Blogger templates

Jul 29, 2012

Resepi : Mee Bandung

Mee bandung merupakan makanan kegemaran i sejak kecil lagik. Siapa jadi orang Johor, memang rugilah kalau tak makan makanan Johor (senang cakap rugi besarlah. Hehehe). Tempat asal untuk mee bandung ni ialah di Muar, Johor. Hah... nak baca sejarah asal mee bandung? Meh i ceritakan dekat korang.

SEJARAH MEE BANDUNG

Bandung atau pun sebandung bererti sepasang atau serangkai. Contoh : Ayam ~ dua anak ayam yg keluar dari satu biji telur; Rumah ~ dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu.

Sejarah Mee Bandung menjadi cerita rakyat. Kisahnya, apabila seorang ibu membuat masakan mee yang pada waktu itu belum mempunyai nama lagi atau mee rebus sahaja. Insiden itu berlaku di Muar, Johor. Proses memasak mee itu biasanya diakhiri dengan memecahkan telur untuk dimasukkan ke dalam adunan yang sedang mendidih. Telur itu tidak perlu dikacau. Alangkah terperanjatnya ibu itu apabila mendapati isi telur itu ada dua. Cerita sebiji telur berisi dua menjadi perbualan umum. Lantas tersebarlah cerita mee telur berbandung. Dan akhirnya Mee tersebut menjadi makanan yang disukai ramai di Muar. Sehinggalah sekarang Mee Bandung telah terkenal di seluruh Malaysia.

Diolah oleh ReenaOnline
sumber : meebandung-muar.blogspot

I rasa dekat Johor ni semua makanannya best-best belaka. Dan inilah antara punca utama penyumbang kepada 1 hingga 2 kilo berat badan i setiap kali balik kampung. Hahaha... Walaupun dekat mana-mana negeri pun dah ada masakan Mee Bandung tapi i rasa Mee Bandung yang paling sedap dan super best ialah dekat rumah ibu i. Fuhhh... setiap kali makan kalau tak bertambah sampai 2 kali (paling dahsyat pun 3 kali) memang tak sah (kih-kih-kih... puas hati betul perutku bila balik kampung. Kemain kan?) Maklumlah bila balik kampung, segala permintaan makanan akan ditunaikan oleh ibu. Bila balik rumah sendiri, jadi tukang masak sendiri, perasaan makan tu automatik jadi kurang. Sebabnya, seronok pulak tengok hubby dengan anak-anak makan bertambah-tambah (agaknya macam tulah ibu rasa kot. Terima kasih ibu).

Tapi yang kelakarnya i tak pernah minta pun resepi Mee Bandung daripada ibu untuk cuba dekat rumah. Jadi, bila rindu nak makan Mee Bandung masakan ibu, nak tak nak i terpaksa cari dekat internet. Beberapa bahan dan cara asasnya i dah tahu cuma kurang pasti apa yang patut ada dengan yang tak patut ada. Ikutkan kalau susah-susah, boleh je i beli perencah Mee Bandung untuk buat. Lagik senang kan? Tapi ish, i tak sukalah pakai perencah ni, mesti tak sama rasa macam yang ibu buat (duh... dilema betul). Akhirnya i cuba rujuk resepi hana6877 (thanks awak, resepi awak memang hampir sama dengan resepi ibu saya tau). Cuma beza resepi ini ialah i tak gunakan daging untuk masak Mee Bandung (takde sebenarnya). Macam i katakan dekat entry i yang sebelum ini, dengan udang je pun dah boleh jadikan masakan lebih manis dan berperisa.

Agak-agak kalau korang nak berbuka simple / mudah untuk hari ni, bolehlah cuba resepi Mee Bandung dekat bawah ni ye. Nilah makanan berbuka i sewaktu puasa pertama (sebenarnya dah selalu buat pun. Hehehe). Sedap! serupa macam ibu i masak (sukanya i). 

