Setiap kali hujung minggu macam tak sah kalau takde plan bawa anak pergi jalan-jalan especially waktu cuti sekolah. Hehehe... dah macam rutin pulak sejak 2 tahun ni. Tak kisahlah even jalan dekat area rumah sekalipun atau setakat pergi tengok wayang cerita terbaru. Tapi itulah yang kita orang akan buat (dan terus buat! Tihihi). Ni jelah salah satu family activity yang secara tak langsung boleh tambah pengalaman dan belajar banyak benda baru. Anak-anak-anak memang faham yang mama dia yang sorang ni tak suka kalau dorang duduk hadap gadget atau tengok cerita kartun lebih dari 2 jam sehari.
Walaupun si Abang Long dan Kak Ngah dah mula keluarkan ayat-ayat memujuk yang kawan-kawan dorang dah ada handphone. Sorry bebeh! Mama tetap tak berganjak dari keputusan yang boleh ada smart handphone bila umur 18 tahun je. Bila mama sebut macam ni terus keluar ayat, "Yeay, Abang lagi 8 tahun je lagi." Tengok positif kan anak i. Hehehe. Even buat group Whatsapp bersama kengkawan sebaya pun cuma boleh pakai nombor Papa je (take it or leave it! Perghhh! Military habis! Hahaha) Bukan apa, pada i kalau tak control dari sekarang, nak tunggu jadi buluh Lemang baru nak sekat itu ini. Haishh! Memang payahlah. Lagipun banyak lagi dunia dekat luar sana yang boleh explore, belajar, tengok dan fahami. Hidup ni bukan senang nak jadi senang tau (tarik napas...)
Tengah fikir-fikir location mana lagi tempat yang kami tak pergi lagi dekat Kuala Lumpur atau Selangor, tiba-tiba i teringat Kuala Lumpur Bird Park. Best jugak bawak dorang jalan-jalan tengok binatang, lagipun dua orang anak i, Kak Ngah dan Adik memang jenis suka sangat dengan binatang. Sikit-sikit nampak je binatang yang cute mesti jerit dekat mama, "comey!....comey! Comelkan Mama?" Dan selagi mama cuma tersenyum dengan keletah dorang dan tak sebut jawapan "iyee....." Selagi tu jugak diulangnya tanya. Ni belum bawak pergi Johan's and His Cat ni. Hehehe... Silap-silap suara dorang je yang berkumandang.
INFO / ULASAN / REVIEW BERKAITAN KUALA LUMPUR BIRD PARK / TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR
1. Lokasi Kuala Lumpur Bird Park ialah berhampiran dengan Taman Tasik Perdana, Planetarium dan Muzium Islam. Susah-susah korang gunakan Waze je k.
2. Harga tiket bagi Dewasa yang ada i/c biru Malaysia ialah RM27.00 dan Kanak-kanak pula ialah RM13.00.
3. Apa yang menariknya bila masuk ke Kuala Lumpur Bird Park korang akan disambut dengan pelbagai jenis burung yang bebas berkeliaran. Ada jugak beberapa burung yang diletakkan di dalam sangkar.
4. Selain tu, kalau korang nak beri makanan kepada ikan-ikan dekat kolam, korang boleh beli melalui vending machine. Sorry, i tak ingat berapa ringgit satu bekas kecil makanan ikan tu sebab kita orang tak beli pun. Hehehe...
5. Terdapat pecahan 3 atau 4 bahagian di dalam Kuala Lumpur Bird Park ni. Yup! Boleh tahan besar jugaklah kawasan dia. Alang-alang dah bayar mahal kenalah ronda sehabis-habisnya. Tempat rehat atau wakaf banyak juga disediakan dekat sini. Jadi, kalau kaki lenguh berjalan bolehlah berehat betulkan urat kaki semua.
6. Pastikan korang bawa baju hujan, topi, payung dan bekalan air waktu masuk ke sini. Kang, tak pasal-pasal basah lencun bila hujan turun. Takkan nak keluar dari situ terus balik rumah kan? Rugi wooo.... Bekalan air pulak untuk korang hilangkan dahaga. Memang ada gerai-gerai kecil yang jual makanan ringan dan minuman dekat dalam Kuala Lumpur Bird Park ni tapi korang umpama macam dah bertukar jadi makhluk pelancong asinglah kena bayar mahal dari harga dekat luar.
7. Kawasan dia memang cukup luas dan selesa, cuma kalau sesiapa yang datang sini dengan anak yang masih kecil i tak berapa suggest untuk korang masuk. Bukan apa, ada beberapa laluan dia yang tak berapa sesuai untuk bawa stroller, ditambah lagi kalau datang waktu musim hujan. Kesian dekat baby tau nanti dorang banyak menangis daripada bergelak gumbira. Silap-silap korang pulak yang menangis!
8. Untuk keseluruhan i bagi 3.6 bintang bagi Kuala Lumpur Bird Park. Not bad jugak kalau nak bawa anak-anak belajar pasal burung dan binatang. Mak dan ayah macam biasalah layankan aje. Yang penting dorang happy.
Kalau nak tengok gambar bolehlah browse dekat instagram i bernama @iamreena dengan hashtag #reenajalanjalankualalumpur. Sambil-sambil tu, korang boleh tengok jugak video yang i buat untuk kenang-kenangan anak-anak-anak i. Bolehlah bayangkan macam mana keadaan sebenar Kuala Lumpur Bird Park bila korang nak pergi nanti.
i tak pernah lg dtg sini. must visit!!
ReplyDeleteVisit jangan tak visit tau! Hehehe
Delete