Blogger templates

Feb 16, 2012

Aplikasi IPhone dan IPad Untuk Blogger

Semalam i tak sempat nak publish apa-apa entry dan berjalan dekat blog korang (sorry korang... banyak sangat kerja dekat pejabat. Nangis!) Tapi sebelum tidur sempat jugak i baca semua komen-komen korang yang berkunjung dekat blog i dan publish ke blog. Mekasih korang... happy tau bila ada orang sudi datang jengah. Ikutkan hari-hari memang i sibuk dengan kerja pejabat (macam i ada cerita dekat korang hari tu http://www.reenaonline.com/2012/02/crochet-coasters.html). Tapi selalunya i sempat jugak curi-curi masa taip dekat blog. Hah... macam mana i buat tu? Hehehe... Nilah antara kelebihan iPhone dan iPad. Eh, i tak sabotaj smart handphone yang lain tau tapi i tak sure samada handphone android pun boleh buat macam gini ke tak? Tapi rasanya android pun dah ada application yang boleh install kan, macam style iPhone jugak?

Macam sekarang ni (dan sebelumnya) kebiasaannya i akan add post entry dan taip menggunakan samada aplikasi / application BLOGGER menerusi appstore bagi iPhone 4 atau aplikasi BLOGGER Pack untuk iPad. Jangan risau, aplikasi BLOGGER dan BLOGGER Pack ni free aje. Untuk dapatkan application BLOGGER / BLOGGER Pack bagi iPhone dan iPad, apa yang korang perlu buat ialah pergi ke appstore. Taip je BLOGGER / BLOGGER Pack pada bahagian search dan terus install melalui akaun Apple milik korang. Jadi sambil duduk dalam kereta ke atau sambil tengok anak-anak i siapkan homework ke, i taip dulu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran i. Kononnya untuk pastikan blog i sentiasa update / kemaskini setiap hari (woww... semangatnya i kan? Hehehe...) Ni pun gara-gara hubby i dah bising dekat i sebab selalu ngelat nak update blog. Bukanlah dia pembaca setia blog i tapi dialah tukang bayar untuk pastikan domain blog i beroperasi dalam dot com. Jadi demi menjadi blogger tegar eh, isteri solehah. I kenalah dengar cakap hubby i (gitulah...)

Dengan adanya application BLOGGER / BLOGGER Pack ni, tak perlulah korang nak usung lagik laptop ke sana ke mari. Bertambah leceh bila nak kena cari tempat yang sesuai untuk bukak laptop. Kadang-kadang tu, dah bersusah-payah bukak laptop, idea nak mengarang tiba-tiba je melayang pergi tempat lain (duhh... nilah yang selalu terjadi dekat i. Silap-silap tersangkut lama layan shopping online). Jadi bila dah ada application BLOGGER / BLOGGER Pack, korang boleh menaip tanpa mengira masa. Senangkan?

Selalunya i akan biarkan semua entry yang i dah taip disimpan dulu dalam draft di application  BLOGGER / BLOGGER Pack. Bila balik dari kerja, i bukak laptop, edit draft untuk masukkan gambar. Dan terus publish dekat blog. Tak sampai 30 minit, semuanya siap. Betul-betul menjimatkan masa. I pun dapat sambung buat kerja rumah dan bagi perhatian dekat anak i.


Rupa application BLOGGER dalam iPhone 4



Ni pulak application BLOGGER Pack kalau dekat iPad

Satu lagik i nak perkenalkan dekat korang, application yang biasanya i gunakan untuk menyimpan gambar atau sebarang fail seperti word, excel, pdf dan lain-lain lagi bagi tujuan kerja atau peribadi dari komputer pejabat, macbook, iPhone 4 dan iPad ialah melalui application DROPBOX. Application DROPBOX ni pun free jugak tau. Dan yang best mengenai DROPBOX, ianya bukan sahaja untuk pengguna Apple yang memiliki iPhone atau iPad tapi untuk semua jenis komputer dan pemilik smart handphone seperti blackberry dan android. Jadi tak kira apa sekalipun jenis komputer dan handphone korang, korang boleh download / install application DROPBOX. Menarik gila!

Tak faham apa itu DROPBOX?

Senang je sebenarnya kawan-kawan. Meh, i terangkan dengan lebih jelas lagik. Biasanya kalau korang nak pindahkan / transfer gambar daripada handphone ke komputer korang pakai apa? Mesti korang pakai cable USB kan? Korang kena cucuk cable dulu lepas tu baru boleh transfer. Kalau korang nak transfer fail dari komputer ke komputer yang lain pun. Korang gunakan cara yang lebih kurang serupa tapi kali ni korang kena transfer dulu fail tersebut dalam thumb drive / CD / external hard disc. Kemudian buka dan masukkan ke komputer yang lain.

Tapi dengan DROPBOX korang tak perlu gunakan itu semua. Korang cuma perlu download / install DROPBOX dalam handphone / laptop / komputer korang. Secara automatik korang dah boleh buka, pindahkan atau masukkan sebarang gambar atau fail ke dalam DROPBOX. Andaikata korang tertinggal handphone dan komputer. Tapi memerlukan fail menerusi DROPBOX korang, jangan panik... korang masih bolek akses fail DROPBOX korang dengan meminjam daripada mana-mana komputer kawan yang lain. Apa yang korang perlu buat ialah masuk ke website DROPBOX dan log in dengan menggunakan usernama korang. Taraaa... fail korang berjaya dibuka (hebatkan?)

Satu lagik kelebihan DROPBOX ialah korang boleh create folder untuk share / kongsi fail dengan orang-orang tertentu. Contohnya macam i, i ada create kan satu folder atas nama KAMI yang membolehkan i dan hubby bertukar-tukar fail tanpa melibatkan bluetooth, emel dan MMS. Jadi, kalau i ada fail lagu mp3 untuk dikongsi dengan hubby i, i cuma masukkan ke dalam fail KAMI. Dan hubby i boleh mendapatkan lagu mp3 tersebut dengan mengakses pada fail KAMI di akaun DROPBOX nya. Senang tak?

Untuk memiliki DROPBOX, korang boleh dapatkan melalui link di bawah :


Atau, kalau korang nak minta i emelkan link DROPBOX, korang berikan alamat emel korang pada i dekat ruangan komen, nanti i akan invite korang ke DROPBOX.



Rupa bentuk application DROPBOX pada iPad

p/s : Ini adalah antara aplikasi iPhone dan iPad yang terbaik untuk blogger macam korang, nanti i bagitahu apa lagi aplikasi menarik yang biasa i guna untuk iPhone dan iPad. 



8 comments:

  1. i pun kdg2 guna blogpress for iphone. sis kita sama taste la pakai iphone haha. dh pakai apple ni dah takde pandang phone lain dah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh... sep lah Cha.. Hehehe... Akak pun memang suka sangat dengan gadget Apple ni. Cantik pun cantik :)

      Delete
  2. wah sis dgn iphone semuanya dihujung jari. Jannah tak mampu pakai iphone lagi.heee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... sian dia... takpe... takpe... nanti slow-slow kumpul duit beli satu k :)

      Delete
  3. semuanya di hujung jari dah kan skarang....
    senang hidup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... part teknologi internet memang pantas habis kan sis... Tapi tengok kenderaan awam cam gitu jugak...

      Delete
  4. perghh..nak beli iphone4 la camni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye... Yana... silalah beli... tapi sekarang dah keluar iPhone 4S yang latest sekali.

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)