Blogger templates

Showing posts with label Che Det. Show all posts
Showing posts with label Che Det. Show all posts

Jan 21, 2012

Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad

Hari ni mari kita teruskan kembara berjalan-jalan ke negeri Kedah Darul Aman di lokasi yang berlainan pula (dah macam tourist guide dah ni). Kalau sebelum ni i ada cerita pasal pengalaman i melawat Muzium Padi. So, hari ni i nak cerita pasal pengalaman i pergi ke rumah kelahiran Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang ke empat. Dah lama sebenarnya i teringin nak pergi rumah kelahiran Tun Dr Mahathir. Walaupun ikutkan tiap-tiap kali balik kampung i mesti lalu dekat depan rumah Tun ni. Tapi ada je perkara yang buat i tak berkesempatan nak pergi. Tup-tap-tup-tap lepas 7 tahun kahwin, akhirnya, dapat jugak i menjejak kaki ke sini. Adeh, lamanya kan? Tapi i rasa berbaloi jugak penantian i, sebabnya sekarang ni berhampiran kawasan rumah kelahiran Tun Dr Mahathir dah didirikan beberapa bangunan kayu yang cantik berkonsepkan rumah melayu dulu-dulu. Kiranya lagik banyak perkara yang boleh korang ketahui mengenai Tun Dr Mahathir sekarang ni berbanding kalau pergi waktu diawal pembukaannya (gitulah).

Rumah-rumah baru yang didirikan berfungsi sebagai auditorium dan dua balai pameran yang dipanggil sebagai Rumah Bumbung Lima dan Rumah Bujang.

Untuk Rumah Bumbung Lima ianya memaparkan bahan-bahan berkaitan biografi Dr. Mahathir, latarbelakang kekeluargaan, pendidikan beliau dari peringkat persekolahan sehingga ke Universiti, kariernya sebagai seorang doktor yang berjaya dan juga penulisan-penulisan beliau yang mempengaruhi pemikiran masyarakat.
Manakala untuk Rumah Bujang pula, bahan-bahan pameran di rumah ini memperlihatkan penglibatan Dr. Mahathir Mohamad dalam kegiatan-kegiatan politik dari peringkat awal sehingga menjadi ahli UMNO, ahli Parlimen, Menteri Kabinet dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke empat. Di sini juga memperlihatkan aktiviti-aktiviti beliau dalam pertubuhan yang dianggotainya sebelum menceburi bidang politik. Hobi, aktiviti rekreasi dan makanan kegemaran Dr. Mahathir juga dipamerkan dalam rumah ini.

Kemudahan lain yang turut disediakan di rumah kelahiran Tun Dr Mahathir ialah surau, wakaf untuk berehat dan tandas. Hah, tak jadi masalah pun nak duduk lama-lama kat sini, macam orang Kedah cakap, "macam-macam ada" (make sure tune longhat Kedah tu kena betul. Hehe).

Upacara perasmian rumah kelahiran Mahathir Mohamad telah dilakukan oleh Y.B. Dato' Sabbaruddin Chik iaitu Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada hari Ahad 20hb Disember 1992 bersamaan 26 Jamadil Akhir 1413.

Fakta menarik mengenai rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir ialah:-

Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh Mohamad Iskandar (bapa Dr Mahathir) dari seorang penjual yang pada masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Rumah ini telah dibina pada tahun 1900 (mak aih, korang kira berapa lama dah rumah ni wujud).
Semasa dibeli rumah ini belum dicat, berserambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Beberapa tahun kemudian barulah ditambah bahagian hadapan dan dicat. Rumah ini ketika dibeli dahulu mempunyai satu bilik sahaja dan tidak berelektrik. Ia berlantai papan dan bahagian anjung bersilingkan kain putih.
Mahathir (Tun Dr Mahathirlah tu) telah dilahirkan di rumah ini pada 20 Disember 1925. Beliau tinggal di rumah ini sehingga berkahwin dan berpindah ke rumahnya sendiri di Titi Gajah. Walaupun begitu Mahathir sering berulang alik ke rumah ini untuk berjumpa dengan ibunya.

