Blogger templates

Apr 18, 2012

Restoran IKEA / IKEA Restaurant

Setiap kali balik kerja, hujung minggu atau sekiranya ada masa terluang. I dan hubby akan singgah di Restoran Ikea samada nak menikmati Swedish Meatballs (beef), Daim Cake (nyam-nyam) atau sekadar nak tebus kupon air kopi / teh percuma yang boleh refill / isi semula berulang kali (minum cuma satu cawan je tapi kongsi berdua. Ala-ala romantik dalam jimat gitu. Kihkihkih). Untuk tebus kupon percuma ni korang kenalah jadi Kawan IKEA / IKEA Friends terlebih dahulu.

Eh, macam mana nak jadi Kawan IKEA?
Senang je, korang kenalah mohon untuk dapatkan kad kredit IKEA Friends melalui IKEA sendiri atau pun di Alliance Bank Berhad. Untuk keterangan lanjut, korang bolehlah rujuk dekat link sini ---> http://www.malaysia-ikea.com/friends/pages/friendsmember.asp.

Manakala untuk sesiapa yang masih ragu-ragu dengan status Swedish Meatball yang dikatakan tidak halal, melalui kawan blogger i, Yanmie. Beliau sendiri dah buat siasatan dengan menelefon Encik Roslan (wakil pihak Ikea) bagi mengesahkan status sijil halal Ikea. Encik Roslan telah memaklumkan bahawa produk Ikea Meatball sebenarnya diperbuat di Malaysia dan mempunyai sijil halal daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Memandangkan Ikea tidak mempamerkan sijil halal tersebut, Encik Roslan juga bersedia untuk menunjukkan sijil halal kepada mana-mana pelanggan yang ingin mendapatkan kepastian yang jelas.

Ikea Meatball telah dikeluarkan oleh Macfood Services (M) Sdn Bhd di alamat :-
No. 7, Jalan SS13/5
47500 Subang Jaya
Selangor
Nombor telefon : [03] 5633 0222

Lotus Consulting Group merupakan ejen pemasaran dan pengedaran untuk MacFood Services Sdn Bhd.

Nak dapatkan butir-butir yang lain mengenai perkara ini, korang boleh baca dekat sini ---> blog Yanmie (a.k.a Supermak!) Dia ni antara kenalan blogger terawal yang i kenal masa tahun 2008/2009.


 Amacam, agak-agak semua dah boleh tarik nafas lega tak bila baca berita ni? Mula-mula bila isu ni digembar-gemburkan, i dah rasa macam tawar hati je nak pergi Ikea lagik. Dahlah Ikea Meatball dah jadi menu wajib i bila datang sini (siap minta extra gravy lagik setiap kali order tau). Tup-tup dengar tak halal pulak, siapalah tak rasa kecewa kan? (kalah putus cinta. Hehehe). Alhamdulilah, akhirnya... semuanya dah selesai. Bolehlah teruskan aktiviti kunyah meatball (bebola daging) dengan hati gembira (hooyeh!)

Sebenarnya tujuan i bercerita mengenai makanan-makanan Ikea ni bila i dapat soalan daripada rozietaraffar (kawan sekolah yang i kenal dari tahun 1993 lagik dan dah mula berjinak-jinak dalam dunia blogger sekarang ni. Hehehe...) Soalannya :-

reena, buat entry cam ne nak order makanan kat ikea! hehee ari tue pg sana mcm orang jakun tak reti nak order..


Alahai kesian dia, lain kali ajak i belanja makan Ikea, mesti tak jadi macam ni tau. Hehehe... Takpe, untuk Eita dan mana-mana kawan-kawan i belum biasa pergi Ikea. I terangkan dekat sini ok? Kalau tak berapa faham, bolehlah tengok gambar yang i sertakan sekali.

CARA UNTUK MEMBELI MAKANAN DI IKEA / RESTORAN IKEA

1. Restoran Ikea terletak di aras 1, jangan risau kalau korang tak jumpa Restoran Ikea ni sebab ada penunjuk arah yang boleh tunjukkan laluan untuk korang ke sana.

2. Terdapat papan tanda besar di hadapan laluan masuk Restoran Ikea. Korang bolehlah belek mana-mana menu menarik yang disediakan di sini sebelum melangkah masuk.

3. Restoran Ikea mengamalkan cara self-service / layan diri. Perkara pertama yang korang perlu lakukan apabila berada di sini ialah dapatkan troli makanan yang berada samada di kiri dan kanan laluan sebelum memasuki kawasan makanan Restoran Ikea.

