Cerita berjalan-jalan di Pulau Pinang diteruskan dengan jalan-jalan cari makan pulak. Cerita sebelum ni ialah cerita naik Bukit Bendera (untuk sesiapa yang tercicir keretapi, boleh baca entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/05/penang-hill-bukit-bendera.html). Kalau korang nak tahu bersusah-payah kita orang nak cari kedai makan yang istimewa sikit dekat Penang ni tau. Konon-kononnya tak naklah asyik makan Nasi Kandar dengan Nasi Beriani aje. Tapi pusing punya pusing punya pusing, akhirnya kita orang masuk jugak dekat kedai makan yang ada jual Nasi Kandar dengan Nasi Beriani (adeh!) Nampak sangat dekat Penang ni, memang dah tak boleh lari dari dua konsep makanan jenis macam gini. Huhuhu... nak buat macam mana kan? Pelancong lah katakan (eceh-ceh-ceh) manalah kita orang tahu kedai-kedai makan best ni. Nak suruh korang cadangkan boleh? Hehehe...
Datang keinginan hati nak cuba makanan dekat Restoran Kapitan, Penang ni pun bila terpandang suasana keliling Lebuh Chulia yang nampak bersejarah / historical gitu. Suka tengok rekabentuk bangunan lama dekat sini dan kedai-kedainya yang masih tak berubah macam 50 tahun yang lalu (gaya i cakap macam dah wujud 50 tahun yang lepas je kan? Hehehe). Tapi serius, korang akan terasa macam back to the future bila berada dekat sini. Seronok ni kalau boleh ambil gambar banyak-banyak. Ingatkan lepas makan dekat Restoran Kapitan bolehlah ronda-ronda kawasan sini. Teringin nak jenguk dalam Nagore Dargha Sheriff (dengar kata ini adalah bangunan peringatan untuk seorang wali bernama Shahul Hameed di Nagore, India). Entah macam mana, hujan panas pulak lepas tu. Terpaksa ubah rancangan pergi tempat lain. Kalau berdua dengan hubby je ni, gagah perkasa jugaklah i nak redah hujan. Memandangkan ada escort 3 orang budak kecik yang memang tunggu masa je i lepaskan dorang berjalan sendiri. Takpelah, i batalkan niat. Lain kali, kita orang datang lagik. Hehehe...
Perut pun sebenarnya masih kekenyangan dengan Domino's Pizza waktu tiba di Restoran Kapitan. Jadi demi tak nak menghampakan tekak, i dan hubby order Tandoori Set iaitu satu set Cheese Naan (RM10.00) dan satu keping Cheese Naan biasa (RM3.50) (lepas tu kongsi makan 5 orang. Tension kalau dapat semua pelanggan macam i ni. Hehehe...) Danish pulak makan nasi kosong dengan kuah kari (satu pinggan RM1.20 je), siap tambah sampai dua kali tu (pun tension dapat pelanggan macam Danish ni sebab langsung tak ambil lauk-pauk). Setahun bukak restoran bila orang buat perangai macam gini, terus gulung tikarlah jawabnya (kihkihkih). Apa-apa hal memang tak menyesal order dan makan Cheese Naan dekat sini sebab memang sedap. Kuah untuk Cheese Naannya marvelous habis! I siap minta tambah lagik. Yang penting, pekerja dekat Restoran Kapitan ni pun baik-baik belaka, layan kita orang macam pelanggan istimewa gitu (terima kasih ye!) Cuma bab kebersihan je, i tengok macam kurang sikit. I bagi rating 2.5 daripada 5 bintang untuk kebersihan. Tuan kedai Restoran Kapitan, sila buat sesuatu ok.
Alamat Restoran Kapitan, Penang :-
93, Lebuh Chulia
10200 Georgetown
Pulau Pinang
Lokasi : Dalam kawasan Little India dan berhadapan dengan bangunan Nagore Dargha Sheriff.
Nombor Telefon : [04] 264 1191
Waktu operasi : Buka 24 jam setiap hari (kau mampu?)
Untuk mendapatkan info lebih lanjut bagi penginapan dekat Penang, apa kata korang klik link ini ---> penginapan Pulau Pinang
Macam biasa, jom kita tengok gambar nak?
![]() |
| Nak tengok senarai harga dekat Restoran Kapitan Penang ni, bolehlah picit dekat gambar atas ni ye. |
![]() |
| Gaya Danish macam nak order macam-macam rupa-rupanya Nasi Putih dengan kuah aje. Hehehe... |
![]() |
| Anak mama lapar ye... |
![]() |
| Damien tengah update status dekat Facebook. Hehehe... |
![]() |
| Cheese Naan Set RM10.00 je! Sedap tau! |
![]() |
| Inilah dia Nagore Dargha Sheriff, Penang |
![]() |
| Little India |
![]() |
| Budak-budak kecik yang seronok berjalan (eh, mama sekali ke?) Apa i pakai hari tu? Dress - Poplook Tudung / Shawl - beli dekat Semua House (RM15.00) waktu diskaun Wristlet - Coach (beli waktu clearance stock) |
p/s : Nak tahu tak, ni kali pertama i pakai dress pergi berjalan-jalan. Rasa macam pelik. Hehehe...










