Blogger templates

May 28, 2012

Rumah P. Ramlee

Hari ni i nak sambung kisah perjalanan i dekat Penang / Pulau Pinang. Rasanya ada antara korang mesti dah baca entry i yang terdahulu kan, antaranya ialah :-


Ikutkan banyak tempat-tempat menarik dekat Pulau Pinang ni. Yang ini pun i baru dapat cover sikit je. Lain kali kalau i datang Pulau Pinang lagik, kita pergi tempat lain pulak ok.

Iklan sekejap : Entry baru sambungan dari kisah entry ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/06/galeri-pramlee-pulau-pinang.html

Kalau dah pergi Pulau Pinang, rasanya memang tak sah kalau tak melawat sekali Rumah Kelahiran P. Ramlee. Woww... teruja habis tau bila dengar nama P. Ramlee. Yelah, siapa yang tak kenal P. Ramlee kan? Macam i sendiri, dari kecik sampai dah ada anak sendiri. I tak pernah rasa jemu tengok semua cerita-cerita P. Ramlee. Ada je dialog dalam filem P. Ramlee yang buat i tergelak. Tapi sayangnya bila teringat balik kisah kesusahan beliau sebelum meninggal dunia akibat dari kesempitan hidup dan dipulaukan oleh orang ramai. I rasa sedih sangat. Kisah hidup P. Ramlee ni ada ditayangkan dekat channel National Geographic tahun lepas. Tulah selalu orang tua-tua cakap, kawan ketawa senang dicari tapi kalau kawan menangis cuma satu dalam berjuta kot. Semoga Allahyarham P. Ramlee di tempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-fatihah...

Ok, berbalik kisah rumah kelahiran P. Ramlee. Ini adalah serba sedikit info mengenai Rumah P. Ramlee.

Rumah beratap nipah berlantai papan ini telah dibina oleh ayah P. Ramlee iaitu Puteh bin Karim bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Hussain pada 1926. Asal kayu rumah ini dahulunya adalah daripada rumah di Lorong Yahudi yang telah dirobohkan kerana kawasan itu digunakan untuk pembinaan kuarters kerajaan. Bapanya telah membina kembali rumah ini di Caunter Hall (sekarang jalan P. Ramlee).

Rumah ini telah pun dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun pada tahun 1948. Rumah ini kini telah dibaik pulih semula oleh Arkib Negara Malaysia dan masih mengekalkannya dalam bentuk yang asal.

P. Ramlee telah dilahirkan di rumah ini pada 22 Mac 1929. Setelah habis pantang selama 44 hari P. Ramlee telah dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung Jawa. Walaubagaimanapun beliau sering berulang alik ke rumah ini sehinggalah beliau meninggalkan Pulau Pinang untuk ke Singapura.


Rumah P. Ramlee ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Sabbaruddin Chik yang merupakan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada 13 Disember 1991 bersamaan 7 Jamadil Akhir 1412.

Alamat Rumah Kelahiran P. Ramlee :-

Lot 2180, Jalan P. Ramlee
10460 Pulau Pinang
Malaysia

Nombor Telefon : [04] 281 7484

Waktu Lawatan : Hari Selasa hingga Ahad dari pukul 10:00 pagi hingga 5:30 petang.
Manakala pada hari Jumaat dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Kemudian bersambung dari pukul 3:00 petang hingga 5:30 petang.

Tutup : Pada hari Isnin kecuali Cuti Am dan Cuti Sekolah.

MASUK ADALAH PERCUMA

Antara fakta / info menarik mengenai P. Ramlee dan barangan yang ada di dalam rumah beliau :-


BASIKAL - Dalam kehidupan harian P. Ramlee, basikal adalah kenderaannya untuk ke sekolah dan bersiar-siar dengan kawan dipetang hari. Basikal jenis ini adalah merupakan basikal kesayangan P. Ramlee. Brek basikal ini memang di dalam keadaan asal (ia telah diputuskan sebelah) kerana P. Ramlee ketika berbasikal akan memainkan brek ini sehingga menimbulkan irama tertentu di mana dalam masa yang sama akan mendendangkan lagu-lagu kegemarannya.


KATIL BESI - Katil besi digunakan oleh keluarga P. Ramlee sejak turun temurun. Di bawah katil ini diletakkan sebuah peti besi di mana P. Ramlee dan keluarganya menyimpan pakaian. Peti besi ini merupakan pengganti kepada almari pakaian.


CERMIN MUKA - Cermin muka seperti ini pernah menjadi cermin kesayangan P. Ramlee. Beliau akan menghabiskan masa selama 30 hingga 45 minit untuk memperbetulkan fesyen rambutnya dengan menggunakan 2 hingga 3 jenis minyak rambut sebelum keluar dari rumah untuk bersiar-siar atau berlatih pancaragam.


