Blogger templates

Showing posts with label Alor Setar. Show all posts
Showing posts with label Alor Setar. Show all posts

Feb 23, 2013

Replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah, Alor Setar, Kedah

Nak jalan-jalan dekat Utara lagi tak? Sambil jalan-jalan kita kutip ilmu (ewah...) So, kalau orang lain bercerita takdelah kita menganga je dengar, at least bolehlah berkongsi pendapat dan tunjukkan knowledge kita (walaupun takdelah terror mana). Kan seronok macam tu. Daripada nganga tak tahu apa-apa lagilah sedey... Kehkehkeh...

Rasanya dah banyak entry tempat-tempat bersejarah menarik dekat Alor Setar yang i perkenalkan dekat korang kan? Antaranya macam entri Muzium Padi Kedah, Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir, Tanjung Chali, Masjid Zahir, Balai Nobat dan entri-entri baru lain yang bakal muncul. Hah, siapa kata jalan-jalan dekat Malaysia tak best. Best aje kalau kita jadikan moment berjalan ni menyeronokkan even korang bawa anak-anak kecil ikut sama meronda dengan korang. Walaupun terus-terang i cakap memang letih, kadang-kadang tu i rasa seronok layan soalan genius dorang yang orang dewasa pun kadang-kadang tu tak terfikir boleh wujud soalan macam tu. Hahaha... Dan sebagai mak ayah, benda yang paling payah sekali bila nak sediakan jawapan logik yang boleh puaskan hati dorang (adehhh... kesat peluh).

Kali ni, i nak tunjuk dekat korang Replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah (alahai replika aje? Bosannya, orang nak tengok yang original lah). Lokasinya masih lagi di dalam kawasan Dataran Alor Setar, Kedah atau juga dikenali sebagai Dataran Mini i-City, Kedah yang i ceritakan sebelum ni. I tengok dataran ni dah macam tempat pengumpulan koleksi benda-benda bersejarah pulak jadinya. Hahaha... Pusing keliling dekat sini je, automatik korang dah boleh penuhkan ilmu didada (gitu....)

Serba Sedikit Sejarah Mengenai Pintu Gerbang Istana Kota Tengah / The Archway of Istana Kota Tengah :

Pintu Gerbang ini asalnya terletak di hadapan Istana Kota Tengah, Bandar Alor Setar yang merupakan salah sebuah Istana Almarhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882 - 1943). Istana ini pernah dikunjungi oleh King Chulalongkorn dari Thailand ada 13 Mei 1890.

Di atas tapak ini kemudiannya telah dibina Wisma Negeri (1973) menyebabkan Pintu Gerbang yang asal itu terpaksa dirobohkan (lorrr.... awatnya, buat lagu ni?) Pada tahun 2008, Pintu Gerbang itu dibina semula sebagaimana bentuk asalnya. Pada setiap sudut Pintu Gerbang ini mengandungi pelbagai ukiran dan lukisan melambangkan maksud-maksud tertentu hasil ciptaan tukang-tukang Melayu di zaman silam.

sumber : dari lokasi Dataran Alor Setar.






p/s : Nak continue masak-masak. Anyway selamat berhujung minggu korang. Kalau rajin, adalah entri baru lagik petang nanti. Hehehe... Tu pun kalau dapat curi masa (agak-agak kena tangkap tak?)

Feb 18, 2013

Balai Nobat, Alor Setar, Kedah

Tadi pagi i baru je letakkan entri mengenai Masjid Zahir yang cantik. Sekarang ni i nak cerita pulak pasal Balai Nobat, Alor Setar, Kedah. Wah... macam tak percaya je kan, tiba-tiba i minat pulak dengan sejarah. Dah kenapa??!! Hahaha... Jangan korang tertidur depan komputer gara-gara baca entri i bersejarah ni sudah. Maklumlah buku teks subjek sejarah waktu dulu dah umpama macam ubat tidur je pada i. Berpinar-pinar baca, lama-lama nampak huruf 'z' memanjang (terus wassalam!) Kan ke best kalau setiap kali belajar subjek sejarah tak payah pakai buku teks tapi pergi buat field trip dekat tempat bersejarah yang kita belajar tu. Confirm subjek sejarah jadi antara favourite subject i dulu-dulu (ewah!) Cerita dah berlalu kan, dah jadi sejarah dah pun. Huhuhu...

