Blogger templates

Showing posts with label Cool Blog. Show all posts
Showing posts with label Cool Blog. Show all posts

Jan 16, 2013

Cool Blog

Kalau korang nak tahu CoolBlog bukanlah seorang blogger yang terkenal ye tapi secawan minuman untuk disedut... Hehehe... Sebenarnya i dah lama tahu kewujudan CoolBlog sebelum kemunculan Heliza Helmi sebagai Duta CoolBlog lagik (eee... suka betul tengok gaya Heliza beliak-beliakkan mata jadi comel. Kalau mata i yang sepet nak buat beliak-beliak macam ni confirm jadi tah hape-hape. Hahaha!) Tempat pertemuan pertama di antara i dan CoolBlog ialah dekat Kawasan Rehat Jejantas Sungai Buloh (ewahhh... Macam story kisah cintalah pulak. Hihi...) Tapi tak tahulah kenapa, i takde keinginan langsung nak rasa minuman jenis bebola hitam waktu tu. Mungkin juga sebab i ni jenis orang yang kurang minum minuman sejuk atau berais, nafsu nak merasa tu takdelah membuak-buak sangat. Walau macam mana pun, i akui i tertarik sangat dengan kombinasi warna pink dan purple yang digunakan dekat outlet CoolBlog (serius cute! Pandai... orang yang pilih warna tema untuk CoolBlog).

Tapi semenjak-dua-menjak dah terjatuh cinta dengan minuman Chatime (macam yang i ceritakan dekat entry yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/11/chatime-malaysia.html), i jadi addicted nak cuba semua minuman yang jenis ada bebola hitam. Kononnya senang i nak buat perbandingan mana satu minuman yang paling best. Lepas tu boleh buat suggestion untuk korang pulak (baik tak i? Hehehe). Sebelum i ceritakan pengalaman i bersama CoolBlog, jom kita baca dulu latar belakang CoolBlog ni.


Sejarah CoolBlog

CoolBlog pertama kalinya dilancarkan di Singapura pada tahun 2005. Ianya adalah satu jenama antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan hidangan pencuci mulut dan minuman di bawah satu konsep kiosk yang boleh dibawa pulang. Matlamat CoolBlog ialah menggabungkan rasa buah-buahan semulajadi dengan ais. Produk CoolBlog kini adalah merupakan perintis pertama di Singapura dan Malaysia yang memperkenalkan hidangan pencuci mulut serta minuman dengan 25 perisa bersama-sama 300 jenis produknya yang lain.

Sumber : Laman web CoolBlog
Olahan oleh : Reenaonline


CoolBlog Halal Ke?

Jurucakap Coolblog Dessert Sdn. Bhd., Muhammad Daniel Koh Abdullah berkata, melihat kepada pasaran tempatan di negara ini yang majoritinya umat Islam, pihaknya membuat permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan halal. "Kita tahu, kehendak setiap orang adalah berbeza. Kita menubuhkan syarikat ini kerana melihat produk ini masih belum ada dalam pasaran tempatan dan bertujuan untuk memenuhi perbezaa cita rasa ramai. Walau bagaimanapun, dalam memenuhi cita rasa itu, kita juga perlu menitikberatkan status halal minuman tersebut kerana masyarakat di negara ini sangat mementingkan produk yang halal. Oleh itu, kami berusaha mendapatkan sijil halal bagi memastikan umat Islam turut dapat menikmati produk kami dengan yakin. Ini juga kerana kuasa beli 100 peratus adalah terletak di tangan pengguna," katanya ketika ditemui.

Syarikat minuman segera yang mengambil konsep dari Singapura itu telah beroperasi di negara Malaysia sejak 2008 dan kini mempunyai 220 cawangan di seluruh negara. Bagi mengekalkan status halal tersebut terjamin, Muhammad Daniel berkata pihaknya akan membuat ujian makmal terhadap setiap produk yang dipasarkan dan memastikan setiap proses kerja dilakukan dengan kemas."Pihak penguatkuasa akan membuat pemantauan berkala, jadi syarikat perlu memastikan semua perkhidmatan diuruskan dengan baik sebagaimana yang telah digariskan oleh Jakim dalam menentukan kriteria produk halal.

Artikel penuh melalui Utusan Malaysia


Pendapat / Ulasan / Review mengenai CoolBlog berdasarkan pengalaman i

1. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada Chatime iaitu bermula dari harga RM1.80 hingga RM3.50 (fuhhh... jimat habis!)
2. Tak payah nak tambah topping bagai, harganya yang dinyatakan dah termasuk dengan pearl / bebola hitam (ni kalau Chatime dah kena caj tambahan RM1.00 untuk pearl).
3. Minuman yang i cuba ialah Yam Milk Tea (harga RM1.80). Tak sure samada rasanya memang tawar ke atau CoolBlog sendiri amalkan kempen kurangkan gula untuk menjaga kesihatan (tak berapa kick sangat laa...).
4. Rasa Yam nya pun kurang power gara-gara campuran antara ais yang banyak dan gula yang kurang.
5. Kesimpulan yang dapat i putuskan, kalau teringin nak kunyah-kunyah pearl dengan penjimatan harga dan rasa ekonomi, CoolBlog adalah jawapan yang bersesuaian (gitu...)
6. Keseluruhan i bagi 3 bintang daripada 5 bintang. Agaknya kalau i pilih CoolBlog harga RM3.00 dan ke atas, rasa dia bertambah best kot. Takpe, next time i cuba minum CoolBlog yang 'mahal' sikit daripada sebelum ni k. Hehehe...
7. So far, Chatime masih mengekalkan tangga teratas untuk minuman jenis bebola hitam kategori pilihan tekak i.

Lokasi CoolBlog untuk gambar dekat bawah ialah di Tesco Setia Alam (berhampiran dengan food court). Kalau ada antara korang pernah minum CoolBlog yang best dan mantap, janganlah malu-malu kucing bagitahu i lokasinya ye. Kalau sempat, bolehlah i terjah ke sana.







p/s : Alololo... Heliza buat gaya beliak mata sambil nganga mulut pun nampak comel. Kalau i buat macam gini, umpama mintak pelempang je.