Dan perkara menarik yang korang kena tahu mengenai makanan kegemaran dan kesihatan Tun Dr Mahathir ialah:-

Semasa kecil ibu beliau tidak membenarkannya makan ikan kerana mengikut kepercayaan orang tua-tua ikan menyebabkan cacing. Setelah dewasa Mahathir masih tidak makan ikan kecuali sardin, ikan bilis dan ikan kering. Dr Mahathir suka makan daging bakar cicah air asam. Beliau suka makan nasi ulam beserta dengan sayur keladi. Minuman kegemaran beliau ialah teh 'O' (eh-eh, favourite drink kita serupalah). Selepas makan beliau suka makan asam jeruk. Buah yang beliau minati ialah buah ciku.
Dr Mahathir  adalah seorang yang cukup berdisiplin dan selalu menepati masa. Beliau amat mengambil berat tentang kebersihan. Beliau tidak suka orang menghisap rokok. Beliau selalu bersenam dan beriadah.
Nak tahu banyak lagi fakta menarik mengenai Tun Dr Mahathir, korang kenalah datang sini.

Waktu Lawatan hari Selasa hingga Khamis ialah 10:00 pagi hingga 5:30 petang
Manakala untuk hari Jumaat pula ialah 10:00 pagi hingga 12:30 tengah hari dan bersambung kembali pada pukul 3:00 petang hingga 5:30 petang

Tutup hanya pada hari Isnin (kecuali semasa cuti umum dan cuti sekolah)

part yang best! Masuk adalah PERCUMA

Alamat : No. 18, Lorong Kilang Ais, Tepi Jalan Pegawai, Seberang Perak, 05000 Alor Star, Kedah
No. Telefon : [04] 7722319

Jom tengok gambar yang i ambil sepanjang berada di rumah kelahiran Tun Dr Mahathir pada 26hb Julai 2011. Jangan pelik pulak, macam mana i boleh ambil gambar walaupun terang-terang dah ada tanda 'no picture'. Tak kena tangkap ke? Kihkihkih... sebenarnya sekarang ni dah boleh je tangkap gambar. Don't worry k. Kalau korang tak tangkap gambar, Pak Guard dekat situ yang beriya suruh korang bergambar. Hehehe... sporting habis!

RUMAH KELAHIRAN MAHATHIR MOHAMAD








Meja tempat Dr Mahathir study



Nak baca keterangan lanjut mengenai ayah Dr Mahathir, sila klik dekat gambar ni.
Bilik Dr Mahathir 
Keputusan periksa Dr Mahathir. Jeng-jeng-jeng







Mangkuk 12 tingkat ni disediakan untuk pekerja (agak-agak ada lagik tak?)


Klasik habis pelita ni kan?

Lanca / beca ini digunakan Dr Mahathir untuk ke sekolah
Laluan ke pameran yang lain

RUMAH BUMBUNG LIMA



Ubat zaman dulu-dulu, dalam kaca tu!





RUMAH BUJANG



Teringat waktu kecik-kecik guna kentang buat cop waktu pendidikan seni




p/s : Bila masuk dalam rumah kelahiran Tun Dr Mahathir, i rasa macam back to the future gitu. Tak percaya? Cuba korang pulak pergi.

Jan 18, 2012

Buku Che Det

Kalau ditanya siapakah tokoh Perdana Menteri yang menjadi idola i. Jawapan i tak lain dan tak bukan ialah bekas perdana menteri Malaysia yang ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. I admire dengan kebijaksanaan beliau, ketegasan beliau dalam mengeluarkan hujah, pendirian beliau dalam menentukan hala tuju Malaysia, keberanian beliau menyuarakan pendapat, sentiasa berpandangan jauh dan yang paling i suka tengok ialah kemesraan antara beliau dan isterinya yang tercinta iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Dari muda sampailah tua, loving couple je selalu kan? (cute sangat. Hehe). 

