Blogger templates

Showing posts with label Tips Menghias Rumah. Show all posts
Showing posts with label Tips Menghias Rumah. Show all posts

Aug 16, 2012

Mengecat Rumah

Rasanya mesti korang dah tengok kan (dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/08/ikea-textile-campaign-kempen-tekstil.html), macam mana "wajah terbaru" ruang makan / dining area i selepas dicat dengan warna baru. Sebelum ni, hampir kesemua dinding / ruang dalam rumah i berwarna putih. I sendiri pun rasa takut-takut juga bila nak buat perubahan drastik untuk tukarkan warna cat dekat ruang makan i. Sesuai ke dengan warna perabot? Tak kelakar ke? Tak macam Taska ke? Haishh... berdebar-debar tau. Tapi dalam berdebar-debar tu excited juga nak tengok hasilnya. Ikutkan setiap ruang dalam rumah i dah ada warna-warna tersendiri yang i dah tetapkan. Bab berkaitan hiasan / susun atur / tema / perabot memang hubby i letakkan 100% idea atas pilihan i. Seronok bila dapat kepercayaan untuk buat apa yang i suka (Macih papa!) Hah... nak tengok apa lagi perubahan warna yang akan i cat dekat dalam / luar rumah i, korang kenalah follow entry i hari-hari (keh-keh-keh saje je kan cakap macam ni? Bukannya hari-hari nak mengecat pun).

Memandangkan bulan puasa ni, sumber tenaga yang ada kena simpan sebaik yang mungkin. Jadi i dan hubby sepakat memilih untuk cat ruang makan dulu. Maklumlah ini ruang yang paling banyak i dan keluarga habiskan masa. Selain berfungsi sebagai ruang makan, ruang ni juga dijadikan sebagai tempat anak-anak i buat homework sambil dipantau oleh mama selaku Guru Besar dan juga tempat i berblogging (sambil tunggu makanan masak. Hehehe). Mungkin lepas raya nanti, projek cat-mengecat semakin galak dijalankan. Maklumlah tenaga dah jadi banyak dan boleh refill berkali-kali. Hahaha... Eee... rasa tak sabar pulak nak main dengan warna cat banyak-banyak.

Untuk ruang makan ni, i gunakan cat jenama Sissons (Emulsion Paint) dan i pilih dua tona warna hijau yang berbeza iaitu warna hijau gelap (Code 606 : Apple) dan warna hijau terang (Code 9978 : Lime Burst). Warna hijau yang lebih gelap (Code 606 : Apple) i tetapkan dekat dinding yang kecil dan sempit. Tujuannya, i nak jadikan kawasan tu sabagai feature wall atau dalam bahasa melayunya dipanggil sebagai titik fokus utama. Dua dinding yang akan i jadikan feature wall ialah dinding yang mempunyai cermin dan dinding yang mempunyai shelf panjang (boleh tengok dekat gambar bawah).

Sebelum kerja-kerja mengecat dijalankan, perkara utama yang perlu korang sediakan ialah alatan untuk mengecat. Antaranya seperti :-

1. Poly Brush (digunakan pada bahagian-bahagian hujung dinding atau kawasan-kawasan rumit)
2. Scraper (untuk menanggalkan cat lama yang berlapis-lapis dan tidak sekata)
3. Masking Tape (digunakan sebagai border / sempadan untuk menampal penghujung mana-mana bahagian dinding / perabot daripada terkena cat)
4. Bekas Cat (untuk mengisi cat)
5. Paint Roller (menjadikan kerja-kerja mengecat jadi pantas)
6. Surat Khabar Lama (atau selalunya korang biasa dengar, bunyi pelat panggil Old Newspaper. Hehehe)
7. Kain Buruk (dibasahkan dengan air. Untuk mengelap mana-mana bahagian yang tak sepatutnya dicat).
8. Tangga
9. Kayu Panjang (untuk mengacau cat di dalam tin cat bagi memastikan semua warna cat sekata. Nampak macam tak penting tapi nilah yang paling penting tau).

I takde specific teknik, tips atau petua mempercepatkan kerja-kerja mengecat ni (kalau nak cepat, upah jelah orang mengecat. Confirm tak penat dan laju. Hehehe). Tapi semua alatan yang i nyatakan dekat atas penting untuk korang sediakan bagi memudahkan kerja-kerja mengecat. Jangan panik atau risau kalau korang tengok layer / lapisan cat pertama korang bercapuk-capuk / tak sekata. Tunggu lapisan pertama kering dan korang cat kembali untuk lapisan kedua. Kebiasaannya kerja-kerja mengecat ni memang kena buat dua layer / lapisan bagi memastikan kesemua warna dinding sekata. Kalau ada sesiapa yang nak tahu samada cat ni i campur air atau tak? Jawapannya : I tak campur pun dengan air.  Kalau nak hasilnya cantik, jangan kedekut guna cat ye kawan-kawan. Hehehe.

