Blogger templates

Showing posts with label Drink Review. Show all posts
Showing posts with label Drink Review. Show all posts

Jan 16, 2013

Cool Blog

Kalau korang nak tahu CoolBlog bukanlah seorang blogger yang terkenal ye tapi secawan minuman untuk disedut... Hehehe... Sebenarnya i dah lama tahu kewujudan CoolBlog sebelum kemunculan Heliza Helmi sebagai Duta CoolBlog lagik (eee... suka betul tengok gaya Heliza beliak-beliakkan mata jadi comel. Kalau mata i yang sepet nak buat beliak-beliak macam ni confirm jadi tah hape-hape. Hahaha!) Tempat pertemuan pertama di antara i dan CoolBlog ialah dekat Kawasan Rehat Jejantas Sungai Buloh (ewahhh... Macam story kisah cintalah pulak. Hihi...) Tapi tak tahulah kenapa, i takde keinginan langsung nak rasa minuman jenis bebola hitam waktu tu. Mungkin juga sebab i ni jenis orang yang kurang minum minuman sejuk atau berais, nafsu nak merasa tu takdelah membuak-buak sangat. Walau macam mana pun, i akui i tertarik sangat dengan kombinasi warna pink dan purple yang digunakan dekat outlet CoolBlog (serius cute! Pandai... orang yang pilih warna tema untuk CoolBlog).

Tapi semenjak-dua-menjak dah terjatuh cinta dengan minuman Chatime (macam yang i ceritakan dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/11/chatime-malaysia.html), i jadi addicted nak cuba semua minuman yang jenis ada bebola hitam. Kononnya senang i nak buat perbandingan mana satu minuman yang paling best. Lepas tu boleh buat suggestion untuk korang pulak (baik tak i? Hehehe). Sebelum i ceritakan pengalaman i bersama CoolBlog, jom kita baca dulu latar belakang CoolBlog ni.


Sejarah CoolBlog

CoolBlog pertama kalinya dilancarkan di Singapura pada tahun 2005. Ianya adalah satu jenama antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan hidangan pencuci mulut dan minuman di bawah satu konsep kiosk yang boleh dibawa pulang. Matlamat CoolBlog ialah menggabungkan rasa buah-buahan semulajadi dengan ais. Produk CoolBlog kini adalah merupakan perintis pertama di Singapura dan Malaysia yang memperkenalkan hidangan pencuci mulut serta minuman dengan 25 perisa bersama-sama 300 jenis produknya yang lain.

Sumber : Laman web CoolBlog
Olahan oleh : Reenaonline


CoolBlog Halal Ke?

Jurucakap Coolblog Dessert Sdn. Bhd., Muhammad Daniel Koh Abdullah berkata, melihat kepada pasaran tempatan di negara ini yang majoritinya umat Islam, pihaknya membuat permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan halal. "Kita tahu, kehendak setiap orang adalah berbeza. Kita menubuhkan syarikat ini kerana melihat produk ini masih belum ada dalam pasaran tempatan dan bertujuan untuk memenuhi perbezaa cita rasa ramai. Walau bagaimanapun, dalam memenuhi cita rasa itu, kita juga perlu menitikberatkan status halal minuman tersebut kerana masyarakat di negara ini sangat mementingkan produk yang halal. Oleh itu, kami berusaha mendapatkan sijil halal bagi memastikan umat Islam turut dapat menikmati produk kami dengan yakin. Ini juga kerana kuasa beli 100 peratus adalah terletak di tangan pengguna," katanya ketika ditemui.

Syarikat minuman segera yang mengambil konsep dari Singapura itu telah beroperasi di negara Malaysia sejak 2008 dan kini mempunyai 220 cawangan di seluruh negara. Bagi mengekalkan status halal tersebut terjamin, Muhammad Daniel berkata pihaknya akan membuat ujian makmal terhadap setiap produk yang dipasarkan dan memastikan setiap proses kerja dilakukan dengan kemas."Pihak penguatkuasa akan membuat pemantauan berkala, jadi syarikat perlu memastikan semua perkhidmatan diuruskan dengan baik sebagaimana yang telah digariskan oleh Jakim dalam menentukan kriteria produk halal.

