Blogger templates

Dec 16, 2012

Botol Kaca

Macam kelakar je bunyi tajuk entry i ni kan? Tiba-tiba nak cerita kisah botol kaca. Hehehe... tak kisahlah apa-apa tajuk pun janji korang happy yang i ada update entry dalam blog (eh, happy ke? Hihi) dan i pun sama-sama happy sebab sekurang-kurangnya adalah cerita untuk i dokumenkan dalam blog. Sebenarnya kalau korang nak tahu, since i sekolah rendah lagi i suka sangat dengan botol kaca especially botol kaca yang rare / jarang kita boleh dapatkan sekarang ni. Contoh macam botol minuman gas Coca-Cola yang bersaiz kecil. Percaya tak, i ada botol kaca Coca-Cola ni siap dengan minumannya sekali. Maksudnya, sehingga hari ni, i tak pernah buka langsung penutup botol Coca-Cola tu. Entah-entah kalau siapa ter'minum' confirm kena cherry-berry. Hehehe...

Selain dari botol kaca jenis minuman bergas yang i kumpulkan sebagai koleksi, i juga suka kumpul botol kaca / bekas kaca jem buah-buahan (bukan jam yang sesakkan jalan raya tu tau) dan pelbagai balang kaca yang unik serta comel. Botol kaca yang i kumpul ni walaupun nampak macam menyemakkan rumah je tapi hakikat sebenarnya ada macam-macam kegunaan lain yang korang boleh buat. Antaranya, korang boleh gantikan gelas minuman, gunakan sebagai bekas tiramisu kek, jadi pasu bunga, tempat letak pen, tempat isi acar buah, tempat simpanan barang-barang kecil macam brooch tudung, simpan gula-gula, bekas untuk sudu dan garfu serta lain-lain lagi mengikut daya imaginasi dan kreativiti korang. Hah, amacam nampak menarik tak idea i jadikan kegiatan mengumpul botol kaca sebagai hobi yang fun (angkat-angkat kening).

Apa yang menyebabkan i suka sangat dengan botol / bekas / balang kaca?

Mungkin sebab keadaan fizikal botol kaca tu sendiri yang murah, senang nak tengok apa yang ada dalam botol kaca, senang nak cuci, simple tapi nampak seksi, mahal dan comel bila tahu cara untuk menyesuaikannya serta flexible (maksudnya boleh buat macam-macam kegunaan) menyebabkan i tak pernah jemu menambahkan koleksi botol kaca i di masa akan datang. Kelakarnya, hobi 'simple' i ni pun turut mendapat sumbangan dari mak mertua kesayangan i. Sumbangan apa? Sumbangan bekas kosong jem buah-buahan yang dah habislah. Hehehe... Tengok tu, kumpul botol kaca pun dah dapat mengeratkan silaturrahim kekeluargaan gitu. So, kalau korang ada botol kaca yang dah tak nak guna tu. Kecil tapak tangan, peti pos rumah i tadahkan.

Apa lagi jom intai gambar dekat bawah.




Bekas kaca jem buah-buahan yang dah habis, korang rendamkan dalam air semalaman untuk memudahkan proses tanggalkan label.
Tenyehkan label dengan berus periuk. Taraa... jadilah bekas kaca comel serbaguna.

p/s : Ni baru suku bahagian dari koleksi botol kaca yang i ada.

16 comments:

  1. wah,! uniknya..yg best tu yg x buka lagi airnya tuh..unik betul...hehe..teruskan minat tu...leh masuk rancangan obsesi kat tv9 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... wah pembakar semangat ni :) Macih awak!

      Delete
  2. memang cumel memang kretif..cantik je jadinye :)

    ReplyDelete
  3. u know what is funny, baru kejap tadi I cuci bekas jam yg habis semalam, unik bentuk dia (siap kalut tunjuk kat my hubby).I pun suka simpan botol2 kaca ni, suka recycle.especially bekas kaca ni kan boleh nampak apa isi dalam dia, suka la. and I happyyyy bila u update entry oso la hehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat u mesti cantik-cantik kan bekas jem. Nak tengokkkk!

      Delete
  4. i pun cam u gak sis...
    kalo bentuk botol tu i suka and syg nak buang...
    compom i akan transform kan into something useful cam yg u buat tu...
    puashati kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, cantik dan berbaloi gitu kan sis :)

      Delete
  5. suka botol yang last tu.. hehe. sebab rekaannya cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... banyak lagi yang cantik-cantik tau awak :)

      Delete
  6. whoa...kreatif sungguh reena nih..mun buang je tau hahaha..tak suka recycle sebab ianya kaca.tapi bile baca entry nih rasa macam jeles pulak hehehehe

    ReplyDelete
  7. kalau di deco sikit botol/bekas kaca tu mesti lagi cun..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pulak tak minat deco-deco atas botol kaca. Suka plain macam ni je :)

      Delete
  8. alo nape sama hobi ni.. hahaa..
    sy pun suka.. kat dapur simpan rempah ratus.. tersusun je senang nak capai..
    kat bilik sy simpan button selain senang nampak, cantik buat deco dh macam gula2 taw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan-kan FAR, nampak comel je semua barang bila simpan dalam bekas kaca :)

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)