Blogger templates

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Feb 12, 2013

Resepi : Badak Berendam

Assalamualaikum kawan-kawan!

Dah lama kita tak main masak-masak kan? So, kali ni i nak kongsikan dengan korang step by step resepi badak berendam untuk korang cuba. Kalau i boleh buat, korang pun mesti boleh punya! (Ewah.... semangat badak berendam gitu. Hehehe). Badak berendam ni kalau korang nak tahu, adalah antara kuih favourite i untuk berbuka sepanjang bulan Ramadhan. Tapi peliknya kalau bulan-bulan lain, takdelah i hairan sangat nak makan kuih ni. Nak sebut nama 'badak' pun tak teringat. Memandangkan stok badak berendam ni selalu sangat jadi masalah untuk i dapatkan dekat mana-mana pasar / bazaar Ramadhan especially yang betul-betul kena dengan tekak i yang rakus ni. Jadi i ambil keputusan nak cuba buat sendiri dekat rumah (baru puas hati ku!) Apa taknya bila beli kuih badak berendam ni asyik terjadi konflik dalam diri je. Yelah, karang kalau beli banyak-banyak takut tak sedap pulak. Bila dah belinya sikit, tak puas pulak makan sebab cepat sangat habis gara-gara sedap (hadoi! Masalah betul! Hahaha).

Sekarang bila dah terror buat sendiri (eceh-ceh-ceh). Rasanya, i dah tak hairan sangat dah dengan mana-mana kuih badak berendam dekat pasar / bazaar Ramadhan tu. Lagi best, badak berendam yang i buat ber colour pink gitu (kau hado? Hehehe). Lepas tu bila anak-anak i tanyakan apa nama kuih yang i buat ni, automatik otak i berikan nama cute - pinky hippo. Keh-keh-keh... Kang bila sebut nama badak berendam, letih pulak nak bersoal-jawab dengan dorang. "What is badak, Mama?" "Badak should live in a zoo" "Why we can eat this badak, Mama?" Adehhh... nanti badak tah ke mana, mama yang kelaparan tak dapat makan badak gara-gara menjawab soalan genius dorang nanti. So far, bila i sebut nama pinky hippo, dorang kekaguman dengan muka excited. Siap tak sabar nak tunggu macam mana rupa pinky hippo ni bila masak. Hahaha! Yes, teknik nama baru menjadi nampaknya. Senang kerja mama. Kihkihkih.

Macam biasa, jemput-jemputlah masuk dapur i yang tak seberapa ni. Anyway resepi ni i refer dari Kak Besah (thanks Kak, memang terbaik lah!) Ada 3 langkah yang perlu korang ikuti. Jom!


LANGKAH 1

Bahan-bahan untuk Inti Kelapa :

Sebiji kelapa parut (ambil bahagian putih yang lembut je tau)
1 cawan gula merah
1 cawan air
3 sudu besar gula pasir (secukup manis)
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu kecil garam

Cara-cara untuk buat Inti Kelapa :

1. Gula merah dimasak bersama-sama dengan air. Bila mendidih. Tutup api dan ketepikan.
2. Sediakan kuali, masukkan kelapa parut, gula, daun pandan, garam dan gula merah yang telah dimasak tadi. Gaul sebati semua bahan-bahan, masak sehingga kering dan berkilat.
3. Sejukkan dan bulat-bulat inti kelapa dengan cara menggenggamnya dengan kuat dan padat (agak-agaklah saiz yang sepatutnya untuk badak berendam korang. Jangan buat sama besar dengan badak sebenar sudah. Hehehe...)


LANGKAH 2

Bahan-bahan Untuk Kuah :

2 1/2 cawan santan
2 sudu tepung beras
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara-cara untuk buat Kuah :

1. Campurkan kesemua bahan, kacau atas api sehingga pekat, lebih kurang 10 minit dan ketepikan.


LANGKAH 3

Bahan-bahan (untuk 20 hingga 25 biji) :

2 cawan tepung pulut
Lebih kurang 1 1/2 cawan perahan air daun pandan (i gunakan 1 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil pandan flavour / perisa pandan jenama Nur)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna (suka hati nak pilih warna apa)
2 helai daun pandan disimpul
Inti kelapa secukupnya

Cara-cara :

1. Campurkan garam pada air pandan. Kemudian gunakan campuran itu untuk menguli tepung pulut sehingga menjadi doh yang senang dibentuk. Jangan lupa titikkan sedikit pewarna.
2. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan leperkannya. Letakkan inti di dalamnya, kelim rapat dan bentukkan kembali menjadi bulat. Buat sehingga habis. Letakkan atas plastik atau paper baking untuk mengelakkanya dari melekat.
3. Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan. Selepas itu, masukkan semua 'badak' / bebola pulut tadi kedalamnya.
4. Bila kesemua 'badak' / bebola pulut timbul / terapung, biarkan mendidih lebih kurang 3 hingga 4 minit, barulah angkat dan toskan.
5. Sedia dihidangkan bersama-sama kuah (hoorey!)

Untuk gambaran lebih jelas bagaimana proses Badak Berendam dilakukan. Silalah lihat gambar di bawah.

