Hye & assalamualaikum (alololoo... suwit je kan bila start entry cakap macam ni. Hehe). Ok, ingat lagik tak entry i pasal Waffle Maker brand Takada tu? (Klik dekat nama Waffle Maker brand Takada tu, kalau nak tahu lebih lanjut). Jeng-jeng-jeng, sape tak ingat tu mesti banyak makan semut. Eh! Haha... gurau jelah.
So, sambungan daripada entry tu, i janji nak bagitau korang satu resepi rahsia (secret recipe gitu) macam mana nak buat waffle jadi rangup (yeay!! Bestkan?) Resepinya memang simple habis dan tak perlu korang bermandi peluh nak siapkan sampai 5 jam, tak pun bangun seawal 4:00 pagi semata-mata nak menikmati seketul waffle (fuhh, parah betul. Sekali buat kompom tobat tak nak buat lagi. Hehe). Yang best, tak sampai 15 minit korang prepare untuk resepi ni, tau-tau dah bakar waffle dalam waffle maker. Gila kentang abes!
Resepi ni i jumpa dekat Sweetlillykitchen (mekacih awak, akhirnya saya tau kenapa waffle saya tak crunchy). Dan ikutkan resepi ni lebih kurang sama je macam resepi dekat entry i yang ni http://www.reenaonline.com/2010/01/resepi-pancake-aka-lempeng.html tapi rupa-rupanya untuk jadikan waffle ni rangup ada satu tambahan bahan rahsia yang i pun baru tau. Patutlah selama ni i buat waffle tak pernahnya kerangupan tu bertahan lebih daripada 10 minit (adehh). Lepas aje 10 minit waffle tu mesti jadi lembik. Waktu tu nak makan pun serta-merta jadi boring. So, sejak masukkan bahan rahsia nilah, permintaan waffle daripada hubby dan anak-anak i semakin rancak. Sampaikan hari-hari buat breakfast pun mesti dorang nak pilih waffle jugak. Takpe, yang penting waffle tergolong dalam kategori makanan berkhasiat. Takde pewarna atau perisa tiruan ya kengkawan, hehe.
Nampaknya muka korang semua dah tension baca entry ni sebab resepi waffle rangup tak keluar-keluar jugak. Ok-ok tak nak seksa korang, haha. Selamat mencuba k, inilah resepinya :)
Bahan-bahan untuk 2-3 orang makan :
- 12 sudu besar tepung gandum (i bubuh penuh-penuh satu sudu besar macam bukit)
- 2 sudu kecil yis kering (i guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang i bagitau tadi)
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 3 sudu besar mentega yang dicairkan (i suka brand Buttercup)
- 1 cawan susu segar dalam suhu bilik (i suka brand Dutch Lady Full Cream Milk)
- 1 biji telur dalam suhu bilik. Nak cepat kurangkan kesejukkan telur tu, korang rendam dalam air panas seketika
- 1 sudu besar esen vanila (i tak letak pun sebab takde. Hehe)
- Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
Cara-caranya :
1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk (apa itu whisk? Korang boleh tengok dekat gambar bawah ni). Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. Macam i sendiri, i letak 1/2 cawan air panas/suam je dan i tambah sikit-sikit bila tengok adunan still lagik pekat.
2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang nyanyilah lagu, eh, panaskanlah waffle maker tu [:P]
3. Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.
4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)
5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi i nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.
6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle korang dah masaklah tu.
7. Hidangkanlah waffle korang dengan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. Woww!! Sedapkan?? Akhir kata, selamat menjamu selera korang :)
p/s: Amacam, menggoda tak tengok waffle i tu? [angkat-angkat kening]
alahai akk pagi2 da wat zura terliur..nie yg wat bby mrnta2 nak jgk waffle sodap tue~*____*
ReplyDeleteMeh pos kat zura ckit..^____^
wow!sedapnya!!mesti cuba ni...tp xde waffle maker...huhu
ReplyDeletealololo..mochix2...uish kak reena bikin perutku menanges tgk waffle coklat...huhuhu..