Ok, selamat mengecat rumah sendiri. Rumah cantik, tuan rumah happy.

Poly Brush
Scraper (comel)
Inilah dua dinding yang i jadikan sebagai feature wall
Hubby tengah buat border dengan masking tape. I gayat nak panjat-panjat tangga ni.
Nampak tak masking tape dekat tepi cermin tu? So, bolehlah cat laju-laju tanpa terkena cermin. Hehehe...
Paint roller (comel)
Paint roller (gumok)
Kiri : Cat Sissons warna Apple (Code : 606). Kanan : Cat Sissons warna Lime Burst (Code : 9978)
Warna dinding lama yang bercapuk-capuk (kesian dia. Takpe kejap lagi jadi cantik)

p/s : terima kasih atas komen korang semua (i sayang kawan blogger i semua!). I baca satu persatu tau. Cuma tak sempat je nak reply dan blog walking sorang-sorang. Minta ampun, minta maaf, minta duit raya (eh!) Hehehe....

Jul 14, 2009

Rumahku Syurgaku

play time...
ariana keletihan lepas main toys
Kat sinila tempat aku melepak sambil meng'crochet' & memonitoring anak aku... hehe..
dah macam guru beso la plak..


Mesti ramai yang kompiuskan... canela aku bley handle anak aku yang 2 orang tuh sambil bole buat keje extra plak tuh....
Ikutkan takde secret ape-apenye pon... nak kata anak aku tak nakal... tipulakan... budak-budak kecik... kompomla active semacam...
Tapi yang penting sediakan tempat untuk dorang main dengan tido... bile dah penat main toys... sure dorang akan carik pillow nak tido... jadi takyahla korang nak gado ambik semua benda-benda nih sebab dah ade depan mata... save energy & save time...
Lagipon kalo korang nak tau, rumah aku nih memang tak banyak perabot... kalo beli pon... aku suke yang simple, flexible dan senang nak kemas...
Hehe... sebab tuhla aku suke barang-barang ikea...
(sempat promote gitu...)

Jan 12, 2009

My Wiken

Nak tau ape aku buat kalo time wiken?
Jalan-jalan? atau melepak dengan jayanya kat ngumah?
Owh... indahnye dunia aku...
Bukan yek... kengkawan semua...
Reena, tulun' jangan mimpi yek sebab mimpi tuh mainan tido....chewah...
Tuh adalah kate orang-orang tua *ahaks... kate-kate aku yang makin tuakah itu?

Pada aku... stiap kali tiba wiken ter'rase cam nightmare ler sesangat
Apetaknye, time nihla lagik bertimbun keje yang aku dan hubby kena buat
dari hari-hari biase kita orang...
Wikenla... mase kita orang nak kena kemas ngumah, sapu sampah, vaccum,
basuh baju *yang aku sendiri tak tau tinggi mane tah?*, lipat baju *pon aku tak tau tinggi mane tah?*,
mop lantai, cuci toilet, susun barang-barang dalam kitchen cabinet,
cuci toys budak 2 owang tuh... dan lagi... dan lagi...
Kalah bateri energizer da.....

Tapi bile dah settle semua keje yang kita orang buat tuh...
Dan baru jek nak merase goyang-goyang kaki dengan relaxnye...
Tetiba besok... dah start balik keje....
Arghhh.... Tidak!!...
Kan bagus kalo keje cume 2 hari jek... pastu dapat coti 5 hari plak...
Kalo ade keje cam gini, teringin ler sesangat aku nak apply *ahaks*...

Eh, ape cite pic kat atas tuh?
Hehe... saje jek tayang-tayang ngupe bilik Danish yang latest...
Cik abe kecik sowang tuh dah big boy sekarang nih...
Tido pon dah sowang-sowang...
Kalo tengok bilik Danish nih quite simple jek bilik Danish nih....
Kononnye mama papa dia nak pasang wallpaper aeroplane dengan ngecat kaler biru...
Tapi konon jela... hehe... tah bilela kita orang bole buat agaknye....
Agak-agak tunggu Danish beso... bio dia cat sendiri bilik dia kot... hehe...