Aug 7, 2009
Babi - Binatang Jahat!!
Semenjak kes H1N1 melanda dengan hebatnye dekat Malaysia. Ramai yang aku peratikan still buat dunno je, even dah tau diri tuh ade selsema atau batuk... tak juga reti-reti nak tutup mulut tuh. Eeee... geram je aku.... Tak kisahlah engko takde H1N1 ke tapi.... sian tau, dekat orang yang senang berjangkit.
Dan disebabkan kes nih tengah HOT sekarang nih, maka dengan mudahnye aku dapat MC untuk arini. Ikutkan aku rase macam nak kena selsema, sebab tekak aku dah rase perit. So, semalam, sebelum selsema aku start jadi kritikal. Aku pon pegila jumpe doktor mintak ubat. Tak sangka pulak ingatkan nak mintak ubat je, skali doktor kate, "better u rest dekat umah besok." Dah doktor kate begitu, aku pon stuju jela... Lagipon tengah2 peknen dan ade 2 orang budak kecik kat umah nih, baik aku make sure kesihatan aku ok... bahye kena penyakit-penyakit macam gini.
So, aku nak sharin' dengan korang info pasal selsema babi *babi tidak kiut... dia binatang yang jahat* atau dikenali sebagai H1N1 yang aku jumpe dekat sini...
Mehla kite sama-sama jaga kesihatan. Even sakit sikit, better pegi jumpe doktor for check-up k... Jangan malas-malas makan ubat....
Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Jika anda sakit anda perlu:-
* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.
11 comments:
- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!
“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jaga kesihatan ye reena...makan ubat2 tu ye...
ReplyDeletegud info! u take care darling, mkn ubat k ;)
ReplyDeletekenapalah kerajaan tak haramkan binatang tu kat m'sia nih?
ReplyDeletetake care ye kakak
bestlah bersenang lenang di rumah ye
;)
dijangka swine flu ni akan mnular shingga 2010.
ReplyDeletelame sgt tu.
takut!
yang,
ReplyDeletebetul la
H1N1 ni semakin menjadi² kan
takut la
kamu jaga kesihatan tau..
mammmy sihat, baby pon sihat
Yela..minta jauh dr wabak ni.
ReplyDeleteJaga diri baik ye. Moga cepat sembuh.
Binatang tu nak tunggu nabi Isa keluar hapuskan semua br xde kt dunia ni.
Kisah lucu,ada kwn pegi china.Dia komplen kt cina kt situ..psl u mkn ini binatangla, skrg dh ada flu. Marah betul cina tu.
sis, u take extra care of urself and famili tau...
ReplyDeleterisau tul dgn wabak nie...petanda kecil akhir zaman pun iye nie...
yupp..betul..betul..betul..
ReplyDeleteapapun take care ya dear.. jaga kesihatan baik2 tau.. :D
get well soon kak reena dear ;)
ReplyDeletemmg binatang itu tidak comel..!!
ReplyDeletehuhuu...get well soon sis dalink..
cikmin - tenkiu sis...
ReplyDeletemel - tenkiu too dear..
zuris - haha... mmg besh dok kat umah yang... titon jela...
cik manis - iyeke yang?? mmg takuttt...
nurmala - a'ah yang...sbb tuh takut sket nak dkt dgn org2 yg batuk2 & selsema nih...huhu
ayu - haha... mmg btol pon ckp kwn ayu tuh...
rasp - gulp...takutt..sis
cutemiut78 - thanks sis...
nadd - thanks yang...
insan biasa - haha... anyway tenkiu yang...