Good luck!












p/s : Comel tak pinky hippo i? Hehehe...

Jan 22, 2012

Malay Village Restaurant

Korang pernah makan dekat Malay Village Restaurant atau dalam bahasa melayunya ialah Restoren Kampung Melayu. Eh ada nama melayu ke restoren ni? Hehe... tak payah korang susah-susahkan diri nak translate ke bahasa melayu, memang restoren ni guna nama mat salleh aje (hamboi!).

Walaupun i orang Johor, tapi sebab dah lama sangat menetap lama dekat Selangor. Bila sekali-sekala cari kedai makan dekat Johor, i sampai jadi pening tak tahu nak makan dekat mana? Dan kejadian ni berlaku sewaktu penghujung bulan puasa tahun 2011. Wah, kiranya esok dah Hari Raya dah. Kalau orang lain dah sibuk berperang dekat dapur nak masak untuk Hari Raya. Tapi i pulak boleh jalan-jalan cari makan lagi, sehari sebelum Hari Raya. Alaa... pelik ke? Tak pelikkan? Hehehe...

Nasib baiklah handphone zaman sekarang ni serba canggih sebab boleh tengok internet. So sebelum azan Maghrib berkumandang tak lama lagik. Dengan sepantas kilat i mencari sumber-sumber makanan yang boleh kita orang makan sewaktu berbuka nanti. Cari punya cari, ramai pulak yang buat entry pasal Malay Village Restaurant. Ada yang kata sedap dan ada yang kata boleh la! (mulut kena nganga besar sikit waktu perkataan 'la' tu. Hehe). Malas nak mencari info lain lagik, dah tu masa pun amat mencemburui i. Ditambah pulak dengan memikirkan restoren lain pun confirm dah penuh dengan tempahan untuk berbuka puasa. I dan hubby pun decide untuk pergi ke sini je. Nasib baiklah waktu i telefon Malay Village Restaurant, reservation dekat situ belum penuh lagik (lega-lega).

Ikutkan ada dua lokasi Malay Village Restaurant di Johor. Satu di alamat :-

Kolam Air Branch
No. 9A, Jalan Kolam Air
80100 Johor Bahru
Johor
No. Telefon : [07] 221 1221

dan satu lagik di alamat :-

Kolam Nusa Bestari Branch
No. 51, Jalan Bestari 1/5
Taman Nusa Bestari
81300 Johor Bahru
Johor
No. Telefon : [07] 512 6020

Kita orang berbuka puasa di cawangan Malay Village Restaurant di Kolam Nusa Bestari. Ingatkan bolehlah order makanan ala-carte. Rupa-rupanya sepanjang bulan puasa, dorang hanya sediakan buffet Ramadhan je. I tension nak makan makanan buffet style ni sebenarnya. Sebab apa? Sebab selalunya tak pernah menguntungkan i pun. Paling banyak i boleh telan pun cuma satu pinggan setengah (siap ada setengah tu. hihihi), nasib baiklah untuk budak yang belum sekolah dia tak kenakan sebarang caj. Jadi kebanyakan makanan i, i pass dekat Danish dan Ariana.

Harga untuk buffet Ramadhan = RM29.90 (Dewasa) dan RM15.90 (Kanak-kanak).

Kalau tanya pendapat i sedap ke tak makanan dekat sini? I rasa i pilih jawapan yang ada sebut perkataan 'la' sambil nganga mulut tu (boleh la!) Hehehe. Makanan buffet Ramadhan yang disediakan, simple je pada i, tak banyak pilihan yang menarik. Mungkin lain kali mana tahu kalau i cuba makanan ala-carte, i tukar jawapan jadi sedap pulak ke? Tak tahu jugakkan? Takpe, next time kalau i makan dekat sini lagi, i buat review pasal makanan lain pulak.

Dan yang paling-paling i tak sangka waktu berada dekat sini, bila ada orang tegur i, "Eh, boleh tanya? Akak ni Reena online ke?" Terus serta-merta i diserang perasaan panik sekejap (duh... budget retis ke hape? Hahaha) Bukan paniklah, terkejut je. Kalau dah sebut perkataan Reena online, tak lain dan tak bukan confirm sangat-sangat yang tegur i ialah kawan-kawan blogger. Sambil mengunyah makanan, otak i ligat nak ingat balik (recall) muka sorang-sorang kawan blogger yang biasa jengah blog i. Selalu sangat terjadi bila orang lagik senang nak cam i dekat luar berbanding i nak cam orang yang cam i tu (paham tak apa yang i nak terangkan ni? Tak paham? Takpe, sila buat-buat paham. Hehehe). Yeay, setelah berhempas pulas mengingatkan balik, kalau korang nak tahu, orang yang tegur i tu tak lain dan tak bukan ialah Tny dari blog http://3tny.blogspot.com/ Tak sangka dapat bertentang mata dalam dunia realiti gitu. Insya-Allah, kalau dapat jumpa lagik, kita borak panjang-panjang k.

Semua gambar dekat bawah menggunakan Nikon D5100. Waktu ni, Nikon D5100 baru seminggu i beli. Kebanyakannya i guna set AUTO je.


