyai ciri-ciri senibina Minangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikan ia kelihatan tersergam indah dari jauh. Bangunan setinggi 65 kaki ini, mempunyai pelbagai motif bunga yang diukir pada kayu belian yang digunakan untuk membuat istana ini. Kini, istana yang dahulunya menjadi kediaman rasmi Raja telah dijadikan Muzium Diraja khas. Orang ramai boleh mengunjungi pameran yang terdapat di sini. Mereka yang ingin mengetahui lebih dekat tentang kehidupan keluarga Diraja bolehlah datang ke sini. Terdapat pelbagai bahan pameran seperti senjata api, pakaian serta dokumen berkaitan keturunan Diraja.

Nak dapatkan info lengkap mengenai Istana Lama Seri Menanti, korang boleh rujuk dekat sini ---> http://www.arkib.gov.my/istana-lama-seri-menanti

Di bawah ini adalah antara catatan / kisah sejarah untuk korang baca mengenai Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti dan barangan yang berada disekitarnya.


MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI, KUALA PILAH

Muzium Diraja Seri Menanti merupakan salah sebuah istana lama Malaysia yang indah dari segi bentuk seni bina tradisional. Dibina dalan tahun 1905 dan siap pada tahun 1908 oleh tukang kayu yang mahir dan terkenal iaitu Kahar dan Taib. Salah satu yang menarik mengenai seni bina ini ialah pembinaannya tidak menggunakan sebarang paku. Seni bina empat tingkat mempunyai 99 batang tiang menggunakan kayu cengal. Di tengah-tengah bangunan istana ini didirikan menara yang dinamakan 'Tingkat Gunung'. Struktur atas bumbungnya menggunakan kayu cengal yang berbentuk "Lipatan Gunting". Kegunaan ruangnya pula di tingkat pertama menempatkan "Balai Rong Seri" untuk upacara mengadap. Bilik beradu keluarga kerabat diraja terletak di tingkat dua sementara di tingkat tiga dikhaskan untuk Yang Dipertuan Besar. Di menara "Tingkat Gunung" pula menempatkan khazanah diraja.



BATU KASUR (Batu Timbang)

Replika batu ini adalah contoh berdasarkan bentuk asal yang terdapat di Alam Minangkabau, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini merupakan satu tempat ujian bagi anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi raja di Negeri Sembilan. Antara ujiannya ialah mereka harus tidur beberapa hari di atas batu ini yang dilapik dengan daun jelatang yang sangat gatal di samping gangguan lain selama berada di atasnya. Hanya mereka yang bertahan dalam tempoh yang ditentukan dianggap telah lulus ujian dan Raja Melewar telah lulus ujian ini dan seterusnya ditabalkan menjadi Raja Negeri Sembilan.


REPLIKA BATU BERTIKAM

Replika Batu Bertikam ini contoh asal yang terdapat di Kacamantan (kampong) Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini dikaitkan dengan bekas tikaman keris oleh Dt Pepatih Nan Sebatang tanda sumpah setia pendamaian sebagai mengakhiri perselisihan faham dalam hal pemakaian Sistem Adat Koto Piliang yang dicetuskan oleh kakaknya di Katumanggungan.

Menurut cerita bahawa Dt Katumanggungan juga telah menikam sebuah batu dengan kerisnya dah keris tersebut telah ditempatkan di Sungai Tarab VIII Batu (Bungo Sotangkai, Bulokan Sungai Kayu Balukan Sungai Kayu Batarok) yang dijadikan sebagai Pusat Pemerintahan Koto Piliang dengan mengamalkan Sistem Adat Dt Bentara Putih.

Semenjak itu, tidak boleh ada sesiapa mengamalkan sistem ada selain dari Sistem Adat Caniago tersebut dan ia telah dipakai sama oleh kota-kota lain sekitarnya.


TABUH

Tabuh adalah peralatan yang lazimnya terdapat di surau dan masjid. Ia adalah alat perhubungan utama yang mengeluarkan isyarat bunyi apabila dipalu dengan menggunakan kayu khas bagi tujuan memberitahu seluruh penduduk kampung setiap kali masuknya waktu solat, berbuka puasa, bersahur, kematian dan berita.


Alamat Muzium Diraja Seri Menanti :-
71550 Seri Menanti Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Nombor telefon / faksimili : [06] 497 9653

MASUK ADALAH PERCUMA

Waktu lawatan :-

Untuk hari Isnin hingga hari Khamis bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 12:45 petang, kemudian bersambung dari pukul 2:00 petang hingga 5:45 petang.

