Dah puas berjalan-jalan dekat Plaza Angsana (sambungan dari entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/09/plaza-angsana.html). Cepat-cepat kita orang cari lokasi untuk berbuka puasa. Maklumlah kalau lambat buat tempahan untuk berbuka, tak pasal-pasal kena berbuka puasa dengan makanan fast food. Alahai tak syok lah kan? Sekali-sekala bawa keluarga keluar berjalan-jalan takkanlah kita orang nak belanja makan fast food pulak. Jadi, i bagi peluang untuk ayah i buat pilihan untuk lokasi berbuka puasa. Kalau korang nak tahu ayah i pun rajin juga baca review / ulasan dari suratkhabar untuk tempat-tempat makan yang menarik. Kata ayah ada tempat makan steak yang best dekat Larkin (i pun dah lupa nama penuh Restoran Steak ni).
Berpandukan Garmin yang terror mencari jalan, kita orang pun tibalah dekat Restoran ni. First impression i bila tengok keadaan restoran yang famous amos sampai masuk suratkhabar ni ialah "biar betul!" Sampaikan i berkali-kali tanya dekat hubby, "betul ke, kita nak berbuka puasa dekat sini? Macam pelik aje Pa" Yang kelakarnya, bukan i sorang je berfikiran macam ni. Adik i siap keluar dari kereta dengan muka kelat-kelat singa terus bagitahu, "akak, tak naklah berbuka puasa dekat sini. Macam tak best aje. Kita cari tempat lain nak?" Hahaha... Duhhh... tak sangka kita orang dah kena tipu dengan review suratkhabar. Patutlah gambar kedai langsung tak ditunjukkannya. Lepas tu, terjawab jugaklah persoalanan i, bila hubby bagitahu dekat suratkhabar tu mention makanan yang jadi kesukaan pelanggan dekat sini ialah Nasi Goreng Kampung. Musykil jugak i waktu tu, apa kena mengena Restoran Steak dengan Nasi Goreng Kampung? Rupa-rupanya restoran steak ni memang restoran yang paling simple habis (macam warung je). Haishhh... nak tak nak, kena jugak lah ubah plan last minute berbuka puasa tempat lain walaupun jam dah tunjukkan pukul 6:15 petang. Ikutkan i takdelah nak jadi double standard pun tau (serius, kalau bukan untuk berbuka. I selamba je makan dekat sini. Tak kisah langsung pun). Tapi sebab i bawa ibu dan ayah, perasaan nak teruskan niat berbuka dekat sini jadi tak sampai hati pulak. Walaupun sebenarnya tempat makan ni ialah pilihan ayah i. Hehehe... kesian ayah.
Dengan bantuan Google, akhirnya i jumpa kedai makan seafood yang mendapat tempat di hati kalangan blogger. Nama restoran ni ialah Restoran Saujana yang terletak di Gelang Patah, Johor. Bila dapat nombor telefon untuk dihubungi, sekali lagik kita orang frust. Tuan kedai restoran ni maklumkan yang restorannya dah tutup awal dari hari ni (17 Ogos 2012) sampailah seminggu lepas raya (huhuhu...) Tapi sempat jugaklah dia bagitahu i untuk cuba makan dekat Restoran Yeo yang terletak bersebelahan dengan Restoran Saujana ni (baikkan owner kedai ni?) Yang best nya dia siap bagi nombor telefon Restoran Yeo ni dekat i. Bersama harapan yang tinggi, i pun cubalah telefon Restoran Yeo untuk tanyakan tempahan berbuka puasa. Sedihnya panggilan i langsung tak dijawabnya. Jeng-jeng-jeng, adakah Restoran Yeo waktu ni dah sibuk dengan pelanggan yang nak berbuka puasa atau pun dah tutup bersempena dengan hari raya. Akhirnya, i nekad ajak hubby untuk ke sana. Mood nak cari lokasi baru berbuka puasa dah tak larat dah. Kalau ada rezeki, selamatlah perut kita orang berbuka puasa dekat Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga ni. Kalau tak, lu pikirlah sendiri. Hehehe...
Perjalanan ke Gelang Patah, mengambil masa 30 minit dari Larkin (mengikut tilikan Garmin yang bijaksana). Nasib baiklah keadaan trafik pun elok je sepanjang kita orang nak ke sana. Cuma perasaan pelik menyelubungi i untuk ke lokasi Restoran Yeo ni. Apa tak nya, i rasa macam dah masuk ke ceruk kampung mana tah. Suspen jugak, tah betul ke tidak laluan yang Garmin bawa kita orang ni. Betul ke ada Restoran Makanan Laut dekat sini? (Tahu tak korang, i terasa macam masuk perkampungan Zombie Kampung Pisang je tau. Ditambah lagik dengan suasana remang-remang senja. Mana tak buat perasaan suspen tu jadi meluap-luap. Aiyooo!!). Pulak tu nak tanya hubby lebih-lebih, i takut pulak. Yelah, tukang bagi keputusannya ialah i. Kang semua berlapar tak dapat berbuka puasa. Silap-silap i yang dimakannya.