Artikel penuh melalui Utusan Malaysia


Pendapat / Ulasan / Review mengenai CoolBlog berdasarkan pengalaman i

1. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada Chatime iaitu bermula dari harga RM1.80 hingga RM3.50 (fuhhh... jimat habis!)
2. Tak payah nak tambah topping bagai, harganya yang dinyatakan dah termasuk dengan pearl / bebola hitam (ni kalau Chatime dah kena caj tambahan RM1.00 untuk pearl).
3. Minuman yang i cuba ialah Yam Milk Tea (harga RM1.80). Tak sure samada rasanya memang tawar ke atau CoolBlog sendiri amalkan kempen kurangkan gula untuk menjaga kesihatan (tak berapa kick sangat laa...).
4. Rasa Yam nya pun kurang power gara-gara campuran antara ais yang banyak dan gula yang kurang.
5. Kesimpulan yang dapat i putuskan, kalau teringin nak kunyah-kunyah pearl dengan penjimatan harga dan rasa ekonomi, CoolBlog adalah jawapan yang bersesuaian (gitu...)
6. Keseluruhan i bagi 3 bintang daripada 5 bintang. Agaknya kalau i pilih CoolBlog harga RM3.00 dan ke atas, rasa dia bertambah best kot. Takpe, next time i cuba minum CoolBlog yang 'mahal' sikit daripada sebelum ni k. Hehehe...
7. So far, Chatime masih mengekalkan tangga teratas untuk minuman jenis bebola hitam kategori pilihan tekak i.

Lokasi CoolBlog untuk gambar dekat bawah ialah di Tesco Setia Alam (berhampiran dengan food court). Kalau ada antara korang pernah minum CoolBlog yang best dan mantap, janganlah malu-malu kucing bagitahu i lokasinya ye. Kalau sempat, bolehlah i terjah ke sana.







p/s : Alololo... Heliza buat gaya beliak mata sambil nganga mulut pun nampak comel. Kalau i buat macam gini, umpama mintak pelempang je.

Nov 21, 2012

Chatime Malaysia

Siapa kenal Chatime, angkat jari? (sengaja mention nama jari, konon tak naklah obvious sangat yang korang tengah baca blog i. Hahaha!) Chatime ni rasanya dah quite popular di merata tempat. Kalau dulu i biasanya jumpa Chatime dekat area One Utama dan The Curve. Macam mana pun, kalau korang nak tahu, dulu i sombong, pandang sebelah mata pun tak hairan dengan Chatime ni. Walaupun dalam hati meronta-ronta nak tahu, best sangat ke Chatime? Apa taknya dekat mana-mana Chatime, i perasan ramai betul orang sanggup beratur panjang semata-mata nak dapatkan segelas plastik Chatime. Dan sepanjang barisan yang panjang tu, ada pulak dua, tiga orang perempuan melayu yang pakai tudung beratur. Yang lain-lain semuanya chinese. Automatik, manalah tak buat i terasa musykil (adehhh...) Bila i ronda keliling stall Chatime tu, tak nampak pulak tanda halal. Tengok gaya keadaan kedai, pekerja yang serve minuman dan pattern gelas plastik yang tertera dekat papan iklan Chatime. Terang-terang menunjukkan non-muslim punya kedai (haishhh...) Bila dah timbul banyak persoalan, i jadi takut. Bila dah takut baiklah jangan cuba kan?

Tapi usaha i tak berhenti setakat di situ sahaja (walaweh... ayat power ku. Hahaha!) I cuba browse dekat google, nak tahu dengan lebih lanjut pasal Chatime. Dan yang bestnya, google memang benar-benar menjawab segala kemusykilan i (bagus betul hidup dalam zaman teknologi ni kan? Kuasa dihujung jari gitu... hehehe).

