Blogger templates

Showing posts with label Selamat Hari Ibu. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Ibu. Show all posts

May 14, 2012

Happy Mothers Day / Selamat Hari Ibu

HAPPY MOTHERS DAY / SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu-ibu (terutama sekali untuk ibu i yang tersayang dan ibu mertua ku) dan juga untuk kawan-kawan kesayangan i, tak kiralah samada yang mengenali i di dunia nyata atau pun cuma di dalam blog. Ikutkan entry i ni dah terlewat satu hari dari tarikh asal Hari Ibu yang sebenar (13 April). Tapi i harap korang semua sudi terima ucapan i ni.

Sebenar-benarnya kan kalau korang nak tahu, i selalu tak ingat bila tarikh Hari Ibu dan Hari Bapa. Jadi i harap lepas letakkan entry ni, i dah boleh rancang / plan nak buat apa untuk Hari Ibu akan datang. Mungkin nak sambut dengan ibu dan ibu mertua i dekat tempat-tempat yang menarik.

Yang kelakar tu, i pun baru tersedar hari semalam ialah Hari Ibu bila i dapat sms / mesej dari kawan-kawan i (alahai, serius terharu tau dapat ucapan macam gini. Mekasih sangat!). Lepas tu, tiba-tiba hubby i sebut 'Happy Mother's Day, Mama'. Hahaha... kantoi, nampak sangat hubby i pun baru teringat jugak lepas dia jenguk Facebook (Mama pun sama jugak, Pa. Kihkihkih...) Anak i yang sulung pulak, dua hari lepas dah buat ucapan Happy Mother's Day in advance. Takpelah, tak kisah sangat pun sebenarnya, tapi ingatan dorang untuk i buat i rasa bertuah dikelilingi dengan orang-orang yang i sayang. Tak kira samada keluarga dan kawan-kawan semua.

Jadi bersempena dengan hari istimewa, hubby i bagi cuti memasak untuk i (bunyi macam kena dera memasak hari-hari pulak kan? Hehehe...). Kita orang pergi makan dekat Secret Recipe berhampiran dengan rumah. Danish (anak i sulung) pun dah suarakan hasrat hati nak makan kek coklat banyak-banyak. Iye, kita pergi makan kek ok, kalau tak habis. Mama habiskan. Hehehe... Kemain mama kan? Tapi lepas tu mama kemengahan tak larat makan, gara-gara penangan 3 Cheeses Spinach Lasagne. Duhh... taubat tak nak makan dengan tengok keju lagik (untuk hari tu jelah. Hehehe...) Kurus semangat nak habiskan cheese yang super banyak!

Ariana dan Damien cuma pesan ABC Fries dan kek sahaja. Makannya tak banyak mana tapi sibuk dengan games (hehehe...) Papa pulak makan Vegetarian Fried Rice with Satay. Untuk minuman Mama order Ice Blended Chocolate dan Papa pulak order Ice Blended Mocha. Kalau kawan-kawan nak tengok senarai menu yang ada dekat Secret Recipe, bolehlah tengok dekat sini ok ---> http://www.secretrecipe.com.my/menu-selection/page-1651.html

Rasanya sama je suasana makan Secret Recipe macam hari-hari biasa. Bezanya cuma hari ni ialah Hari Ibu. So, mama nak simpan kenangan Hari Ibu untuk tahun 2012 untuk anak-anak mama. Jangan terkejut tengok gambar mama yang besar kemain pakai tudung warna kuning tu. Mana tahu bila anak-anak mama dah besar, muka mama dah jadi lain dah. Hehehe... jadi bolehlah tatap muka mama waktu muda ni (kehkehkeh... mudalah sangat!)

SELAMAT HARI IBU SEMUA!!! Jadi ibu jangan garang-garang sangat tau. Hehehe...

Surat cinta Danish untuk semua. Mama terharu sebab dapat cinta nombor satu. Hehehe...



 




 





p/s : i'm proud to be mom