ReplyDeleteaiyark...feveret aku ni waffle. reena rumah ko kat mana. waktu breakfast aku datang. jangan tak buka pintu pulak. nak tunggu aku masak sendiri tunggu beli waffle maker dulu la. hahahha
ReplyDelete@LoVEaQshA Alolo, ciannya dia. Zura meh la datang rumah akak. Kalau pos, nanti posmen yang sebat. Haha
ReplyDelete@lia cepat pegi Parkson beli waffle maker Lia. Bukan setakat sekeping, tapi beribu-ribu keping pun boleh buat tau. Hehe
ReplyDelete@Uchi kay-f @hmad nah tisu, buat lap air mata dekat perut. Hahaha :P
ReplyDelete@Hanie Dew Alamak, ada orang nak datang serbu umah aku waktu breakfast. Eh, kau bangun pagi awal ke Hanie? [larikkk] Hehe
ReplyDeletehehehehehe...
ReplyDeleteboleh tny, nak beli waffle maker kat mane yer???dlm range brape harge dy???
ReplyDeleteBoleh baca dekat link saya yang ini ok :)
Deletehttp://www.reenaonline.com/2012/01/waffle-maker-brand-takada.html
Sedap nya nmpak!!~
ReplyDeleteTQ for all the details.nak kna try ni.tp 1st kna terjah parkson nak cr waffle maker dulu :)
Hehehe... your most welcome dear :)
DeleteGood luck tau!
Waffle ni nampak mengancam betul la. Saya punya waffle maker yg beli dari cosway tidak menjadikan waffle saya rangup. Dah cuba macam2 resepi n ubah teknik. Now nak p cari takada plak.. betul2 naik semangat nie.. maklum la.. kami sekeluarga mmg suka sgt makan waffle ...tq for the info.
ReplyDeleteHahaha... mekasih :)
DeleteOhh... ingatkan pakai mana-mana waffle maker boleh je jadi rangup. Anyway good luck awak :)
Salam.tq 4 dis superb recipe ! But sy nk tanya,sukatan bahan dalam resepi ni guna sukatan metrik ke?
ReplyDeleteSalam, you're welcome :)
DeleteErr... sukatan metrik??!! Sudu besar, sudu kecil tu rasanya sukatan biasa jelah kot. Hehehe...
terliur sangat kot tengok pic ni.. nak jugak. hehehe.
ReplyDeleteHehehe... Oshinz kenalah buat sendiri :)
DeleteSalam, nice blog nice resepi..
ReplyDeleteMak saya bukak blog ni masa tgh cari resepi nk uat waffle, masa googling dia nmpk blog awak.
Mak saya fav memasak selain berkebun..
Thank 4 info..
Fahmi
Salam, terima kasih Fahmi :)
DeleteSalam, nice blog nice resepi..
ReplyDeleteMak saya bukak blog ni masa tgh cari resepi nk uat waffle, masa googling dia nmpk blog awak.
Mak saya fav memasak selain berkebun..
Thank 4 info..
Fahmi
Salam, nice blog nice resepi..
ReplyDeleteMak saya bukak blog ni masa tgh cari resepi nk uat waffle, masa googling dia nmpk blog awak.
Mak saya fav memasak selain berkebun..
Thank 4 info..
salam...
ReplyDeleteyis kering tu ..u guna mauripan ke? tq
-yana
Salam Yana, ya saya guna brand Mauripan :)
Deletehi reena, seronok baca blog awak, sy nisa dari kk sabah.. thanks pasal info takada n resepi waffle.. lepas ni xyah bli kat luar buat sendiri lg sedap. masalah utama pulak, waffle maker tu susah nak cari kat kk ni. apa kata kita bisness waffle maker.. itu cadangan saja..hehehe..
ReplyDeleteHi Nisa, thanks visiting my blog :)
DeleteA'ah betul tu buat sendiri lagik puas hati sebenarnya. Buat bisnes waffle maker? Hehehe... susah nak cari supplier la awak :)
Thanks! sy copy resepi ni yea...br je beli waffle maker takada tu td, kt mYdin KL....
ReplyDeleteYour welcome :) silakan. Dah jadi, mintak pos sini sikit ok.
DeleteSalam, reena. Sy Izah dr Taman Desa, KL. Thanks ya utk resipi ni...sy copy tau...Baru je beli waffle maker takada tu td, kt MYDIN KL...
ReplyDeleteSalam Izah :) Boleh, silakan.