Manakala untuk hari Jumaat pula, dari pukul 10:00 pagi hingga 12:15 petang, kemudian bersambung dari pukul 2:45 petang hingga 5:45 petang.

Dan untuk hari Sabtu hingga Ahad dari pukul 10:00 pagi hingga 5:45 petang.


Kedudukan lokasi Muzium Diraja Seri Menanti terletak berhampiran dengan pekan Bandar Diraja Seri Menanti. Selepas melalui pintu gerbang besar yang tertulis Bandar Diraja Seri Menanti, lebih kurang 1 atau 2 kilometer di hadapan korang akan lihat sebuah Istana / Muzium Diraja Seri Menanti tersergam megah betul-betul berlatar belakangkan keindahan gunung-ganang.






Terasa macam balik kampung sendiri pulak (eceh!)
Ada kedai cenderamata dekat sini.
Anak-anak i happy main ting-ting dekat bawah rumah.
Tiba-tiba mama bergaya ala-ala model pulak sebelum masuk muzium. Hahaha.. sebenarnya lambat sangat tunggu papa snap gambar. So, saja buat macam-macam aksi, sekali ini jadinya. Kelakar!

Singgahsana bukan Restoran Singgah Selalu ye. Hehehe...
Damien tolong kemas meja makan.
Hari-hari dapat tengok permandangan dari rumah sendiri macam ni, tenang je fikiran rasa.
Lepak-lepak dekat beranda istana. Sejuk. Banyak angin lalu dekat sini.

Ni nama dia tandu kan?

p/s : Menarikkan datang sini?

May 14, 2012

Penang Hill / Bukit Bendera

Agak-agak korang bila kali terakhir korang pergi Penang Hill / Bukit Bendera ni? Kalau tanya dekat i, kali terakhir i jejakkan kaki dekat sini tak salah i masa tahun 1994. Fuhhh... kalau tambah lagik 2 tahun, maknanya dah dekat 20 tahun dah (dahsyatnya... hehehe...) Ingat lagik, waktu dulu i datang sini, kita orang (i, adik, ayah dan ibu) makan ABC (ais batu campur) satu mangkuk besar yang ada aiskrim. Punyalah jakun sebab sebelum tu tak pernah pun jumpa lagik ABC yang ada aiskrim (kelakar je kan?)

Tapi kalau korang datang sekarang ni, dah banyak sangat perubahan dekat atas Bukit Bendera ni. Lebih kemas dan cantik gitu. Cuma kita orang kurang bernasib baik sebab ada antara tempat menarik yang kita orang nak lawati (macam The Owl Museum / Muzium Burung Hantu) masih belum dibuka untuk orang ramai lagik. Orang yang bertanggungjawab uruskan Muzium Burung Hantu bagitahu, dua hari kemudian daripada tarikh i datang ke Bukit Bendera, barulah dorang akan buka (alahai, ruginya!), dan kawasan gerai-gerai makan pun tengah buat pengubahsuaian / renovation. Bertambah tak best  waktu kita orang tiba kebanyakan kedai makan pun dah tutup (duhh... hari biasa pun dorang tutup kedai cepat sangat ke?) Tulah, siapa suruh naik Bukit Bendera lepas pukul 6:00 petang. Hehehe...

Untuk korang yang menyangkakan banyak benda-benda menarik dekat atas Bukit Bendera, selain daripada pengalaman menaiki kereta kabel / cable car dan keindahan melihat permandangan seluruh Pulau Pinang dari atas bukit. I rasa korang mesti rasa frust / kecewa bila tiba dekat atas sana. Secara jujur lahir dari hati, terus-terang i cakap sebenarnya biasa-biasa je bila berada dekat sini. Takde apa-apa yang menarik sangat pun. Tapi macam i dan hubby yang suka teroka tempat-tempat yang kita orang tak pernah pergi, kita orang rasa seronok je. Yelah, bukan selalu pun datang sini kan?

Nak tahu fakta menarik mengenai Penang Hill / Bukit Bendera? Jom baca dekat bawah ni

Penang Hill / Bukit Bendera terletak di dalam kawasan yang dipanggil Air Itam di Pulau Pinang. Jaraknya adalah 6km dari bandar. Terletak kira-kira 823 meter (2750 kaki) dari aras laut di bahagian utara Pulau Pinang. Ianya merupakan resort bukit yang tertua dan yang pertama di Malaysia serta mempunyai ciri sejarahnya yang tersendiri. Nama asal bagi Penang Hill / Bukit Bendera ialah Flagstaff Hill. Ini kerana pada waktu dahulu, bendera yang dikibarkan dari tiang bendera di Bel Retiro (rumah Gabenor Pulau Pinang pada masa itu) telah digunakan sebagai pemancar isyarat. Penduduk tempatan biasanya memanggil dengan nama Penang Hill atau Bukit Bendera. Manakala orang Hokkien memanggilnya dengan nama "Seng Kee Sua". Kebanyakan penjajah British membina banglo untuk kegunaan peribadi mereka pada abad ke-19 kerana keadaan iklimnya yang lebih sejuk berbanding kawasan bandar. Suhu purata antara di antara 20-27 darjah celcius.

