Blogger templates

Mar 22, 2012

Stick House Malaysia

Kalau i sebut nama kedai aiskrim Tutti Frutti mesti korang semua dah kenalkan? (Sesiapa yang nak baca review / ulasan i mengenai Tutti Frutti ada dekat link ni ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/aiskrim-tutti-frutti.html) Tapi kalau i sebut nama kedai aiskrim, Stick House Italian Handcrafted Gelato serta-merta ada yang kerut-kerut dahi tak tahu. Betul tak? Hehehe...

Sebelum i teruskan bercerita mengenai aiskrim Stick House. Mesti ada antara korang yang tertanya-tanyakan, APA ITU GELATO?

Kalau korang nak tahu dalam bahasa Itali / Italy, aiskrim dipanggil sebagai gelato. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan di antara ciri-ciri gelato dengan aiskrim biasa sebenarnya. Di mana, gelato mengandungi kurang udara atau tiada sama sekali berbanding aiskrim biasa yang mengandungi 50% udara di dalamnya. Yang bermaksud, kandungan bahan-bahan di dalam gelato lebih padat dengan rasa penuh berbanding aiskrim biasa. Selain daripada itu, aiskrim kebiasaannya disimpan dalam keadaan sejuk beku. Manakala gelato pula, disimpan dan dihidangkan dalam keadaan sedikit panas berbanding suhu aiskrim biasa. Jadi, gelato bukanlah dibekukan sepenuhnya.

Ok, dah tahu apa perbezaan di antara gelato dan aiskrim yang biasa kita makan tu. Jom kita berkenalan dengan kedai aiskrim Stick House pulak (walaweh! yummy-yummy-yummy).

Gelato di Stick House dihasilkan dengan menggunakan 100% bahan semulajadi dan tulen tanpa menambah apa-apa perisa tiruan, pewarna, atau pengawet. Terdiri daripada pelbagai buah-buahan segar, susu dan krim bagi memastikan produk yang dihasilkan berkhasiat untuk tubuh badan serta rasa sedap yang berkekalan. Stick House merupakan kedai aiskrim pertama di Malaysia yang mengetengahkan konsep inovatif gelato baru dari Itali dan mementingkan ciri kesihatan.

Antara bahan-bahan yang terdapat di dalam aiskrim Stick House serta khasiat / kelebihannya ialah :-

1. Inulin - merupakan serat sayur-sayuran yang diekstrak dari chicory. Ianya meningkatkan penyerapan kalsium, baik untuk penghadaman dan mengurangkan kolesterol.

2. Sodium Caseinate - produk protein berkualiti tinggi yang diperolehi daripada susu segar yang dipastur.

3. Fructose / Fruktosa - mengandungi indeks glisemik (IG) rendah produk semulajadi yang terkandung dalam buah-buahan, madu dan beberapa sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan.

4. Disaluti dengan coklat sebenar - Coklat yang berkualiti tinggi merupakan "sahabat jantung" yang membantu sistem kardiovaskular untuk kita terus kekal sihat.

5. Putih telur - ia merupakan sumber protein yang mempunyai nilai biologi tinggi iaitu tanpa lemak. Untuk menghasilkan aiskrim, putih telur digunakan bagi membantu mencampurkan udara ke dalam bahan campuran secara semulajadi.

6. Carob Bean Flour / Tepung Kacang Carob - bagus untuk proses pencernaan. Ianya juga digunakan sebagai penstabil semulajadi di dalam menghasilkan aiskrim.

7. Probiotik - mengandungi faedah yogurt dan buah-buahan sebenar.

8. Soya - mengandungi kebaikan protein semulajadi dan sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan laktosa.

Di Stick House, korang akan dapati terdapat pelbagai pilihan perisa gelato atau sorbet iaitu buah-buahan segar sebenar yang boleh dinikmati dengan pilihan salutan coklat gelap, susu atau coklat putih dan ditaburkan samada dengan kacang hazel (hazelnut), badam (almond) atau bijirin pistachio. Untuk harga Premium (campuran beberapa sorbet buah-buahan dan lain-lain) ialah RM8.90, harga Classic pula (contoh: perisa vanila dan coklat) ialah RM6.90 manakala untuk harga Mini (comel sangat tau. Sesuai untuk kanak-kanak) ialah RM4.90. Harga untuk topping dan dipping pula dikenakan dengan bayaran RM2.00 untuk sepenuhnya dan RM1.00 untuk sebahagian aiskrim (boleh rujuk gambar dekat bawah, untuk keterangan lanjut).

