Blogger templates

May 24, 2012

Majalah Nur Februari 2012

Hai dan assalamualaikum semua. Ikutkan i macam segan je nak keluarkan entry ni (kui-kui-kui). Walaupun sis Rasp dah pernah bercerita dalam blognya pasal gambar i yang keluar dalam Majalah Nur Februari 2012 untuk segmen RapiDiri bertajuk Solekan Ekspress ke Pejabat (terima kasih Kak Rasp yang selalu sangat beri sokongan dekat i *terharu). Tapi sebab ada kawan-kawan i yang bertanyakan pasal hal ni dan teringin nak tengok macam mana muka i disolek sepuas hati. I rasa, korang baca dekat entry ni jelah eh? Nak bawa majalah Nur yang ada muka i ni ke sana-sini, i memang tak sanggup. Terus-terang i cakap, i rasa pelik tengok muka i kena mekap (sesiapa yang mengikuti blog i rasanya tahu yang i bukan jenis bermekap sangat pun. Kadang-kadang tu selamba pergi berjalan mana-mana dengan muka pucat lesi. Haha!) Oh, lupa nak bagitahu, entry ni susulan daripada entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/tips-photoshoot-dan-menjadi-model.html dan ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/02/dapat-keluar-majalah.html. Sebenarnya i cuba nasib untuk pencarian Covergirl (hamboi kau, kihkihkih), rupanya dapat rezeki yang lain pulak.

Macam mana pun i anggap pengalaman photoshoot bersama Karangkraf untuk majalah Nur ialah satu pengalaman yang menarik untuk hidup i. Yelah, kita ni bukan 'retis' yang senang-senang muka tercetak dekat majalah kan? Hehehe... jadi bila terpilih tu, dalam segan-segan i nekadkan hati je pergi. Peluang bukannya datang berkali-kali dan i pun tak pernah sangka pun orang-orang di Karangkraf sudi jemput i (terima kasih Noraznina Ismail). Banyak benda-benda baru yang i tahu dalam masa satu hari menghadiri photoshoot 'sebenar' di studio Karangkraf. Dunia yang nampak 'cantik' dan macam senang je nak sediakan semua ni untuk tatapan pembaca sama je kelam-kabut macam dekat pejabat i (hahaha...) Tapi i seronok sebab dapat tahu benda baru.

Yang tak bestnya, dalam sampai 3 hingga 4 kali berulang-alik dari bilik mekap ke tempat photoshoot, duduk termenung tunggu giliran nak guna set sambil tengok model untuk majalah Rapi dan Pengantin buat photoshoot (kagum tengok aksi dorang!), tahan muka sampai 3 jam kena solek (aik, tadi kata ekspress??!! Hahaha...), bersembang dengan Kak Ann Karim (jurumekap / jurusolek i yang baik dan best sangat!), tukar pakaian sebab pakaian yang i bawa tak bertepatan dengan konsep majalah, dengar jurumekap lain bergossip pasal 'artis' oppss... syhhh... keh-keh-keh, ikut arahan daripada Noraznina Ismail macam mana nak bergaya (duhh... model tak reti bergayalah katakan), tunggu jurugambar yang tiba-tiba hilang entah kemana, berkenalan dengan sorang model perempuan (alahai lupa pulak nama dia tapi dia memang humble dan baik sangat dengan i) dan macam-macam lagi yang i lalui. Tahu tak apa yang tak bestnya? Yang tak bestnya cuma satu je perkara. Entah macam mana, i boleh terlupa nak ambil gambar untuk tunjukkan korang suasana sebenar dalam Karangkraf (dan juga untuk simpanan i). Duhh... ruginya... Yang lain-lain pada i, adatlah kehidupan. Mana ada sempurna setiap masa kan? Tapi i memang happy sangat-sangat hari tu, sekurang-kurangnya i dapat merasa masuk ke dunia baru daripada dunia yang i lalui setiap hari (ala-ala macam guna alat doraemon masuk dunia lainlah pulak. Hahaha)

Sesiapa yang tak pernah pergi Karangkraf, nak datang ke sini samada untuk photoshoot atau nak dapatkan diskaun untuk kebanyakan majalah keluaran Karangkraf. Inilah alamat Karangkraf :-

Kompleks Kumpulan Media Karangkraf
Lot 1, Jalan Renggam
15/5 off Persiaran Selangor
Seksyen 15
40200 Shah Alam
Selangor

Nombor Telefon : [03] 5101 7303
Nombor Faks : [03] 5101 3893

Waktu urusniaga / operasi : Bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 9:00 malam dari hari Isnin hingga hari Jumaat


Sudi-sudilah tengok gambar i yang lain dari yang lain. Sampai hubby pun dah tak cam muka i. Hehehe.... Apa-apa hal pun, i rasa i lebih selesa dengan muka tanpa mekap kot.




Dalam bilik mekap / solek Karangkraf

Bergambar dengan Kak Ann Karim yang kecil molek.

