Blogger templates

Sep 7, 2008

First Day Shopping With Ariana

Ikutkan hari ni baru 40 hari aku berpantang tapi dalam hati ni sebenarnya dah lama meronta-ronta nak pegi shopping (kalo nak tau, aku ni... memang tak reti nak duduk diam dekat rumah. Ada aje aktiviti dalam kepala ni nak buat). Tapi sebab tak sampai hati nak tinggalkan Ariana dan takut dia terkena kuman-kuman jahat yang banyak dekat luar tu, terpaksalah aku pendam dalam hati aje.

Tapi untuk hari ni, aku betul-betul dah tak boleh tahan lagik dah. Bangun aje dari tidur tadi pagi aku dah dapat idea nak decorate bilik Ariana. Sekejap termenung sana, sekejap termenung sini (aku ni, kalau tengah perah idea memang macam tu) sampai hubby aku pun duduk tersengih tengok gelagat aku, "tu... adalah tu idea dalam kepala dia tu", hubby aku sempat memperli aku. Hehehe... memang ler... geram pulak tengok bilik Ariana tak banyak perabut dan decoration lagik. Bilik Danish pulak dah selamat aku hias sebelum aku deliverkan Ariana hari tu (tu pun tak habis hias lagik). Untuk bilik Danish aku buat theme white and colorful (nanti aku upload gambar bilik Danish k). Maklumlah budak lelaki yang tengah active dan lasak ni, sesuailah dengan color-color yang ceria.

Tempat yang sesuai untuk kick-start idea aku ni tak lain dan tak bukan IKEA lah. So, hari ni kita orang satu family pergi shopping dekat IKEA (eee... rindunya aku dekat IKEA). Dan untuk pertama kalinya Ariana join shopping dengan mama, papa dan abangnya. Glamor tul Ariana hari ni, ada aje orang nak tegur dia (amboi... anak mama ngalahkan Siti Nurhaliza gitu... ekeke). Then nak tau, apa idea yang aku dapat untuk bilik Ariana. Jeng... jeng... jeng... theme fairy-tale ~prince frog~ (konon-kononnya Ariana ala-ala princess yang mencari cinta sejati gitu... walah)
Ariana keletihan lepas balik shopping

Prince Froggy untuk bilik Ariana + terselit pulak choo choo train abangnya

3 comments:

  1. wah rajin u deco bilik ariana yek!!! dah siap leh tgk kan.... hehehe...

    ReplyDelete
  2. babysofia - bole aje..tapi lambat sikit sebab kena kumpul dulu barang-barang nak decorate. maklumlah budget tak besar, tak boleh borong sekaligus...hehe

    ReplyDelete
  3. sis,
    tomeinye arianna... cam anak patung aaaa...

    nanti jgn lupa tempek gambar bilik..nak tengok gak. mesti cute miut!!!

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)