Ni je makanan yang i rasa paling best. Ni je?!
Pinggan hubby i dah licin, pinggan i? Wuu... pengsan.
I rasa macam tak padan je harga RM59.80 dengan makanan yang i makan. Macam mana tu?
Hello Tny! Tinggi rupanya Tny ni, ok lain kali i kena pakai high heel pergi mana-mana

p/s : Agak-agak bulan puasa 2012 ni harga buffet Ramadhan dekat sini sama lagik ke? Jom kita teka.


Jan 17, 2012

Aiskrim Tutti Frutti

Korang dah pernah makan aiskrim Tutti-Frutti? Ohh, ada yang belum pernah cuba lagik eh? Takpe, nanti senang-senang pergilah cuba rasa aiskrim Tutti-Frutti. I mula-mula merasa makan Tutti-Frutti ni pun bila follow kebanyakan status Twitter artis. I sangkakan rupa Tutti-Frutti macam makanan buah-buahan beku (frozen fruit), lorr.. rupa-rupanya Tutti-Frutti ni sebenarnya aiskrim (tihihi.. malu je kan?). Selain dipanggil sebagai aiskrim Tutti-Frutti ianya juga dikenali sebagai FROYO. Uikss, Froyo tu apa? Hehe... tu nama singkatannya, kalau nama panjangnya pulak Frozen Yogurt (hehehe... macam-macamlah).

Untuk pengetahuan korang, Tutti-Frutti mula beroperasi pada bulan Oktober 2009 dan lokasi pertamanya di Malaysia ialah di Sunway Pyramid. Waktu tu tak ramai lagi yang tahu pasal Tutti-Frutti walaupun dah muncul beberapa franchise Tutti-Frutti ni di tempat-tempat lain. Kalau pergi makan dekat kedai Tutti-Frutti waktu tu lengang aje tak ramai orang. Nak buat pilihan pun senang, tak kelam-kabut langsung. Sampaikan i sendiri pun pelik, siap terfikir, "betul ke ini kedai Tutti-Frutti yang glamour sangat tu?"

Haha... tapi itu dulu, sekarang tidak lagi. Kalau korang nak tahu, ada lebih kurang 42 outlets Tutti-Frutti yang ada di seluruh Malaysia. Jadi tak jadi masalah kalau ada ibu-ibu yang mengidam nak makan Tutti-Frutti bila balik kampung. Untuk mengetahui lokasi / alamat Tutti-Frutti yang berhampiran dengan rumah korang, bolehlah klik dekat link bawah ni k :)

Walaupun Tutti-Frutti ni menyelerakan tapi pada pendapat i harganya still lagik dalam kategori mahal. Kalau nak jadikan Tutti-Frutti makanan harian tu, kena fikir dalam-dalam dulu. Jangan ikutkan nafsu sangat. Bukan apa, keseronokan memenuhkan mangkuk Tutti-Frutti boleh buat kita jadi lupa diri sekejap. Dan secara tiba-tiba boleh mengundang rasa terkejut di depan cashier bila harga yang terpampang dekat skrin monitor melebihi budget yang ditetapkan. Waktu tu, mulalah nak buat muka kerut-kerut, sambil fikir, telan air liur tu lagi sedap daripada telan Tutti-Frutti (kihkihkih). Kenapa i cakap macam ni? Sebab inilah pengalaman pertama i yang terjadi waktu makan Tutti-Frutti tanpa sedar diri (nanges...).

Ada empat cara / langkah yang korang kena buat sewaktu nak mula makan di Tutti-Frutti. Pertama, pilih saiz mangkuk aiskrim. Kalau untuk first-timer i cadangkan pilih mangkuk kecil dahulu kecuali kalau budget korang tu memang besar. Kedua, pilih perisa aiskrim yang korang gemari. Nak campur-campurkan perisa aiskrim pun boleh jugak. Ketiga, tambahkan topping pada aiskrim korang. Waktu ni korang akan jadi rambang mata sekejap sebab kesemua topping yang ada di Tutti-Frutti sedap-sedap belaka, ada buah-buahan, coklat, biskut, kacang dan lain-lain lagi (iya, sila bawa bertenang. Hehe). Yang keempat atau yang terakhir sekali ialah selepas selesai upacara meletakkan topping, mangkuk aiskrim korang akan ditimbang oleh pekerja Tutti-Frutti dan kadar bayaran / harga yang dikenakan adalah berdasarkan pada berat mangkuk aiskrim korang tu. Semakin berat confirm lah semakin mahal kan? Takkanlah makin murah (ajaib-ajaib hehehe).