Tiba-tiba dekat satu persimpangan di bahagian kanan, Garmin tunjukkan yang kita orang dah sampai dekat Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga. I tengok lain macam je Restoran Yeo ni, nampak gaya macam gelap-gelita je, macam dah abandoned pun ada jugak. Ish, pelik ni, pelik. Takkanlah owner Restoran Saujana saja nak kenakan i. Atau betul ke owner Restoran Saujana yang angkat telefon tadi? Mulalah akal fikiran "angker" i menguasai. Hahaha... tak hape-hape kan? Fuhhh... tarik nafas slow-slow. Ni kan bulan puasa. Syaitan semua dah kena ikat. Think positive, think positive. I cuba pujuk hati i. Hubby i dah angkat-angkat kening, tanya nak ke mana? Tiba-tiba i dapat idea, suruh hubby i bergerak ke depan lagi ikut lorong yang sama dengan Restoran Yeo yang abandoned tadi. Yelah, ikut dari apa yang i baca dekat blog tadi, Restoran Saujana dengan Restoran Yeo ni terletak atas laut. Tak logik pulak kalau ada atas darat. Di penghujung lorong ni, terus i nampak Restoran Saujana (yang dah tutup bercuti raya) dan ada lorong menuju ke kiri bersama papan tanda yang tunjukkan nama Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga (hoorey! Jumpa jugak akhirnya! Alhamdulilah tak sia-sia perjalanan kami ke sini). Hehehe... lega tak kena makan. Eh!
So, untuk korang yang pertama kali datang ke Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga, korang jangan suspen-suspen macam i ye. Hehehe...
ALAMAT RESTORAN MAKANAN LAUT YEO SEKELUARGA
Persisiran Pantai, Kampung Tanjung Adang
81550 Gelang Patah
Johor
Koordinat GPS : 1.205467°N 103.341563°E
NOMBOR TELEFON :
[012] 700 3662 (Pengarah Urusan - Norrizam)
[012] 748 5477 (Pengarah Urusan - Norrizan)
NOMBOR TELEFON :
[07] 507 3210 (Restoran)
[07] 507 3077 (Rumah)
NOMBOR FAKSIMILI :
[07] 507 1340
WAKTU OPERASI :
Setiap hari, dari 11:00 pagi hingga 10:00 malam
Kemudahan seperti surau dan tandas ada disediakan.
*Cuma bab tandas tu macam quite scary sikitlah. Banyak alien. Hehehe...
Keseluruhan, untuk rasa makanan dekat sini i bagi 3 bintang daripada 5 bintang. Alhamdulilah, kenyang giler! I tak ingat untuk harga setiap hidangan makanan yang i ambil. Rasanya korang boleh agak-agak kot mengikut menu seperti dekat bawah. Ni kita orang makan untuk 6 dewasa dan 3 kanak-kanak comel :-
MAKANAN
Nasi putih - dua hidangan
Ikan Siakap Masak Pedas / Thai
Ikan Siakap Masak Stim
Butter Prawn / Udang Bermentega
Sotong Goreng Tepung - Saiz Besar
Kangkung Belacan
Tomyam Seafood
MINUMAN
Jus Tembikai
Jus Oren / Fresh Orange - tiga gelas
Teh O - dua gelas
Air Suam - dua gelas
MAKANAN
Nasi putih - dua hidangan
Ikan Siakap Masak Pedas / Thai
Ikan Siakap Masak Stim
Butter Prawn / Udang Bermentega
Sotong Goreng Tepung - Saiz Besar
Kangkung Belacan
Tomyam Seafood
MINUMAN
Jus Tembikai
Jus Oren / Fresh Orange - tiga gelas
Teh O - dua gelas
Air Suam - dua gelas
Jumlah semua sekali = RM200.50
Oklah kan? I rasa harganya dalam kategori munasabah (affordable). Ni kalau makan dekat KL, sure kena top-up lagik seratus ringgit. Hehehe... Lagipun kata makcik i, menu top dekat sini ialah KETAM (lorrr... tak tahu pun... patutlah ramai order ketam). So, lain kali bolehlah cuba makan ketam pulak.
Photographer kesayangan i bersama dua model comel. |
Terserlah suasana kampung tepi pantai kan? |
Suspen jugak jalan atas pelantar ni, maklumlah i kan gayat. |
Siap ada permandangan Pelabuhan Tanjung Pelepas gitu. Cantik! |
Ruang makan pun luas. Pilih jelah seat mana nak duduk. |
Ikan Siakap Masak Pedas / Thai dan Butter Prawn / Udang Bermentega. Meletop! |
Ikan Siakap Stim. Tawar sikit rasanya. |
Sotong Goreng Tepung dan Kangkung Belacan. Nyam-nyam! |
Ok, dah kenyang. Lain kali boleh datang lagik. |
p/s : Mula-mula macam suspen nak datang sini, bila dah kenyang tak reti-reti pulak nak balik. Hehehe...
seb baik jumpa.. kalau makan kat restoran gelap tu, tak pasal2 jadi benda lain, mana tau restoran gelap tu restoran misteri.hehehe
ReplyDeleteHahaha... kalau dah gelap, confirmlah tak masuk pon restoran tu Encik Boni. Kena join dulu group Seekers baru boleh pergi tempat-tempat cam gini. Hehehe...
DeleteHi Reena, wah info yang sungguh lengkap. thanks for sharing! :D
ReplyDeleteYour welcome Kak Asmara :)
DeleteBila Reena pi Penang lagi try pi makan seafood di Teluk Tempoyak..restoran2 seafood yg ada tu jauh masuk dalam, ikut lorong2 gak tau..hehe..kalau menu mcm Reena makan tu, harga tak sampai RM200 pun..
ReplyDeleteFirst time dengar nama Teluk Tempoyak ni Atie, thanks for your info. Eh, tapi apa nama restoran yang sedap tu Atie? :)
Deleteoh... saya pun suspen gak dengan cerita reena ni....
ReplyDeleteHahaha... memang suspen kak :)
DeleteThanks Yoon Da-Hyun :)
ReplyDeletesalah laa GPS tu.. that one kat tgh laut..
ReplyDeleteshould be 1.348941,103.570604.