Blogger templates

Oct 8, 2011

Gambar: Duit Syiling Baru Malaysia 2012

Rasanya ramai yang dah tau dan baca artikel pasal Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga kan?


Mengikut kenyataan dari website Bank Negara Malaysia (BNM) :
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.
Ciri-ciri Am Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
Dan yang paling best, i antara orang pertama yang dah dapat pegang dan tengok sendiri secara live macam mana rupa sebenar duit syiling baru tu (dari bulan Julai 2011 lagik sebenarnya. Hehe). Eh, i tak beli pun set duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) yang dikeluarkan BNM dalam harga RM10.00 satu set tu. Dapat tengok dan pegang pun sebab pakcik kepada opismate i kerja dekat Bank Negara. Hehe, kira bertuahlah kan. Tapi kalau sesape teringin nak beli set duit syiling peringatan tu, korang boleh picit dekat link ni k. Mana tau, korang pun nak jadi antara orang yang terawal pegang duit syiling baru 2012 *bolehlah show-off dengan kengkawan. Keh-keh-keh*


Sowiii.. gambar kurang shape eh, sharp. Hehe

First impression, i tengok duit syiling baru ni. I terpikir macam token yang main dekat arcade game tu je. Macam duit syiling mainan pun ada jugak. Hihihi. Berat dia, ringanlah sangat-sangat. Kali ni sesape yang suka menabung duit syiling, tak payah risau nak angkat berat-berat waktu nak simpan duit syiling dekat bank. Lebih-lebih lagik waktu nak angkat ke kaunter yang sama tinggi dengan bahu tu *pheww~based on pengalaman sendiri pernah kumpul duit syiling dengan hubby sampai penuh satu baldi. Muka kerani yang terima duit syiling kita orang pun sampai berkerut tengok. Haha*.


p/s: Kecik-kecik dulu i suka menabung dekat tabung unta Bank Arab-Malaysian Finance. Sekarang ni dorang ada keluarkan lagik tak tabung unta tu?

4 comments:

  1. @Uchi kay-f @hmad Tulah, nanti-nanti dapat jugak pegang duit syiling baru :)

    ReplyDelete
  2. dorang tukar yg ringan skit coz dolu tu kesian tengok u & hubby lah tu hehehehehe

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)