SEJARAH CHATIME / LA KAFFA

Chatime adalah jenama yang berada di bawah La Kaffa. La Kaffa ialah sebuah syarikat perkhidmatan pelbagai minuman yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan beribu pejabat di Hsinchu, Taiwan (no wonderlah tulisan dan gaya stall nya bercirikan Chinese). Antara tiga jenama produk minuman utama di bawah La Kaffa ialah Chatime, ZenQ dan La Kaffa Coffee di mana ianya terletak lebih daripada 510 buah lokasi di 15 buah negara (wahhh, hebatnya!!!)

Mereka juga mencipta suatu kelainan dalam menawarkan pelbagai pilihan minuman seperti teh, kopi, jus dan topping di luar dari kebiasaan untuk memberi kepuasan kepada pelanggannya.

sumber oleh Chatime
olahan oleh Reenaonline

Untuk mengetahui catatan perjalanan Chatime dan kisah bagaimana Chatime dihasilkan, korang boleh klik di sini ---> http://www.ichatime.com/about.php?pid=3

Nak tahu lokasi cawangan Chatime yang berdekatan dengan rumah korang, silalah ke sini ---> http://www.ichatime.com/stores.php?mid=34


Ok, sekarang part yang paling korang nak tahu?

STATUS HALAL CHATIME

I terbaca satu review menarik dari TehTarikMemoirs di mana beliau sendiri telah menghubungi sendiri Chief Executive Officer / Pengarah Urusan Chatime Malaysia iaitu Mr Bryan Loo bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai status halal Chatime. Melalui temuramah pendek tersebut, Mr Bryan Loo mengesahkan bahawa Chatime mempunyai sijil pengiktirafan halal antarabangsa yang diluluskan sebelum tiba di Malaysia. Satu-satunya alasan bahawa mereka tidak boleh mempamerkan logo di kedai-kedai mereka adalah berdasarkan satu keperluan undang-undang yang ditetapkan di Malaysia iaitu Chatime perlu mempunyai 2 pekerja Islam tempatan yang berdaftar sebagai pekerja di setiap cawangan pada setiap masa.

Malah TehTarikMemoirs turut menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak JAKIM juga bersetuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Mr Bryan, namun ia tidak bermakna bahawa sijil halal antarabangsa tidak diiktiraf pada semua.

ohhh... macam gitu ka?

Jadi, untuk sesiapa yang teringin nak menikmati Chatime, harga yang ditawarkan adalah dari RM5.90 hingga RM7.90. Korang boleh menikmati dari gelas bersaiz sederhana dan besar. Kalau tanya pilihan perisa Chatime kegemaran i semestinya Pearl Milk Tea (yummy! Seronoknya minum teh sambil kunyah pearl. Hehehe). Untuk peringatan korang jugak, minuman Chatime tak boleh disimpan lebih daripada dua jam. Kalau korang simpan, alamatnya pearl / mutiara hitam tersebut akan lembik dan rasa airnya juga jadi pelik (Huhuhu... berdasarkan pengalaman i sendiri). Nampaknya takde chance lah nak simpan minuman Chatime banyak-banyak dekat rumah.

Macam biasa, jom kita tengok gambar.

Chatime cawangan di Kota Damansara.
Hubby pening nak buat pilihan. Hehehe...

Chatime diserata dunia. Hebat kan?

Drink within 2 hours for best result / Minum dalam tempoh dua jam untuk jaminan rasa sedap yang berkekalan.
Pearl Milk Tea dan Hazelnut Milk Tea (sedapnya!!!)
Inilah Sijil Halal Antarabangsa Chatime.
Credit : Skyscrapercity

p/s : apa pulak pilihan korang?

