Blogger templates

Jan 18, 2012

Tutorial : Membuat Sarung Kerusi Makan

Hari ni i nak tunjukkan tutorial bagaimana nak mencantikkan kerusi makan rumah korang. Tapi tutorial ni sesuai untuk kerusi makan jenis kayu / besi yang ada span (sponge) atau kusyen (cushion) dekat tempat duduknya tu. Kalau kerusi makan yang jenis rata (flat) tapi nak letak span bagi menjamin keselesaan punggung, korang beli je lah kusyen kerusi atau mat salleh panggil chair cushion. Selalunya kusyen kerusi ni ada tali, untuk diikatkan pada belakang kerusi makan korang tu. Ini untuk elakkan kusyen tu daripada melarikan diri daripada punggung korang. Mungkin takut terseksa kot (hehehe...) Rasanya dekat mana-mana shopping complex pun ada jual kusyen jenis macam ni. Corak untuk sarung (cover) kusyennya pun ada banyak pilihan. Kalau nakkan corak lain dari yang lain, korang beli je kain dekat mana-mana kedai kain kemudian jahit sendiri. Lagik jimat. Hehe.

Warna asal bahagian tempat duduk kerusi makan i, ialah warna putih. Jadi nak mengekalkan warnanya yang putih suci tu, korang paham-paham jelah memang mission impossible habis (hehe). Ada je, corak pelik timbul dekat bahagian tempat duduk kerusi makan i ni bila kita orang habis makan. Part yang lagik best, kalau terkena kuah kari atau kuah masak gulai merah. Duh... i hanya mampu melihat sambil kemam mulut jelah (konon-konon nak marah tapi tension sebenarnya). Bila cuba buat misi menyelamat dengan menyental dekat bahagian tempat duduk yang terkena kuah ni. Hasilnya, bertambahlah pulak corak-corak pelik yang timbul. Bila kawan-kawan atau family datang ke rumah i untuk makan-makan, kenalah tebalkan muka dengan corak tempat duduk kerusi i yang cantik sangat tu (huwaaa...).

Sebelum hari raya menjelma kembali. I dah nekad, i memang kena buat sesuatu dengan kerusi makan i ni. So, bermulalah projek make over bagi mencantikkan kembali rupa paras kerusi makan i (kesian dia). Yelah, takkan asyik orang je boleh tukar jadi cantik, kerusi makan pun nak cantik jugakkan?

Peralatan yang perlu korang sediakan ialah:


1. Pemutar Skru (screwdriver) - Kalau nak kerja cepat pakai je screwdriver tanpa wayar (cordless)
2. Kain Cotton Jenis Tebal yang bercorak cantik (2 meter panjang, cukup untuk 6 buah tempat duduk)
3. Gunting
4. Staple Gun (sorry, i tak tahu nama melayunya apa)
5. Dawai Kokot Saiz Besar (atau lagik senang sebut 'ubat staple gun' hehe)
6. Stapler saiz biasa yang digunakan bagi tujuan membuka / mencabut dawai kokot
7. Playar (Plier) bagi membantu memudahkan tugas-tugas mencabut dawai kokot

Antara peralatan yang akan digunakan


Langkah pertama : Tanggalkan bahagian tempat duduk kerusi makan dengan screwdriver. Kebiasaannya bahagian tempat duduk ni hanya dicantumkan dengan menggunakan skru sahaja. Walaupun begitu i nak ingatkan korang supaya periksa dulu kerusi makan korang sebelum make over dilakukan, manalah tau, bahagian tempat duduk kerusi korang dilekatkan terus pakai gam. Kalau macam tu, cara tutorial i memang tak sesuai dengan korang (sorry....).