DeleteBuat sedap-sedap tau. Hehehe
Salam Reena,terima kasih untuk resepi ni..saya nak try buat guna resepi awak.
ReplyDeleteSalam mamaque :)
DeleteBoleh, good luck tau!
Hi, berapa harga waffle maker yg u beli di mydin?
ReplyDeleteHi, i tak beli dekat Mydin. I beli dekat Parkson. Boleh klik dekat link perkataan Waffle Maker Takada dekat atas ye untuk tahu berapa harganya.
DeleteDah lama cr resepi waffle nie... Tq2 4 sharing2 nie... :-)
ReplyDeleteYeke? No problem :) Your welcome.
DeleteHi... dah try dah resepi ni tapi dalam 2 minit da masak... kejap je... pastu rasa xsedap sangat disyaki yis yang saya guna tu x sedap... huhuhu... pastu pakai susu cair... lain kali kene ikut betul2 la resepi ni mana tahu menjadik... tq anyway...
ReplyDeleteAlahai... kesian awak...
DeleteTakpe, lain kali cuba betul-betul follow resepi ni k :)
assalam...thanks krn bgtau mana nk dpt waffle maker ni...ank2 suka..kalau keluar asik nk beli aje...dahlah harganya rm2.50 sebiji..nak pulak 3 org..kita pun xkan tgk aje..huhu...sy akan carik..thnx for d recepi...salam perkenalan...
ReplyDeleteWaalaikumsalam :)
DeleteSalam perkenalan jugak. Hehehe... lepas ni boleh jimat belanja beli waffle, dah tu jimat duit kereta dan boleh kumpul shopping benda lain pulak (eh!) Hehehe... gurau je :)
tq sharing. bagus2 ni ayu buat pun tak pernah rangup. nanti boleh try ni :)
ReplyDeleteYour welcome :) Pos sini sikit lepas buat ye. Hehehe
DeleteThanks for d recipe. Puas la asyik pegi waffle world n pancake house. Baik la buat sendiri ye... Tak sabar nak tgu esok pagi..nak pegi cari waffle maker...
ReplyDeleteYour welcome awak :)
DeleteGood luck untuk besok ye. Hehehe
fuhh, dah beberapa hari mencari waffle maker nih. daripada GIANT,TESCO,PARKSON,JUSCO,SEN HENG,CAREFOUR, dan banyak lagi lah.. penat!!! last2 td jumpe jugak kt riang ria pandamaran. walaupun harge dia agk mahal daripada harga yang puan reena beli, saya tetap beli jugak. yelah dh merata mencari bnde nie xjumpe2. hehe. lps beli waffle maker tuh, blk troz beli bhan2 waffle tuh. skunk tgh ready nk buat nih. hahaha. n_n
ReplyDeleteKagum betul dengan semangat dia. Hehehe... Alhamdulilah, nasib baik jumpa kan? :)
DeleteAnyway good luck!!
fuhh, mmg puas hati.. kali pertama buat mmg rangup habis. kali kedua buat, dlm kerangupan ade kelembutan dia, pergghhh... disapu dengan coklat winny mmg terbaik!!! terima kasih kepada puan reena.
DeleteSama-sama awak :)
DeleteSangat menggoda...kecur ayaq liuq tengok...nak cari gak la waffle maker n nak buat waffle sendirik =)
ReplyDeletetry cari online pnye, search kt google lazzada
DeleteBanyak dah tempat-tempat yang jual waffle maker ni :)
Deletelaazada mahal la dear...rm75 tau...berbaloi kah?nak beli sgt ni
DeleteGugel. Jumpe. Kopi. Cube. Masak. Rase. Menjadik! Suke ^_^
ReplyDeleteAlahai terharunya baca. Tahniah ye! :)
Deletei br ingt nk beli waffle maker ni kat lazada.mahal giler rm75 skg itu dr hage rm89...muranhnye awak beli...
ReplyDeleteCuba survey dekat Parkson atau Mydin... Mana tahu dapat lagi harga murah :)
Deletemcm senang nak buat la kan kak...
ReplyDeleteWaffle maker tu dlm brapa harga ya...
Mcm nak test buat lpas ni..
Hehe.. thnx 4 the recepi...
