Blogger templates

Mar 31, 2012

Restoran O Mulia

Blog i ni kalau takde kisah makanan memang tak sah. Hehehe... macam addicted betul dengan makanan kan? Tapi kalau waktu i mengandung jangankan nak pandang makanan, nak bau makanan pun tak lalu. Automatik terus rasa nak muntah. Perut rasa memulas-mulas lapar, cuma mulut je tak nak terima makanan. Sudahnya, terpaksalah i duduk hospital untuk masukkan air dalam badan sebab badan dah terlampau lemah sangat. Seminggu jugaklah i berumah tangga dekat hospital.

Waktu duduk dalam hospital nilah i terfikir betapa dahsyatnya kalau nikmat makan dah takde / kena tarik balik dengan Allah. Setiap kali pandang atau tengok orang lain yang berselera makan depan i, i rasa macam nak nangis je (sedih tau). Jadi bila lalui pengalaman macam ni buat i rasa insaf sangat dekat orang-orang yang hidup susah takde makanan nak makan. Bersyukurlah kita dengan nikmat yang Allah berikan. Apa yang kita kena ingat, bila makan tu janganlah tamak dan membazir. Betul tak?

Hari ni i nak perkenalkan restoran yang jual sate / satay yang paling best dekat Kuala Lumpur. Dan yang buat i rasa bertuah pulak tu, sebab restoran ni tak sampai pun 20 tapak dari lokasi pejabat i (hoorey! Hari-hari boleh makan sate dengan selambanya. Eceh!) Tak payah langsung nak berpeluh-peluh jalan kaki. Baru nak buka topik berborak dengan kawan-kawan pejabat yang lain. Tengok-tengok restoran ni dah ada depan mata. Amacam, cemburu tak korang, cemburu tak? Hehehe... Jadi kadang-kadang bila habis waktu pejabat sebelum balik ke rumah tu, i sempatlah dating dengan hubby dekat sini sambil makan sate (hamboi... macam ala-ala cinta sate gitu. Hehehe).

Selalunya kalau dekat Kajang, korang dah biasa dengar dengan nama Sate Kajang Haji Samuri kan? Tapi terus-terang i cakap, kedai makan sate yang i pergi makan ni, lagik best daripada Sate Kajang Haji Samuri tau (serius i cakap ni). Tak tahulah perasaan i sorang-sorang ke yang rasa macam gini ke, atau tekak i dah boring dengan Sate Kajang Haji Samuri. Tak kisahlah mana-mana pun, yang penting korang kena cuba pulak makan dekat sini. Sebab i nak tahu pendapat korang mana lagik best, Sate Kajang Haji Samuri ke atau Sate dekat Restoran O Mulia yang dah jadi tempat makan sate kegemaran i.

SEJARAH MENGENAI RESTORAN O MULIA

Restoran O Mulia sebenarnya sudah beroperasi sejak 48 tahun lalu. Pemilik Restoran O Mulia, Osman Abu Bakar, berkata restoran itu diwarisi daripada ibu bapanya dan sejak hampir separuh abad lalu, tidak pernah berpindah walaupun pembangunan pesat berlaku di sekeliling premis ini. Tidak hairanlah, mereka yang membesar di Kuala Lumpur pada era 1970-an dan 1980-an cukup mengenali Sate O Mulia malah teringat keenakannya sejak dari dulu lagi. Beliau berpegang janji kepada ibu bapanya supaya sentiasa mementingkan kualiti bukannya kuantiti selain menjaga hati pelanggan setia.

Osman juga berkata, restoran ini popular dengan sate namun ada makanan lain ditawarkan di sini seperti masakan ala-Thai, yong tau fu dan juadah Barat. Satu keunikan restoran ini ialah sate yang dihidangkan dalam saiz agak besar, kuah kacang pekat dan harga berpatutan. Setiap hari juga, Restoran O´Mulia menyediakan 5,000 cucuk sate dan jumlahnya berbeza mengikut permintaan dan tempahan. 

Bagi penyediaan cara Sate O Mulia, Osman berkata, Sate O Mulia tidak diperap seperti kebanyakan sate yang lain tetapi sekadar digaul bersama rempah ratus resepi keluarga sebelum ianya dibakar. Restoran Sate O Mulia banyak menerima tempahan untuk majlis rasmi dan perayaan. Malah, pada malam Aidilfitri ketika orang lain sibuk menyediakan persiapan menyambut hari raya, kakitangan restoran ini bekerja demi memenuhi permintaan pelanggan yang mahu menyajikan Sate O Mulia pagi lebaran.

Osman berkata, beliau sedang merancang membesarkan perniagaan termasuk membuka beberapa cawangan Restoran Sate O Mulia. Mereka yang gemarkan Sate O Mulia boleh berkunjung ke premis ini yang terletak berhadapan Menara Celcom. Namun, sedikit kesabaran diperlukan kerana ruang meletak kereta terhad. Namun, ia bukan menjadi penghalang kerana masih ramai pelanggan datang menikmati Sate O Mulia walaupun terpaksa berjalan jauh kerana ia sangat berbaloi.

sumber : Berita Harian

Fuhh... rasanya tak perlulah i review / ulas panjang-panjang pasal Restoran O Mulia ni. Apa yang Berita Harian laporkan tu 100% sama macam apa yang i nak bagitahu dekat korang.

