Blogger templates

Showing posts with label Penang Hill. Show all posts
Showing posts with label Penang Hill. Show all posts

May 14, 2012

Penang Hill / Bukit Bendera

Agak-agak korang bila kali terakhir korang pergi Penang Hill / Bukit Bendera ni? Kalau tanya dekat i, kali terakhir i jejakkan kaki dekat sini tak salah i masa tahun 1994. Fuhhh... kalau tambah lagik 2 tahun, maknanya dah dekat 20 tahun dah (dahsyatnya... hehehe...) Ingat lagik, waktu dulu i datang sini, kita orang (i, adik, ayah dan ibu) makan ABC (ais batu campur) satu mangkuk besar yang ada aiskrim. Punyalah jakun sebab sebelum tu tak pernah pun jumpa lagik ABC yang ada aiskrim (kelakar je kan?)

Tapi kalau korang datang sekarang ni, dah banyak sangat perubahan dekat atas Bukit Bendera ni. Lebih kemas dan cantik gitu. Cuma kita orang kurang bernasib baik sebab ada antara tempat menarik yang kita orang nak lawati (macam The Owl Museum / Muzium Burung Hantu) masih belum dibuka untuk orang ramai lagik. Orang yang bertanggungjawab uruskan Muzium Burung Hantu bagitahu, dua hari kemudian daripada tarikh i datang ke Bukit Bendera, barulah dorang akan buka (alahai, ruginya!), dan kawasan gerai-gerai makan pun tengah buat pengubahsuaian / renovation. Bertambah tak best  waktu kita orang tiba kebanyakan kedai makan pun dah tutup (duhh... hari biasa pun dorang tutup kedai cepat sangat ke?) Tulah, siapa suruh naik Bukit Bendera lepas pukul 6:00 petang. Hehehe...

Untuk korang yang menyangkakan banyak benda-benda menarik dekat atas Bukit Bendera, selain daripada pengalaman menaiki kereta kabel / cable car dan keindahan melihat permandangan seluruh Pulau Pinang dari atas bukit. I rasa korang mesti rasa frust / kecewa bila tiba dekat atas sana. Secara jujur lahir dari hati, terus-terang i cakap sebenarnya biasa-biasa je bila berada dekat sini. Takde apa-apa yang menarik sangat pun. Tapi macam i dan hubby yang suka teroka tempat-tempat yang kita orang tak pernah pergi, kita orang rasa seronok je. Yelah, bukan selalu pun datang sini kan?

Nak tahu fakta menarik mengenai Penang Hill / Bukit Bendera? Jom baca dekat bawah ni

Penang Hill / Bukit Bendera terletak di dalam kawasan yang dipanggil Air Itam di Pulau Pinang. Jaraknya adalah 6km dari bandar. Terletak kira-kira 823 meter (2750 kaki) dari aras laut di bahagian utara Pulau Pinang. Ianya merupakan resort bukit yang tertua dan yang pertama di Malaysia serta mempunyai ciri sejarahnya yang tersendiri. Nama asal bagi Penang Hill / Bukit Bendera ialah Flagstaff Hill. Ini kerana pada waktu dahulu, bendera yang dikibarkan dari tiang bendera di Bel Retiro (rumah Gabenor Pulau Pinang pada masa itu) telah digunakan sebagai pemancar isyarat. Penduduk tempatan biasanya memanggil dengan nama Penang Hill atau Bukit Bendera. Manakala orang Hokkien memanggilnya dengan nama "Seng Kee Sua". Kebanyakan penjajah British membina banglo untuk kegunaan peribadi mereka pada abad ke-19 kerana keadaan iklimnya yang lebih sejuk berbanding kawasan bandar. Suhu purata antara di antara 20-27 darjah celcius.

Nak dapatkan keterangan lanjut mengenai Penang Hill / Bukit Bendera, korang boleh hubungi menerusi alamat dan nombor telefon dekat bawah :-

PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
JALAN STESEN BUKIT BENDERA, AYER ITAM
11500 PULAU PINANG MALAYSIA

Telefon : 604-8288880, 604-8288839, 604-8288861
Faks : 604-8288862

Website / Laman Web : http://www.penanghill.gov.my

Waktu operasi :
Hari biasa : 6:30 pagi hingga 10:00 malam (Keretapi terakhir dari Stesen Atas Bukit Bendera)
Hujung Minggu / Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 6:30 pagi hingga 11:00 malam (Keretapi terakhir dari Stesen Atas Bukit Bendera)

Kaunter tiket di Stesen Bawah Bukit Bendera tutup pada :
Hari biasa : 9:00 malam 
Hujung Minggu / Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 10:00 malam

Harga Tiket : boleh rujuk gambar bawah.

Untuk korang yang dah lama tak pergi Bukit Bendera, sudi-sudilah tatap gambar kami. Untuk anak-anak mama, lain kali kita datang lagik tengok The Owl Museum ok.

Ohh, lupa nak bagitahu, cable car / keretapi sekarang dah laju dah tak macam dulu-dulu. Perjalanan dalam 20 minit je naik dan turun Bukit Bendera.


Harga tiket untuk ke Penang Hill / Bukit Bendera










Belakang i tu Stesen Atas Bukit Bendera

Nak minum-minum sambil tengok permandangan, best pergi Restoran David Brown ni, tapi i tak berani pulak nak makan sebab tak nampak pulak tanda Halal.

Ariana sekarang bergaya angkat kaki sebelah bila bergambar. Hahaha... siapalah yang mengajar ni?

Apa yang i pakai hari tu?
Tudung / Pashmina - Beli dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman (RM10.00) je
Baju - Poplook
Jeans - Uniqlo
Kasut - Crocs
Wrislet - Coach (beli waktu clearance stock)





Tempat ni menarik tapi dah tutup pulak waktu i tiba. Huhuhu... Lain kali kena datang pagi-pagi naik Bukit Bendera.


Permandangan malam Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera. Hari-hari bukak tingkap rumah boleh tengok macam ni kan ke best. Hehehe...



p/s : Kadang-kadang destinasi perjalanan tu tak penting sangat pun, yang penting bila kita dapat luangkan masa dengan orang tersayang.