Kalau korang nak tahu Balai Nobat ni terletak berhampiran dengan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Masjid Zahir,  Bangunan Wisma Negeri dan berada di dalam kawasan yang dikenali dengan nama Dataran Mini i-City (malam-malam dekat sini penuh dengan pokok-pokok berlampu ala-ala macam dekat i-City, Shah Alam). Bezanya Dataran Mini i-City, Alor Setar, Kedah free je, tak payah bayar. Best kan? Jimat duit. Hehehe...


Serba Sedikit Sejarah Mengenai Balai Nobat, Alor Setar, Kedah :

Menjelang pembukaan Bandar Alor Setar pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778), beberapa bangunan awal yang siap dibina termasuklah Istana Kota Setar, Balai Besar, Balai Nobat dan Masjid Negeri. Reka bentuk Balai Nobat yang asal tidak dapat dikenal pasti tetapi jelas ia diperbuat daripada kayu.

Pada Zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-24 (1854-1879), Balai Nobat yang baru setinggi lima tingkat telah dibina. Seluruh bangunan ini dibina daripada kayu dan beratapkan zink.

Manakala pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943), Balai Nobat baru didirikan sekali lagi dengan diperbuat daripada batu dan logam. Rekabentuknya sama seperti binaan kayu sebelumnya. Ia mempunyai tiga tingkat dan kubah yang terletak di kemuncaknya mencerminkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Bangunan baru ini siap dibina pada tahun 1906.

Pada hari ini, Balai Nobat Kedah dijadikan tempat menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian DiRaja. Alat muzik Nobat terdiri daripada tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.

sumber : Wikipedia


Mengikut kata hubby i, alat-alat nobat ini ada antaranya diperbuat daripada kulit perut perempuan mengandung (what-the-tutttt??!!) Ok, i boleh agak macam mana reaksi muka korang, sebab macam tulah reaksi muka suspen yang i tunjukkan depan hubby. Gila scary! Dan dengan bersemangatnya i google untuk meng'confirm'kan lagi statement misteri nusantara yang hubby perkatakan. Ya, rupanya memang statement ni benar, sahih dan nyata (teruk betulkan orang Johor ni? *iye, sayalah tu* Lagi tak nak percaya kata-kata hubby yang memang keturunan orang Kedah. Hehehe... sorry sayang). Anyway eeee... takutnya! Cuma dekat website yang i google ni, dia tak tambah perkataan 'mengandung' je (kenapa eh?)


Antara Pantang Larang Nobat :

Dalam pancaragam Nobat DiRaja ini, banyak pantang larang mesti dipatuhi bukan sahaja oleh pemain-pemain Nobat tetapi juga orang ramai. Sesiapa yang melanggar pantang larang ini dipercayai akan menerima bala atau bencana. Oleh itu, para pemain Nobat sangat berpegang teguh kepada pantang larang ini, lebih-lebih lagi mereka yang telah melihat sendiri bencana yang menimpa mereka yang melanggar pantang larang itu.

1. Alat-alat Nobat ini tidak boleh disenda oleh sesiapa pun dan kedudukannya mestilah tetap pada sesuatu tempat yang telah ditentukan dan tidak boleh diubah ke sana sini.

2. Semasa alat-alat Nobat ini dibawa turun dari Balai Nobat untuk dimainkan di Balai Besar sesiapa pun tidak boleh melintas di hadapannya. Mahaguru merupakan ketua atau penunjuk pada alat-alat Nobat yang lain dan dia mestilah dihormati. Para pemain Nobat sendiri akan ditimpa bencana seperti sakit perut sekiranya dia bersikap kurang tertib. Kesakitan yang dialami itu akan terus menjadi-jadi sehinggalah dia menyesal di atas perbuatannya itu.

3. Alat-alat Nobat juga tidak boleh dimainkan untuk upacara temasya atau pesta-pesta seperti ronggeng atau silat. Biasa terjadi, orang yang telah meminjam gong untuk bermain di sesuatu temasya itu telah ditimpa sakit perut akibat menggunakan gong itu.

