Blogger templates

Sep 16, 2012

Plaza Angsana

Dua, tiga hari sebelum raya kebiasaannya i akan bawa ibu dan ayah cari persiapan untuk hari raya last minute di Johor Bahru, Johor. Lokasi kegemaran i ialah Plaza Angsana. Walaupun Plaza Angsana ni bukanlah kategori shopping complex moden dan baru dekat Johor Bahru (korang bayangkanlah dari i bersekolah menengah tahun 90-an sampai sekarang ni, suasana dalam Plaza Angsana ni langsung tak berubah). Tapi i tetap suka datang ke sini untuk cari baju raya atau aksesori tambahan sebab banyak sangat pilihan dan harga pun berpatutan. Ya, i tahu ada antara kebanyakan kawan-kawan i selalu sangkakan i ni kaki barangan branded / berjenama (sebenarnya sikit-sikit tu suka jugaklah. Hahaha!) Silalah percaya, selagi barangan tu cantik, kualiti memuaskan dan harganya pun murah. Serius i tak kisah langsung pasal jenama.

Lagipun apa yang best nya dekat Plaza Angsana sepanjang bulan puasa ni ialah memang banyak Bazaar Ramadhan yang dibuka. Dalam shopping complex ada bazaar, dekat luar pun ada bazaar. Mak aihh... banyaknya! So, Plaza Angsana waktu ni bukan saja sesak dipenuhi dengan barang-barang dan manusia tapi jugak kereta. Hah... nak tahu tips untuk dapatkan parking bila waktu sesak macam gini, korang masuk je parking dalam bangunan dekat tingkat atas. For sure memang ada parking dekat situ. Cuma yang tak best nya penat sikit kena berjalan lebih jelah (hamboi... bulan puasa semua malas jalan eh? Patutlah parking sesak dekat keliling Plaza Angsana. Hehehe...)

Lepas tu untuk korang yang pertama kali jejakkan kaki ke Plaza Angsana, jangan terkejut atau panik pulak tau kalau terjumpa sorang lelaki ber miming penuh perasaan lagu-lagu dekat Kedai CD tingkat bawah (kes ni, merujuk kepada wajah pelik hubby i. Tihihi). Kebanyakan orang-orang JB memang dah familliar dengan lelaki ni, kita orang gelarkannya Awie. Yang kelakarnya, dah dekat 20 tahun i jadi pengunjung Plaza Angsana, bermula dari i budak sekolah, masuk U, bekerja, duduk KL, kahwin dan ada anak. I tak sangka yang Awie tetap maintain menyanyi dekat Plaza Angsana. Hahaha! Cayalah, salute betul i dengan Awie ni.

ALAMAT PLAZA ANGSANA

Jalan Skudai, Pusat Bandar Tampoi
81200 Johor Bahru, Johor

Nombor telefon : [07] 2391631

Koordinat GPS : 1.495472°N 103.705861°E

Lepak bawah pokok emas sebelum sambung shopping balik.

I dan adik pilih baju raya untuk Ibu dekat dalam Euro Moda Gulatis
Yang lain-lain rest dekat sofa dalam Gulatis
Wehehe... kantoi Abang Long tak puasa.
Abang Long sempat main playground dekat McDonald.

p/s : haishhh... cepat je dah habis bulan puasa dan raya kan? (sedih...)

6 comments:

  1. pernah keje berhampiran plaza angsana ni dulu. eh rindu plak rsenye. *kenangan*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti rajin lepak Plaza Angsana dulu kan? :)

      Delete
  2. ehhh awie tu ada lagi? since kami ke angsana masa kat utm 1998 tu ... mungkin dah "berumur" la kot ... owwwhhhh tetiba rindu tringat jb! huwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Encik belajar dekat UTM eh? Dekat lah dengan rumah kita dulu :)

      Delete
  3. dulu2 masa saya dok utm, plaza angsana ni baru bukak. kita orang selalu pegi holiday inn.
    mak reena stylo jugak orang nyer (saya rasa orang johor memang stylo lah), next year saya pun nak amik baju dari gulatis jugak sebab rasanya ok lah baju nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... stylo gitu eh? Ibu, memang pentingkan penampilan diri since dia muda-muda lagik. Kita pun banyak terikut-ikut cara ibu. Cuma since dah bergelar nenek ni, dah cool down sikitlah :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)