Harga bagi 100gram berat Tutti-Frutti = RM5.30 (silalah buat pengiraan sendiri ye. Hehe)

Ok, sekarang korang dah tau macam mana nak makan Tutti-Frutti kan? Jomlah berTutti-Frutti semua.



p/s : Area rumah i pun tak lama lagik nak bukak kedai /outlet Tutti-Frutti. Fuhh... mintak-mintak anak i tak paham apa bendalah Tutti-Frutti ni. Hehehe

Jan 11, 2012

Resepi : Waffle Rangup

Hye & assalamualaikum (alololoo... suwit je kan bila start entry cakap macam ni. Hehe). Ok, ingat lagik tak entry i pasal Waffle Maker brand Takada tu? (Klik dekat nama Waffle Maker brand Takada tu, kalau nak tahu lebih lanjut). Jeng-jeng-jeng, sape tak ingat tu mesti banyak makan semut. Eh! Haha... gurau jelah.

So, sambungan daripada entry tu, i janji nak bagitau korang satu resepi rahsia (secret recipe gitu) macam mana nak buat waffle jadi rangup (yeay!! Bestkan?) Resepinya memang simple habis dan tak perlu korang bermandi peluh nak siapkan sampai 5 jam, tak pun bangun seawal 4:00 pagi semata-mata nak menikmati seketul waffle (fuhh, parah betul. Sekali buat kompom tobat tak nak buat lagi. Hehe). Yang best, tak sampai 15 minit korang prepare untuk resepi ni, tau-tau dah bakar waffle dalam waffle maker. Gila kentang abes!

Resepi ni i jumpa dekat Sweetlillykitchen (mekacih awak, akhirnya saya tau kenapa waffle saya tak crunchy). Dan ikutkan resepi ni lebih kurang sama je macam resepi dekat entry i yang ni http://www.reenaonline.com/2010/01/resepi-pancake-aka-lempeng.html tapi rupa-rupanya untuk jadikan waffle ni rangup ada satu tambahan bahan rahsia yang i pun baru tau. Patutlah selama ni i buat waffle tak pernahnya kerangupan tu bertahan lebih daripada 10 minit (adehh). Lepas aje 10 minit waffle tu mesti jadi lembik. Waktu tu nak makan pun serta-merta jadi boring. So, sejak masukkan bahan rahsia nilah, permintaan waffle daripada hubby dan anak-anak i semakin rancak. Sampaikan hari-hari buat breakfast pun mesti dorang nak pilih waffle jugak. Takpe, yang penting waffle tergolong dalam kategori makanan berkhasiat. Takde pewarna atau perisa tiruan ya kengkawan, hehe.

Nampaknya muka korang semua dah tension baca entry ni sebab resepi waffle rangup tak keluar-keluar jugak. Ok-ok tak nak seksa korang, haha. Selamat mencuba k, inilah resepinya :)

Bahan-bahan untuk 2-3 orang makan :
  • 12 sudu besar tepung gandum (i bubuh penuh-penuh satu sudu besar macam bukit)
  • 2 sudu kecil yis kering (i guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang i bagitau tadi)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan (i suka brand Buttercup)
  • 1 cawan susu segar dalam suhu bilik (i suka brand Dutch Lady Full Cream Milk)
  • 1 biji telur dalam suhu bilik. Nak cepat kurangkan kesejukkan telur tu, korang rendam dalam air panas seketika
  • 1 sudu besar esen vanila (i tak letak pun sebab takde. Hehe)
  • Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)
Cara-caranya :

1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk (apa itu whisk? Korang boleh tengok dekat gambar bawah ni). Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. Macam i sendiri, i letak 1/2 cawan air panas/suam je dan i tambah sikit-sikit bila tengok adunan still lagik pekat.


2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang nyanyilah lagu, eh, panaskanlah waffle maker tu [:P]




3. Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.

4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)

5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi i nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle korang dah masaklah tu.



7. Hidangkanlah waffle korang dengan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. Woww!! Sedapkan?? Akhir kata, selamat menjamu selera korang :)



p/s: Amacam, menggoda tak tengok waffle i tu? [angkat-angkat kening]

Oct 13, 2011

Nasi Kandar Fareed Line Clear

Sebenarnya i tahu kewujudan gerai Nasi Kandar Fareed Line Clear ni through rancangan Jalan-jalan Cari Makan (memang rancangan feberet i ni!) Terkejut jugak bila dapat tau location gerai makan ni dekat dengan rumah i. So, one day tu sempatlah merasa makan dekat sini. Yang kelakar waktu i dan hubby makan dekat situ, orang kedai tu beriya-iya layan kita orang (mekasih ya!). Tak sure samada dorang ingat kita orang ni orang TV3 jugak ke (tah-tah dorang tau i ni blogger kot. Ceh-ceh-ceh). Hehe. Tapi memang best sangat nasi kandar dekat sini. Lauk dia ada macam-macam. Peninglah sekejap nak pilih lauk yang mana satu. Dan yang special pasal nasi kandar dekat sini. Korang boleh pilih samada nak nasi color kuning atau nasi putih. Eh, nasi color kuning? Ha... pelikkan? Kalau mengikut apa yang Qi cakap dalam Jalan-jalan Cari Makan. Nasi color kuning ni diperbuat dari kunyit  dan resepi ni diwarisi dari ayahnya. Rasa nasi color kuning macam mana? Err, susah i nak describe macam mana rasanya. Tapi yang penting rasanya best sikit daripada nasi putih (boleh gitu? Hehe).

