Blogger templates

Sep 20, 2012

Resepi : Sambal Belacan

Permintaan / request untuk resepi sambal belacan ni sebenarnya datangnya dari kawan pejabat i (alololo... comel je kan, minta resepi sambal belacan. Hehehe. You know who you are). Sebab i pun tak sure samada dia dah berjaya buat atau belum resepi ni. Dan memandangkan dia pun rajin skodeng blog i (cak!) untuk tengok resepi-resepi yang i tepekkan dekat sini. Jadi, sebagai sumber rujukan i sendiri dan kawan-kawan i yang lain. I nak tunjukkan korang resepi sambal belacan style / cara i sendiri. Tak tahulah sedap ke tak untuk orang lain tapi kalau untuk i sedap jelah terutama sekali kalau makan dengan nasi panas-panas, kari ayam ke atau cicah begitu sahaja dengan timun serta mempelam. Kadang-kadang tu i gaul je sambal belacan ni dengan durian (mmm... nyam-nyam). Terpulanglah apa cara pun korang nak makan sambal belacan ni janji best! Hehehe...

Bahan-bahan (untuk satu mangkuk kecil) :

5 batang cili merah
4 batang cili padi (kalau nak lagi pedas, tambahlah lagi)
2 biji limau kasturi
Sedikit belacan sebesar ibu jari (nak bakar boleh, tak nak bakar pun boleh. I selalunya tak bakar pun)
Sedikit garam

Cara-cara :

1. Cili merah dibuang bijinya (ada sesetengah orang tak suka buang, tapi terpulang pada korang). Blend / Kisar bersama-sama cili padi dan belacan dengan satu sudu besar air masak. Kalau nak tumbuk semua sekali pun boleh juga tapi tak perlu tambahkan air masak sebab takut terpercik.

2. Selesai blend atau tumbuk, perahkan air limau kasturi, gaul dan taburkan bersama-sama sedikit garam. Kadar kemasinan sambal belacan korang bergantung kepada berapa banyaknya garam, jadi berhati-hati ye.

3. Siap untuk dihidangkan (hoorey!)

Amacam, senang tak buat sambal belacan? Senang je kan? Selamat mencuba kawan-kawan!



p/s : Makan nasi tanpa sambal belacan ni memang tak ceria hidup. Kalau ada, fuhhh... tak sedar dah berapa kali tambah nasi (eh!)

15 comments:

  1. sedapnya..
    kalo ada doyan lagi power..3 pinggan kot..hehehe

    ReplyDelete
  2. Sama ja cara kita wat sambal belacan tu cuma sy byk guna ayaq asam jawa compared ayaq limau..sweetnya bekas sambal belacan dia..

    ReplyDelete
  3. makan sambal belacan dengan durian? biar betul? aku baru tahu nie.. ape rasanyer ekkk...

    ReplyDelete
  4. oooooOOOOO baru otak aku berfungsi.. campur durian tu maksudnyer macam sambal tempoyak la kan? hahaaaaaa...
    **i need nescafe!! otak aku jem tetiba..**

    ReplyDelete
  5. hoho..saye xpenah wt samabl belacan sendiri..nk cubelah..selalu mkn air tgn org je...hee

    ReplyDelete
  6. Ok set...kak Anis nak rasa kari ayam with sambal sis ni,ok?

    ReplyDelete
  7. hehehe saya dah cuba tapi cam ada silap.tapi hanif kata cuma ada kurang something yang saya tertinggal. n dia plak boleh kantoikan saya cari resipi belacan. ahhahha adoiii baru nak tipu konon buat sendiri without tgk any resipi. kih kih kih

    ReplyDelete
  8. Saya suka sambal belacan dicicah dengan pucuk ubi rebus sebagai ulam. Kenikmatannya tak terhingga. :-)

    ReplyDelete
  9. menu wajib hubby kalau mkn dgn sup daging..
    sy suka mkn dgn ulam.. perghhh terasa ketimuran.. hahaaa

    ReplyDelete
  10. Wahhh sedapnyaaaaa. Memang pembangkit seleraaaa ni hehehe

    ReplyDelete
  11. kita tak pandai buat tgk mak buat pun tak sesedap mak jugak. btw lawa bekas love tu kak heee

    ReplyDelete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)