Blogger templates

Showing posts with label Kuala Pilah. Show all posts
Showing posts with label Kuala Pilah. Show all posts

Jul 10, 2012

Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan

Hari ni i nak bawa korang semua jalan-jalan ke Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan yang terletak di Kuala Pilah. Oh, i baru teringat, Wana pernah tanyakan soalan ada apa yang menarik di sekitar Kuala Pilah dekat entry i yang ini ---> http://www.reenaonline.com/2012/06/hotel-melang-inn.html. Kalau Wana nak tahu, inilah antara tempat yang best yang Wana boleh datang melawat nanti. Hehehe... bunyi macam super teruja sangat nak datang sini kan? Especially bila korang baca kata-kata i yang Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti ni best sangat. Ok, tak nak bersikap pentingkan diri sendiri. Hehehe... Nanti bila korang pergi, lepas tu korang kata boring sebab cuma dapat tengok barang-barang lama (yang dah berdebu dah pun), tak pasal-pasal i dipersalahkan pulak (ish-ish-ish). Untuk korang yang jenis suka tengok tempat-tempat menarik, sukakan sejarah dan nak jadikan ianya sebahagian daripada pengalaman peribadi sendiri. Hah, memang tak rugi pun datang jalan-jalan dekat sini.

Tapikan syhhh... korang jangan bagitahu sesiapa tau. Kalau korang nak tahu zaman sekolah dulu-dulu, i memang boring gila dengan subjek Sejarah. Ya Allah, rasa macam nak terjatuh biji mata i tahan mengantuk, bila cikgu Sejarah start membebel dekat depan kelas (adeh, ikutkan hati i, nak aje lukis gambar bola mata dekat kelopak mata i tu. Keh-keh-keh). Punca boring? I rasa bermasalah betul nak hafal tarikh-tarikh bersejarah, nak ingatkan nama orang / raja dulu-dulu (nama retis bolehlah kau ingat pulak ye? Hehehe), dan hubungan / kaitan antara satu sejarah dengan sejarah yang lain. Haishh... fed-up betul! Biarlah sejarah tu berlalu pergi. Hahaha! (anak-anak tolong jangan contohi mama ye?). Tapi kelakarnya, kalau pergi tempat-tempat bersejarah, takdelah pulak i rasa boring. Rasa over seronok lagik adalah. Sampaikan, kalau pergi berulang-ulang kali pun i tak kisah.

Ok, kita lupakan dulu kisah 'sejarah' i tu. Hehehe. Kita sambung balik kisah Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti. Nak tahu tak, i kagum betul dengan rekabentuk Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti. Cantik dan unik sangat. Dan apa yang menarik perhatian i ialah keadaan tangga untuk ke bahagian tingkat dua dan tiga Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti ni. Walaupun kecil dan curam (korang kena hati-hati waktu memanjat) tapi interesting untuk korang cuba.

Istana ini mempunyai ciri-ciri senibina Minangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikan ia kelihatan tersergam indah dari jauh. Bangunan setinggi 65 kaki ini, mempunyai pelbagai motif bunga yang diukir pada kayu belian yang digunakan untuk membuat istana ini. Kini, istana yang dahulunya menjadi kediaman rasmi Raja telah dijadikan Muzium Diraja khas. Orang ramai boleh mengunjungi pameran yang terdapat di sini. Mereka yang ingin mengetahui lebih dekat tentang kehidupan keluarga Diraja bolehlah datang ke sini. Terdapat pelbagai bahan pameran seperti senjata api, pakaian serta dokumen berkaitan keturunan Diraja.

Nak dapatkan info lengkap mengenai Istana Lama Seri Menanti, korang boleh rujuk dekat sini ---> http://www.arkib.gov.my/istana-lama-seri-menanti

Di bawah ini adalah antara catatan / kisah sejarah untuk korang baca mengenai Muzium Raja Istana Lama Seri Menanti dan barangan yang berada disekitarnya.


MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI, KUALA PILAH

Muzium Diraja Seri Menanti merupakan salah sebuah istana lama Malaysia yang indah dari segi bentuk seni bina tradisional. Dibina dalan tahun 1905 dan siap pada tahun 1908 oleh tukang kayu yang mahir dan terkenal iaitu Kahar dan Taib. Salah satu yang menarik mengenai seni bina ini ialah pembinaannya tidak menggunakan sebarang paku. Seni bina empat tingkat mempunyai 99 batang tiang menggunakan kayu cengal. Di tengah-tengah bangunan istana ini didirikan menara yang dinamakan 'Tingkat Gunung'. Struktur atas bumbungnya menggunakan kayu cengal yang berbentuk "Lipatan Gunting". Kegunaan ruangnya pula di tingkat pertama menempatkan "Balai Rong Seri" untuk upacara mengadap. Bilik beradu keluarga kerabat diraja terletak di tingkat dua sementara di tingkat tiga dikhaskan untuk Yang Dipertuan Besar. Di menara "Tingkat Gunung" pula menempatkan khazanah diraja.



