Blogger templates

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Mar 24, 2012

Klebang Coconut Shake

Cuaca panas sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari kampung i di Johor, buatkan i selalu terfikir pasal Klebang Original Coconut Shake atau lebih dikenali dengan nama Klebang Coconut Shake. Tapi sebab kesuntukan masa dan takut lewat tiba di rumah nanti. Nak tak nak, i terpaksalah pendam keinginan i tu dalam hati je (alahai sedihnya...) Cuma kali ni, kita orang bertolak balik awal dari Johor (ehemm... nampak macam ada peluang ni). Jadi, bila i suarakan pasal Coconut Shake dekat hubby. Hubby pun setuju tanpa banyak soal (yeay!) Nasib baiklah jugak negeri Melaka ni ditengah-tengah perjalanan antara Johor dan Kuala Lumpur. Kalau tak, uhh... lambat lagiklah nampaknya dapat merasa Klebang Coconut Shake yang best ni.

Kira punya kira punya kira (berapa banyak kira daa...) rasa-rasanya dah dekat setahun i tak datang ke sini. Lama kan? Sampaikan i dah tak cam gerai / warung Klebang Coconut Shake. Kalau dulu, tempat beratur order coconut shake untuk take-away (bawa balik rumah) atau untuk makan, memang di tempat yang sama. Iaitu di tepi Jalan Pantai Klebang (bersebelahan dengan Stesyen Minyak Caltex). Waktu tu, ruang untuk makan dan tempat letak kereta pun tak banyak. Sesiapa yang nak duduk makan atau nak menikmati coconut shake kenalah jadi macam mata burung helang nak tangkap mangsa. Kalau buat selamba, memang sampai sudah, kena berdiri je (huhuhu... nangis).

Cuma sekarang ni, apa yang bestnya, gerai Klebang Coconut Shake dah ada improvement. Masih lagik mengekalkan lokasi gerai yang sama tapi kali ni, gerai di tepi Jalan Pantai Klebang tu hanya dijadikan sebagai tempat untuk sesiapa yang nak take-away aje. Jangan salah faham pulak, bila i sebut pasal take-away ni. Mana tahu korang fikir dah jadi macam Mc Donald Drive-Thru pulak (wah... hebat sangat tu. Tinggi betul imaginasi korang ye? Hehehe). Yang sebetulnya, korang masih kena hantar wakil / diri korang sendiri untuk beratur jugak. Kalau tak sanggup nak beratur maksudnya takdelah coconut shake. Untuk korang yang nak duduk dan makan di situ, korang boleh terus drive masuk di lorong / jalan bersebelahan warung asal Klebang Coconut Shake. Jangan risau, kawasan tempat letak kereta dan warung barunya lebih luas. Tandas pun ada disediakan. Selesa sikitlah berbanding dulu.

Nak tahu serba ringkas mengenai sejarah Klebang Coconut Shake? Meh, i ceritakan sikit.

Nama pemilik gerai Klebang Coconut Shake ini ialah Shafie Ahmad. Beliau merupakan seorang pesara tentera dan mula menjual air kepala serta tebu secara kecil-kecilan sejak hampir lapan tahun yang lalu. Pernah mendapat keuntungan hasil dari jualannya sebanyak RM5.00 dan melalui pelbagai detik sukar sebelum gerainya dikenali ramai. Atas dorongan keluarga dan beberapa kali percubaan untuk mendapatkan rasa yang sesuai, akhirnya beliau berjaya mencipta coconut shake yang lazat dan membangkitkan selera sesiapa yang merasainya. Menurut Shafie, tiada resepi rahsia di dalam pembuatan coconut shakenya. Beliau hanya menggunakan isi dan air kelapa yang segar serta aiskrim berjenama. Malah beliau sentiasa mengingatkan ahli keluarganya supaya rajin bersedekah, mesra pelanggan dan tidak berkira dengan pelanggan. Selain itu, beliau amat menitikberat mengenai kebersihan gerainya supaya pelanggan berasa selesa untuk terus datang ke gerainya.

sumber : Utusan

Alamat Klebang Original Coconut Shake ialah :-

231-1, Batu 3 3/4
75250 Klebang
Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesyen Minyak Caltex)

Koordinat GPS : 2.21551, 102.206132

No. Telefon :-

[013] 399 4061 - Shafie

Waktu operasi : Hari Isnin hingga Ahad dibuka dari pukul 12:30 hingga 6:30 petang, manakala untuk hari Jumaat pula, dari pukul 2:00 hingga 6:30 petang (cuti bila perlu).

