Blogger templates

Apr 3, 2012

Idea dan Inspirasi - IKEA

Sekali pandang gambar dekat bawah ni macam rupa troli hospital je kan? Adehh... ini bukan troli hospital yang buat tolak makanan tu ye kawan-kawan. Hehehe... tapi troli yang i beli dekat IKEA sejak beberapa bulan yang lepas. Nama penuh troli ni ialah BYGEL Trolley. Kalau korang nak tengok berapa harga dan apa kegunaan troli ni, korang boleh klik dekat link ini ---> http://www.ikea.com/my/en/catalog/products/50177751/ Dekat link ni jugak, ada beberapa keping gambar lain yang IKEA tunjukkan untuk berikan korang idea cara menggunakan troli ni (yeay! Seronoknya). Inilah yang selalunya jadi sebab utama, kenapa IKEA jadi pilihan untuk kebanyakan perabot dalam susun atur rumah i. Walaupun perabot / barangan rumah tu ikutkan simple je rekabentuknya dan tujuannya, tapi IKEA selalu buatkan kita berfikir bukan hanya untuk satu tujuan sahaja tapi untuk pelbagai kegunaan lain. Dan yang paling best tu, kesemua perabot IKEA nampak serasi untuk disuai padan (mix and match) antara satu sama lain. Itulah yang jadikan barangan IKEA nampak menarik sangat. Terus-terang i cakap, IKEA jugaklah yang mempengaruhi i supaya jadi lebih kreatif sewaktu menghias rumah (eceh... mekasih IKEA).

Sebenarnya, masa beli troli ni, ada macam-macam idea bermain dalam kepala i waktu tu. Macam apa yang i perkatakan sebelum ni, i memang kurang gemar dengan susun atur rumah yang berserabut dan penuh dengan perabot. Seboleh-bolehnya i cuba kurangkan (minimize) perabot dalam rumah i tapi lebih tumpukan kepada keutamaan kenapa i kena beli perabot dan barangan untuk rumah i. I lebih sukakan suasana ruang rumah yang luas, memudahkan pergerakan untuk ke sana-sini dan setiap perabot yang i pilih boleh diguna pakai sampai bila-bila. Maksudnya sampai i dah ada cuculah nanti (mak aihhh... lebih kurang 22 tahun kemudian, waktu tu i dah jadi nenek dah. hehehe). Ok-ok tak nak cerita kisah 20 tahun kemudian. Nak cerita pasal idea i untuk troli IKEA yang dah jadi antara perabot kesayangan i. Kalau korang ada troli lain selain daripada IKEA pun boleh cuba idea i ni. Tak semestinya kena guna perabot IKEA je. Betul tak? Hehehe...


IDEA DAN INSPIRASI IKEA UNTUK BYGEL TROLLEY

Melalui gambar-gambar dekat bawah, korang boleh perhatikan yang BYGEL Trolley ni simple dan ringan sangat-sangat. Senang nak tolak ke sana-sini.


IDEA PERTAMA

Mungkin i boleh gunakan untuk letakkan lebihan atau stok barangan dapur yang i ada. Lebih kurang berfungsi sebagai pantry bergerak gitu. Lagipun memudahkan anak-anak i untuk ambil sendiri mana-mana makanan kegemaran dorang seperti biskut, cornflakes atau keropok.



IDEA KEDUA

Jadikan tempat untuk meletakkan barang permainan anak-anak i, buku, bekas pensel warna dan lain-lain lagi.




IDEA KETIGA

Boleh juga digunakan sebagai tempat menyimpan dan meletakkan barang-barang kerja tangan kraf (handmade craft) yang i lakukan. Maklumlah troli ni kan mudah digerakkan ke sana-sini, jadi i boleh hasilkan pelbagai kraf dekat depan tv tanpa perlu berulang-alik ke bilik untuk ambil mana-mana barang yang i perlukan.




IDEA KEEMPAT

Menjadikan troli ni sebagai ruang tambahan untuk i buat kek, pai atau pizza. Dengan troli ni, i tak perlulah nak sepahkan ruang meja makan i. Mana-mana barang / bahan-bahan yang i nak gunakan, i boleh capai je daripada tempat yang sama. Senangkan?




IDEA-IDEA LAIN

Boleh digunakan sebagai rak buku, ruang meletakkan pinggan-mangkuk, lauk-pauk dan bertindak sebagai tempat untuk serve / hidangkan air atau makanan bila ada tetamu datang.


Nak baca kisah IKEA yang lain dalam blog i, korang boleh picit link dekat bawah ni :-




Atau korang taip je perkataan IKEA dekat ruangan search this blog, semua kisah i dan IKEA ada dekat situ.


p/s : Rasanya, ini sahaja idea yang setakat ni muncul dalam kepala i. Agak-agak kalau korang ada idea lain yang menarik boleh kongsikan dengan i dan kawan-kawan i yang lain. Jangan segan-segan, picit je ruangan komen i.


21 comments:

  1. soalannya, dah berapa troli tsbt yg reena beli? hehehe

    saya pun suka rumah yg deco simple je dan mesra anak2 kecik..paham shj la budak2 ni mesti nk bergerak ke sana ke mari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... jawapannya SATU je mak encik. Dan tak decide nak tentukan idea yang mana satu kita akan guna, mungkin semua sekali kot. Hehehe...

      Delete
  2. mmg byk kegunaannya
    cuma klu dia mobile sgt pn bdk2 suke tolak sana sini abis betabur hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah kita dah didik anak kita since kecik lagik supaya jangan kacau barang-barang milik mama papa dia. So far, takde pulak dorang nak usik. Hehehe...

      Delete
  3. Memang barang2 ikea ni sesuai utk rumah2 yg nak save space kan. Nak pg rumah akak la. Nk ambik idea :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... so rumah kecik pun boleh jadi luas kan dear? Hahaha... jom-jom datang rumah akak meh...

      Delete
  4. suke laaa ur idea..kalu sesak2 tak tau nak buat per...confirm cari kat sini...tq for the idea...

    ReplyDelete
  5. kite pun suke ikea..
    tapi malangnyer ikea tu jauh...
    still tunggu ikea bukak cawangan kat jb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. baru tahu IKEA ada nak bukak dekat JB eh, Eita? Alaa... susah-susah kau pergi jelah Singapore. Hehehe

      Delete
  6. pelbagai kegunaan ek sis...
    praktikal nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... macam magic gitu kan? Hehehe

      Delete
  7. produk ikea mmg selalu praktikal ek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah dear... praktikal dan nampak cantik gitu :)

      Delete
  8. mmg ada pelbagai guna troli nie.tidak pula terjangkau dek akal dengan kepelbagaian kegunaannya..sy ini sangat daif bab mendeco rumah.sgt buta mentata rias rumah sendiri.hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tulah kena jadi kreatif sikit je untuk hias-hias rumah ni Puan Kutu. Ikutkan troli ni simple je :) Takpe-takpe tak tahu hias rumah, meh kita ajar meh (eceh...)

      Delete
  9. macam2 bleh buta kan...kalau rumah kecik cam nooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk buta tu buat kan maksudnya? Hehehe... Rumah akak pun kecik je dear :)

      Delete
  10. emmm si reena dgn idea IKEA nyeeeeee............hihihi

    ReplyDelete
  11. Reena buat post lagi pasal home deco...kak Anis minat lar sis nyer decorating style.

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)