Semua gelato dan sorbet dibuat segar setiap hari di Stick House dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan diimport daripada Itali. Malah, produk Stick House juga sesuai dinikmati oleh kanak-kanak dan mereka yang alah kepada produk tenusu / susu lembu serta gula kerana ianya mengandungi bahan-bahan yang berkhasiat.

Alamat dan lokasi kiosk Stick House ialah :-

Mall Citta
GK-07, 1 Jalan PJU1A/48
PJU 1A, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya
Selangor

Foursquare: http://4sq.com/rZWbU5

Sunway Pyramid
Lot LG2.RINK, Jalan PJS11/15
Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya
Selangor.

Foursquare: http://4sq.com/tIMtcP

Publika
(akan dibuka tidak lama lagi)

Negara lain yang turut mempunyai cawangan Stick House ialah Cyprus, Dubai, Indonesia, Itali, Kuwait, Filipina, Arab Saudi, Singapura (akan dibuka tidak lama lagi), Sepanyol, Switzerland dan Syria.

Sebab aiskrim Stick House memang best dan sedap, i cadangkan korang LIKE Facebook Stick House Malaysia ramai-ramai!

I dekat lokasi kiosk Stick House, Sunway Pyramid





Sumber : Tiga gambar di bawah ialah daripada Facebook Stick House Malaysia

Senarai harga Gelato, Sorbet buah-buahan, Toppings dan Dips di Stick House


Aiskrim bersaiz kecil tu dipanggil Mini Aiskrim. Comelkan?


p/s : Kalau tanya i di antara Tutti Frutti dengan Stick House mana satu yang best? I jawab Stick House sebab takde perasaan tamak haloba. Hehehe...

20 comments:

  1. bagusla ur review full of info...tak pernah nampak nanti nak terailaaaa nampak sgt tempting!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Posh...

      Memang sedap sangat Posh, aiskrim dia full dengan rasa... memang tak rasa macam makan ais :)

      Delete
  2. wow...mcm eskem biasa2 je kan..tp npk sedapp lah..
    btl..pg tuti tamak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu, tapi rasa dia lagik best dari aiskrim biasa tau dear :)

      Delete
  3. ianya sungguh mengiurkan!!! is A MUST TRY ni!!!

    ReplyDelete
  4. terliur giler..

    baru tau perbezaan ais krim ngan gelato.

    skrg ni byk dah choices makanan yg sihat. dari jus sampai la ais krim. bagus la kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tulah aku pun sama :) tu pun lepas puas cari info apa itu Gelato. Sebab bunyinya macam gelatin. Tu yang rasa tak puas hati nak tau.

      Agaknya kalau makan aiskrim ni hari-hari pun ok kan? Yelahh.. sebab 100% original pure without added any artificial food (ecehhh)... Hehehe

      Delete
  5. mulai hr ni,nak panggil gelato juga.haha
    nak cari kt pyramid la.jom jom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh-eh nak belanja akak ke ni? Jom-jom hehehe

      Delete
  6. alah alah,...
    meleleh2 dah air liur nie kak. nampak mcam sedap. kenapa lah tak ada kat JB kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai siannye dia. Takpe, lepas kawen honeymoon KL k Jannah. Hehehe

      Delete
  7. sedapnya nampak ice cream tuhhh! tapi sy tgh berpantang mkn ice cream lak skang :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe dear... habis pantang nanti boleh pergi tapi jangan makan yang besar. Makan yang mini je dulu tau :)

      Delete
  8. kakk, tutti frutti i sikit pun tak heran sbb tak suka yogurt huhu tp ni i heran. nakkkkkkkk please. nampak sedap sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betullah dear, Tutti Frutti bukannya best pun sebab masam... tapi yang ni serius best melampau. Hehehe... Cepat ajak Kazaa.... :)

      Delete
  9. ooooooo baru kutahu gelato irtu eksrim.......gelato strawbeerry satu tempayan reena bole? hihihi...

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)