Bergambar dekat lobi Karangkraf. Cantik lah area menunggu ni.

p/s : terima kasih untuk korang yang sudi baca entry i tiap-tiap hari. Untuk korang yang tinggalkan jejak dekat sini i cuba sedaya-upaya melawat korang satu persatu k. Dan selamat berkenalan untuk mereka yang baru mengikuti i (lambai-lambai tangan).

47 comments:

  1. Wahhh glamer akak pasni heheh saya dah tengok majalah ni, sekarang ni baru perasan rupanya tu kak reena. Apa pun tahniahhhh! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih Sarah :)

      Hahaha... takde glamournya pun dear... sama je macam biasa :)

      Delete
  2. Replies
    1. Tapi macam banyak sangat kot Notti Netti. Hehehe... :)

      Delete
  3. akak mmg bli tp2 bln..tp bln 2 akak x knal reena lg..hehe..
    blk nnti nk belek semula nur feb tu..hehe..
    btw..x pe reena suka cuba bnda lain dr yg lain
    grab as ur experienced in life
    tp beza reena lps mekap tu..matured skit hehe
    sbb akak knal reena sgt comel dgn anak2..cam akak adik..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, kadang-kadang kita kena grab any oppurtunity yang ada depan mata. Kalau tak cuba macam mana nak tahu kan, kak?

      A'ah saya pun terfikir benda yang sama. Hahaha... kalau camtu taknak mekaplah, nanti nampak matured :)

      Delete
  4. cantik reena bermekap tp sy lagi suka tgk reena tanpa mekap tebal ni..natural beauty gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macih Atie :)

      Tulah tebal sangat rasanya. Hehehe...

      Delete
  5. nak sain nak sain!!! hehehehehehhe

    ReplyDelete
  6. Wow...cantik la K.rEENA make-up...tapi cam org lain jer...berubah wajah...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... tulah akak tengok muka sendiri pun tak kenal tau. Hahaha...

      Delete
  7. Salam, haaa cantiknya ...
    klau nk kirim Spanx bolehla n insyallah dpt mid june ni.

    ReplyDelete
  8. Cantik lagi reena make up biasa2. Lagi nampak comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya orang lain lepas mekap lagik cantik, ni kes saya ni kiranya kes terbaliklah ye kak? Hahaha...

      Delete
  9. salam perkenalan heheheh...wah bagus majalah..dahsyat ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan awak :)

      Hahaha... apa yang dahsyatnya tu?

      Delete
  10. wah hampir tak perasaan mun tue adelah reena....mun rasa cntik lagi kot reena macam hari bese2...lagi comel..lagi nampak macam anak dara..hew hew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah masa beli magazine ni penat selak sana-sini, langsung tak perasan muka sendiri tau Mun. Lepas tu tetiba bila jumpa. Siap rasa macam pelik, betul ke ni aku? Kenapa tak macam muka sendiri. Hehehe...

      Delete
  11. tapi mmg santekla cam model giteww!!!

    ReplyDelete
  12. i lagi suka u x pakai makeup... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Ta? Hahaha... nampaknya ramai vote TANPA MEKAP :)

      Delete
  13. u r welkam my dear! muuuuaahhhh....
    tapi pada mata i...
    u make ker tak tetaaaapppp gorjes....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... macih-macih-macih kakak cayang :')

      Delete
  14. Amboi...x nampak mcm mak anak 3 jer. So happy for u dear.

    ReplyDelete
  15. erkk..reena ke tu? sya adalah suke tgk reena yg neutral..

    ReplyDelete
  16. alolololo..cute giler adik akak ni taw..mmg dh mcm retis pun dah..;)

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Alahai terharu tau, macih awak! :)

      Delete
  18. wah beruntung nye awak reena...awak cantik sekali...:)

    tapi kalu reena tak make up sangat pon dah cantik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila mekap terus macam pelik kan wak? Hehehe... Anyway macih awak :)

      Delete
  19. Wah cantik sgt kak. Lain giler muka. Sama la kita kak jenis tak mekap tebal. Mekap tebal ms kawen jela huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macih dear Cha :)

      Tulah... kalau hari-hari nak mekap macam gini, pengsan! Hahaha...

      Delete
  20. wow gojes!! tinggi dah ngam, muka cun..haa dah bole jd model la tuh..hehehe

    ReplyDelete
  21. kak..ogy suke tgk akak yang nature beauty..akak make up nmpak lain sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke dear? Hehehe... macih Ogy :)

      Delete
  22. meow..meow..
    comey jer. tp akak lg suka tengok reena tak bermekap.. natural beauty..

    apa pun tahniah buat reena sebab berani cuba sesuatu yang baru. masa muda ni la nak teroka dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... meow-meow...

      Macih akak!! :')

      Delete
  23. weeewiitt..untungla dpt masuk magazine.. hihihihi...

    ko tanpa mekap mmg lagi lawa. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... gatai tau statement kau tu Hanie :)

      Anyway macih Hanie ;)

      Delete
  24. saya datang melawat~~~ =)
    seronok singgah kat blog akk ni..comel jew... =)

    http://fizazafi.blogspot.com...

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)