Kalau korang nak try merasa Nasi Kandar Fareed Line Clear ni. Lokasi dia sebenarnya terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Bukan di dalam kawasan perumahan tetapi di tepi jalan besar menuju ke kawasan kilang Sungai Buloh. Memang susah sikit i nak describe kedudukan Nasi Kandar Fareed Line Clear ni, terutama untuk orang-orang yang tak biasa masuk kawasan Sungai Buloh. Setelah meng'google' akhirnya i jumpa info dari sorang blogger ni. Entry dia memang habis lengkap untuk Nasi Kandar Fareed Line Clear. Kagum betul i (kompom peminat setia Nasi Kandar Fareed Line Clear ni. Hehe). Dan info-info di dalam entry dia memang sesuai untuk rujukan korang yang baru first time nak try makan dekat sini. So, korang boleh tengok dekat link bawah ni k.

Dan melalui entry blogger ni jugak, i baru tau yang Nasi Kandar Fareed Line Clear dah bukak satu lagi cawangannya dekat Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Tapi kali ni cawangan baru Nasi Kandar Fareed Line Clear bukan gerai lagik tapi dah upgrade ke sebuah restoran (wah.. nampak sangat i dah lama tak datang sini. Banyak info ketinggalan). So, korang jom kita pi makan nasi kandar, jom. Hehe




p/s : Tak cuba, tak tau. Dah cuba terus nak makan lagik. Eceh-ceh.

Oct 9, 2011

Restoran Saba

Korang suka makan makanan arab tak? Kalau suka makanan arab, korang mesti dah pernah makan dekat Restoran Saba ni kan? (tapi dalam arab ejaannya Restoran Saba') Kalau tak pernah pergi, korang memang suka naik bas loncat-loncat sebab tu lambat sikit *hehe~pepandai je. Gurau je lah*

I pun baru awal tahun ni berkenalan dengan Restoran Saba. Ni pun berkat hasutan dari opismate i yang hobinya pun suka makan *sama macam i. Hihi* Lepas dengar cerita opismate i betapa sedapnya makan dekat Restoran Saba ni, i terus ajak hubby pergi Cyberjaya lepas balik kerja. Bayangkanlah punya bersusah-payah i dari KL pergi ke Cyberjaya menempuh jammed yang tak ingat semata-mata nak merasa makanan arab yang diperkatakan opismate i tu *dahsyat-dahsyat*. Kalau tak sedap, memang umpama buat kerja gila kita orang jadinya. Haha.

Location Restoran Saba dekat Cyberjaya ni memang pelik sangat-sangat. Kalau setakat dengar map mulut dari opismate i tu, i rasa kompom i balik rumah dengan perut kosong. Masa nilah GPS Garmin memainkan peranan penting untuk membawa tuannya ke jalan yang benar eh, Jalan Perdana, Cyberjaya. Hehe.

Review / ulasan penuh untuk Restoran Saba, korang picit link sini ---> http://www.reenaonline.com/2013/02/saba-restaurant-restoran-saba-cyberjaya.html



Sampai-sampai dekat Restoran Saba, orang still tak ramai lagik. Dan suasana Restoran Saba ni, korang tak akan rasa macam kejakunan sangat. Maksud i, takdelah macam masuk restoran arab yang lain-lain tu. Yang bila masuk macam nak buat tarian gelek je *tipu je, mana adalah! Haha*.



Tengok tang menu dia, i dah pening kepala mana satu nak pilih? Nampak semua sedap-sedap. Cuma yang i ingat, kawan i ada sebut pasal 'Kabsah' dengan 'Mandi'. Eh, bukan Mandi Pagi ye kengkawan. Mandi Hadas lagiklah bukan. Hohoho. Ni menu Ayam dengan Kambingnya yang Mandi. Perut pun dah keroncong, so i dan hubby pilih 2 set untuk Kabsah Lamb (1 = RM15.00) dengan 2 set untuk Kabsah Chicken (1 = RM10.00). Lepas tu buat tambahan Nasi dengan Sup Kambing. Semua order ni kita orang bungkus untuk makan dekat rumah.


Sementara nak tunggu order siap, i try rasa air Bavaria perisa epal dekat sini. I pernah terbaca dekat satu blog pasal bestnya air Bavaria ni. So alang-alang dah sampai, nilah masanya kita mencuba segala makanan/minuman baru. Rasa air Bavaria ni, umpama macam minum air sparkling Ribena. Cuma dia perisa epal je.