Alamat Restoran O Mulia ialah :-

300-1, Jalan Tun Razak
54200 Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Lokasi : Berhadapan dengan Menara Celcom Kuala Lumpur

No. Telefon : [019] 371 3639

Waktu operasi restoran : Dibuka dari pukul 11:30 pagi hingga 12:00 tengah malam dari hari Isnin hingga Sabtu. Tutup pada hari Ahad sahaja.

Waktu operasi untuk sate sahaja : bermula dari pukul 5:00 petang hingga 12:00 tengah malam


Apa lagi, jom tengok-tengok gambar.





Perghh.. best tak tengok saiz sate dekat sini? 

Klik gambar atas kalau nak tengok senarai harga Sate Restoran O Mulia


Balik rumah, bakar sate atas kuali je. Hehehe

p/s : Paling terror i boleh makan 7 cucuk sate aje. Jadi, mana yang tak habis tu, i sambung makan dekat rumah buat sarapan pagi. Hehehe...

22 comments:

  1. sedapnya sis.hehe..next week balik sana nak pg serbu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serbu jangan tak serbu dear. Hehehe... puas hati tau makan sate dekat sini :)

      Delete
  2. Sedapnya. Tgk pun nmpk sedap. Pastu besar plak. Aaaaa. Sate hj samuri dh tak sesedap dululah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sate haji samuri dah kurus-kurus. Kalau order sate daging lagiklah sedih, macam tak berdaging jadinya. Tapi sate daging dengan restoran ni gebu dan lembut pulak tu dear. Mula-mula order sikit je sate daging, bila rasa sedap. Terus tambah order bawak balik rumah. Hehehe

      Delete
  3. wahhhh u boleh bisnes delivery sate ni ke rumah jiran2 (eh diriku la tu :p) ...hihihihi...

    skrg pun rasa mcm keras skit sate kajang tu kan ...
    sate kat resto sukahati tu pun rasa macam ok ... tak tahu la kena ke tak ngan tekak reena ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... betul2 teringin ke ni? Nanti emel alamat k, kalau sempat insya-Allah kita tengok macam mana :)

      Tulah... masa lalu dekat area Restoran Sukahati terbau macam mengancam jugak bau sate nya. Tapi tak jugak pergi test. Mentang-mentang dekat dengan rumah. Hihihi...

      Delete
  4. Assalamualaikum..
    wahhh sedapnyer makan satey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam :)

      Iye... Sedap tau :) hehe

      Delete
  5. besarnya.ni kalau makan 4-5 cucuk je confirm dah kenyang. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah memang betul sangat tapi sebab akak lapar sangat waktu tu, tujuh cucuk selamba boleh habis. Hehehe...

      Delete
  6. jannah pon tak suka satey hj samuri, bukannya sedap pon. haha. suka satey UK kat bangi nama kedai sup urat keting ke apa lupa lah. satey dia sedap gemok gemok. tengok gambar akk pon nampak satey tu sedap sebab gemok2. pd jannah satey sedap ke tak depend on kuah satey tu sendiri.kalau sedap kuah satey tu sedaplah satey tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Jannah, tapi akak rasa combination sate dengan kuah dia kena sama-sama sedap barulah best kan? Kalau sate liat tapi harapkan kuah je best... tak best jugak jadinya. Hehehe

      Delete
  7. besar2 satenya..
    sate ni klu kuah dia sedap mmg sedap lah maknanya sate tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah memang besar pun dear. Makan sikit pun dah kenyang. Kuah sate kat sini pun memang best, tu yang kita rekemen supaya korang semua try makan dekat sini. Hehehe

      Delete
  8. tak pernah lagi terai sate kat sini...pernah masuk JJCM kan...mesti sedap ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pernah masuk JJCM pun Posh, tak salah waktu Qi jadi pengacara kan? Alahai rugi tak terjah waktu tu. Hehehe... So, apa lagik Posh jom try makan sate dekat sini :)

      Delete
  9. ah nak pegi jauh sgt..lgpun tk berapa minat sgt ate..dlm tak minat tu sekali makan 5cucuk jugak.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar lah Puan Kutu ni... Kita pun sama bukan peminat sate sangat pun mula-mula dulu. Kalau makan pun duduk menghabiskan kuah sate je. Tapi yang ni bukan kuah je licin, sate pun kita licinkan sekali. Hehehe...

      Delete
  10. reenax2..ai dah gosok mata nk tgk rege satay tapi xnmpklah...hihihi..LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga sate ayam, daging dan hati semua 80 sen. Harga ketupat 60 sen je :)

      Delete
  11. hi reena...saya baru jer upload gambar2 masa makan kat satay hj samuri shah alam branch. ok la rase nye tapi tak de la special sangat hanya kuah dan sambal dia jer yang bolih puji lain dari yang lain. Nanti saya gi try kat restoren reena rekomen ni pulak....Senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan makan makan hehehe...review restoren2 menarik yg saya pegi...dan kalu bolih follow yer blog saya TQ TQ TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Papa-Ntiq

      Haji Samuri dah terlalu banyak cawangan tu yang quality control dah tak terjaga rasanya. Kalau dekat Kajang ada satu tempat sate yang sedap, tapi tak ingat pulak namanya (nanti saya tanyakan kawan saya). Terima kasih sebab sudi singgah sini. Blog saya ni ada macam-macam, apa saja yang saya minat saya akan ceritakan dekat sini. Makan-makan pun antara hobi yang saya minat jugak. Hahaha...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)