Rasanya mesti korang dah tengok kan (dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/08/ikea-textile-campaign-kempen-tekstil.html), macam mana "wajah terbaru" ruang makan / dining area i selepas dicat dengan warna baru. Sebelum ni, hampir kesemua dinding / ruang dalam rumah i berwarna putih. I sendiri pun rasa takut-takut juga bila nak buat perubahan drastik untuk tukarkan warna cat dekat ruang makan i. Sesuai ke dengan warna perabot? Tak kelakar ke? Tak macam Taska ke? Haishh... berdebar-debar tau. Tapi dalam berdebar-debar tu excited juga nak tengok hasilnya. Ikutkan setiap ruang dalam rumah i dah ada warna-warna tersendiri yang i dah tetapkan. Bab berkaitan hiasan / susun atur / tema / perabot memang hubby i letakkan 100% idea atas pilihan i. Seronok bila dapat kepercayaan untuk buat apa yang i suka (Macih papa!) Hah... nak tengok apa lagi perubahan warna yang akan i cat dekat dalam / luar rumah i, korang kenalah follow entry i hari-hari (keh-keh-keh saje je kan cakap macam ni? Bukannya hari-hari nak mengecat pun).
Memandangkan bulan puasa ni, sumber tenaga yang ada kena simpan sebaik yang mungkin. Jadi i dan hubby sepakat memilih untuk cat ruang makan dulu. Maklumlah ini ruang yang paling banyak i dan keluarga habiskan masa. Selain berfungsi sebagai ruang makan, ruang ni juga dijadikan sebagai tempat anak-anak i buat homework sambil dipantau oleh mama selaku Guru Besar dan juga tempat i berblogging (sambil tunggu makanan masak. Hehehe). Mungkin lepas raya nanti, projek cat-mengecat semakin galak dijalankan. Maklumlah tenaga dah jadi banyak dan boleh refill berkali-kali. Hahaha... Eee... rasa tak sabar pulak nak main dengan warna cat banyak-banyak.
Untuk ruang makan ni, i gunakan cat jenama Sissons (Emulsion Paint) dan i pilih dua tona warna hijau yang berbeza iaitu warna hijau gelap (Code 606 : Apple) dan warna hijau terang (Code 9978 : Lime Burst). Warna hijau yang lebih gelap (Code 606 : Apple) i tetapkan dekat dinding yang kecil dan sempit. Tujuannya, i nak jadikan kawasan tu sabagai feature wall atau dalam bahasa melayunya dipanggil sebagai titik fokus utama. Dua dinding yang akan i jadikan feature wall ialah dinding yang mempunyai cermin dan dinding yang mempunyai shelf panjang (boleh tengok dekat gambar bawah).
Sebelum kerja-kerja mengecat dijalankan, perkara utama yang perlu korang sediakan ialah alatan untuk mengecat. Antaranya seperti :-
1. Poly Brush (digunakan pada bahagian-bahagian hujung dinding atau kawasan-kawasan rumit)
2. Scraper (untuk menanggalkan cat lama yang berlapis-lapis dan tidak sekata)
3. Masking Tape (digunakan sebagai border / sempadan untuk menampal penghujung mana-mana bahagian dinding / perabot daripada terkena cat)
4. Bekas Cat (untuk mengisi cat)
5. Paint Roller (menjadikan kerja-kerja mengecat jadi pantas)
6. Surat Khabar Lama (atau selalunya korang biasa dengar, bunyi pelat panggil Old Newspaper. Hehehe)
7. Kain Buruk (dibasahkan dengan air. Untuk mengelap mana-mana bahagian yang tak sepatutnya dicat).
8. Tangga
9. Kayu Panjang (untuk mengacau cat di dalam tin cat bagi memastikan semua warna cat sekata. Nampak macam tak penting tapi nilah yang paling penting tau).