Terpulang pada korang untuk pilih idola masing-masing tapi pada i kewujudan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia memberi impak besar untuk Malaysia sendiri. Tanpa usaha beliau selama 22 tahun belum tentu Malaysia dapat dikenali seluruh dunia. Walaupun i tau, ramai yang tak berapa suka atau kurang senang dengan Tun Dr Mahathir tapi anggaplah beliau sebagai orang lama yang dah banyak berjasa kepada negara. Takkanlah nak tunggu orang tu dah "takde" barulah kita nak kenang balik segala jasa yang dilakukannya (ish-ish-ish, tak baiknya...).

Eh, kenapa tiba-tiba i bercerita pasal Tun Dr Mahathir ni? Hehe. Sebenarnya, hari tu i terjumpa buku Che Det dekat atas meja boss i. Mula-mula i sangkakan album kahwin opismate so takdelah nak excited sangat pun tapi bila i belek-belek buku tu, i ternampak nama Che Det. Serta-merta i terfikir, "Che Det ni bukan ke nama timangan Tun Dr Mahathir?" Tanpa fikir panjang i terus pinjam daripada boss i siap bawak lari pergi meja i pulak. Seronok sangat bila baca dan tengok buku ni, sebabnya buku sebesar 30cm x 30cm dan setebal 4cm ni mengandungi 470 keping gambar Tun, yang menceritakan mengenai sejarah Tun diawal kemunculannya di dalam bidang politik sehingga saat-saat akhir Tun meletakkan jawatan. Buku terbitan daripada Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) ni akan buat korang rasa terharu, lebih-lebih lagi bila korang dapat melihat sendiri sisi sebenar Tun sebagai seorang suami, bapa, datuk, adik, perdana menteri, rakyat dan rakan sekerja. Terasa kasih sayang Tun tak berbelah bagi untuk semua orang yang berada disekelilingnya. Kalaulah Tun ni jadi atuk i (weee... sempat berangan pulak. Hehehe)

Menurut Bernama tujuan buku bergambar Che Det atau juga dikenali sebagai Che Det Coffee Table Book ini diterbitkan sebagai menghargai jasa dan sumbangan Tun Dr Mahathir kepada rakyat dan negara. Buku bergambar ini berkulit keras dan tebal, terdapat dua bahasa untuk setiap rencana yang dipaparkan (dwibahasa) dan kandungan pada buku ini terdiri daripada Era Mahathir (The Mahathir Era), Demokrasi Berparlimen (Parliamentary Democracy), Keluarga (Family), Politik (Politics), Kebajikan Masyarakat (Social Activities), Media, Hubungan Antarabangsa (International Relations), Pentadbiran (Administration), Negarawan (Statesman) dan Wawancara Khas (Exclusive Interview) Bernama bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Bagi kuantiti pembelian 100 unit ke bawah, harga buku ini ialah RM250.00 sebuah. Manakala untuk pembelian 100 unit ke atas harga yang ditawarkan ialah RM200.00 sebuah. Harganya memang agak mahal tapi pada i berbaloi dengan kualiti buku yang akan korang dapat. Sesuai sangat kalau nak jadikan buku ni sebagai bahan bacaan ringan dan antara koleksi wajib korang dekat rumah. Untuk membuat tempahan Che Det Coffee Table book korang boleh isikan borang (form) menerusi link bawah ini.
http://fotoweb.bernama.com/fotoweb/chedet/en/

Nak tau macam mana kandungan buku bergambar Che Det atau Che Det Coffee Table Book ni, jom tengok gambar dekat bawah.

Muka depan cover Buku Che Det
Ada 418 halaman muka surat. Woww
Kata alu-aluan Buku Che Det
Kandungan  dalam Buku Che Det
I paling suka tengok gambar Tun dalam artikel keluarga ni. Nak request Tun jadi atuk i jugak boleh? Hehe 
Gaya Tun sebagai seorang pemimpin
Alololo... sweet je kan?
Tun join aktiviti Family Day Jabatan Perdana Menteri. Sempoiii
Saat akhir Tun bergelar Perdana Menteri (nanges...)

p/s : I doakan Tun sentiasa diberikan kesihatan yang sempurna, cergas tubuh badan dan berbahagia dengan keluarga tercinta. Kenangan dua kali bersalaman dengan Tun tahun 2004 takkan i lupakan sampai bila-bila. Ada lagi ke tokoh pemimpin yang hebat macam Tun eh? Love Tun.