Blogger templates

Aug 20, 2011

Tips Penjagaan Muka dan Produk Pilihan Muka

Ramai yang sebelum ni bertanya dekat saya, apa produk muka yang saya pakai dan macam mana saya menjaga muka? Kalau dengar daripada bunyi soalan macam saya ni pakar la sesangat pasal hal-hal kecantikan dan penjagaan muka ni kan? *hehe* Tapi alhamdulilah, saya bersyukur sangat sebab tak pernah ada masalah serius berkaitan muka.

Untuk korang-korang yang tanyakan soalan ni dekat saya, saya jawab melalui entry ni hokeh. Harap korang berpuashati tau.

Bila usia saya meningkat, saya memang perasan tak semua produk yang saya pakai waktu remaja tu still boleh continue especially bila saya dah berkahwin dan ada anak. Maybe sebab perubahan hormon dalam badan dan diet makanan kita yang tak seimbang. Dan nilah punca salah satu sebab timbulnya jerawat dan muka jadi berminyak.

Kalau sebelum ni saya pakai produk Johnson and Johnson, saya bertukar ke Olay atau Oil of Ulan, lepas tu ke Simple, kemudian ke Himalaya Herbal dan akhir sekali ke Dior. Cuba kira dah berapa banyak produk saya cuba tu? Hehe. Untuk Dior ni saya cuba rangkaian DiorSnow type 1. Kalau ikutkan dari awal tahun 2011 lagi saya dah gunakan produk ni. Saya tengok banyak perubahan dari semasa ke semasa especially tang 'pore' atau liang-liang pori-pori saya dekat bahagian hidung dah makin mengecil. Tekstur kulit juga jadi sekata dan sedikit flawless *eceh-ceh*. Tapi saya tak sure samada perubahan ini disebabkan Dior atau mungkin sebab kulit muka saya memang serasi dengan produk Dior.

Cuma saya suka tips yang promoter Dior ni berikan dekat saya. Dia kata kita kena kenali dulu kulit muka kita then baru buat pilihan produk yang kita nak pakai. Untuk kulit muka saya yang kombinasi dan kering ni so saya kena pakai produk yang berunsurkan liquid / cecair sebab kalau saya gunakan produk yang berunsurkan krim, kulit muka saya jadi berminyak dan bermasalah. Bagi sesape yang mempunyai kulit jenis berminyak pula, korang kena pakai produk yang berasaskan krim.

Untuk menyapu cecair atau krim dekat muka ni pun ada tekniknya. Jangan main sapu macam tu aje. Memula buat urutan dari bawah pipi ke atas, ratakan hanya bahagian hidung sahaja dan last sekali dari kiri ke kanan bila sapu pada bahagian dahi. Ini bagi memastikan kulit muka menjadi anjal dan tegang.

Setiap kali beli produk muka pastikan korang beli 3 items ini dan applykan pada muka. Pencuci muka, toner / liquid dan akhir sekali moisturizer atau essence. Ketiga-tiga items ni penting untuk kekalkan muka supaya jadi segar dan seimbang. Kalau beli tiga-tiga tapi pakai satu atau dua je, tak menjadi jugak *hehe*.

Last sekali, saya selalu pastikan supaya mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari *ini penting sangat-sangat*, kurangkan pengambilan makanan berminyak dan minuman manis serta bergas, banyakkan memakan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Supplement atau makanan tambahan seperti fish oil dan vitamin B complex juga penting sebab untuk seimbangkan dengan diet harian. Kalau badan letih, automatik muka pun jadi letihkan? So ni semua faktor-faktor yang kena ambil kira.

Bawah nilah Dior yang saya pakai.



p/s: Hope korang hepi dengan entry ni. Thanks for reading!




2 comments:

  1. sy pakai safi rania gold jer..x tahulah ok ke x..sama jer rsnya cam takda perubahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde perubahan tu maksudnya takde masalah ke awak? Kalau takde masalah tu kiranya serasilah tu :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)