Blogger templates

Mar 16, 2013

Tips / Rutin Harian Ibu Bekerja

Assalamualaikum, selamat pagi kawan-kawan. Wah-wah lama gila kan i tak membebel dekat blog. Ikutkan hari-hari ada je benda yang i terfikir nak share kan dengan korang semua tapi sedar-sedar hari yang i lalui setiap hari akan habis macam tu aje. Tup-tup dah meloncat dari satu hari lain, ke hari lain dan sampailah ke hari ni (huwaaa... macam mana i nak documented semua aktiviti i dalam blog kalau satu hari pun i rasa macam tak cukup masa nak buat semua benda?) Kalaulah dalam satu hari ada 48 jam kan ke best. Lambatlah sikit jadi tua kan? Kehkehkeh... Tua pulak yang dirisaukannya.

Maklumlah bukan senang jadi wanita bekeluarga dan bekerjaya ni kawan-kawan (ewah-ewah, tak boleh blah bila sebut perkataan bekerjaya tu... hahaha!) Yelah... untuk orang yang bekerjaya 'mewah' tu at least bolehlah uruskan segala-gala beban tu dengan mudah. Orang yang bekerjaya 'kurang mewah' (macam i ni) kenalah banyak sikit guna tulang kudrat nak uruskan macam-macam especially yang berkaitan dengan anak-anak-anak (hehehe... 3 orang lah katakan tu yang bunyi macam echo tu). Phewww.... bertambah sikit tugas rasmi kerja tu bila budak-budak ni semua dah mula bersekolah. Tolong! Tolong! Superman! Eh... Hahaha... tiba-tiba macam berharap sangat ada superpower yang boleh lajukan semua kerja dekat rumah. Motiflah sangat panggil Superman kan? (Takpelah mama panggil SuperPapa jelah eh? Hehehe...)

Ok, memandangkan i pernah dapat komen berbunyi macam dekat bawah ni daripada entri Persiapan Anak Masuk Ke Sekolah pada penghujung tahun 2012.

salam reena.. selamat tahun baru :)


nak request entry boleh tak? rutin setiap hari bila anak3 nak ke sekolah? dari mereka bgn smp laa tido if u dun mind.. i huru hara setiap pg siapkan dua anak.. nk tgk pengalaman org lain mcm mana settle kan anak3 unt mengelakkan i stress pg2..

I akan kongsikan beberapa tips dan rutin harian yang i lakukan dalam menguruskan anak-anak. Terus-terang i cakap semuanya bergantung kepada pengurusan masa dan tahap kerajinan individu masing-masing (dan juga pasangan mereka. Hehehe). Jom intai apa yang i buat sepanjang hari biasa!

4:30 pagi hingga 4:45 pagi
- Bermulalah rutin harian i

4:45 pagi hingga 5:45 pagi
- Basuh botol susu dan segala 'alien' yang ada dalam sinki.
- Sediakan sarapan pagi / bekalan untuk Abang Long dan Kak Ngah ke sekolah.
- Sediakan susu untuk Adik.
- Sediakan beg bekalan untuk dibawa ke rumah pengasuh.
- Uruskan beg pakaian untuk Abang Long, Kak Ngah dan Adik.
- Mandi.

5:45 pagi hingga 6:30 pagi

- Mandikan Abang Long dan Kak Ngah dan persiapkan mereka untuk ke sekolah.
- Sementara Abang Long dan Kak Ngah bersarapan, masa untuk mama pulak bersiap untuk ke pejabat.
- Solat
- Masukkan segala barangan untuk dibawa ke rumah pengasuh ke dalam kereta.

6:30 pagi hingga Petang
- Hantar anak-anak ke rumah pengasuh.
- Cium-cium-cium Abang Long, Kak Ngah dan Adik.
- Bergegas ke pejabat (jammed-jammed-jammed... bluerghhh).
- Kemudian, kerjalah kamu sebelum kamu dikerjakan. Hehehe... #workisfun

Petang hingga 10:00 malam
- Race balik kerja
- Ambil anak-anak dari rumah pengasuh.
- Solat.
- Pantau kerja sekolah Abang Long dan Kak Ngah
- Masak-masak.
- Basuh baju dan sidai baju (dikerjakan oleh hubby. Thanks papa, ilebiu! Hehe).
- Makan malam.
- Kemas meja makan, basuh segala 'alien' dalam sinki dan atas dapur.
- Lipat baju.
- Layan budak-budak comel bercerita sambil tengok tv lebih kurang dalam setengah jam.
- Buat susu dan tidurkan anak-anak.