4. Orang-orang Nobat dilarang mengajar semua lagu yang diketahuinya kepada keturunannya. Sebab itulah lagu-lagu Nobat itu menjadi semakin berkurangan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Contoh yang paling ketara ialah lagu 'Anak-anak' yang sekarang ini tidak dimainkan lagi.

5. Sesiapa pun tidak dibenarkan memegang atau mengusik alat-alat Nobat ini. Biasa terjadi ketika Nobat Kedah dijemput bermain di Kuala Lumpur sempena menyambut istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama, seorang kanak-kanak telah bermain alat-alat Nobat itu semasa keretapi yang membawa alat-alat Nobat itu berhenti sekejap di Bukit Mertajam. Dia telah kehilangan akal dan sakit telinga serta menangis tidak berhenti-henti. Setelah pemain Nobat yang ada di situ menjampi dan menyapu air ke seluruh muka budak itu dengan serta-merta budak tadi sembuh semula.

6. Semasa Nobat hendak dimainkan, pemain Nobat itu mestilah mengikut jalannya ke tempat letak alat-alat itu dan kemudian barulah boleh duduk. Misalnya, pemain gendang anak mestilah berjalan melalui belakang serunai manakala pemain gendang ibu akan berjalan mengikut belakang nafiri.

7. Sesiapa pun tidak dibenarkan melihat permukaan bawah gendang mahara kerana ia dipercayai diperbuat daripada kulit perut perempuan.

Ada berani?? Dah macam cerita Jangan Pandang Belakang Congkak pulak. Oppss...

Untuk info penuh mengenai Pantang Larang Nobat, korang boleh pergi ke laman web MyKedah2.


Meh lah, kita tengok gambar (tapi gambar nobat takdelah ye. Hehehe).



Bangunan Wisma Negeri Kedah


"Papa look, princess!" Kata adik.

p/s : Bila dah tahu sejarah pasal sesuatu tempat buatkan kita jadi respect dengan kewujudannya.

Feb 17, 2013

Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

Hari ni kita mengenali lebih dekat mengenai Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah nak? Lokasi dan kedudukan masjid ni yang terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar menjadikannya antara tumpuan menarik orang ramai yang berkunjung ke Kedah. Ditambah pula dengan reka bentuk yang cantik. I tengok memang ramai photographer yang mengambil peluang mengabdikan kecantikannya dekat lensa masing-masing (termasuklah i yang amatur ni). Automatik terasa bertuah kahwin dengan orang Kedah. Eh! Ada kena-mengena ke? Hehehe...


Serba Sedikit Sejarah Mengenai Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah :

Masjid Zahir telah dibina pada 22 Rabiulawal 1330 Hijrah (11 Mac 1912). Pembinaan masjid ini adalah atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah dan mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan. Reka bentuk bangunan masjid Zahir adalah ilham daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini mempunyai keluasan tapak kira-kira 39 x 39m dengan ruang induk seluas 19.50 x 19.50m yang dikelilingi oleh ruang serambi selebar lapan kaki yang mengandungi empat buah anjung dan lima kubah utama sebagai simbol kepada Rukun Islam. Tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821).

Perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat 6 Zulhijjah 1333 bersamaan 15 Oktober 1915. Tunku Mahmud sendiri telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat (sejuk hati baca kenyataan ni kan?)

Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan Dataran Mini i-City, Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia.

sumber : Wikipedia dan Arkid Negara Malaysia

Anyway, i juga ada letakkan gambar Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah pada entri i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2013/01/kelebihan-selawat-ke-atas-nabi-muhammad.html







Kak Ngah dan Adik happy bergambar berlatar belakangkan Masjid Zahir.

p/s : Kalau kira dari mula pembinaan Masjid Zahir sampailah sekarang, dah 101 tahun dah masjid ni kan? Perghhh...

Jan 27, 2013

Tanjung Chali, Alor Setar, Kedah

Kebiasaannya bila balik kampung halaman hubby di Kedah, i dan hubby selalu ambil peluang jalan-jalan dengan kamera Nikon kesayangan kita orang untuk rakamkan gambar-gambar menarik. Tempat yang menjadi favourite kita orang pulak, semestinya tempat-tempat bersejarah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi (perghhh... estetika tu...)