Inilah rupa / warna asal tempat duduk kerusi i, comotkan? Huhuhu

Langkah kedua : Bentangkan keseluruhan kain cotton di atas lantai. Kemudian, ambil satu bahagian tempat duduk yang ditanggalkan tadi dan letakkan di atas kain sebagai rujukan untuk memotong. Anggarkan lebih kurang empat inci lebihan kain daripada saiz sebenar tempat duduk korang. Potong satu bentuk kain dahulu dan gunakan kain yang telah dipotong sebagai contoh (sample) untuk memotong kain yang lain. Pastikan kain cotton (2 meter) yang dipotong, digunakan sepenuhnya bagi mencukupi 6 buah tempat duduk.

Tak perlu tandakan keliling kain dengan pensel, potong kain secara terus sahaja (freehand style). Pastikan gunting korang tajam.
Gunakan kain yang pertama tadi sebagai sample untuk memotong kain-kain yang lain


Langkah ketiga : Lipatkan kain cotton tersebut pada tempat duduk dan gunakan staple gun untuk mencantumkan / melekatkan keseluruhan hujung kain yang dilipat tadi. Pastikan tangan korang menarik dengan sedikit kuat sewaktu proses ini dilakukan. Ini bagi mengelakkan kain yang dicantumkan pada tempat duduk menjadi kendur dan tidak rata. Sekiranya terjadi, ulang proses ini, cabut dawai kokot pada bahagian kain yang tidak rata dan cantumkannya kembali dengan staple gun.

Contoh kain yang telah di'staple' pada kerusi makan
Bahagian hadapan tempat duduk yang telah siap di'staple'. Pastikan tiada kain yang menggelembung
Rupa bahagian belakang tempat duduk yang telah di'staple'


Langkah empat : Pasangkan kembali tempat duduk yang telah siap dicantumkan (di'staple') pada kerusi makan korang dengan menggunakan screwdriver. Setelah selesai... Taraaa.... kini korang dah ada kerusi makan berwajah baru. Confirm, lepas ni rasa lagi bersemangat nak makan.

Skrukan tempat duduk kepada kerusi makan
Yeay! Dah siap pun

p/s : Senang je kan? Tak sampai 45 minit, rumah i dah ada kerusi makan baru tau. Sekarang ni bila family atau kawan-kawan datang makan, dorang sangkakan i beli kerusi makan baru sedangkan i cuma buat make over aje. Hehe... Selamat mencuba!

12 comments:

  1. awesome lah kak reena! kreatif kak reenani...bagusnye...

    tutorial yg menarik!

    thumb-up!

    ReplyDelete
  2. bagus reena!!!.salah satu cara nak jimat.
    kadang kadang kreativiti ni berguna utk make over brang lama jadi baru. tak payah nak membazir sangat kan.

    ReplyDelete
  3. soklan pertama, camne boleh terpikir nak beli kerusi kusyen color putih? Akak risau jek terdot color merah.

    kreatif sungguh awak... boleh pulak terpikir nak cabut kusyen tu ... hehe. Dah pasang ketat2 semula tak?

    ReplyDelete
  4. @Hanie Dew a'ah kadang-kadang barang lama pun cantik jugak. Tengok je barang-barang vintage.

    ReplyDelete
  5. @Teratak Hami Kalau akak nak tau, meja makan ni antara wedding present daripada keluarga mertua :)

    Haha.. mestilah dah pasang ketat-ketat kak, saya yang buat sorang-sorang semua ni tau.

    ReplyDelete
  6. how easy! if i would do like yours, i would refer to this tuto! hehe, thanks for sharing. ini juga salah satu cara untuk menjimatkan uang daripada beli yang baru ;)

    ReplyDelete
  7. @Rtp Farra Arisha Thanks viewing my entry Farra. Saya memang suka sharing info dengan kawan-kawan. Hehe

    ReplyDelete
  8. wah mmg best..nak buat satu utk meja mkn umah. kebetulan my mom xde, bole lah mcuba haha

    ReplyDelete
  9. @Jue Jue, buat cantik-cantik tau. Kau jangan nanti dah bukak tak reti nak pasang balik. Nayo je kerusi mak kau tu kang. Hehehe

    ReplyDelete
  10. How to make dining chair slip cover ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... sorry i can't answer this question. To make it clearly better you try google in internet for your question. Thanks for asking! :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)