Macam mana pun, i nak puji sangat-sangat servis Restoran Saba dekat Cyberjaya ni. Pantas betul! Tak sampai 10 minit semua order dah siap. Air yang order tu pun tak sampai separuh minum. Macam tau-tau je i dan hubby kelaparan, nak balik rumah cepat-cepat. Haha.
Sampai je dekat rumah. Dah tak toleh kiri-kanan lagik dah. Semua mengadap makanan dengan rakusnya. Tapi dalam sibuk makan tu, tak habis-habis kita orang dok cakap perkataan yang sama, "sedapnya!" Dan disebabkan kesedapan yang melampau tu, i sampai tak sempat nak tangkap gambar-gambar makanan semua. Habis licin pinggan mangkuk kita orang hari tu. Tapi i nak ingatkan dekat korang, kalau pergi Restoran Saba, korang kena make sure perut tu sehabis kosong sebab Nasi dia memang penuh satu pinggan besar. Time perut macam ala kadar je lapar, i rasa kompom i tak habis makan. Haha. Nasi dia memang perfect, lembut sangat. Termasuklah isi kambing dengan ayam, lembut gile! Tak payah nak kunyah over-over macam sesetengah restoran lain *nama dirahsiakan. Haha* Dan yang paling i suka cili tomatonya. Sedap sangat! Memang keputusan pergi Restoran Saba haritu memang tak mengecewakan, mengenyangkan lagik adalah. By the way, i rasa harga makanan dekat Restoran Saba ni memang affordable dan berbaloi-baloi berbanding dengan restoran arab yang lain. Murah + Sedap = Datang Lagi dan Lagi. Hiii~

Untuk korang yang tak pernah sampai lagik. Bawah ni i sertakan dua alamat cawangan Restoran Saba (Saba Restaurant):

Cyberjaya
4800 Suite 0-2, Ground Floor
Block A1, Jalan Perdana
CBD Perdana, Cyberjaya
63000 Selangor.
Tel: [03] 8320 2544

Kuala Lumpur (KL)
1-01 Dataran Jelatek
Jalan Jelatek, Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
Tel: [03] 4251 2592
Fax: [03] 4251 2590

Tak pun korang email pertanyaan korang dekat enquiry@saba.my *mana tau nak tanya resepi ke? Hehe*


p/s: Owner Restoran Saba takde voucher free ke untuk i? Habis dah i promote restoran u bukan dekat family i je, ni hah, satu internet i promote *sengih kerang comel*. Ok, cukup bulan nak datang lagik. Mekacih sebab masak makanan yang sedap.


Aug 19, 2011

JM Bariani House

Dekat Johor memang famous dengan masakan yang best-best. Salah satunya Nasi Beriani. Banyak sangat versi ejaan Beriani ni, sampai tak tahu nak guna ejaan yang mana satu. Ada yang saya tengok ejaan dia Beryani, Biryani pun ada jugak dan entry yang saya nak buat pulak ni nama Restoren dia - JM Bariani House.

Tak kisahlah macam mana kita nak mengeja perkataan Beryani, apa pun yang penting sedap ke tidak Beryani yang kita nak makan tu. Hehe.
Selalunya setiap kali balik Johor, saya memang dah biasa dengan mana-mana Restoren yang ada Nasi Beriani yang sedap ni. Tapi sepanjang duduk dekat KL / Selangor ni susah sangat saya rasa nak dapat masakan Beriani yang sama power macam dekat Johor ni *dahsyat kan tekak orang Johor ni. Hehe*

So, sesape yang teringin atau ngidam nak makan Nasi Beriani style Johor ni, korang boleh try pergi dekat JM Bariani House. Ada banyak sebenarnya cawangan JM Bariani House dekat area Kuala Lumpur dengan area Selangor. Korang boleh check dekat sini hokeh.


Part rasa Nasi Beriani dekat JM Bariani House ni boleh dikatakan memang lembut dan sedap nasi dia, cuma part isi kambing dia je tak sebesar macam makan dekat Johor *tihihi~saya memang suka makan kambing walaupun tau kolestrol dia 'Masya-Allah' boleh buat migrain kepala otak*. Sekali-sekala layan kambing takpe, tiap-tiap hari pengsan jadinya.

Anyway dekat bawah ni ialah pic JM Bariani House di Damansara Perdana.

Sengaja paksa hubby ku bergaya dekat depan pintu masuk JM Bariani House semata-mata nak ambil gambar *tihihi~ampun darling!*





p/s: Kenapa kambing lagik sedap dari ayam eh? NyamNyam



Aug 7, 2011

Sate Minang

Sempena bulan puasa ni, selera mesti jadi membuak-buakkan?
Dengar nama makanan pun dah boleh jadi lembik.
Haishhh, anak sapelah tu. Hehe~

So, demi nak menguji kekuatan iman dan nafsu makan korang.
Saya nak cerita pasal Sate Minang.
Sebenarnya selama ni, saya tak pernah makan dan dengar pun nama Sate Minang ni.
Kalau Sate Haji Samuri tu rasanya satu Malaysia pun dah kenal.
*Hamboii glamor kau ye sate ngalahkan aku tu. Hehe~*

Kalau nama Sate Minang ni agak-agak korang asal sate ni datang daripada mana?
Ecehh~buat soalan pura-pura tak reti jawab pulak. Hehe~
Mestilah dari Minang kan?