May 19, 2012

Joez Coconut Jelly Penang

Kalau dekat Melaka dah famous / terkenal dengan Klebang Coconut Shake (sesiapa yang nak baca entry yang i taip, korang boleh klik sini ---> http://www.reenaonline.com/2012/03/klebang-coconut-shake.html). Tapi kalau korang nak tahu, dekat Pulau Pinang / Penang pulak, famous dengan Penang Coconut Jelly / Joez Coconut. Dan yang kelakar tu, i tahu mengenai kewujudan Joez Coconut pun secara tak sengaja. Ceritanya, kita orang tengah tunggu lampu isyarat, sambil ronda-ronda sekitar Penang dan dalam perjalanan nak balik Kuala Lumpur. Tiba-tiba i terpandang papan tanda besar tertulis perkataan 'Penang Coconut Jelly / Joez Coconut'. Apa lagik, teruslah meliar mata kita orang cari dekat mana lokasi sebenar Penang Coconut Jelly. Rupa-rupanya kedai Penang Coconut Jelly ni terletak ditengah bangunan dan betul-betul di laluan jalan yang agak sibuk. Aiseyy... sampai dua-tiga jugaklah kita orang ronda sekitar tu untuk cari parking (tempat letak kenderaan) yang kosong. Nak tak nak, sebab teringin sangat nak tahu dan rasai sendiri kelazatan Penang Coconut Jelly ni, kita orang parking di kawasan yang agak jauh sikit (takpelah kan? Sekali-sekala).

Susun atur dan kedai Joez Coconut Jelly ni kalau korang tengok ringkas (simple) je. Takde makanan sampingan yang disediakan, menu utamanya pun terhad untuk Coconut Jelly, Coconut Shake with Ice Cream Topping and Black Pearl (harga RM3.50) dan Pandan Coconut Juice serta produk daripada kelapa tu sendiri contohnya macam kelapa parut dan santan kelapa. Untuk harga sebenar Coconut Jelly dan Pandan Coconut Juice di Penang, i tak pasti berapa harganya tapi yang pasti ianya kurang daripada RM5.00. Kalau dekat kiosk / cawangannya di KL Sentral, harga  Coconut Jelly ialah RM4.70 dan Pandan Coconut Juice ialah RM4.00. Untuk harga, terus terang i cakap ianya dalam kategori mahal tetapi berbaloi untuk korang rasa. Disebabkan kesuntukan masa i tak sempat nak rasa kehebatan Coconut Jelly yang hangat diperkatakan orang. Menurut kata pekerja di Joez Coconut Jelly dan beberapa blog yang i baca serta gambar yang dorang letakkan (antaranya macam food.malaysiamostwanted). Jeli / Jelly yang terhasil di dalam Coconut Jelly bukan daripada bahan tambahan yang diletakkan tetapi, terbentuk di dalam kelapa tu sendiri (hebat kan?) Ianya melalui proses istimewa di mana kelapa tu dibakar dahulu dan disejukkan dengan kadar segera. Nak tahu jadi ke tak? Korang cubalah buat dekat rumah. Hehehe... Malah Coconut Jelly ni jugak boleh bertahan sehingga 4 atau 5 hari tanpa rosak (yang penting kena kekalkannya dalam suhu sejuk).

Alamat Penang Coconut Jelly / Joez Coconut di Pulau Pinang ialah :-

201, Jalan Dato Kramat
10150 Penang
Malaysia

Lokasi : Bersebelahan kedai 4D Sports Toto (Amaran : jangan gatal-gatal nak melencong sini pulak lepas beli air kelapa. Hehehe)
Nombor telefon : [04] 229 6063 & [016] 440 9049
Waktu perniagaan : 5:00 pagi hingga 7:00 malam (hari-hari bukak ke tak? Cuba korang telefon tuan kedai ni. I nak telefon malas. Kihkihkih)

Manakala untuk warga Kuala Lumpur dan Selangor, korang boleh menikmati di Kiosk Joez Coconut yang terletak di dalam KL Central (berhadapan CIMB Bank). Kiosk ini telah pun memulakan operasi pada 10 Januari 2011 (yeay!! bolehlah ajak member-member i datang sini).

