Blogger templates

Showing posts with label Chatime. Show all posts
Showing posts with label Chatime. Show all posts

Nov 21, 2012

Chatime Malaysia

Siapa kenal Chatime, angkat jari? (sengaja mention nama jari, konon tak naklah obvious sangat yang korang tengah baca blog i. Hahaha!) Chatime ni rasanya dah quite popular di merata tempat. Kalau dulu i biasanya jumpa Chatime dekat area One Utama dan The Curve. Macam mana pun, kalau korang nak tahu, dulu i sombong, pandang sebelah mata pun tak hairan dengan Chatime ni. Walaupun dalam hati meronta-ronta nak tahu, best sangat ke Chatime? Apa taknya dekat mana-mana Chatime, i perasan ramai betul orang sanggup beratur panjang semata-mata nak dapatkan segelas plastik Chatime. Dan sepanjang barisan yang panjang tu, ada pulak dua, tiga orang perempuan melayu yang pakai tudung beratur. Yang lain-lain semuanya chinese. Automatik, manalah tak buat i terasa musykil (adehhh...) Bila i ronda keliling stall Chatime tu, tak nampak pulak tanda halal. Tengok gaya keadaan kedai, pekerja yang serve minuman dan pattern gelas plastik yang tertera dekat papan iklan Chatime. Terang-terang menunjukkan non-muslim punya kedai (haishhh...) Bila dah timbul banyak persoalan, i jadi takut. Bila dah takut baiklah jangan cuba kan?

Tapi usaha i tak berhenti setakat di situ sahaja (walaweh... ayat power ku. Hahaha!) I cuba browse dekat google, nak tahu dengan lebih lanjut pasal Chatime. Dan yang bestnya, google memang benar-benar menjawab segala kemusykilan i (bagus betul hidup dalam zaman teknologi ni kan? Kuasa dihujung jari gitu... hehehe).

SEJARAH CHATIME / LA KAFFA

Chatime adalah jenama yang berada di bawah La Kaffa. La Kaffa ialah sebuah syarikat perkhidmatan pelbagai minuman yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan beribu pejabat di Hsinchu, Taiwan (no wonderlah tulisan dan gaya stall nya bercirikan Chinese). Antara tiga jenama produk minuman utama di bawah La Kaffa ialah Chatime, ZenQ dan La Kaffa Coffee di mana ianya terletak lebih daripada 510 buah lokasi di 15 buah negara (wahhh, hebatnya!!!)

Mereka juga mencipta suatu kelainan dalam menawarkan pelbagai pilihan minuman seperti teh, kopi, jus dan topping di luar dari kebiasaan untuk memberi kepuasan kepada pelanggannya.

sumber oleh Chatime
olahan oleh Reenaonline

Untuk mengetahui catatan perjalanan Chatime dan kisah bagaimana Chatime dihasilkan, korang boleh klik di sini ---> http://www.ichatime.com/about.php?pid=3

Nak tahu lokasi cawangan Chatime yang berdekatan dengan rumah korang, silalah ke sini ---> http://www.ichatime.com/stores.php?mid=34


Ok, sekarang part yang paling korang nak tahu?

STATUS HALAL CHATIME

I terbaca satu review menarik dari TehTarikMemoirs di mana beliau sendiri telah menghubungi sendiri Chief Executive Officer / Pengarah Urusan Chatime Malaysia iaitu Mr Bryan Loo bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai status halal Chatime. Melalui temuramah pendek tersebut, Mr Bryan Loo mengesahkan bahawa Chatime mempunyai sijil pengiktirafan halal antarabangsa yang diluluskan sebelum tiba di Malaysia. Satu-satunya alasan bahawa mereka tidak boleh mempamerkan logo di kedai-kedai mereka adalah berdasarkan satu keperluan undang-undang yang ditetapkan di Malaysia iaitu Chatime perlu mempunyai 2 pekerja Islam tempatan yang berdaftar sebagai pekerja di setiap cawangan pada setiap masa.

Malah TehTarikMemoirs turut menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak JAKIM juga bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Mr Bryan, namun ia tidak bermakna bahawa sijil halal antarabangsa tidak diiktiraf pada semua.

ohhh... macam gitu ka?

Jadi, untuk sesiapa yang teringin nak menikmati Chatime, harga yang ditawarkan adalah dari RM5.90 hingga RM7.90. Korang boleh menikmati dari gelas bersaiz sederhana dan besar. Kalau tanya pilihan perisa Chatime kegemaran i semestinya Pearl Milk Tea (yummy! Seronoknya minum teh sambil kunyah pearl. Hehehe). Untuk peringatan korang jugak, minuman Chatime tak boleh disimpan lebih daripada dua jam. Kalau korang simpan, alamatnya pearl / mutiara hitam tersebut akan lembik dan rasa airnya juga jadi pelik (Huhuhu... berdasarkan pengalaman i sendiri). Nampaknya takde chance lah nak simpan minuman Chatime banyak-banyak dekat rumah.

Macam biasa, jom kita tengok gambar.

Chatime cawangan di Kota Damansara.
Hubby pening nak buat pilihan. Hehehe...

Chatime diserata dunia. Hebat kan?

Drink within 2 hours for best result / Minum dalam tempoh dua jam untuk jaminan rasa sedap yang berkekalan.
Pearl Milk Tea dan Hazelnut Milk Tea (sedapnya!!!)
Inilah Sijil Halal Antarabangsa Chatime.
Credit : Skyscrapercity

p/s : apa pulak pilihan korang?