Blogger templates

Apr 29, 2012

Resepi : Nasi Tomato

Hujung-hujung minggu macam gini, sesuai kalau kita cuba resepi yang lain dari yang lain. Contoh, kalau selalu makan nasi putih tu, apa kata kita tukar selera jadi nasi berwarna pulak. Nasi berwarna tu ala-ala Nasi Pelangi ke? Eh, ada ke Nasi Pelangi? Wah... mesti meriah warna nasi Pelangi kan? Hehehe... Nasi berwarna yang i maksudkan dekat sini ialah nasi yang selain daripada warna Nasi Putih macam Nasi Minyak ke, Nasi tomato ke atau Nasi Beriyani ke...

Tapi hari ni i nak tunjuk hasil resepi Nasi Tomato yang i berjaya buat mengikut dari resepi Mat Gebu. Kata Mat Gebu resepi asal ni datangnya dari Kak Liza (ohh...) Ok, tak kisahlah mana-mana. I nak ucapkan banyak-banyak terima kasih untuk kedua-dua masterchef resepi ni. Memang sedap dan kena sangat dengan tekak i sekeluarga (kalau tak sedap atau tak menjadi, takde maknanya i nak tayang-tayang dekat korang semua. Hehehe...). Apa yang i perasan, anak i pun makan Nasi Tomato ni sampai tambah berkali-kali dan kali. Kalau anak i boleh makan banyak tu, memang best sangatlah resepi ni. Yelah, budak-budak kan lurus orangnya, mana pandai corner-corner nak jaga hati orang. Hehehe...

Apa-apa hal jom tengok resepi Nasi Tomato dan gambar sepanjang proses i sediakan Nasi Tomato dekat bawah. I makan Nasi Tomato dengan Kari Daging, Bawang Goreng, Kismis dan Kacang Pis. Fuhh... meriah habis! Kata hubby i kalah macam makan dekat tempat kenduri (eceh!)

Bahan-bahan :

5 cawan beras Basmathi  (cuci, rendam 20 minit dan toskan)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato (dicincang halus)
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar mentega / minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
1 helai daun pandan (disimpul)
Air (ikut sukatan beras iaitu 5 cawan)
Garam secukup rasa

Bahan Tumis :
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 ulas bawang putih - dihiris halus
5 biji bawang merah - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus

Bahan Hiasan : bawang goreng, kismis, kacang pis dan hirisan daun sup / daun bawang (i tak berapa suka daun sup / daun bawang ni sebab tu takde dalam gambar).

Cara-cara :

1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, masukkan kesemua Bahan Tumis dan daun pandan. Tumis hingga wangi.

2. Kemudian, masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biarkan sebentar. Tuangkan susu dan air, masak sehingga mendidih. Tutup api.

3. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Selepas itu, tuangkan bahan-bahan yang dimasak pada cara nombor 2 tadi ke dalam periuk nasi. Letakkan garam (anggaran 3/4 sudu kecil) dan gaul sehingga rata. Masak seperti biasa dan balik-balikkan nasi bila betul-betul masak.

4. Hiaskannya dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

5. Lepas tu baca bismillah dan makan!












p/s : Laparnya tengok masakan sendiri. Aumm...

14 comments:

  1. dah kawen nanti baru nak belajar masak susah2 cani. bujang2 masak yang simple je. hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu. Akak pun time bujang-bujang masak simple je. Nasi putih, telur mata dengan ikan goreng :)

      Delete
  2. yg tumpang tengok ni lagi la lapo...paling suker masak nasi tomato...sedap dan mudah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bab nak mencuci segala periuk tu je yang payah Posh. Hehehe...

      Delete
  3. Kak Anis dah try ni...mmg menjadi sgt2 thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. haaa guna beras basmathi pas tu ada susu cair, tu yang buat sedap nasi tomato

    ReplyDelete
  5. mintak kongsi respi ye... harap2 menjadi lah buat utk raya haji nie tq

    ReplyDelete
  6. mintak kongsi respi ye... harap2 menjadi lah buat utk raya haji nie tq

    ReplyDelete
  7. Salam kak, rara nak try resipi ni hari sabtu nanti. Tq! ^_^

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)