^^
Akak dah bagi link cerita Waffle Maker yang akak beli ni. Cuba baca k :)
DeleteDah lama juga akak cari waffle maker ni. Semalam pergi Mydin USJ, berlambak stok dia. Harga RM59.90, terus beli. Plan nak beli lebih lagi sebab anak ramai, kang puas menunggu, tapi nk try yg satu ni dulu.
ReplyDeleteMinggu lepas ada akak email kilang Takada ni, harga RM59.90 juga tapi kena bayar shipping, tambah RM20. Lebih baik pergi Mydin je kan. Just for info, Parkson Subang Parade tak ade jual. Mungkin Parkson lain ade kot.
Yeay!!! Wahhh... serius banyak stok waffle maker dekat Mydin USJ?? Macam mana, dah try tak buat resepi ni? Mesti puas hati kan? :)
DeleteAnak akak amat suka mkan waffle sampai tak larat nak membeli sbb diluar sana harganya boleh tahan ler juga.Akhirnya akak ambil keputusan bertanya resepi kepada pakcik google dan bernasib baik kerana terjumpa blog Reen dan tanpa mintak izin akak copy resepi waffle.Sayangnya akak tak der acuannya campak atas kuali biasa jer...Alhamdulillah rasa mmg sedap dan dah berpuluh2 kali masak menggunakan resepi dari blog ini.Dah puas terjah merata alam kt belah utara ni tak terjumpa acuan waffle akhirnya order online hari ni dah sampai acuan ke tangan akak. Malam nnti nk cuba menggunakannya.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi resepi
Sama-sama dan good luck akak! :)
Deletewah baru tau.. syoknya, baru kawinni, nak jugak masak wafer cake ni. thanks..
ReplyDeleteCuba jangan tak cuba tau :)
DeleteThanks for the tips dear...i baru je beli waffle maker sebijik mcm u punya ni...nanti i try your resepi coz resepi yg i guna ni mcm x kureng sket.
ReplyDeleteYour welcome. Dah try nanti bagitahu ye :)
Deleterina dh wat waffle pkai resipi akak..sedap..thanx akak
ReplyDeleteEh, nama kita sama! Hehehe... Your welcome awak :)
Deletetq, dapat info nak cari pembakar waffle dah lama. selalu buat guna sandwich maker...takla jd rangup...tapi bolela...lepaskan ngidam...he he...tq
ReplyDeletetq Reena...dah akak cari pembakar waffle ni...selalu buat kat sandwich maker je...nak lepas keinginan...tq again.
ReplyDeleteYour welcome kak :)
DeleteLepas ni bolehlah makan waffle rangup puas-puas. Hehehe
saya dh cube.,memng sedap rasenye...haha
ReplyDeleteMacih awak :) Suka baca komen awak ni.
DeleteSalam,sebelum ni saya teringin buat waffle ni. Check kat internet jumpa blog ni, kata mesin ada jual kat parkson. Call Takada Office, diaorang kata ada kat Maidin. Cari merata Maidin, Tesco dan Parkson tak ada. Dapat brand lain yg ada tulis kat internet TRIO waffle maker, 3 minit dah masak. Buat 3 keping 3 kali resepi yg diberi bersama mesin. Tukar resepi yg dlm interner bahagian lock pecah kerana tak dapat menampung adunan yang kembang. Brand Kenwood 3 in 1 ada tapi orang review kata 15 minit baru masak 1 keping, lambat.Brand Takada tahan lasak ke???. Nak cuba resepi yg dlm blog ni, sebab resepi yg lain semuanya lembik. Terimakasih. zek,SA
ReplyDeleteAssalam Zek :)
DeleteTak tahulah brand Takada ni tahan lasak atau tak. Tapi alhamdulilah bermula dari pos ni dikeluarkan dekat blog saya sampailah sekarang ni waffle maker saya tak ada apa-apa pun masalah. Elok je guna, waffle pun sama je rupanya. Hehehe...
Anyway good luck tau! :)
Sorry,
ReplyDeleteBukan niat nak jadi batu api, just nak bagitao yg maybe this person copy sejibik u punya resepi + ayat.
http://samida74.blogspot.com/2012/12/waffle-rangupni-baru-menjadi-memang.html
Alhamdulilah, terima kasih sebab beritahu saya pasal perkara ni. Sedih sebenarnya kalau hasil karangan kita, gambar atau apa sahaja yang kita taipkan dekat blog ni disalin semula tanpa sebarang kredit atau kebenaran.
