Blogger templates

Showing posts with label Keramat. Show all posts
Showing posts with label Keramat. Show all posts

Apr 24, 2012

Fiske Steakhouse

Kalau sebut makan steak / stik/ daging panggang mesti korang dah terbayang Victoria Station yang umpama makan dalam keretapi tu kan? Sambil-sambil tu selak duit dalam poket, diam-diam buat budget, berapa kos  kena 'ketuk' lepas makan dekat sini. Rasanya paling kurang pun duit dalam poket korang mesti ada RM200.00. Tu pun kalau makan berdua, macam mana kalau makan berlima (hambik kau!) budget makan untuk dua hingga tiga minggu melayang macam gitu aje. Baki duit gaji yang dah tinggal keping-keping kertas warna merah, hijau dengan biru diteruskan dengan menikmati Maggi Cepat Dimasak, Sedap Dimakan. Perasaan hebat makan steak tak sampai 2 jam je pun, lepas makan steak terus jatuh muflis. Adeh! Kejamnya kehidupan. Kalau nak tunggu duit gaji tu membiak, sampai bila pun tak dapat merasa nak makan steak kan? Susah-susah buat jelah steak burger Ramly dekat rumah. Hehehe... jimat kos (alahai... kesiannya).

Macam mana pun, korang jangan risau. Untuk korang yang teringin nak makan western food / makanan barat. Kalau korang nak tahu, ada satu tempat dekat Kuala Lumpur ni menghidangkan steak / daging panggang di bawah harga RM20.00 untuk satu hidangan termasuk salad segar, kentang putar dan coleslaw (eh, biar betul?! Berapa kali ganda punya murah!! Bukannya harga steak mahal ke?!!) Lorr... betullah, tak percaya ke? Hehehe... Lagipun i dan keluarga dah selamat menjamu selera dekat sini tau. I bagi 4 daripada 5 bintang untuk Fiske Steakouse sebab saiz hidangannya besar, rasanya yang sedap dan harganya yang murah. Cuma mungkin suasananya tak sama macam Victoria Station yang terasa macam "Ok, aku mampu. Kau mampu ke?". Korang jugak takdelah diberi pilihan samada nak daging kurang masak ke, separuh masak ke atau habis masak ke (hehehe). Atau pun nak pilih samada nak lembu yang jenis makan rumput ke, makan gandum ke, atau lembu yang makan lembu (eh, ada ke? Tipu je. Cannibal betul, kalau lembu boleh makan lembu. Hehehe). Macam mana pun nilah antara soalan-soalan yang buat i ternganga setiap kali makan steak dekat tempat-tempat yang tak mampu nak makan selalu. Tapi kalau makan dekat Fiske Steakhouse ni, gerenti sesiapa pun mampu.


Apa-apa hal jom baca kisah / sejarah Fiske Steakhouse.

Bagi mengubah persepsi bahawa golongan berada saja mampu menikmati kelazatan sajian stik. Anak kelahiran Melaka, Chef Shamsul Kamal (yang pernah berkhidmat di Hotel Shangri-La selama tujuh tahun) dan isteri, Nur Azlina Ahmad, nekad membuka restoran makanan Barat, Fiske Steakhouse, di Taman Desa Keramat yang berkonsepkan hidangan lima bintang tetapi pada harga yang sangat berpatutan.

Untuk sesiapa yang pertama kali menjejakkan kaki di sini, pasti tidak menyangka restoran yang dihias sederhana dan dibina di atas bekas tapak stesen teksi milik Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang ditutup sekitar tahun 2005 itu menghidangkan sajian bertaraf lima bintang. Terdapat lebih 60 menu merangkumi 15 hidangan stik, enam hidangan pasta dan spageti, salad, sup dan hidangan sampingan lain pada harga dari RM6.90 hingga RM20.00. Bagi mereka yang mahu menikmati sajian tradisional pula, Fiske Steakhouse turut menyediakan hidangan sate (RM0.70 secucuk) dan set asam pedas bersama nasi putih (RM10.00).

Resipi yang dicipta sendiri oleh Chef Shamsul selaku ketua tukang masak di restoran berkenaan benar-benar menjadi kerana sejak dibuka pada tahun 2006, Fiske Steakhouse sering dipenuhi pengunjung yang rata-ratanya datang dari dalam dan luar Kuala Lumpur.

sumber : noramahpar@bharian.com.my


Alamat Fiske Steakhouse ialah :-

No. K4, Medan Selera AU2
Taman Desa Keramat

Lokasi : Berdepan Kilang Pernec Corporation

Nombor Telefon : [017] 2121 649 - Nur Azlina Ahmad

Koordinat GPS : 3°10'37"N 101°45'10"E

Waktu operasi : dari pukul 6:00 petang hingga 12:00 tengah malam dari hari Selasa hingga hari Ahad (tutup pada hari Isnin)

Dekat sini, i pesan / order makanan seperti Special Beef Steak Grilled (harga RM16.00) dihidangkan bersama-sama Sos Cendawan, Coleslaw, Fresh Vege, Baked Potato, Mashed Potato dan Spaghetti. Hubby i pulak order Mixed Grill (harga RM20.00) mengandungi hirisan daging kambing, lembu dan ayam, Coleslaw, Fresh Vege, Mashed Potato, Baked Potato dan Baked Bean. Untuk anak i, dia pilih Spaghetti Bolognise (harga RM6.90). Manakala untuk manisan pula, kita orang order Bread Butter Pudding bersama-sama dengan Karamel Sos dan Aiskrim Vanilla (harga RM6.50). Pada pendapat i, Bread Butter Pudding ni sedap tapi manis sangat. Mungkin sebab i ni bukan orang yang kuat makan manis kot. Akhir sekali, makanan untuk anak i ialah Kentang Goreng (harga RM3.00).

Nak tengok macam mana rupa makanan yang i makan dan apa hidangan menu (bersama harga) yang ada dekat sini, jom belek semua gambar dekat bawah.





Special Beef Steak Grilled


Mixed Grill


Kentang Goreng

Spaghetti Bolognise

Bread Butter Pudding with Caramel Sauce and Vanilla Ice Cream








p/s : Ada sesiapa cadang macam nak pergi Fiske Steakhouse tak, lepas tengok gambar yang i tepek dekat sini?