4. Pilih satu troli makanan, dan terus bergerak ke depan mengikuti palang / rel besi yang berada di hadapan korang. Ambil tray / dulang plastik untuk diletakkan di atas troli. Berapa kuantiti tray yang korang perlukan bergantung daripada berapa banyak makanan yang korang perlukan.

5. Lepas tu pilih gelas minuman, harga gelas warna putih ialah RM2.00 untuk air kopi atau teh manakala harga gelas warna clear / jernih pula ialah RM1.50 untuk minuman bergas / soft drinks. Kedua-dua jenis minuman ini boleh diisi semula berulang kali. Manakala untuk air cappucino (harga RM3.00 segelas), korang akan diberikan token untuk mendapatkan minuman ini dimesin minuman dan ianya tidak boleh di refill.

6. Sepanjang laluan korang bergerak menuju ke bahagian hidangan menu utama / main dishes yang berada di tengah-tengah. Korang boleh penuhi tray korang dengan kek, muffin, air kotak, mineral dan pelbagai makanan lain yang berada di situ (janji masa ambil tu, budget korang mencukupi sebelum terjadinya kejadian malu sendiri depan cashier).

7. Sambil bergerak tu, korang pandanglah menu yang diletakkan di atas kepala korang untuk buat pilihan makanan utama yang korang inginkan macam menu Manager's Special ke (selalunya ada tawaran makanan dengan harga menarik seperti Nasi Goreng Kampung), Swedish Meatballs ke, Vegetarian Pasta with Tomato Sauce ke, Kepak Ayam Goreng ke dan lain-lain lagi. Terangkan makanan apa yang korang inginkan kepada pekerja Ikea yang berada di belakang kaunter makanan dan mereka akan sediakan dengan pantas.

8. Selesai buat pilihan makanan, korang bolehlah menuju ke kaunter bayaran. Untuk Ikea Friends, korang serahkan kupon diskaun dan kupon minuman percuma untuk menikmati ganjaran yang diberikan.

9. Dapatkan sudu, garfu, pisau dan tisu di penghujung kaunter bayaran.

10. Ambil minuman di mesin minuman yang disediakan di situ berdasarkan pilihan gelas yang korang ambil.

11. Cari tempat duduk kosong, duduk dan makan (yeay!!) Sesiapa yang ada anak kecil, kerusi bayi ada disediakan di sini.

Waktu operasi Restoran Ikea : bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 9:30 malam setiap hari.


TIPS MEMBELI MAKANAN DI IKEA / RESTORAN IKEA

1. Bagi korang yang inginkan kuantiti kecil untuk menikmati hidangan di Restoran Ikea, i cadangkan korang ambil menu kanak-kanak (kid's menu). Harga yang ditawarkan jauh lebih rendah dan jimat.

2. Nak jimat lagik? Korang kongsi je gelas minuman sebab boleh refill berkali-kali. Jangan kongsi dengan orang yang tak dikenali sudah.

3. Ikea tak sediakan bekas untuk makanan yang kita ingin bawa pulang (take away). Jangan risau sebab korang kan berada di Ikea, korang beli je bekas makanan plastik yang berada di tingkat bawah (Market Hall). Yea! Masalah pun selesai.

Sekian, untuk kali ini. Harap dapat membantu Eita dan kawan-kawan semua.




















Muka gangster lapar makanan. Hehehe...

p/s : Tutup mata sambil taip entry sebab kelaparan pandang Meatball Ikea (memang tipu! Hehehe...)

29 comments:

  1. ahahaha... nak eh dah tergelak2 ni baca tips reena yang ni
    "Nak jimat lagik? Korang kongsi je gelas minuman sebab boleh refill berkali-kali. Jangan kongsi dengan orang yang tak dikenali sudah."

    mekasih ye bg tips, ku pun macam tak penah plak menyinggah makan kat kafe ikea tu sbb slalu tgk penuh / cramp memanjang ... lepas2 ni nak tryyyyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih... yelaa... mana tau nak jimat sangat kan. Habis semua orang punya gelas dia bedal :)

      Sesama... tapi hujung minggu memang busy sangat tempat ni :(

      Delete
  2. Wahhhh....lame tak makan meatball ikea, lepas kepoh2 org cakap meatball xhalal terus berenti, nie kat sini dah sah yg meatball tue halal bleh makan blik..hahaa best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... dah ok dah.