BATU KASUR (Batu Timbang)

Replika batu ini adalah contoh berdasarkan bentuk asal yang terdapat di Alam Minangkabau, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini merupakan satu tempat ujian bagi anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi raja di Negeri Sembilan. Antara ujiannya ialah mereka harus tidur beberapa hari di atas batu ini yang dilapik dengan daun jelatang yang sangat gatal di samping gangguan lain selama berada di atasnya. Hanya mereka yang bertahan dalam tempoh yang ditentukan dianggap telah lulus ujian dan Raja Melewar telah lulus ujian ini dan seterusnya ditabalkan menjadi Raja Negeri Sembilan.


REPLIKA BATU BERTIKAM

Replika Batu Bertikam ini contoh asal yang terdapat di Kacamantan (kampong) Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini dikaitkan dengan bekas tikaman keris oleh Dt Pepatih Nan Sebatang tanda sumpah setia pendamaian sebagai mengakhiri perselisihan faham dalam hal pemakaian Sistem Adat Koto Piliang yang dicetuskan oleh kakaknya di Katumanggungan.

Menurut cerita bahawa Dt Katumanggungan juga telah menikam sebuah batu dengan kerisnya dah keris tersebut telah ditempatkan di Sungai Tarab VIII Batu (Bungo Sotangkai, Bulokan Sungai Kayu Balukan Sungai Kayu Batarok) yang dijadikan sebagai Pusat Pemerintahan Koto Piliang dengan mengamalkan Sistem Adat Dt Bentara Putih.

Semenjak itu, tidak boleh ada sesiapa mengamalkan sistem ada selain dari Sistem Adat Caniago tersebut dan ia telah dipakai sama oleh kota-kota lain sekitarnya.


TABUH

Tabuh adalah peralatan yang lazimnya terdapat di surau dan masjid. Ia adalah alat perhubungan utama yang mengeluarkan isyarat bunyi apabila dipalu dengan menggunakan kayu khas bagi tujuan memberitahu seluruh penduduk kampung setiap kali masuknya waktu solat, berbuka puasa, bersahur, kematian dan berita.


Alamat Muzium Diraja Seri Menanti :-
71550 Seri Menanti Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Nombor telefon / faksimili : [06] 497 9653

MASUK ADALAH PERCUMA

Waktu lawatan :-

Untuk hari Isnin hingga hari Khamis bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 12:45 petang, kemudian bersambung dari pukul 2:00 petang hingga 5:45 petang.

Manakala untuk hari Jumaat pula, dari pukul 10:00 pagi hingga 12:15 petang, kemudian bersambung dari pukul 2:45 petang hingga 5:45 petang.

Dan untuk hari Sabtu hingga Ahad dari pukul 10:00 pagi hingga 5:45 petang.


Kedudukan lokasi Muzium Diraja Seri Menanti terletak berhampiran dengan pekan Bandar Diraja Seri Menanti. Selepas melalui pintu gerbang besar yang tertulis Bandar Diraja Seri Menanti, lebih kurang 1 atau 2 kilometer di hadapan korang akan lihat sebuah Istana / Muzium Diraja Seri Menanti tersergam megah betul-betul berlatar belakangkan keindahan gunung-ganang.






Terasa macam balik kampung sendiri pulak (eceh!)
Ada kedai cenderamata dekat sini.
Anak-anak i happy main ting-ting dekat bawah rumah.
Tiba-tiba mama bergaya ala-ala model pulak sebelum masuk muzium. Hahaha.. sebenarnya lambat sangat tunggu papa snap gambar. So, saja buat macam-macam aksi, sekali ini jadinya. Kelakar!

Singgahsana bukan Restoran Singgah Selalu ye. Hehehe...
Damien tolong kemas meja makan.
Hari-hari dapat tengok permandangan dari rumah sendiri macam ni, tenang je fikiran rasa.
Lepak-lepak dekat beranda istana. Sejuk. Banyak angin lalu dekat sini.

Ni nama dia tandu kan?

p/s : Menarikkan datang sini?

