Blogger templates

Sep 6, 2016

CUTENESS COLLECTION KINI KEMBALI

Ada sesiapa ingat lagi tak macam mana tertubuhnya Cuteness Collection? Blog perniagaan yang i wujudkan sekadar penuhi hobi i dan untuk suka-suka mencuba buat business part time dulu. Cuteness Collection tu apa? Hape??!! Selama ni tak pernah tahu pun Cuteness Collection tu apa?... Ish-ish-ish budget retis sangatlah tu sampai ingat satu Malaysia boleh kenal blog business comel dia tu. Kahkahkah... Yelah-yelah bab terkenal ni i akui kena surrender kibar bendera putih cepat-cepat. Jadi blogger pun tak famous, ada hati yang orang lain followlah dia sesangat (tutup muka! Malulah wei!)

Takpe-takpe, tak kenal maka tak cinta. Macam korang yang ada antaranya tak kenal satu sama lain sebelum ni pun mesti ada terdetik hati, 'hek eleh, minah/mamat ni macam bagus je. Sombong kemain'. Hamboi, joyah betul tau korang ni semua. Kahkahkah... Tapi bila Allah pusing je hati tu, dapat berkenalan rapat. Terus rasa. 'Ya Allah, kenapa baru sekarang dapat kawan dengan dia ni. Kan bagus dapat kenal dari dulu'. Hah, tulah orang cakap, bila kita tak kenal seseorang, janganlah cepat label macam-macam dekat dia. Budget korang sebelum ni takde kena label apa-apa. Tah-tah bukan setakat label Coach, Gucci, Prada je label Mydin pun ada. Eh! Hehehe... Sebab tulah kena sentiasa bersikap 'Husnuzon'. Eh, betul ke ejaan dia macam ni? Hahaha, ni pun sebenarnya dengar/baca dari orang jugak ni (kihkihkih). Tak salah i, Husnuzon ni maksudnya bersangka baik. Bila kita selalu bersangka baik secara automatik lahirlah caj-caj positif dalam badan, takdelah asyik nak taruh dendam kesumat prasangka buruk je dekat orang lain. Stay positive k.

Berbalik kisah Cuteness Collection i, macam-macam pengalaman suka duka i nak laksanakan blog tu sebenarnya. Teringin nak baca kisah awal permulaan Cuteness Collection, korang picit sini k ---> http://www.reenaonline.com/2009/08/perasmian-blog-baru.html. Serius bukan senang nak senang, tapi bab pengalaman tulah yang mahal. Daripada suka-suka mengait crochet baju cardigan untuk gegirl i yang sorang dulu tu. Tak sangka, ramai pulak yang berkenan dan nak ambil tempahan dari i. Alhamdulilah, syukur sangat-sangat. Terus-terang i cakap crochet ni bukan senang nak buat ye. Macam jahit baju ke, yang korang boleh potong, alter then cantumkan, terus siap. Crochet ni memerlukan fokus yang lebih sikit sebab sekali korang tersilap buat kiraan dekat setiap row dia, automatik korang kena buka dan ulang buat balik semula. Takdenya nak main ngelat, alter mana-mana patut ke sebab kalau korang buat penipuan macam tu (fuhh! Penipuan tu! Hahaha), korang akan kena nightmare yang hasil baju tu siap umpama campak masuk tong sampah je. Lebih-lebih lagi untuk orang yang ada penyakit perfection macam i ni (eceh! cam good-good je perfect sangat. Hahaha) lagilah tak boleh tengok detail-detail yang senget benget ni. Sebab tu bila ada yang meraung-raung nakkan baju atau tempahan yang dia order cepat-cepat, i terpaksa inform awal-awal. I taknak korang bertukar jadi hulk tertekan terpaksa tunggu lama-lama. Bayangkanlah dari segulung benang boleh bertukar jadi baju, tak ke power tu. Tak percaya apa yang i kata, hah! cubalah korang belajar. Dia buatkan korang rasa seronok bila dah siap tapi stress waktu nak start buat. Hah! Macam tulah feeling buat crochet ni.

Memandangkan i sayang sangat dengan blog Cuteness Collection dan bisnes yang i buat sebelum ni. So, memang i dah rancang dari dulu. Start je i berhenti kerja opis, i nak fokus balik buat perkara yang i suka. Yup! penjual barangan comel. Nak gelar diri businesswoman macam terlampau gah sangat bunyinya. Hahaha! Tak sampai lagi kot level 100. Hahaha! Dah macam main game Candy Crush pulak. I lebih suka gelar diri i peniaga kecil-kecilan. Takpelah kita mula dari bawah balik semula janji kita buat kerja yang halal.

Kalau dulu Cuteness Collection lebih kepada ambil tempahan untuk buat crochet. Kali ni, ia lebih kepada menjual Barangan Comel yang mampu dimiliki tak kiralah samada untuk anak-anak ke, korang yang muda remaja ke atau mak-mak yang nak feeling comel (eceh! Hehehe... comel kewww tu?) Kalau sape yang dah follow blog i dari dulu lagi, korang mesti dah tahu i tak boleh move on dari barang yang comel-comel ni. Hehehe... Especially Hello Kitty. Pantang nampak apa je yang comel semua rasa nak rembat beli. Jadi, untuk permulaan dah ada beberapa barangan Hello Kitty yang i perkenalkan dekat Cuteness Collection. Pergilah tengok, dah siap letak harga, detail semua lagi dekat situ. I takde konsep, nak barang kena PM-PM ni sebab i bukan Perdana Menteri kahkahkah... Kalau korang berkenan, isi Borang Pesanan yang ada dekat website Cuteness Collection, then i akan entertain korang dengan sebaik mungkin. Insya-Allah... Lepas tu, kalau nak update terkini yang lagi fresh korang LIKE lah Facebook page Cuteness Collection dekat sini ---> https://www.facebook.com/cutenesscollection/shop?rid=156917061004212&rt=6. Lepas tu picit 'On Notification' supaya korang tak ketinggalan tercicir pergi ke bulan. Eh! Hehehe... Maklumlah zaman sekarang ni kuasa terletak hanya dihujung jari je (perghh!) Sape lambat, dia bye-bye... Hehehe... Oh! Instagram untuk Cuteness Collection pun ada jugak tau, korang search atas nama Cuteness_Collection kalau sudi followlah semua sekali ye.

Ok, nak tengok tak Promo Iklan Cuteness Collection yang i dah siapkan? Comel-comel kan model dalam tu... Kihkihkih... Harap korang enjoy dengan video klip ni sama macam mana kami enjoy waktu ber'photoshoot' dengan barangan Cuteness Collection. Happy watching!




0 Say (s):

Post a Comment

- Terima kasih sebab sudi baca bebelan i
- Semua komen akan diluluskan oleh Cikgu Beso sebelum dipublish.
- I sedaya-upaya akan jawab semua komen / pertanyaan korang (walaupun kadang-kadang tu lambat) takde seksateri lah katakan :P
- Untuk kawan-kawan yang selalu jenguk i, korang memang kawan yang baik! :')
- Untuk Anonymous, it is nice if you can leave your NAME :) Thanks!

“ORANG YANG TIDAK SUKA MENGHORMATI ORANG LAIN, ADALAH ORANG YANG TIDAK TERHORMAT. ORANG YANG DIHINAKAN ITU BELUM TENTU DIA AKAN HINA ATAU TIDAK, TETAPI PERBUATAN MENGHINAKAN ORANG ITU SUDAH MENJADI BUKTI ATAS KEHINAAN DIRI KITA SENDIRI.” (HAMKA)