10:00 malam - 12:00 tengah malam
- Periksa buku dan kemaskan beg sekolah Abang Long dan Kak Ngah.
- Gosok pakaian sekolah dan pakaian pejabat.
- Susun dan aturkan beg dan pakaian untuk ke sekolah, pejabat dan rumah pengasuh.
- Solat.
- Pitam!

Agak-agak korang ada yang luar biasa ke rutin harian i? Tak ajaib mana pun kan? Hehehe... Cuma part-part macam berblog tu selalulah tercicir dalam senarai rutin harian i. Kalau sempat menaip pun, kebanyakannya i gunakan bantuan apps Blogger dalam iPhone dan iPad. Kemudian edit balik untuk masukkan gambar semua dalam MacBook (tu pun kalau berkesempatan macam hujung minggu ke...) So, korang janganlah sedih ye, kalau i senyap je tak kunjung balik. Kadang-kadang serba-salah jugak nak buat entri baru. Apataknya serba-salah sebab korang penat-penat komen tapi i tak dapat kunjung balas. Bila tak buat entri baru pulak, selalu sangat i dapat emel dan mesej dari kawan-kawan yang tanyakan entri terbaru i (adehhh...) Macam mana pun, i hargai setiap komen korang. Korang memang best!

Walaupun penat uruskan macam-macam, seronok sebenarnya tengok dorang ni semua membesar depan mata. Kiranya apa yang anak-anak perlukan, lakukan dan inginkan, mama papa akan lebih alert / peka untuk sediakan. Dan i seboleh-boleh mungkin akan paksa diri untuk selesaikan semua kerja-kerja rumah serta sebarang keperluan anak-anak dengan tenang (walaupun sesetengah keperluan tu berulang-ulang kali i kena buat. Contohnya, "mama, tolong ambilkan air", "mama, tolong bukakan lampu", "mama, tolong ambilkan books", dan macam-macam lagi). Lagipun i perasan, bila banyak perkara yang i dan hubby kongsikan dengan anak-anak samada lakukan kerja rumah sama-sama, beritahu mereka tentang realiti hidup, beri nasihat untuk apa tindakan yang dorang buat dan berbincang tentang macam-macam aktiviti yang dorang lakukan dekat sekolah. Anak-anak lebih pandai berdikari, boleh keluarkan pendapat mereka sendiri, senang dibawa berbincang dan yang paling utama menghormati mama papanya (alhamdulilah).

Mama papa precious!

Nak baca tips lain yang i pernah kongsikan pasal anak-anak dan keluarga, korang boleh baca dekat entri yang ini ---> Tips / Cara Menguruskan Rumahtangga.

Biasalah takde kejayaan datang tanpa usaha, dan takde kesenangan datang tanpa kepayahan. Untuk korang dan anonymous yang request entry ni, macam biasa pesanan dari i.

"Kita enjoy saja!"


p/s : Senyum selalu....

10 comments:

  1. tido pukul 12pg
    bangun 4.30 pagi...
    mmg superwomen! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha!!! Tapi tak boleh terbang Ta :) Cane ni?

      Delete
  2. Yayy good to see u. Lama sangat menyepi.
    I pun selalu wonder how u manage it daily sbb I anak sorang and tak fulltime housewife pun rasa cam kena lenyek kadnag2. Usaha paling utama kan, Look at u, cantik slim orang just like kakak2 to ur kids, tka payah jamu or whatsoever. (no need to balas jejak pun dear, to see u here is good enough) ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayyy!! Good to see u in here MJ :) Setakat kadang-kadang je kena lenyek tak best MJ, nak try hari-hari tak? I pass anak-anak i dekat rumah u buat percubaan one day k. Hehehe....

      Delete
  3. mak ai akak tido brp jam je sehari. memang respectla kat mommy2 yg bekerjaya and handle anak2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah tido sejam pun ada Cha especially waktu budak-budak kecik ni sakit :) Hehehe...

      Delete
  4. wow nih dah kira supermak dah nih.....tabik spring lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa kawad kaki sekali ye Mun :P Hehehe...

      Delete
  5. emm.. sgt supermama..
    kalau sy la dh keneneng pagi2 tak cukup tido..

    sy memang kena tido paling lewat 10pm sbb tiap2 hari 1-3am anak akan bangun mengacau dan suruh temankan dia tgk tv.. huhuhu.. sbb tu dah terlebih 'panda' dh mata ni.. tiap2 pagi tu la mata kepala sy keneneng.. sabar je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KENENENG??!!! Hahaha! Mula-mula baca komen FAR ni confused fikir apalah maksud 'keneneng' ni last-last dapat tangkap. Ohhh!!! Kita panggil "SENONENG" Far... Lebih kuranglah adik-beradik lah tu kan? Hehehe...

      Delete

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)