      Yang penting makan tanpa was-was ok :)

      Delete
  3. aduhai mau mencari meatball ni kang...mmg terbaeklaaa meatball ikea....bagusla ur explanation sbb i pun masa 1st time dulu pun gagap gak asik dok tengok org hehe..yg penting halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tapi so far i rasa Restoran Ikea dekat Kota Damansara ni kira ok lagik senang faham.

      First experience i waktu Ikea dulu-dulu bukak dekat One Utama, hah... tu memang pening habis... Kira punya kira dah 13 tahun pengalaman makan meatball (lamanya!!)

      Delete
  4. like like like....
    yeaaaa! dah kuar dah entry i...
    heeee..
    next month nk turun KL boleh try g mkn kat ikea...
    thanks reena!

    note : butang komen kat blog aku tu hilang.. adeehh!! hilang segala setting.. t aku usahakan cari balik butang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh... rajin turun KL ye Eita. Nanti belanja aku makan sini k :)

      note : dah jumpa dah tempat komen dekat blog... (yeay!)

      Delete
  5. haish sy dgn kazaa pnh 4 minggu turut2 dr nilai ke ikea sebab nk mkn meatballs je haha.cmnela klau mengidam nnti jenuh kazaa nk bwk pg sane. sedap kan and mmg tak ragu ragu pun kalau makan.ragu-ragu haram jadinya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... pindah sini jelah dear :)

      Hubby akak selalu sebut nak beli rumah area sini sebab akak suka sangat datang Ikea. Mintak-mintak mulut dia masin. Kihkihkih

      Delete
  6. swedish meatball tu boleh tahan. tapi cukupkah makan sekali jee. wakaka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikss... kenapa sekali je, makanlah 2, 3, 4 kali ke? Hehehe

      Delete
  7. tak penah langsung makan kat ikea nie...pegi ikea pon baru je sekali tau..sobs sobs.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, next time try makan dekat sini k Mun... Try makan meatball Ikea. Sedap tau!

      Delete
  8. barang2 IKEA memang nampak ekslusif dan cantik...

    ReplyDelete
  9. pitammmmm...lapo meatball plizzzzzz....ade plak time u snap all these peekture kan.....good bebeh....nanti nak belaja cara snap ngan u gak....amik la gambo anak anak u...leh ai tiru cara nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... i berdua dengan hubby main tangkap-tangkap gambar guna henpon je dear. Ni pun mana nampak ok, terus tangkap laju-laju.

      Hehehe... cuba u selak entry i yang lama-lama. Ada gambar anak-anak i. Dorang sekarang dah aktif bergerak sana-sini. Susah sikit nak tangkap gambar sekarang ni :)

      Delete
  10. memang ejen iklan makanan betul nih.. hahahah..

    ReplyDelete
  11. naaaasib baik aku baru habis makan kalau taaakkk meleleh air liur. ahahhaha.

    kul bape ko pegi ni reena. sangat tak ramai orang. bole nampak troli tu tersusun cantik. selalu aku pegi tak nampak dah tempat sebenar troli tu kat mana. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pergi balik keje ni Hanie, kalau pergi hujung minggu takde maknanya tempat ni elok je tersusun. Segala pinggan pun terbang aku rasa. Hehehe...

      Delete
  12. nampak sedap tapi tak penah merase . lahai siannye . huhuk

    dlm byk2 gambar dekat atas gambar yg last skali mee suke .
    kak reena cantik .... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... nanti datang KL, trylah pergi sini ok :)

      Hahaha... gambar last tu hubby kidnap tangkap gambar. Akak pun tak perasan. Anyway, mekasih ye :)

      Delete
  13. Awat muka Reena nampak mcm oily?..hehe letih beratuq ambik makanan ka?..jgn mare nanti kena juai..

    ReplyDelete
  14. terliurnya tingkat dewa! meetball IKEA memang tiada bandingannya hiks. but anyway, Arisha pun suka jalan-jalan cari makan. so, we're the same!! :D

    ReplyDelete
  15. Kenapa IKEA tak letak saja BESAR2 tanda HALAL JAKIM untuk mengelakkan segala keraguan? Pelik, kan!

    ReplyDelete
  16. hi reena....cakap pasal meatballs IKEA nih...saya baru jer upload gambar2 masa makan kat sana baru2 nih di blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com

    Senang2 tu jenguk la ye....topik blog saya nih pasal tempat2 makan menarik yg saya visit seperti restoren, warung,gerai,foodcourt, hotel buffets dan lain2....100% topik makan jerrr tak de topik lain hehe.

    Jangan lupa ye follow blog saya kalu sudi...TQ TQ

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)