Nak dapatkan keterangan lanjut mengenai Penang Hill / Bukit Bendera, korang boleh hubungi menerusi alamat dan nombor telefon dekat bawah :-

PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
JALAN STESEN BUKIT BENDERA, AYER ITAM
11500 PULAU PINANG MALAYSIA

Telefon : 604-8288880, 604-8288839, 604-8288861
Faks : 604-8288862

Website / Laman Web : http://www.penanghill.gov.my

Waktu operasi :
Hari biasa : 6:30 pagi hingga 10:00 malam (Keretapi terakhir dari Stesen Atas Bukit Bendera)
Hujung Minggu / Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 6:30 pagi hingga 11:00 malam (Keretapi terakhir dari Stesen Atas Bukit Bendera)

Kaunter tiket di Stesen Bawah Bukit Bendera tutup pada :
Hari biasa : 9:00 malam 
Hujung Minggu / Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 10:00 malam

Harga Tiket : boleh rujuk gambar bawah.

Untuk korang yang dah lama tak pergi Bukit Bendera, sudi-sudilah tatap gambar kami. Untuk anak-anak mama, lain kali kita datang lagik tengok The Owl Museum ok.

Ohh, lupa nak bagitahu, cable car / keretapi sekarang dah laju dah tak macam dulu-dulu. Perjalanan dalam 20 minit je naik dan turun Bukit Bendera.


Harga tiket untuk ke Penang Hill / Bukit Bendera










Belakang i tu Stesen Atas Bukit Bendera

Nak minum-minum sambil tengok permandangan, best pergi Restoran David Brown ni, tapi i tak berani pulak nak makan sebab tak nampak pulak tanda Halal.

Ariana sekarang bergaya angkat kaki sebelah bila bergambar. Hahaha... siapalah yang mengajar ni?

Apa yang i pakai hari tu?
Tudung / Pashmina - Beli dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman (RM10.00) je
Baju - Poplook
Jeans - Uniqlo
Kasut - Crocs
Wrislet - Coach (beli waktu clearance stock)





Tempat ni menarik tapi dah tutup pulak waktu i tiba. Huhuhu... Lain kali kena datang pagi-pagi naik Bukit Bendera.


Permandangan malam Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. Hari-hari bukak tingkap rumah boleh tengok macam ni kan ke best. Hehehe...



p/s : Kadang-kadang destinasi perjalanan tu tak penting sangat pun, yang penting bila kita dapat luangkan masa dengan orang tersayang.

Jan 16, 2012

Muzium Padi, Kedah

Kali ni i nak ceritakan pengalaman i waktu pergi ke Muzium Padi yang terletak di Kedah Darul Aman. Seronok jugak bila sekali-sekala bawa anak-anak pergi ke tempat-tempat macam ni. Lain dari yang lain. Lagipun banyak info yang menarik yang i dapat tau bila pergi Muzium Padi antaranya mengenai sejarah penanaman padi, peralatan pertanian lama yang digunakan dari zaman dulu (kebanyakannya tidak digunakan lagi pada masa kini) serta barang atau makanan yang boleh dihasilkan daripada padi atau beras. Jangan tak percaya walaupun i berkahwin dengan orang Utara tapi i sendiri tak pernah tengok secara live pun rupa dan bentuk sebenar padi (adeh, kesiannya kan?). Ikutkan setiap kali balik kampung, kiri kanan laluan semuanya ada sawah padi. Tapi memandangkan i ni penakut sangat dengan pacat, so nak pergi dekat dengan sawah padi pun i rasa menggigil (takuttt!)

Lokasi sebenar Muzium Padi ni terletak kira-kira 8 kilometer dari Bandar Alor Setar, betul-betul berhadapan dengan Kampung Tradisional, Gunung Keriang dan berhampiran dengan laluan ke Pusat Sains Negara dan Pusat Akuatik. Kawasannya memang agak jauh dan terpencil dari bandar tapi itulah yang menjadi daya tarikannya bila berada di sini. Sebabnya korang akan terasa suasana sebenar negeri Kedah yang dikenali sebagai Rice Bowl of Malaysia ini.

