Blogger templates

Mar 23, 2012

Resepi : Carbonara

Korang memasak tak bila balik dari kerja? (Soalan ni i tujukan untuk ibu-ibu yang bekerjaya. Ibu-ibu yang jadi surirumah i percaya korang memang confirm memasak. Betul tak?). Tapi kalau berikan soalan ni untuk korang yang menetap di luar dari kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. I rasa senang-senang je korang boleh jawab, "ya" kan? Macam mana pun untuk korang yang bekerja di tengah-tengah Kuala Lumpur dan hari-hari kena mengadap jam (kesesakan lalu-lintas) bila balik kerja. Jawapan ya kemungkinan dianggap pelik. Dan situasi macam nilah i selalu alami bila soalan kawan-kawan pejabat i seperti ini dibalas dengan perkataan 'ya'. Adehh... Memasak pun boleh jadi pelik ke? Memang pelik. Hehehe.

Tak susah pun memasak ni kawan-kawan (cuma kena rajin sikit je). Masakan ringkas pun kalau kena cara, lagik sedap daripada makan dekat restoran yang mahal-mahal tau. Lagipun kepuasan makan makanan yang kita masak sendiri lagi best sebab kita tahu bahan-bahan yang kita gunakan memang segar, takde ajinomoto yang terlebih rasa dan yang penting dalam suasana bersih. Kalau makan dekat restoran mamak, korang agak-agak ada tak 3 ciri yang i cakap tadi? Erk!! Takut nak bayangkan. Hehehe...

Jadi hari ni, i nak perkenalkan antara menu / resepi masakan yang biasa i buat untuk makan malam (nak buat untuk makan tengah hari ke, petang ke. Boleh jugak). Inilah dia... Resepi Carbonara. Dahsyat tak, balik kerja siap boleh buat masakan Itali gitu. Serius i cakap, resepi ni senang dan simple (ringkas) sangat nak membuatnya. Yang penting tak memeningkan kepala korang nak sediakan bahan-bahannya.

Bahan-bahan (untuk 2 hingga 3 orang makan)

1 tin Prego Carbonara Cendawan (Carbonara Mushroom)
Segenggam Spinach Fettuccine (i guna jenama San Remo) - Nak gantikan dengan Spaghetti biasa atau Macaroni pun boleh jugak
4 batang sosej / hot dog ayam (macam biasa i suka jenama Ramly)
1 sudu besar minyak masak
1/2 tin air (gunakan tin Prego Carbonara untuk menyukatnya)

Tambahan hidangan / perisa :

Sebungkus Chacho's perisa cheesy cheese (yang dipatah-patahkan)
Hot Chili Powder (Serbuk Cili Pedas) jenama McCormic.

Cara-cara :

1. Menyediakan Spinach Fettuccine

Sediakan air untuk merebus Spinach Fettuccine di dalam periuk sederhana besar. Pastikan air tersebut melebihi paras Spinach Fettuccine. Masukkan 1 sudu besar minyak masak ke dalam periuk dan rebus Spinach Fettuccine dengan cara mematahkannya kepada dua bahagian (kalau tak patahkan pun boleh juga tapi takut kena pintal berkali-kali Spinach Fettuccine waktu nak makan. Hehehe). Gunakan api sederhana besar dan biarkan mendidih sehingga Spinach Fettuccine menjadi lembut. PeringatanSpinach Fettuccine mengambil masa sedikit lama untuk lembut berbanding spaghetti biasa. Jadi tutup api sekiranya korang yakin, Spinach Fettuccine telah pun lembut. Keluarkan Spinach Fettuccine daripada periuk dan toskan airnya.

2. Memasak sos Prego Carbonara

Sediakan satu kuali lain / periuk kecil untuk memasak Prego Carbonara. Buka api sederhana besar dan masukkan Prego Carbonara dan air terus ke dalam kuali / periuk tadi. Kacau dan tunggu sehingga mendidih. Tutup api apabila Prego Carbonara kelihatan sedikit pekat.

3. Menggoreng sosej

Potong nipis-nipis sosej (seperti dalam gambar di bawah). Sediakan kuali / periuk kecil untuk menggoreng sosej. Pastikan minyak untuk memasak sosej adalah melebihi paras sosej.  Goreng sosej sehingga garing dan bertukar kepada warna coklat. Angkat dan sejukkan.

4. Makanlah, apa lagik? Hehehe...

Selesai ketiga-tiga cara di atas,  akhirnya korang dah boleh menikmati Carbonara dengan jayanya (hoorey!) Macam i, i suka taburkan Chacho's yang dipatah-patahkan dan hot chili powder. Fuhh... sedap habis! (Eh, terpuji masakan sendiri. Hehehe).

Macam mana, senang je resepi ni kan? Ada 3 cara je untuk memasak. Anyway, selamat mencuba kawan-kawan.












p/s : Ok, sekali lagik, i lapar tengok gambar makanan yang i ambil. Adeh...

19 comments:

  1. Sis knp i buat nmpk mcm tak menyelerakan je huhu. Pastu mcm muakla carbonara ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah... maybe sebab cha takde bahan tambahan macam akak buat tu kot. Kalau cuma sos / kuah dengan fettuccine / spaghetti memang muak dear :)

      Cuba letak sosej goreng, chacho's dengan serbuk cili tu. Fuhh... kompom nak tambah berkali-kali. Hehehe

      Delete
  2. ehh sedap ekk makan dengan jajan tu?bley arr try nti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eee... sedap sangat tau awak. Kalau nak makan jajan tu je pun boleh jugak. Hehehe

      Delete
  3. mcm cool je makan ngan chachos tu.. will try.. ehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... cool kan? :)

      Chacho's tu cicah dengan mayonis pun sedap Mun.

      Delete
  4. Thanks sbb tulis panjang lebar... Sng nak pahm... Akak nak cubaresipi yang lain dr blog reena ni.tu yang terjumpa blog ni tadi.. Thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome kak :)

      Nanti dah cuba bagitahulah sedap ke tak? Hehehe... Kalau tekak saya sedap aje.

      Delete
  5. yeay.ada bahan,ada resepi.apa lg...
    buat buat :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba jangan tak cuba dear :) Hehehe

      Delete
  6. senang nya! jannah baru plan nak buat spagheti. len kali nak try resepi akk lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah semudah ABC gitu kan Jannah? Hehehe... try tau :)

      Delete
  7. Replies
    1. Ni bagi komen setakat tengok gambar je ke? Penat dah cerita panjang lebar kat atas nuuu... (duhhh)

      Delete
  8. nk cuba la mlm ni....hehehehe

    ReplyDelete
  9. Dah cube.. Memang sedap! TQ :)

    ReplyDelete
  10. simple je without bawang etc ! i nak try buat for my baby :)

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)