Blogger templates

May 6, 2012

Youtube Photoshoot / Gambar Pra Perkahwinan Awal dan Scha

Lorrr... baru tahu rupa-rupanya ada siaran langsung untuk majlis pernikahan / perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya dekat Astro Ria (channel 104) dan Astro Awani (channel 501) bermula dari pukul 9:00 malam hingga 9:30 malam pada 4 Mei 2012, hari Jumaat, 2 hari lepas (aiseyy... Nilah jadinya kalau tak sempat nak bukak Twitter). Jadi, i cubalah selak-selak dekat Youtube mana tahu ada sesiapa yang baik hati dah upload sedutan dari rancangan Astro Ria / Astro Awani sekitar majlis pernikahan / perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya tu. Tapi sampai hari ni, i tak jumpa lagik Youtube yang i nakkan.

Entah macam mana i terjumpa Youtube lain pulak, Youtube sekitar Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya Photoshoot Pre-Wedding (Pra-Perkahwinan) berkonsepkan Best Man Win yang dilakukan oleh krew / photographer Candidsyndrome.com. Seronok tengok teknik / cara dorang ni buat fotografi untuk Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Tengok realiti, macam biasa je suasana / keadaan tempat gambar yang diambil tapi hasilnya kebabomm! Cantik dan style sangat. Cuma kalau korang tanya komen i, i rasa lagik cantik kalau gambar pre-wedding ni dorang buat berwarna-warni. Baru nampak keseronokan macam nak kahwin. Ni macam malap je i tengok, macam fotografi untuk poster filem pun iye jugak (hamboi... berani kau komen Saiful Nang? Kihkihkih...) Kalau tak percaya apa i cakap, jom tengok antara hasil gambar pre-wedding yang i pinjam dari Facebook Saiful Nang Fan Club dan Youtube sewaktu photoshoot dijalankan.

Boleh tak kalau i cakap tengok Youtube sewaktu dorang buat photoshoot lagik best / ceria daripada tengok gambar yang terhasil (kihkihkih).

Kemaskini / Update terbaru :
Memang takde pun siaran langsung ditayangkan dekat Astro berkaitan pernikahan / perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Astro bagitahu ada terdapat gangguan teknikal berhubung isu ini. Kenyataan lanjut, korang boleh baca dekat sini ---> Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha










p/s : Seronok betul kahwin zaman sekarang. Zaman i kahwin dulu takde pun nak buat photoshot pre-wedding ni :P

22 comments:

  1. Boleh jer you two buat photoshoot camni skrg...still lawa lagi pada I

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Yeke? Mekasih, buat untuk anniversary pun best jugakkan? :)

      Delete
  2. zaman kita dulu..bergambar atas pelamin jer...

    ReplyDelete
  3. wahhhh...
    ooohh ada terbaca kat mana ntah kata takde pun siaran langsung nikah tu...
    tak tahulah i tak menyempat nengok, bebudak conquer cartoon ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah memang takde pun mak encik, Astro ada masalah teknikal. Siaran langsung jadi siaran ulangan untuk hari Sabtu. Tapi sama macam awak, saya pun tak menyempat tengok. Hihihi...

      Delete
  4. aah la. video nampak happening je. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kan...kan? Akak dah kata dah :)

      Delete
  5. siaran tertunda je ada..tu pn x tgk
    skang trend lah kan wt prewedding photoshoot
    zaman dah berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Samalah kita kak :) Kadang-kadang tengok pre-wedding dah macam wedding je :P hihihi

      Delete
  6. Pic mcm era zaman Jepun tawan Tanah Melayu dulu ja ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... Rasanya macam gitulah Atie :)

      Delete
  7. saiful nang punya upanyer..
    ptt nampk lain..
    mmg cantik.

    ReplyDelete
  8. tulaaa mmg sweetkan.....rasa nak kawen lagi bley hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Kita pun terfikir benda yang sama Posh :) tapi dengan orang yang samalah. Hehe...

      Delete
  9. suka tgk gambar diaorang.. sweet jer..

    ReplyDelete
  10. lawa seyh dorg ni.sama cantik sama tinggi sama padan sama brutal.hahaha byk sama kan.

    xpe reena.pre-wedding bole jd post wedding setelah sah bole buat pose apa saja. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang hensem + cantik bergambar of course gambar yang jadi pun super duper cantik :) Hahaha... Tak tahan gelak baca statement kau 'setelah sah boleh buat pose apa saja' tulah aku tengok pre-wedding pun dah tak macam pre dah :)

      Delete
  11. awal sangat romantik nak pikat scha..dengan pavlova plak tu every night. hihi..

    jom terjah blog tie http://yattpinkymaniac.blogspot.com/
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke Puan Yatie? Harap sebelum kahwin dengan lepas kahwin Awal romantik selalu :)

      Iye, saya datang ni. Hehehe...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)