Kalau korang nak tahu, rumah kelahiran P. Ramlee ini cukup kecil, bahagian ruang dalam rumahnya terdiri daripada anjung rumah, ruang tamu, laluan ke bahagian dapur, satu bilik tidur sahaja dan dapur di bahagian belakang rumah. Jom tengok antara gambar-gambar lain yang sempat i tangkap istimewa untuk tatapan korang di Rumah Kelahiran P. Ramlee.





Bahagian Ruang Tamu
Gambar Ibu P. Ramlee (Che Mah binti Hussin) dan satu-satunya abang P. Ramlee (Sheikh Ali bin Mohamad).
CHE MAH BINTI HUSSIN - Che Mah binti Hussin, ibu P. Ramlee berasal dari Kubang Buaya, Butterworth dan menetap di Pulau Pinang apabila berkahwin dengan Teuku Nyak Puteh pada tahun 1925. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1967 dalam usia 63 tahun.

SHEIKH ALI BIN MOHAMAD - Sheikh Ali bin Mohamad, satu-satunya abang P. Ramlee tetapi dari ayah yang berlainan. Sheikh Ali adalah anak Che Mah (ibu P. Ramlee) hasil daripada perkahwinannya yang pertama. Beliau telah banyak mendorong adiknya P. Ramlee agar terus bergiat di dalam bidang seni yang amat diminatinya.


Bahagian Dapur.
Antara pakaian kegemaran P. Ramlee.
Ruang Pengenalan P. Ramlee.
Surat beranak / Sijil Kelahiran P. Ramlee. 
Gambar Ayah / Bapa P. Ramlee (Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim)
TEUKU NYAK PUTEH BIN TEUKU KARIM - Teuku Nyak Puteh bin Teuku Nyak Karim berasal dari Acheh Indonesia telah dilahirkan pada tahun 1902 dan telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1955 ketika berusia 53 tahun. 

Tangga menuju ke bahagian tengah rumah dan yang zink warna merah tu tempat mandi.
Bahagian Anjung Rumah. 
Tangga menuju ke Ruang Tamu, bahagian hadapan rumah. 
Rumah Kelahiran P. Ramlee dari arah belakang.
Gambar asal Rumah Kelahiran P. Ramlee.
Sejarah asal penglibatan P. Ramlee dalam bidang seni dan latar belakang dirinya. Nak baca dengan lebih lanjut, korang boleh klik gambar ni untuk tumbesaran jelas.

p/s : Sebenarnya ada banyak lagi info menarik mengenai P. Ramlee yang boleh korang ketahui di Rumah Kelahiran beliau. So, kalau jalan-jalan dekat Pulau Pinang. Wajiblah singgah sini. Tak rugi pun tau... Lagi satu, i sempat berkenalan dengan pakcik yang jaga rumah P. Ramlee. Pakcik ni baik dan rajin sangat-sangat. Bersih betul kawasan persekitaran dan dalam rumah P. Ramlee.

22 comments:

  1. cantik rumah p ramlee..
    wpn masuk percuma tp npk tmptnya terpelihara

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu kak, sikit habuk pun takde :)

      Delete
  2. comel je rumah p ramlee tu kan... suke la ngan katil tu.. dlu opah sy ade satu. tp da jadi ape skang ni pon tak tau.. rugi tak ambil dlu.. huhu... btw, kat situ ade sign no camera kan.. peliks ek.. kalau tak leh guna camera, camne nak snap kenangan2 tu sumer.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya barangan antik ni patternnya memang tak lapuk dek zaman. Nampak klasik je gitu :)

      Delete
  3. tiap kali pi PG tak pernah singgah...mmg wajib singgahla kan..nostalgia gitu...p pun yg kat KL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikk.... kita pulak tak pernah pergi yang dekat KL ni Posh... Hehehe...

      Delete
  4. tak penah jejak pun.. lengkap info reena bg.. bagus sungguh!

    ReplyDelete
  5. Tak pernah samapi lagi la reena...
    cantik ek umah lama..suke tgok p ramlee tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah cantik sangat rumah ni, kalau saya ada tanah. Buat rumah persinggahan pattern sebijik macam ni mesti best.

      Delete
  6. kira anak orang kaya juga dah pakai basikal waktu tu... erm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. ye ke? Kalau ada kete rasanya lagik kaya kot :)

      Delete
  7. cantik lg la rumah dia kan kak. suka rumah kg camni best je. btw akak dgn anak2 comel je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah akak pun suka Cha, nampak klasik je gitu :)

      Anyway macih Cha. Hehehe...

      Delete
  8. kite kan tak pernah pergi penang. oh sedih :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu holiday dekat Penang macam mana? Hehehe...

      Delete
  9. hai reena...hihihi bagus entry ni sgt membantu..tadi bagi link kat kwn sbb beliau ade program mytv3..

    ReplyDelete
  10. aku tak sempat pegi ri tu. tak cukup masa. hahaha. kalau gi penang ni kene seminggu kot baru dpt pegi sume tmpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah aku pun rasa macam gitu. Tak puas rasanya kan Hanie :)

      Delete
  11. tak pernah lagi sampai kat sini..next time nak pergi lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali datang lah sini. Memang tak rugi tau :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)