Muzium Padi ini dibuka dan dirasmikan oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Negeri Kedah pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425 hijrah. Untuk pengetahuan korang juga, muzium ini adalah satu-satunya muzium padi di Malaysia. Ianya mempamerkan pelbagai bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

Muzium ini berkeluasan 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras. Dari aras 1, ianya mempamerkan sejarah penanaman padi, variati-variati padi, alat persawahan tradisional seperti anok, renggam dan lain-lain lagi. Selain itu alat menangkap ikan tradisional yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan lain-lain juga turut dipamerkan di aras ini.

Pada aras 2 pula ada terdapat 6 galeri, di mana korang boleh melihat lukisan-lukisan yang menggambarkan aktiviti pertanian bermula dari zaman penjajahan hingga sekarang. Dokumentari mengenai kaedah penanaman padi juga ada ditayangkan di sini setiap hari. Malah korang juga boleh melihat dengan lebih dekat perbezaan jenis-jenis beras di seluruh dunia.

Manakala yang paling menarik dan unik di Muzium Padi ini ialah apabila berada di aras 3 iaitu di tingkat atas sekali. Korang boleh melihat panorama sebenar tanaman padi yang diabdikan dalam bentuk mural dan lanskap. Mural yang berketinggian 8 meter dan 103 meter panjang ini adalah salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia. Di sini juga disediakan ruang pemerhati yang terletak di atas platform yang berputar, jadi kesemua aktiviti ini korang boleh saksikan melalui kerusi yang disediakan khas.

Kalau korang nak dapatkan cenderamata sebagai kenang-kenangan seperti baju "T", alat tulis, kraftangan dan makanan tradisional macam sagon, karas serta lain-lain lagi, korang boleh pergi ke Kedai Cenderamata yang berada di Aras 1. Semua makanan ini dihasilkan oleh anak-anak negeri Kedah sendiri dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Info mengenai Muzium Padi yang perlu korang tahu ialah :

Muzium Padi  ini dibuka setiap hari.

Masa lawatan untuk hari Sabtu hingga Khamis ialah dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
Manakala pada hari Jumaat pula, ianya dibuka dari 9:00 pagi hingga 12:30 tengah hari dan kemudian bersambung dari pukul 2:30 petang hingga 5:00 petang

Tiket / bayaran masuk ke Muzium Padi ialah:
Dewasa - RM3.00
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) - RM1.00
Rombongan sekolah - RM1.00
Kamera - RM2.00 (sebuah)

Dah cerita panjang-lebar mengenai Muzium Padi ni, jomlah kita tengok gambar i sekeluarga di Muzium Padi ni pulak. Ada 32 gambar semua sekali. Fuhh... ini antara entry pertama i yang dipenuhi dengan gambar. Layan. Hehe.



Tempat duduk berehat berhampiran dengan tangga masuk ke Muzium

Padi real yang ditanam dihadapan tangga masuk Muzium Padi. Wahh!

Inilah rupa pokok padi sebenar, siap berbuah lagik

Cantikkan permandangan Gunung Keriang

Sawah Padi berhampiran dengan Muzium Padi


KEADAAN MUZIUM PADI, ARAS 1


Alatan menangkap ikan waktu dulu kala

Nak sembang dengan kerbau, bolehlah belajar bahasa kerbau. Hehe

Eh, kucing bodoh? Siapa yang bodoh sebenarnya?


Alat Sukatan Beras yang digunakan
GALERI ALATAN PERTANIAN PADI, KEMBOJA DI ARAS 1


Lampu kalimantang pattern macam ni hanya untuk orang kaya je


Rumah padi ni diperbuat daripada tahi lembu. Ada berani, nak berumah macam gini?

Alatan memotong padi. Ganas habis!

Eh-eh comel je petani ni kan? Hehe
KEADAAN MUZIUM PADI, ARAS 2



Jenis-jenis beras di seluruh dunia



Emping ni diperbuat daripada beras
KEADAAN MUZIUM PADI, ARAS 3

Tangga yang digambarkan seperti pendakian ke Gunung Keriang

Adventure tak? Hehe

Nilah dia pentas pemutar, tak payah nak bergerak keliling, duduk diam-diam. Nanti dia berpusing slow-slow

Cantikkan mural ni?


Ariana excited tengok pentas ni berputar. Hehe

p/s : Macam mana best tak Muzium Padi, Kedah ni? Best kan?

sumber rujukan :