Bahan-bahan (untuk 3 hingga 4 orang makan) :

1 paket mee kuning
4 hingga 6 ekor udang basah
50 gram udang kering (dikisar atau ditumbuk) - pilih udang kering yang segar dan tak berbau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering - i gantikan dengan 2 sudu besar cili boh jenama Puteri
2 biji keledek (saiz kecil) - direbus dan dilenyek ATAU suku cawan kacang tanah goreng (digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk) - kalau tak nak letak pun takpe tapi lebihkan udang kering supaya kuah jadi pekat. - i cuma gunakan kacang goreng je (lebihkan jadi 3/4 cawan)
3 hingga 4 biji telur
5 hingga 6 helai sawi
Air rebusan daging - i tak letak pun cuma gunakan air biasa je
Beberapa hirisan daging - i tak letak
Gula, garam dan serbuk perisa (mengikut kesesuaian citarasa masing-masing)

Bahan tambahan / hiasan :

7 hingga 8 biji bawang kecil untuk dibuat bawang goreng
2 batang cili merah (dihiris nipis)
Limau kasturi / limau nipis
Tauhu goreng (dihiris nipis)

Cara-cara :

1. Celur mee kuning dengan air panas.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering.
3. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
4. Masukkan udang kering yang telah dikisar / ditumbuk hingga naik bau.
5. Kemudian masukkan air rebusan daging, keledek lenyek/ kacang tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan.
6. Masukkan pula gula, garam dan serbuk perisa secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
7. Kecilkan api. Pecahkan telur satu persatu.
8. Jangan kacau supaya telur tidak pecah.
9. Biarkan telur hingga masak / separuh masak (terpulang). Angkat / Keluarkan telur dari dalam kuali.
10. Akhir sekali masukkan sawi. Gaul dan tutup api.
11. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap untuk dimakan (nyam-nyam!)

Jom, tengok gambar pulak jom.







Mee Bandung tengah siap sedia dihidangkan untuk berbuka. 
Air ribena, air favourite sepanjang berbuka.

p/s : Walaupun dah tahu masak sendiri mee bandung, balik kampung tetap request ibu masak mee bandung jugak (hehehe....) Kan dah kata, masakan ibu tetap paling best!

12 comments:

  1. kak reena kalau xnak letak telur aci x? kick jugak x mee bandung tu nanti. mun xmakan tulur. huhuh

    ReplyDelete
  2. Nampak mcm simple je resepi akak ni. Sedapnya. Tgk gambar plak lawa eee tempting tau

    ReplyDelete
  3. akak..sedapnya..huhu..nk try bt la nant...

    ReplyDelete
  4. sokong sangat pernyataan reena tu..
    masakan ibu kita memang terbaik!
    apakan tidak, sejak kita lahir mmg dok makan masakan dia sampailah dah besar panjang kan... mungkin pada orang lain rasa masakan tu biasa2 tapi ia sgt bermakna antara memori kasih sayang ibu & anak ... masak penuh kasih sayang gitu ...
    harap begitu juga la nnt anak2 kita akan kenang mengenang masakan mak2 dia ni ;p ...

    ReplyDelete
  5. nk msk ni x susah nk sediakan bahan tu yg remeh kan
    wpn dah ada instant mix mi bandung tp tetap nk yg asli buat sndiri kan
    mmg mi bandung terbaik..like byk2 kali

    ReplyDelete
  6. Bila buat mee bandung, saya suka guna ubi keledek lenyek ngan air rebusan daging..fuhh manis kuah..sedapp..

    ReplyDelete
  7. dulu saya memang minat sangat makan mee bandung tapi ni dah lama dah tak makan sebab dah beralih ke mee rebus pulak... windu pulok dekat mee bandung...

    ReplyDelete
  8. gambar2 akak ambik memang tip top..terang n clear.. terus jadi berselera tengok.. selamat berpuasa kak reena :)

    ReplyDelete
  9. salam cik reena dear!
    nnt email saya butiran diri ye... tahniah awak terpilih jd pengomen bertuah FM sabah ;p ...

    ReplyDelete
  10. ribena.. kelas kau.. (ehh dh macam iklan pulak)..

    sy pun suka mee bandung, tapi kalau makan kuah sy suka banyak..
    nyam, nyam.. aduh lambat lagi nak bukaaaa...

    ReplyDelete
  11. buat sendiri mmg terbaeklaa..leh makan bnyk..nanti kalu tingin leh amik resepi reena

    ReplyDelete
  12. iyo2 je sejarah mee bandung nih..hik2

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)