Blogger templates

Mar 11, 2012

Jualan Murah IKEA / IKEA Sale 2012

Nak tahu tak? (sambil tunjuk muka excited). Sekarang ni IKEA tengah melancarkan jualan murah (hooyeh, sale!!) secara besar-besaran bermula dari 8hb Mac 2012 sehingga 25hb Mac 2012. Sesiapa yang merupakan peminat setia IKEA (macam i). I cadangkan korang pergilah serbu IKEA waktu ni. Banyak pilihan barang-barang untuk rumah yang korang boleh sambar / grab waktu sale ni. Boleh jadi rambang jugaklah biji mata nak pilih yang mana satu. Bertuah untuk orang-orang yang baru berkahwin sebab korang boleh beli tanpa berfikir panjang. Mana yang nampak berkenan dihati, harga pulak tu murah, terus je beli. Nak letak mana-mana sudut rumah pun boleh sebab barang dekat rumah tak banyak lagi. Macam i pulak, kenalah fikir masak-masak dulu. Ikut nafsu, memang tak boleh tahan. Semua barang IKEA yang sale nak aje i beli (nama pun IKEA addicted kan? Hehehe...) Tapi kalau beli banyak-banyak, buat semak rumah la pulak (uishh... payah-payah).

Kebiasaannya IKEA akan adakan sale sebanyak 3 kali setahun (kalau tak salah i pada bulan Mac, Julai dan Disember), tapi macam mana pun bukan semua sale IKEA tu best. Kadang-kadang bunyi sale tu dah menarik tapi bila pergi. Ala... biasa je rupanya. Yang murah pun cuma barang-barang biasa je. Contoh macam pinggan mangkuk, bantal, lampu dan beberapa barang hiasan rumah yang lain. Tapi sale untuk kali ni (yang sekarang ni lah!) I anggap sale yang best among the best. Sebab kebanyakan yang murah ialah perabot untuk bilik tidur, ruang tamu, ruang belajar dan ruang makan. Oleh sebab i dan hubby sekarang ni memang planning (bercadang) nak tukar perabot ruang makan dan buat tambahan perabot untuk bilik tidur (banyak lagi sebenarnya planning lain untuk rumah kita orang tapi tak boleh cakap sekarang. Tak surprise lah nanti. Hehehe). Jadi, i memang ambil peluang waktu ni untuk cari barang-barang perabot yang kita orang idamkan. Tak sangka akhirnya kita orang jumpa (nak tahu apa yang kita orang jumpa. Jeng-jeng-jeng entry seterusnya i cerita ok. Promise!).

Nak tahu apa yang tengah murah dekat IKEA untuk sale kali ni. Korang bolehlah jenguk dekat sini ---> http://www.ikea.com/my/en/store/damansara/offers. Tapi link ni cuma tunjukkan sebahagian je barang-barang yang sale / murah (serius nampak macam tak best kan?). Ikutkan banyak lagi sebenarnya yang best-best kalau korang pergi ke IKEA terus (percayalah cakap i. Hehehe...)

Apa lagi tawaran menarik yang lain sempena IKEA sale?

Antaranya ialah harga untuk servis penghantaran ke rumah dikurangkan dari RM65.00 kepada RM55.00 sahaja (harga berbeza untuk korang yang duduk di luar Lembah Klang). Manakala untuk servis / upah menjahit, diskaun sebanyak 15% diberikan. Untuk para sahabat IKEA (IKEA Friends) pulak, baucer sebanyak RM10.00 diberikan untuk 1,500 mata (kalau tak selalunya untuk 2,000 mata baru dapat RM10.00).

Nak buat pilihan perabot IKEA untuk rumah korang, korang bolehlah download IKEA Catalogue (Katalog IKEA) dekat handphone korang (iPhone atau Android) dan lihat melalui online. Boleh dapatkan dekat link ni ---> http://www.ikea.com/ms/en_MY/virtual_catalogue/online_catalogues.html

KEMASKINI / UPDATE TERBARU : Nak tengok antara perabot IKEA yang i beli sempena jualan murah IKEA dan rupa terbaru ruang makan rumah i, bolehlah klik link ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/interior-ruang-makan-dining-area.html

Sorry tak dapat nak tunjuk korang gambar IKEA banyak-banyak waktu sale sebab tak sempat langsung nak tangkap gambar. Tangan sibuk nak tulis perabot apa yang nak dibeli dengan buat design untuk susun atur rumah.



Dua gambar dekat bawah ni diambil waktu IKEA sale bulan Julai 2010. Hah, macam nilah suasana IKEA sale, kalau korang nak tengok. Meriah!




p/s : Tengah fikir macam nak pergi IKEA lagik ni. Hehehe

20 comments:

  1. Alangkah bagusnya dapat cuci mata kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau kak... bila sale ni lagilah hati meronta-ronta nak pergi hari-hari. Hehehe

      Delete
  2. sy tak pernah pegi IKEA. batak gila sy nie.kahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... meh datang rumah kita meh. Kita bawak dia jalan-jalan pergi IKEA. Hehehe

      Delete
  3. huh bencilah. bulan mac ni mcm2 nak buat, byk band dtg la sale la tulah nilah grrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cha... rugi kalau tak pergi Cha.... Memang best habis!!

      Delete
  4. waaahhh...sis..awal serbu ek..hehe...sy pon suka pergi IKEA...huhu..minggu ni xpegi..balik kedah...hoyeehh...smpai 25hb kan..next wek nak pg IKEA lg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni memang favourite place akak since belum kahwin lagik tau, dear. Hehehe... Kalau sales untuk IKEA Friends akak kadang-kadang apply cuti gitu. Kalau pergi 25hb tu ngam-ngam last day tu :)

      Delete
  5. alah paling suka pergi IKEA. kalau lah IKEA nie ada kat JB dah jannah borong semuanya. eecece verangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tak pun Jannah pegi Singapore je. Dah dekat jugak dengan JB :)

      Delete
  6. Replies
    1. A'ah... lokasi wajib lepak ni. Hehehe

      Delete
  7. pi ikea mmg crazy...jamu mata & makan mmg bess

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Betul tu! Kalau boleh nak duduk je terus dalam tu.

      Delete
  8. setuju ngan posh....meatball ikea layan habisss,,,,tp jauh laa,,,,,dngr ade sale ni meronta gak nak g...nak survey something yg boleh buat doorgift utk tetamu sempena ank nak b'tunang xlama lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish... rugi kalau tak pergi tau Kak Mas. Nilah masanya pergi survey sebab tengah murah :)

      Delete
  9. xpuas tgok gmbr2 enjoy d ikea,bleh tumpg nak mintak tolong buatkn member ikea,psl wang kena claim la kat aku,bleh ker???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk jadi member Ikea bukan macam jadi member untuk Jusco. Awak kena apply credit card Ikea (under Alliance Bank Berhad) dan automatik baru boleh jadi member :)

      Delete
  10. Hi Reena..bila ada sale di Ikea cpt2 buat entry baru tau..hehe..plan nak beli brg utk rumah baru di Ikea gak ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Atie... saya kan peminat Ikea. Anyway dah dapatkan katalog Ikea 2013 yang baru ke belum. Cepat pergi sebelum kehabisan stok :) Weeee.....

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)