Dekat negeri Kedah ni pun sebenarnya kalau korang nak tahu, banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh buat lawatan rombongan Cik Kiah tau especially kalau dekat Bandaraya Alor Setar (alahai terasa kekok pulak, bila sebut Alor Setar sebagai bandaraya. Agaknya sebab tak rasa suasana Alor Setar tu macam dekat Kuala Lumpur kot. Eceh, eksen! Kehkehkeh). See, dah tak payah korang susahkan diri pergi jalan jauh-jauh. Jimat pun jimat (ayat penyedap untuk orang yang tak dapat pergi obersilah tew). Alaa... tapi ok apa berjalan dalam negara. Syok hape!

Macam mana pun i akui bila pergi tempat-tempat macam ni, feel keboringan lebih jelas terserlah berbanding pergi ke shopping complex (hahaha... jujur gila!). Tapi sekurang-kurangnya, banyak ilmu pengetahuan yang korang boleh dapat dan dalam pada masa yang sama rasai sendiri suasana yang pernah berlaku 100 tahun yang lalu. Mana tahu kan, satu hari nanti tempat-tempat bersejarah macam ni dah pupus ke. Lagipun setakat baca melalui buku je, takkan sama dengan pergi melawat dan tengok dengan mata kepala sendiri. Betul tak?

Untuk entry kali ni, i nak bawa korang jalan-jalan ke Tanjung Chali (atau dikenali sebagai Taman Persisiran Tanjung Chali). Lokasinya terletak di persisiran Sungai Kedah, dalam kawasan Pekan Cina dan lebih kurang 5 minit perjalanan dari Pusat Bandar. Di sini juga korang boleh menikmati permandangan menarik perkampungan di sepanjang Sungai Kedah melalui Menara Tanjung Chali. Manakala berhampiran dengan Menara Tanjung Chali terdapat dataran yang diberi nama Dataran Tanjung Chali yang digunakan untuk aktiviti tertentu.

Tapi sayangnya, i tengok kawasan ni kurang diberi perhatian. Keadaan sungai yang kotor dengan sampah-sarap, menara yang tidak diselenggara dengan baik dan keadaan taman berhampiran dengan menara Tanjung Chali yang tidak terpelihara menjadi faktor utama kenapa ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan Tanjung Chali. Walaubagaimanapun i happy sepanjang mengambil gambar / fotografi di sini. Banyak perkara menarik yang i lalui dan saksikan. Maklumlah orang bandar masuk kampung, jakun sekejap tengok macam-macam benda baru (bandar lah sangat kan? puiii). Hehehe...


Sejarah Tanjung Chali

Tanjung Chali merupakan sebuah tapak bagi melatih orang-orang Melayu di dalam perniagaan. Kawasan perniagaan ini ditubuh pada tahun 1920an adalah dari hasil kesedaran seorang putera DiRaja Kedah, YTM Tunku Yaakob, tentang kemunduran orang-orang Melayu dalam perniagaan.

Sekiranya orang-orang Melayu masih lagi tertumpu di bidang pertanian nescaya mereka tidak akan mencapai kemajuan. Orang-orang Melayu perlu diberi peluang bersama-sama dengan bangsa asing di dalam perniagaan. Pada peringkat permulaannya mereka digalakkan memasar ataupun menjual hasil-hasil pertanian mereka yang berlebihan dari kampung-kampung ke bandar. Berdasarkan kepada kesedaran itulah beliau telah membuka satu kawasan perniagaan di Tanjung Chali. Peringkat awalnya, perniagaan di Tanjung Chali itu diselenggarakan oleh ahli-ahli Jawatankuasa yang terdiri dari 7 orang. Mereka ini dipilih daripada orang-orang yang berpengaruh dan dihormati oleh orang-orang kampung pada masa itu.

