Blogger templates

Showing posts with label Garrett Popcorn Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Garrett Popcorn Malaysia. Show all posts

Jun 6, 2012

Garrett Popcorn Malaysia

Kalau sebut perkataan popcorn, tak sah kalau tak terfikirkan sekali panggung wayang kan? Yelah, selalunya popcorn ni paling laku kalau dekat panggung wayang atau tempat-tempat yang penuh kegembiraan macam dekat taman tema Genting Highlands. Cuba kalau pergi tempat lain, feel nak makan popcorn tu macam tak sampai langsung dekat tekak. Tapi kalau korang berdepan dengan Garrett Popcorn lain pulak ceritanya. Korang yang akan datang menyerah diri di depan kedai Garrett Popcorn gara-gara penangan bau popcorn caramel nya yang super sedap! Cuma kegembiraan nak membeli tu... macam ada sedikit perasaan serba-salah bila terpandang harga yang terpampang. Automatik, ayat korang akan berbunyi macam ni, "Gila kau, harga memang tak boleh blah!" Apa tidaknya makan popcorn yang kecil molek pun harga RM16.00, nak lagik sedap tambah bayar jadi RM19.00 (makan KFC pun harga tak sampai RM10.00 kan?... ish.... marah ni... marah). Kata-kata ni melantun-lantun dalam sanubari jelah. Nak cakap dekat situ jugak, confirm lah tak berani (ada berani?) Hehehe...

Orang kata kalau dah mengidam nak makan kena teruskan juga, nanti anak bila lahir air liurnya meleleh sebab hajat nak makan tak sampai (uikss... tu kalau orang mengandung!) Kalau orang tak mengandung, 'anak tekak' lah yang tension sebab kena telan air liur banyak-banyak kali. Hehehe... kesian anak tekak. Nilah antara situasi peperangan dengan diri sendiri yang akan korang alami gara-gara Garrett Popcorn (dahsyat-dahsyat). Sekali-sekala nak cuba, test, try, tengok, kunyah apa salahnya kan? Mampu nak beli hari-hari pun takde salahnya.

Ada macam-macam perisa / pilihan popcorn yang korang boleh dapati dekat Garrett Popcorn ni antaranya Buttery or Plain (ni biasa je... tak best! Hahaha), CaramelCrisp (ni best!), CheeseCorn (makan ni je cepat muak) dan Macadamia CaramelCrisp (super sedap!) Korang jugak boleh nak gabungkan antara perisa-perisa popcorn ni. Tapi macam i cakap awal-awal  tadi, nak lagik sedap kenalah 'hulur' duit kertas tu lebih sikit. Harga popcorn yang kecil antara RM9.00 hingga RM19.00, saiz sederhana antara RM13.00 hingga RM36.00, saiz besar antara RM19.00 hingga RM46.00 dan untuk saiz jumbo yang paling mahal ialah RM229.00 (perghh... kau mampu? Pitam!)

Setakat ni cuma ada dua cawangan Garrett Popcorn di Malaysia.
Alamat Garrett Popcorn ialah :-

SURIA KLCC
Lot C151, Concourse Floor
Suria KLCC
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur

ONE UTAMA
Lot G139B, Ground Floor
1Utama Shopping Centre
Lebuh Bandar Utama
47800 Petaling Jaya, Selangor

Nak tengok lokasi peta sebenar Garrett Popcorn, korang picit dekat sini ---> http://www.garrettpopcorn.com/malaysia-locations/

Nak tahu perkembangan terkini mengenai Garrett Popcorn sambil menikmati kelazatan popcorn yang super yummy! Jom kita LIKE ramai-ramai http://www.facebook.com/GarrettPopcornShopsMY


Teringin nak tengok rupa sebenar Garrett Popcorn, sudi-sudilah tengok gambar dekat bawah (nasib baik gambar ni semua tak boleh keluarkan bau best caramelcrisp popcorn, kalau tak... kecur air liur).

sumber gambar harga Garrett Popcorn dari EatDrinkKL.Blogspot

Caramelcrisp Popcorn (oyeah!!)
Model Popcorn berbayar popcorn. Hehehe...

Love is Messy :)


p/s : Sebab korang kawan-kawan i yang best (selalu jengah i dekat sini), i belanja korang sorang sebutir popcorn boleh? Hehehe...