DeletePaling sedih kalau orang tu 'berusaha' nak pusingkan cerita seakan-akan idea penulisan tu datangnya daripada diri dia sendiri. Bukan apa, kita diberikan Allah dengan akal fikiran. Kalau 'orang tu' tahu betapa sayangnya saya pada blog ni dan betapa bersusah-payahnya saya sampai tak cukup tidur untuk kongsikan pelbagai perkara dengan orang-orang yang mengikuti blog saya setiap hari. Mesti dia tak tergamak nak buat macam ni.
Sekali lagi terima kasih tak terhingga :')
keren
ReplyDeleteHehehe... thanks!
DeleteAssalamualaikum reena..
ReplyDeletesaya dah cuba resipi nie & Alhamdulillah menjadi..
t.kasih bnyk2 yea reena & minta izin copy n paste resipinya..
Waalaikumsalam Ayu,
DeleteIye silakan. Nanti nak tengok jugak :)
Assalamualaikum dear,
ReplyDeleteMinta izin share resepi ye... 1st time nk try ni... harap2 menjadila..aamiin... takut jg x jadi sbb waffle maker saya bukan brand takada... terima kasih byk2 ye ats resepi ni... :) May Allah bless you... :)
Assalamualaikum. Saya baru beli waffle maker ni rm95..huhu. saya nak tanya. kenapa waffle dlm gmbr diatas tebal.. waffle yg saya buat nipis2.. anak saya kata x sama ngan kat kedai..huhu..sedih2.. resepi pun saya ikut resepi diatas..
ReplyDeleteAssalamualaikum. saya baru aja beli waffle maker ni..rm95..huhu. saya tgk gmbr waffle diatas tebal. saya punya nipis.. saya dah ikut resepi diatas. tapi waffle saya tetap nipis. anak saya kata x sama cam kedai..kenapa ya?
ReplyDeleteAssalamualaikum dear,
ReplyDeleteMinta izin share resepi ye... 1st time nk try ni... harap2 menjadila..aamiin... takut jg x jadi sbb waffle maker saya bukan brand takada... terima kasih byk2 ye ats resepi ni... :) May Allah bless you... :)
Ehehe...lupa lak nk ltk nama...ikhlas from: Mardhiah.
Tqvm :)
Blogwalk here. Resipi yg baik dn sedap.
ReplyDeleteNk try la pasni. heee! thanks for the recipe. tengok gmbar pon dah menggoda hati n perasaan. :)
ReplyDeleteSalam Reeana, nak tumpang share resepi ni ..nak buat untuk anak2..Thanking you in advanced.
ReplyDeleteAssalamualaikum, reena..
ReplyDeletenak tnnya skit nih;
acuan waffle tu x melekat ke kalau first tima guna??
-tk-
reena..tq for sharing... td cari resepi pastu terjumpa then tgk u msg kata dis copy blog u ...tak sangka ada gak yg mcm ni... ni dah bukq blog u.... pepun kena la pi cari toaster dulu
ReplyDeleteSalam.... dah beberapa kali cuba resepi ni... mmg sedap.. tq ye share resepi... :) boleh makan puas2... hehe bukan setakat utk diri sendiri, adik2 yg bujang datang mesti request nak ni utk breakfast... :) tq
ReplyDeletesalam..masih ada jual ker waffle maker brand takada ini...
ReplyDeletesalam...nak tanya,masih ada jual ker waffle maker brand takad ini...
ReplyDeletewah sedapnya..just nak berkongsi saya baru lepas beli waffle maker harga rm49 kat sini-http://ho.lazada.com.my/SHEURP..tapi bukan jenama takada la..yang ni jenama Bayers.. takada xsure pulak sebab nak beli waffle maker murah je...tengok dari review ramai cakap bagus..
ReplyDeleteni pun saya tengah sibuk nak cari resepi buat waffle..copy ye sis..semoga dimurahkan rezeki..tq
sya mnta izn buat wfel gna rspi awk ya....tq.....
ReplyDeleteBoleh sangat :) buat sedap-sedap tau... Hehehe
Delete