Kedudukan dan Peranan Tanjung Chali

Selain daripada memainkan peranannya sebagai sebuah pusat melatih orang Melayu dalam bidang perniagaan, Tanjung Chali juga merupakan sebuah pengkalan atau pelabuhan bagi persinggahan kapal-kapal, perahu-perahu dan tongkang-tongkang yang keluar masuk dari luar dan dalam negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit, Terusan Wan Mohamad Saman dan Sungai Raja. Kapal-kapal atau perahu-perahu yang keluar masuk itu singgah di pelabuhan atau pengkalan di situ untuk memunggah dan membeli barang-barang dagangan.

Keterangan lanjut boleh didapati dari Mykedah2


Kesemua gambar di bawah menggunakan kamera Nikon D7000 dan Nikon D5100.















Penimbang gergasi. Kau hado?

p/s : Anyway, kalau korang pergi mana-mana dan perasan, ada sepasang laki bini masing-masing dengan kamera Nikon. Lepas tu jalan-jalan ambil gambar macam pelancong asing. Hah, tu kita orang lah tu! Hehehe...

Mar 20, 2012

Ayam Penyet Wong Solo, Alor Setar, Kedah

Dua hari lepas (18hb Mac 2012) i dan hubby saja-saja nak cuba makan di Wong Solo cawangan Alor Setar (atau Alor Star, ejaan baru bagi Alor Setar. Bunyi lebih 'bintang' gitu). Maklumlah Wong Solo memang dah cukup famous / terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor (boleh baca entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/01/ayam-bakar-wong-solo.html). Sambil-sambil tu, kita orang kononnya nak perkenalkanlah Wong Solo ni dekat mak dan ayah (keluarga mertua i). Baikkan kita orang, siap nak promote lagik tau. Hehehe. Walaupun kita orang tahu, dekat Kedah ni dah cukup banyak restoran dan makanan yang lagik best daripada Wong Solo. Takpe, sekali-sekala kita bagi selera baru dekat mak dan ayah. Selera orang Kuala Lumpur (eceh...)

Jadi, untuk malam tu, makan malam kita orang bertemakan Indonesian Cuisine. Kalau korang nak tahu di Kedah, Wong Solo di sini dikenali sebagai Ayam Penyet Wong Solo berbeza dengan di Kuala Lumpur di mana ianya lebih dikenali dengan nama Ayam Bakar Wong Solo. Sorry sangat sebab i tak dapat alamat penuh untuk Wong Solo cawangan Kedah ni tapi untuk korang yang teringin nak cuba makan di sini, i boleh bagitahu kedudukan / lokasi restoran Wong Solo.

Lokasi Ayam Penyet Wong Solo terletak di penghujung kiri lot kedai (corner lot) di Jalan Sultanah Sambungan (Kompleks Perniagaan Sultanah Sambungan). Betul-betul berdekatan dengan premis perniagaan Tat Nasi Ayam (i baca dalam internet, Tat Nasi Ayam ni pun boleh tahan glamour jugak dekat Kedah. Lain kali kena cuba makan dekat sini pulak).

Waktu operasi : bermula dari pukul 11:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari.

Pengalaman makan dekat Wong Solo, Alor Setar, Kedah ni pada i sedikit mengecewakan terutama dari sikap pemilik kedai makan Wong Solo ni sendiri (tak pandai langsung hormat pelanggan *senang cakap berlagak* dan nak sebut perkataan minta maaf). Puncanya sedikit je sebenarnya, i dan hubby minta sambal lebih (extra sambal) sebab biasanya di Kuala Lumpur, memang mereka sediakan sambal PERCUMA tapi owner kedai tu beritahu kita orang, caj akan dikenakan untuk extra sambal. Bila kita orang bagitahu di Kuala Lumpur tak jadi masalah untuk dapatkan sambal secara percuma. Owner kedai tu persendakan kita orang didepan customer lain sambil beritahu Wong Solo tak pernah sediakan sambal percuma (serius bila dengar dia gelak sambil katakan macam ni, i rasa macam nak jirus air sirap je dekat muka dia). Malas nak bertekak, i dan hubby tetapkan hati. Kita orang takkan datang sini lagi. Lagipun rasa ayam penyetnya pun biasa je takdelah sesedap di Kuala Lumpur. Pilihan menu makanan dan minuman pun tak banyak. Dari segi suasananya pulak lebih kepada gaya chinese kopitiam. Untuk harga, i akui lebih murah sedikit berbanding Kuala Lumpur tapi sebab hati dah terguris. Semua tu tak menarik langsung perhatian i (nyampah!)