Saya takdelah sampai nak pergi jauh-jauh semata-mata nak beli sate ni.
Ni pun saya kirim opismate saya yang belikan.
Tak... tak bukan malas nak beli tapi location sate ni yang tak boleh nak parking kereta sesuka hati menyebabkan saya rasa lebih baik saya serahkan pada opismate saya yang pakar.
Lagipun opismate saya yang introduce sate ni dekat saya.
"Hai, selamat berkenalan Sate Minang. Nama saya Reena.
Lepas ni saya nak makan awak sebab awak sedap."
hehe~

Sate ni bukan beli pakai cucuk-cucuk macam sate biasa tu tau.
Tapi kena beli dalam bungkusan.
Maksudnya satu bungkus tu dah ada 6 cucuk sate, kuah sate dan nasi impit.
Sate ni lagik kurus dan nipis berbanding sate biasa.
Dan yang paling best rasa kuah sate minang ni.
Lain dari yang lain sangat.
Bukan rasa macam kuah kacang yang biasa tu tau kawan-kawan.
Tapi macam rasa kari sikit-sikit.
Haishh~ tak taulah saya nak explain. Kena try sate ni baru tau.
Kalau nak cuba sate ni, korang pergilah dekat address ni:-

Restoren Rose
No. 49A, Jalan Raja Alang,
50300 Kuala Lumpur

Hah, cepat set dalam GPS korang.
Kalau nak lagik senang sebenarnya Restoren Rose dekat dengan area Kampung baru dan berhampiran dengan Bangunan Zikay.
So, apa lagik. Cari jangan tak cari. Hehe~

Nikmatilah pic saya ini ye kawan-kawan. Selamat berbuka. Bismillah...

Eh, saya bukan makan dua bungkus tau. Satu untuk saya dan satu lagik untuk hubby :) 

Gravy habis gitu... *slurp*

p/s: Dekat dengan Restoren Rose tu ada jugak satu lagik restoren yang jual Sate Minang nama dia Restoren Mawar tapi kata opismate saya sate minang dekat Restoren Mawar tak kick macam dekat Restoren Rose. Kalau tak percaya, korang cubalah try test. Eh, hari ni saya baiklah sebab guna kata ganti diri sebagai saya. Saya nak sopan-sopan bulan puasa ni. Hehe~ bye.

Jul 31, 2011

Popcorn Segera / Instant

Korang pernah tau tak selain korang boleh beli popcorn dekat mana-mana panggung wayang sebenarnya korang boleh buat sendiri je dekat rumah popcorn ni.
Ehhh, hehe buat sendiri tu bukan la korang kena proses segala macam popcorn tu tapi korang beli je yang instant punya.
Senang sangat tau!
Popcorn instant ni rasanya tak semua kedai runcit ada jual kot sebab ianya imported *Huhuuu~* Yang ini pun aku beli dekat Cold Storage. Harganya satu kotak (ada 3 packet popcorn dekat dalam kotak tu means 3 kali boleh buat lagik dan lagik) lebih kurang RM10.00 - RM12.00, depends atas brand jugak. Lepas tu ada macam-macam perisa, korang pilih je mana yang sesuai dengan tekak korang ye. Cara buat dia pun senang, just masukkan je paper bag yang berisi popcorn tu dalam microwave. Panaskan lebih kurang 5 minit. Waktu ni korang akan dengar bunyi pop-pop! dan bau popcorn menguasai kitchen korang *seronok sangat time ni* Dan paper bag tu akan menggelembung dengan jayanya. Bila dah cukup 5 minit, jangan terus keluarkan sebab paper bag popcorn tu still panas lagik. Kenalah tunggu sekejap, then bolehlah bukak paper bag tu & makan *yeay*.
Nak tengok rupa popcorn instant ni? Jom-jom :)

 Newman's pun buat popcorn cetak muka sendiri -_-"

Isi kandungannya! Simple je kan?

Inilah paper bag yang ada isi popcorn tu 

Tengah tunggu popcorn meletup! hehe

Tapi sedihnya takde pulak pic popcorn yang dah jadi rupanya *lorrr~* ini gara-gara kegelojohan semua orang yang excited nak makan :)

p/s: Malam ni dah start kena sahur sebab besok semua umat islam mula berpuasa *syahdunyaaaa~ rasakan? So kengkawan semua Selamat Berpuasa semua :)

Nov 9, 2010

Resepi : Kentang Lecek / Lenyek a.k.a Mashed Potato

Korang suka makan kentang?
Kentang ni sebenarnya banyak sangat khasiatnya tau. Ini kenyataan yang aku jumpa dekat link http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a58713.htm
*bagus sangat link ni sebab bukan setakat khasiat kentang je yang dorang sharing tapi ada macam-macam khasiat makanan yang selalu kita makan pun ada jugak*

Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.
Kajian turut mendapati, hirisan ubi kentang mentah dan juga jusnya dianggap boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot dan sendi-sendi (rheumatism). Kesakitan biasa seperti salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dapat dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Sos ubi kentang yang digunakan untuk sos salad  dikatakan boleh mengurangkan luka, mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta pencemaran bakteria. Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada bahagian mata mampu menghilangkan bulatan hitan pada mata (dark circles) dan sekiranya dicampur bersama krim putar boleh melambatkan berlaku kedut-kedut di muka. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah turut menyumbang dalam bidang kecantikan.
Dah baca khasiat kentang, jom aku nak share resepi kentang lecek / lenyek a.k.a mashed potato yang selalunya aku buat setiap kali aku goreng burger atau hotdog. Resepi kentang lecek ni pun sesuai dimakan untuk baby yang berumur setahun ke atas. Simple sangat resepinya, korang tak payah pening-pening kepala nak sediakan bahan-bahannya :)

  • 4 biji kentang
  • 1/2 gelas susu penuh krim (selalunya aku guna susu brand Dutch Lady Full Cream. Kalau korang nak guna susu lain pun boleh jugak *tiada paksaan~chewah*)
  • Sedikit garam

Cara-caranya :-
 
Kupas kentang sebtogelnya.

