Blogger templates

Feb 1, 2011

Masalah Dengan Streamyx

Awal-awal tahun 2011 ni, TM Net terpaksa bekerja keras untuk aku.
*sebab apa? sebab apa?*
Dah agak dah, mesti soalan tu yang akan keluar dari kepala korang haha~kepoh tau :P

Ni semua gara-gara complain hubby aku yang 2 tahun lepas pasal kelajuan Streamyx terCINTA yang umpama kura-kura pulang petang langsung tak dilayan *hamboi!*. TM Net boleh pulak tu buat pekak ala-ala badak. Dia tak tahu, yang isteri kepada pembayar Streamyx ni kalau dah jadi rimau, buruk padahnya. Sorang-sorang pun dia tak tak bagi chance lari.

Dan kesengsaraan kita orang selama 2 tahun akhirnya berakhir selepas 2 minggu aku berperang dengan TM Net. Haha~aku agak kompom operator TM Net tu dah mark aku sebagai isteri pelanggan kaki gaduh *kui-kui-kui* Nasiblah, bulan-bulan kita orang bayar bil untuk 1MB, tapi 500kb pun macam sengsara aku tengok meter tu nak pergi.

nilah ngupe statistik kelembapan tenet aku. Nanges siot!

Lagikla bila Customer Service tu boleh sound aku "Alaa, pasal slow line internet je kan?" *bunyi nada gila sarcastic*
Terus aku sound dia, "Masalahnya, bukan hari ni je slow, dah dua tahun macam ni. Habis yang saya duduk bayar bulan-bulan untuk 1MB, buat apa? Awak ingat saya bayar pakai daun ke? Bila bayar lambat, awak reti pulak hantar reminder cakap bayar lambat. Kalau tak bayar, nanti kena potong. Reti pulak, nak ugut-ugut orang. Dah tu complain hubby saya, boleh pulak awak buat-buat bodoh. Tak boleh nak buat follow-up ke? Sampai berapa kali nak kena buat complain. Awak ingat kita orang takde keje lain ke, nak buat complain hari-hari? Awak buat apa dengan complain hubby saya tu?"
"Mengikut rekod kami, complain suami puan dalam status *tah apa nombor dia bagi tah*."
"Apa benda tu? Awak ingat saya paham ke?" kui-kui-kui aku pulak bernada sarcastic.
"Maksudnya dalam proses." Customer service tu cakap slow-slow.
Dan serta-merta angin kus-kus aku menyerang, "Hah, dah dekat 2 tahun complain dalam proses? I don't care, by hook or by crook, i want you to settle today. Do you understand! I cannot take it anymore longer dah. Melampau sangat macam ni." Bila marah je kompom keluar ayat omputih, hehe~ngada tau lidah aku ni.
Dalam nada kebil-kebil *macam aku nampak jekan mata dia kebil-kebil kih-kih-kih*, Customer Service tu terus bagi aku report number.
"Kalau setakat bagi report number tapi tak buat apa-apa tak guna jugak. So, apa awak akan buat lepas ni?" gila! hehehe aku dah macam bos TM Net pulak. Siap tanya arahan tuh... muahahaha...
"Sebentar lagik, saya akan hantar report puan ni kepada bahagian teknikal."
"Berapa lama pulak tu?" Aku nyaris gak nak buat soalan sindiran, 2 tahun ke?
"Hari ni jugak akan ada orang bahagian teknikal datang ke rumah puan."
"Hmm, ok." Terpaksa kekalkan nada marah walaupun sebenarnya macam nak pecah usus aku dibuatnya dok tahan gelak.

So, untuk sesape yang menghadapi problem dengan Streamyx macam aku, korang boleh call 100 secara percuma / free charge kalau pakai telefon rumah atau 1-300-88-9515 *4sen/minit* melalui telefon bimbit / handphone. Tak pun pergi je website TM Net bahagian Customer Service. Setiap kali telefon, apa yang penting ialah korang jangan lupa ambil nama pegawai Customer Service yang attend untuk korang. Catitkan sekali, tarikh dan masa panggilan. Sekurang-kurangnya korang dah bersedia andaikata complain korang tu langsung tak dimasukkan dalam sistem *canggih* dorang tu. Jadilah Pelanggan yang Pintar :)
Selain tu, untuk periksa kelajuan internet korang. Korang boleh pergi ke http://speedtest.tm.net.my Tak susah pun guna ni sebabnya Speedtest TM ni akan secara automatic keluarkan detail kelajuan internet korang bila korang picit website dia.

Actually, aku sebenarnya bukanlah jenis orang suka marah-marah ni *eee~tak kose k nak marah-marah tak tentu pasal haha~* Tapi kengkadang ada sesetengah perkara kita boleh tolerate dan ada sesetengahnya dengan cara cam gini kita boleh FIGHT FOR RIGHT yedak? :) Sampai bila nak kena bersabar je. Kadang-kadang bila kita tak keutarakan masalah kita orang takkan tahu.

Oklah, enjoy holiday uols! xoxo

Kemaskini / Update terbaru : Streamyx ada buat beberapa tawaran menarik untuk Pakej Broadband dan Telefon. Kalau nak tengok, boleh baca entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/pakej-streamyx.html


1 comment:

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)