Bila cuaca panas dan tekak pulak meminta-minta makanan sejuk. I serta-merta akan teringat dekat Puding Kastard Koktel / Cocktail Custard Pudding yang mana resepi asalnya adalah dari Kak Siti Delima (terima kasih kak, memang terangkat habis!) Korang bayangkanlah, rasa puding kastard yang lemak manis, sejuk dingin dan penuh dengan buah-buahan. Fuhh... memang mengancam. Terasa tak nak berjauhan langsung dengan peti sejuk sebab duduk seronok penuhkan gelas / mangkuk kosong dengan puding kastard koktel (best!!)
Disebabkan Puding Kastard Koktel ni memang mendapat permintaan tinggi dikalangan anak-anak i dan hubby. Jadi setiap hujung minggu, i dah pastikan pantry kita orang dah ada kesemua bahan-bahannya. Cara buatnya pun senang / simple sangat, 5 minit untuk sediakan bahan-bahan, 15 hingga 20 minit untuk mengacau puding dan bahan berkuah. Manakala 1 jam lagik tinggalkan kesemuanya dalam peti sejuk untuk pastikan ianya benar-benar sejuk. 30 minit seterusnya pulak terus licin pinggan mangkuk (hehehe...). Jadi, adakah korang dah bersiap sedia nak menikmati Puding Kastard Koktel? Jom, ikut i pergi dapur (berangan macam chef gitu. Hehehe...)
Resepi Puding Kastard Koktel
Bahan Puding:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Cara-cara membuat pudingnya:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti). Part ni, i gunakan bekas kaca je.
4. Letakkan bekas acuan / loyang / bekas kaca di bawah kipas angin untuk membiarkannya sejuk sedikit dan selepas itu masukkan terus ke dalam peti sejuk.
Bahan Untuk Kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruits cocktail (i gunakan jenama Hosen)
1 1/2 tin air masak (ingat air masak ye, jangan gunakan air paip. Sukatan air masak gunakan tin susu cair tu aje)
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila - optional (takde pun takpe sebab i tak letak pun)
Cara-cara membuat kuahnya:
1. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk. Yang penting masukkan susu cair dahulu, kemudian diikuti dengan bahan-bahan yang lain.
2. Dengan api yang paling kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (PERINGATAN : jangan biarkan ianya mendidih, sekadar panas untuk larutkan gula sahaja).
3. Bila agak-agak gula dah larut, tutup api, tunggu sebentar sehingga sejuk sedikit dan masukkan ke dalam peti sejuk.
4. Sejam kemudian bolehlah keluarkan puding dan bahan berkuahnya untuk dihidangkan (hoorey!!) Sebab i pakai bekas kaca untuk isi puding, jadi i potong-potongkannya menjadi empat segi kecil (ni kes nak cepat makanlah ni. Hehehe...)
Bila rupa kastard macam gini dah boleh berhenti kacau. |
p/s : Tengok gambar yang i upload sendiri pun dah kecur air liur (adehhh...)
hurm mmg terliuq ler tgk gambaq tu reena!
ReplyDeletehye reena pe kabar,waras?
sori ai saket mata sbb tuelame hilang..dan x dtg singgah sini *ceh mcm tue tanye plak*
now sdg saket mata ikan ( ulser di mulut)..haish..dugaan..
okehlah...daaaaaaa
Aiseyy... banyak betul penyakitnya... takpe sakit tu penghapus dosa-dosa kecil :)
DeleteKita sihat aje... alhamdulilah
mesti best nih
ReplyDeleteharus dicoba
Memang best pun awak! Cuba tau :) hehehe
Deletenyum nyum nyum,
ReplyDeletekena cuba nie,
tq for sharing:)
Your welcome dear... nanti dah cuba... tayang-tayang lah dekat blog ok. Hehehe
Deleteyummylicious....where's mine?
ReplyDeleteUntuk akak... Wajib datang rumah. Hehehe...
Deletesedapnya. nanti nak trylahh
ReplyDeleteTrylah Cha, buat minum petang ke... Tapi akak, tak kira waktu bedal puding ni... Hihi
Deletekak, puding kastard nie lah antara peberet jannah. rasanya kalau dapat makan hari2 pon takpe. lagipon nak buatnya senang sangat. hehe :)
ReplyDeleteSeplah Jannah... best je bila menusuk ke tekak kan? Rasa sejuk je...
Deleteerkk makan ngan susu.. erk erk erk...
ReplyDeletemak aiiii...sedapnya...saya suka puding2 ni sis...
Deletep/s: salam kenal, dtg dari blog sis rasp...wah...masuk majalah ye...cantik la tuan blog ni...kita follow sini yer...
Mun tak minum susu ke? Ni susu sejat manis lah sayang... Kompom best!
DeleteHye Wahida *lambai tangan* Akak pun suka tak kira apa puding pun.
DeleteMekasih sudi jengah akak... Hahaha... malunya dia dah tengok muka akak yang tomot dengan mekap.
Jap lagik akak follow awak k.
Sedap nyeee...
ReplyDeletebila kakak comel nak buatkan utk org jugakk?
nyummnyummm
@bubbles182
Nak special... awak kena datang rumah akaklah sayang. Lai-lai hehehe...
Deletehuhahuha..memang kecur air liur oiii. da la aku ni hantu dessert
ReplyDeleteHahaha... kan? Aku yang selalu makan ni pun, terkecur jugak tau...
Deleteklu aiman mesti cakap.."terbaik punya!" hehe..
ReplyDeleteAlahaiii.... kalau Aiman cakap depan aunty ni. Kompom aunty cium-cium Aiman. Hehehe
DeleteSejuk jer ase tekak tengok puding k.Reena...:)
ReplyDeleteBestkan? Try la buat Siti :) Hehehe...
Deletenak cuba..tq 4 resepi :)
ReplyDeletenak cuba..tq utk resepi :)
ReplyDeleteCubalah memang best pun tau :) Your welcome!
DeleteWahhh nampak mengancam habiss kak! Hari tu dah try buat (bukan guna resepi ni, tapi caranya lebih kurang je) tapi kastad yang saya buat tu tak menjadi sebab berketul2. Last2 ratah koktel je hehehehe
ReplyDeleteMungkin waktu kacau tu tak sekata kot, Sarah :) Takpe next time boleh cuba lagik.
Deletesaya dah cuba buat..tapi kak..apsal puding tu jadi lembek sgt..huhu..sedih la x jadi. akak guna serbuk puding apa?
ReplyDeleteGambar tepung custard akak ada dekat atas nuuu.... Hehehe... Kalau awal-awal memanglah lembik Fadzila, kena masuk dalam peti ais baru dia padat sikit :) Cuba lagi k. Jangan putus asa tau!
Delete