Ada beberapa gambar untuk tatapan korang. Sudi-sudilah menatapnya.



Menu Ayam Penyet Wong Solo, Alor Setar ada 2 muka surat je

Mak Mertua dan Ayah Mertua yang loving couple



Dekat Alor Setar makan Ayam Penyet dengan sup kosong.




p/s : terima kasih untuk komen korang dekat entry i yang sebelum ni. I cuma dapat baca dan publish komen je sebab kena berjimat-cermat dengan data internet maxis yang cuma ada 1GB. Memandangkan i masih lagi bercuti, balik rumah nanti i qada' komen balik dan blogwalking rumah korang pulak ok? Peace dan senyum selalu. Love.

Feb 2, 2012

Funfair Alor Setar, Kedah

Penghujung bulan Disember 2011, i habiskan cuti balik kampung sebelah hubby di Kedah. Seronok sebenarnya bila ada kampung jauh-jauh ni. Baru terasa betul-betul balik kampung bila bercuti. Ditambah pulak i ni orang Johor. Jadilah kita orang macam drama Kutub Utara Kutub Selatan gitu. Hehe...

Biasalah bila balik kampung, kita orang akan ronda-ronda tengok apa aktiviti menarik yang boleh dibuat. Waktu tu ada funfair yang tengah dibuka di kawasan lapang bersebelahan Stadium Darul Aman dan berdekatan dengan food court. Pukul 9:00 malam, i dan hubby bawa anak-anak pergi ke situ. Adik i pun join sekali masa ni. Meriahnya, jangan cakaplah. Penuh orang-orang Kedah datang berkumpul dekat sini (termasuk 2 orang Johor - i dan adik i. Hehe). Macam ada pesta pulak. Yang bestnya, takde sebarang bayaran dikenakan waktu masuk ke funfair tu (free!). Walaupun ini bukan Euro Funfair yang datang dari oversea tapi mainan yang disediakan memang boleh tahan hebatnya (not bad kata omputeh. Hehe). Banyak yang besar-besar dah boleh buat kecut perut jugaklah.

Memandangkan i datang dengan anak-anak jadi kenalah utamakan permainan dorang dari keseronokan sendiri. Dekat sini harga satu token bersamaan RM2.00. Jadi tak boleh nak main banyak game / permainan sebabnya satu game yang simple untuk budak-budak tu pun dia kira satu token untuk satu kepala (1 token per person). Contohnya, kalau naik kapal terbang yang pusing-pusing, walaupun ada dua seat untuk satu kapal terbang tu, korang tetap kena bayar dua token untuk dua orang, jadinya RM4.00 sekali main. Ada juga game lain yang dia charge dua atau tiga token satu kepala. Fuhh... Mahalkan? Confirm satu hari collection untuk funfair ni dapat cecah ribu-ribu (kayo pakcik... Kayo!) Sebagai seorang penjaga kewangan yang bertauliah, i hadkan perbelanjaan untuk main game dekat sini RM20.00 je. Habis token, terus balik rumah. Tak boleh duduk lama-lama walaupun setakat tengok keliling. Bahaya! Hehehe...

Ok, jom tengok gambar macam mana meriahnya Funfair dekat Alor Setar, Kedah. Semua gambar dekat sini i gunakan Nikon D5100 set Auto dan Sport.


Belakang i tu, orang beratur nak naik Ferris Wheel. Ramainya....

Mama teman Damien naik keretapi 
Danish dan Arina naik permainan kapal hayun-hayun (eh, macam tu ke namanya? Hehe)
Budak baju hijau belakang Danish, tengah menjerit nangis sambil tutup muka. Danish dan Ariana, cool aje. Hehe  
Adik i pun join pergi Funfair



Hubby i kata, "token dah habis. Jom kita balik." Hehe

p/s : Seronok bila sekali-sekala join kesesakan dengan orang lain. Nilah namanya pengalaman.