Waktu perniagaan kiosk : Dari pukul 9:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari.

Emel : info@joezcoconut.com.my

Nota : Dengar kata dekat Manjung pun ada jugak Joez Coconut Jelly tapi diusahakan oleh ayahnya.

Nak tahu serba sedikit mengenai latar belakang / sejarah kewujudan Penang Coconut Jelly / Joez Coconut, keterangan mengenai produk kelapa yang disediakan dan lain-lain lagi. Apa kata korang jengah di website / laman web Joez Coconut ---> http://joezcoconut.com.my/main.html

Hah, jangan lupa LIKE Facebook Joez Coconut Jelly sekali sebab mana tahu ada tawaran menarik atau diskaun yang korang boleh dapat.

Ok, cerita tamat... jom kita tengok gambar pulak.



Disediakan fresh gitu

Glamour habis!! Hehehe...

Bahagian hadapan kedai Penang Coconut Jelly / Joez Coconut ada kiosk kecik untuk buat The Coconut Shake.

Satu untuk mama, satu untuk papa. Budak-budak kecik semua tak suka. Aiseyy... Mama Papa suka je sebab sedap!

Nampak tak black pearl dekat nun bawah air coconut shake? Sambil minum kunyah-kunyah pearl kenyal. Hehehe...

2 gambar dekat bawah ni daripada Facebook Joez Coconut Jelly



p/s : Semalam cuti berehat pos entry (letih sorang-sorang handle rumah untuk dua hari ni especially lepas balik kerja. Lagipun hubby out station). Kalau rajin, petang nanti ada entry baru. Tapi macam nak jalan-jalan pergi KL Sentral je kejap lagik. Hehehe...

Mar 24, 2012

Klebang Coconut Shake

Cuaca panas sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari kampung i di Johor, buatkan i selalu terfikir pasal Klebang Original Coconut Shake atau lebih dikenali dengan nama Klebang Coconut Shake. Tapi sebab kesuntukan masa dan takut lewat tiba di rumah nanti. Nak tak nak, i terpaksalah pendam keinginan i tu dalam hati je (alahai sedihnya...) Cuma kali ni, kita orang bertolak balik awal dari Johor (ehemm... nampak macam ada peluang ni). Jadi, bila i suarakan pasal Coconut Shake dekat hubby. Hubby pun setuju tanpa banyak soal (yeay!) Nasib baiklah jugak negeri Melaka ni ditengah-tengah perjalanan antara Johor dan Kuala Lumpur. Kalau tak, uhh... lambat lagiklah nampaknya dapat merasa Klebang Coconut Shake yang best ni.

Kira punya kira punya kira (berapa banyak kira daa...) rasa-rasanya dah dekat setahun i tak datang ke sini. Lama kan? Sampaikan i dah tak cam gerai / warung Klebang Coconut Shake. Kalau dulu, tempat beratur order coconut shake untuk take-away (bawa balik rumah) atau untuk makan, memang di tempat yang sama. Iaitu di tepi Jalan Pantai Klebang (bersebelahan dengan Stesyen Minyak Caltex). Waktu tu, ruang untuk makan dan tempat letak kereta pun tak banyak. Sesiapa yang nak duduk makan atau nak menikmati coconut shake kenalah jadi macam mata burung helang nak tangkap mangsa. Kalau buat selamba, memang sampai sudah, kena berdiri je (huhuhu... nangis).