Jun 14, 2012

Hotel Melang Inn

Hujung minggu yang lalu (lalu tak lalu dah dekat sebulan jugaklah sebenarnya. Hehehe), hubby i dapat jemputan ke majlis perkahwinan di Kuala Pilah. Ikutkan ini kali kedua, kita orang jejakkan kaki ke sini. Seronok i rasa, bila sekali-sekala pergi tempat-tempat yang jarang pergi macam Kuala Pilah ni. Yelah, orang kata jauh perjalanan, luas pandangan gitu (chewah!) Pengalaman pelik tambah jakun yang i lalui bila berada dekat sini ialah saat terpandang itik-itik panggang yang bergantungan dekat gerai tepi jalan (alahai macam peliklah sangat bunyinya. Hahaha...) Dan jugak telur itik yang memang banyak dijual.

I agak-agak mesti makanan kegemaran orang Kuala Pilah bersangkut-paut dengan itik kan? Tapi sayangnya i tak sempat pulak nak ambil gambar dan rasa sendiri kelazatan daging itik. Errr... korang agak-agak macam mana eh rasanya? Macam rasa daging ayam jugak ke? I tak pernah langsung makan daging itik pun selama ni. Tapi kalau telur masin tu dah biasa sangatlah. Hehehe...

Macam mana pun, kita lupakan dulu pasal daging itik dan telurnya (eh? Hehehe...) Takpe... insya-Allah satu hari nanti bila i datang Kuala Pilah lagik, i cover cerita pasal daging itik ni istimewa untuk korang semua yang tak jemu-jemu datang melawat blog i. Lagipun kalau korang nak tahu, dekat Kuala Pilah ni ada hotel yang cukup berbaloi harganya dengan bilik yang disediakan (murah gila!) Memang macam tak percaya. Hehehe... Korang bayangkanlah untuk sebuah bilik besar yang ada dua katil saiz queen (nama bilik yang i tidur ni ialah Ixora), kadar bayaran yang dikenakan cuma RM169.00 (hari biasa) dan RM198.00 (untuk hujung minggu / peak season). Ni kalau dekat Kuala Lumpur atau bandar-badar besar maunya cecah RM250.00 ke atas, harga untuk saiz bilik macam ni. Nak tahu besar ke tidak, bilik yang kita orang menginap, korang boleh tengok gambar yang i sertakan dekat bawah. Yang seronoknya, jemputan perkahwinan yang kita orang akan hadir ni pun dibuat dekat hotel yang sama. Jadi tak perlulah i gopoh-gapah nak siapkan anak-anak i besok tengah hari (phewww.... lega).

Lain-lain kadar bayaran / harga bagi bilik-bilik yang terdapat di Hotel Melang Inn ialah :-

Standard Single 
RM58.00 (kadar normal)
RM65.00 (peak season)

Standard Queen
RM68.00 (kadar normal)
RM88.00 (peak season)

Deluxe
RM98.00 (kadar normal)
RM139.00 (peak season)

Superior
RM139.00 (kadar normal)
RM169.00 (peak season)

Ixora
RM169.00 (kadar normal)
RM198.00 (peak season)

Hazel
RM198.00 (kadar normal)
RM298.00 (peak season)

Suite
RM298.00 (kadar normal)
RM329.00 (peak season)


Nak tengok gambar dan saiz bagi setiap bilik yang ditawarkan dekat Hotel Melang Inn, korang klik dekat sini ---> http://melanginnhotel.com/

Alamat Hotel Melang Inn ialah :-

PT 1, Jalan Melang
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Nombor Telefon : [06] 481 1511 dan [06] 481 1522


Antara kemudahan yang disediakan di Hotel Melang Inn :-

1. Dewan Besar
2. Karaoke
3. Bilik Persidangan
4. Wifi Percuma (i like... hehehe...)
5. Restoran
6. Siaran Astro


Dari segi suasana hotel ni pulak, takdelah bercirikan moden especially kalau tengok dari pattern perabot yang disediakan. Tapi kalau tengok dari segi kemasan bilik air, dinding, jubin dan almari, korang akan perasan yang hotel ni baru je buat pengubahsuaian (renovation). Kebersihan dalam hotel pulak, memang patut diberi pujian. Keseluruhan i bagi 4 bintang daripada 5 bintang untuk Hotel Melang Inn. Kenapa jadi 4 bintang, sebab hotel ni takde air panas untuk mandi. Faham-faham jelah anak-anak i semua tak tahan mandi air sejuk (termasuklah mama dia sekali. Hehehe...)

Sekarang, bolehlah tengok gambar.

Koridor.

Semua excited tengok keadaan sekeliling.


Bilik Mandi.
Almari.
Me and My Nikon (eceh!) Hehehe...






Senarai harga makanan dan minuman di Coffee House, Melang Inn Hotel.
Permandangan pagi dari bilik Ixora, Melang Inn.
Brochure Melang Inn Hotel

p/s : Not bad kan keadaan bilik dekat Hotel Melang Inn? Sebab murah dan selesa, bolehlah datang Kuala Pilah lagik lepas ni (yeay!)