 
Potong empat bahagian untuk sebiji kentang supaya cepat empuk bila direbus.

Rebus sampai empuk *lebih kurang 10-15minit dengan api sederhana besar*. Nak tahu samada dah empuk ataupun belum, korang cuba cucuk kentang yang direbus dengan garfu. Kalau sekali cucuk je kentang tu boleh tembus, maksudnya memang dah empuklah tu.

Toskan kentang dan masukkan kentang dalam bekas yang mudah untuk korang lenyek. Perhatian : Jangan biarkan kentang sejuk sewaktu proses melenyek. Seelok-eloknya selepas tos terus lenyekkan kentang tu. Sebab nak pastikan kesemua bahan-bahan *susu dan garam* sebati bila digaul bersama.

Lenyekkan kentang tersebut dengan garfu.Masukkan sedikit demi sedikit susu dan taburkan garam secukup rasa sewaktu proses lenyekkan. Peringatan jugak, jangan masukkan susu terlalu banyak sehingga kentang jadi terlalu lembik *korang agak-agak sendiri k :)* Tambahkan garam sekiranya kentang lenyek korang rasa tawar.

Boleh juga masukkan kacang goreng tumbuk ataupun kacang almond sebagai tambahan perisa. Tapi kalau takde pun takpe, sebab memang dah sedap pun :) Tak percaya? Cuba korang try resepi aku ni tau.


p/s: Selalunya kentang lenyek a.k.a mashed potato ni jadi makan malam aku je. Dietlah tu kononnya haha~ :P

Jan 17, 2010

Resepi : Pancake a.k.a Lempeng

Setiap kali weekend, selalunya aku akan sediakan breakfast yang senang dimasak, cepat dan yang penting anak-anak aku *termasuk emak bapak dia sekali nih... ahakss..* pun suka makan. Owh... lupa nak cakap canepon makanan tu kenalah berkhasiat. Sebab makanan berkhasiat buat badan pun jadi sihat *chewahhh... hihi*  Oklah..oklah... toksah pikir panjang-panjang lagik perut pun dah start ber'drum roll' ni, makanan breakfast yang aku maksudkan ni ialah pancake atau lidah orang melayu panggil ialah 'lempeng'...*siapa agaknya yang cipta word lempeng ni kan?? hihi... kelakar gilerrr*. Tapi aku lebih suka kalau dianggap sebagai lempeng mat salleh. Boleh gitu?

Nak tau resepinye... senang ler teramat, kiranya finger tips gitu... canepon korang kenalah make sure bahan-bahan yang nak buat lempeng tuh ade kat rumah korang... kalau bahan-bahannye takde kompomla korang akan dilempang *uikkss...garangnye...orang lapo memang cepat marah taw...ish.. ishh... ishh...*

Ok... mokcik-mokcik & pokcik-pokcik sekalian, silalah salin resepi saya nih yek...

  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan/mug susu kotak dutch lady *nak guna brand lain pon boleh jugak... janganlah skema sangat sayang oiii... ahaksss*
  • satu sudu kecik serbuk bikarbonat a.k.a serbuk penaik *taknak bubuh pon boleh*
  • satu sudu besar marjerin planta
  • satu biji telur ayam
  • satu sudu kecik garam
Cara-caranye ialah:-

Memula, semua bahan-bahan yang disediakan tuh dicampak *ganas sungguh... hihi* ke dalam bowl sederhana beso...

Kasi... pukul sama dia sampai sebati... agak-agak kalau pekat tuh... bolehlah tambah susu / air sikit...
Sambil anda memukul dengan jayanya tuh, sambil-sambil tu panaskan sekali kuali yang nak masak pancake... make sure gunakan kuali yang leper k... untuk mendapat hasil yang membanggakan... *bangga sungguh... hihi*

hoho... tukang bagi resepi... sedang menshow-off mold star shape yang digunakan untuk membuat pancake...
kalau korang takde mold nih... tuang je terus bahan-bahan yang dipukul tuh ke dalam kuali... tapi janganla dituangnye semua sekali... *macam protes takde mold star je gamaknye.. oppss* tuang jadi bentuk bulat comel-comel udahla...

Tara... inilah rupa pancake yang dah siap... hmmm... delicious... bak kate anak aku Danish...
Cane, senang je kan?? Perut kenyang, hati pun gumbira...

Cadangan pemakanan : boleh dimakan bersama-sama madu, cokelat, peanut butter & jam... yummy!!

Ok... sekian sahaja dari dapur Reena... selamat berbreakfast semua...