I takde specific teknik, tips atau petua mempercepatkan kerja-kerja mengecat ni (kalau nak cepat, upah jelah orang mengecat. Confirm tak penat dan laju. Hehehe). Tapi semua alatan yang i nyatakan dekat atas penting untuk korang sediakan bagi memudahkan kerja-kerja mengecat. Jangan panik atau risau kalau korang tengok layer / lapisan cat pertama korang bercapuk-capuk / tak sekata. Tunggu lapisan pertama kering dan korang cat kembali untuk lapisan kedua. Kebiasaannya kerja-kerja mengecat ni memang kena buat dua layer / lapisan bagi memastikan kesemua warna dinding sekata. Kalau ada sesiapa yang nak tahu samada cat ni i campur air atau tak? Jawapannya : I tak campur pun dengan air. Kalau nak hasilnya cantik, jangan kedekut guna cat ye kawan-kawan. Hehehe.
Ok, selamat mengecat rumah sendiri. Rumah cantik, tuan rumah happy.
Poly Brush |
Scraper (comel) |
Inilah dua dinding yang i jadikan sebagai feature wall |
Hubby tengah buat border dengan masking tape. I gayat nak panjat-panjat tangga ni. |
Nampak tak masking tape dekat tepi cermin tu? So, bolehlah cat laju-laju tanpa terkena cermin. Hehehe... |
Paint roller (comel) |
Paint roller (gumok) |
Kiri : Cat Sissons warna Apple (Code : 606). Kanan : Cat Sissons warna Lime Burst (Code : 9978) |
Warna dinding lama yang bercapuk-capuk (kesian dia. Takpe kejap lagi jadi cantik) |
p/s : terima kasih atas komen korang semua (i sayang kawan blogger i semua!). I baca satu persatu tau. Cuma tak sempat je nak reply dan blog walking sorang-sorang. Minta ampun, minta maaf, minta duit raya (eh!) Hehehe....
salute dgn kegigihan reena n co.
ReplyDeletecayalah
Hahaha... siap Reena & Co. tu... :)
DeleteThanks kak!!
yeay kida dah dapat tengok version siap dining room akak ni hehe. akak kene dtg blog kita entry sofa tu. ada credit utk akak hehe
ReplyDeleterumah i dah lama tak cat....
ReplyDeleteakak dah tak larat...
i upah u berdua leh hehehehehe....
Selamat Menyambut Aidilfitri ye sis....
have a safe trip!
suka tau siap ada step by step.....I pun mengecat gak tapi main boh jer...nanti nak buat cam reena la proper sikit..nice kaler..like!!!
ReplyDeletealaaa. tahun ni tak dan nak mengecat.. sbb 2 tahun dulu dah cat kaler oren.. over tak kaler oven? hehee. tp 1 dinding jer sbg 'titik fokus utama' ;)
ReplyDeletesuka gak tgk hijau.. mcm kaler rumah mak sy.. sejuk mata memandang..
rajin mengecat sendiri rumah..save labour cost:)
ReplyDeleteBersemangat mengecat rumah ek :)
ReplyDeleteSlamat hari Raya Reena. Maaf Zahir dan Batin :)
Ruang dalam rumah kat SU dulu semua akak seorang yang cat. Tapi akak just guna basic things, cat, roller, brush dan bekas cat tu. Bukan pro pun!!! Nak cantik dan kemas, memang berbaloi dengan cat mahal.
ReplyDeleteReena, tahniah sebab buat sendiri semua. DIY sangat. saya tak buat apa2 pun kat rumah ni, satu sebab rumah sewa, dua sebab MALAS!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.
hijau kool je :D
ReplyDeleteselamat hri raya :)
ReplyDeleterajinnyeer mengecat tuu.. ehheee.., slmt hariry
ReplyDeleteselaMAT hari raya maaf zahir batin reena...
ReplyDeletewah rajin ye mengecat rumah..;)
akak ! selamat hari rayeeee. hehehe.
ReplyDeletetak sabar nak tengok hasilnye.
tetiba tak sabar nak ada rumah sendiri. mesti best gila nak decorate rumah.
waaaaaaaaaaaaa.
eksited pulak. hahaha !
kite pon suka kaler hijau ni.
nampak macam lembut tapi tak lah lembut sangat. macam sejuk je lah mata tu kan. hehehe.
suke suke. hehehe.
cepat update tau. hehe
untung you reena, leh decorate sesuka hati you..i kalu bab menghias rumah harus kene ada adegan2 merajuk..muncung mulut, gaduh2 sket br leh jd...kalu tak pon..end up xjd ape2...hahahahah ~ kes 2-2 gile kuasa... :P
ReplyDelete