Cuma sekarang ni, apa yang bestnya, gerai Klebang Coconut Shake dah ada improvement. Masih lagik mengekalkan lokasi gerai yang sama tapi kali ni, gerai di tepi Jalan Pantai Klebang tu hanya dijadikan sebagai tempat untuk sesiapa yang nak take-away aje. Jangan salah faham pulak, bila i sebut pasal take-away ni. Mana tahu korang fikir dah jadi macam Mc Donald Drive-Thru pulak (wah... hebat sangat tu. Tinggi betul imaginasi korang ye? Hehehe). Yang sebetulnya, korang masih kena hantar wakil / diri korang sendiri untuk beratur jugak. Kalau tak sanggup nak beratur maksudnya takdelah coconut shake. Untuk korang yang nak duduk dan makan di situ, korang boleh terus drive masuk di lorong / jalan bersebelahan warung asal Klebang Coconut Shake. Jangan risau, kawasan tempat letak kereta dan warung barunya lebih luas. Tandas pun ada disediakan. Selesa sikitlah berbanding dulu.

Nak tahu serba ringkas mengenai sejarah Klebang Coconut Shake? Meh, i ceritakan sikit.

Nama pemilik gerai Klebang Coconut Shake ini ialah Shafie Ahmad. Beliau merupakan seorang pesara tentera dan mula menjual air kepala serta tebu secara kecil-kecilan sejak hampir lapan tahun yang lalu. Pernah mendapat keuntungan hasil dari jualannya sebanyak RM5.00 dan melalui pelbagai detik sukar sebelum gerainya dikenali ramai. Atas dorongan keluarga dan beberapa kali percubaan untuk mendapatkan rasa yang sesuai, akhirnya beliau berjaya mencipta coconut shake yang lazat dan membangkitkan selera sesiapa yang merasainya. Menurut Shafie, tiada resepi rahsia di dalam pembuatan coconut shakenya. Beliau hanya menggunakan isi dan air kelapa yang segar serta aiskrim berjenama. Malah beliau sentiasa mengingatkan ahli keluarganya supaya rajin bersedekah, mesra pelanggan dan tidak berkira dengan pelanggan. Selain itu, beliau amat menitikberat mengenai kebersihan gerainya supaya pelanggan berasa selesa untuk terus datang ke gerainya.

sumber : Utusan

Alamat Klebang Original Coconut Shake ialah :-

231-1, Batu 3 3/4
75250 Klebang
Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesyen Minyak Caltex)

Koordinat GPS : 2.21551, 102.206132

No. Telefon :-

[013] 399 4061 - Shafie

Waktu operasi : Hari Isnin hingga Ahad dibuka dari pukul 12:30 hingga 6:30 petang, manakala untuk hari Jumaat pula, dari pukul 2:00 hingga 6:30 petang (cuti bila perlu).

Senarai harga minuman dan makanan di Klebang Original Coconut Shake (percaya tak? Harga ni tak pernah berubah dari dulu lagik. Kagum i) :-

Coconut Shake Biasa : RM1.50 (minum) dan RM1.80 (bungkus)
Coconut Shake Special : RM2.00 (minum) dan RM2.20 (bungkus)
Air Kelapa / Tebu 1 Gelas : RM1.00 (minum) dan RM1.20 (bungkus)
Air Tebu 1 Jug : RM5.00 (bungkus)
Air Tebu Tanpa Ais : RM1.20 (minum) dan RM1.50 (bungkus)

Nasi Lemak / Mee Goreng : RM1.20
Kuih 3 biji : RM1.00
Kuih 1 biji : RM0.40
Pulut Kuning : RM2.50

Dekat sini, i cuma suka minum air coconut shake je. Kalau tanya i untuk rasa makanan dekat sini pulak, pada i biasa-biasa je. Cuma anak i, Danish dan Ariana paling suka makan Donut bergula. Sampai tambah dua kali. Agaknya sedaplah tu. Hehehe... Ok, jom tengok gambar i sekeluarga yang happy dapat minum Coconut Shake.









Bekas coconut shake kalau tapau bawak balik rumah.


p/s : Sekarang ni mana-mana tempat dah ada coconut shake. Agak-agak korang siapa agaknya orang pertama yang cipta coconut shake ni kan?