Senarai harga minuman dan makanan di Klebang Original Coconut Shake (percaya tak? Harga ni tak pernah berubah dari dulu lagik. Kagum i) :-

Coconut Shake Biasa : RM1.50 (minum) dan RM1.80 (bungkus)
Coconut Shake Special : RM2.00 (minum) dan RM2.20 (bungkus)
Air Kelapa / Tebu 1 Gelas : RM1.00 (minum) dan RM1.20 (bungkus)
Air Tebu 1 Jug : RM5.00 (bungkus)
Air Tebu Tanpa Ais : RM1.20 (minum) dan RM1.50 (bungkus)

Nasi Lemak / Mee Goreng : RM1.20
Kuih 3 biji : RM1.00
Kuih 1 biji : RM0.40
Pulut Kuning : RM2.50

Dekat sini, i cuma suka minum air coconut shake je. Kalau tanya i untuk rasa makanan dekat sini pulak, pada i biasa-biasa je. Cuma anak i, Danish dan Ariana paling suka makan Donut bergula. Sampai tambah dua kali. Agaknya sedaplah tu. Hehehe... Ok, jom tengok gambar i sekeluarga yang happy dapat minum Coconut Shake.









Bekas coconut shake kalau tapau bawak balik rumah.


p/s : Sekarang ni mana-mana tempat dah ada coconut shake. Agak-agak korang siapa agaknya orang pertama yang cipta coconut shake ni kan?





Jan 8, 2012

[Gambar] Melaka : Jonker Walk / Jonker Street / Bangunan Merah / Tapak Baru Tinggalan Portugis

Gambar ni di ambil masa bulan Mei 2011 dan sambungan dari entry Melaka Perfect Homestay i yang ceritakan sebelum ni. Seronok sebenarnya sekali-sekala berjalan dengan family sampai lenguh-lenguh kaki walaupun cuma berjalan dekat Melaka je kan? (Eh, pergi Melaka je?) Eh, pergi Melaka pun seronok jugak tau (ayat pertelingkahan dalaman. Haha). Takpelah yang penting dapat spend quality time dengan family. Walaupun kerja tu menjanjikan pulangan gaji, tapi family must comes first. Sebab family yang selalu ada waktu kita susah dengan senang. Kerja selalu bagi susah sebab nak menyenangkan company (haha, takde-takde i love my job).

Kalau korang nak merasa ke'happening'an jalan dekat Melaka ni, korang pergilah berjalan dekat Jonker Street atau pun nak lagik stylo panggil Jonker Walk (ala-ala Bintang Walk gitu) especially pada hari Jumaat, Sabtu dengan Ahad. Setiap hujung minggu ni biasanya ada Pasar Malam dekat sini bermula dari pukul 6:30 petang sampailah ke tengah malam. Meriah habis. Macam-macam barang ada terjual dekat sini. Memandangkan dekat sini komuniti melayu nya kurang so, Pasar Malam dekat Jonker Street ni takdelah jual kain ke, tudung bagai. Hehe (i tau, itu yang korang aim kan, waktu datang pasar malam). Takpe, nak beli kain ke, tudung ke, datang je Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tak pun, Jalan Tengah, entry yang i cerita sebelum ni. Hah, dekat situ lagik heaven.

Sebab tujuan asal hanya nak berjalan-jalan. So, i tak beli apa pun dekat Pasar Malam Jonker Street ni. Lebih kepada tengok-tengok je daripada hulur-hulur duit. Hehe. Dengan keadaan orang yang terlampaulah ramai dekat sini, lagiklah buat mood bershopping tu slow down sikit (kalau tak, ada jugaklah yang berkenaan tu. Haha). Macam mana pun i enjoy tengok bangunan, suasana, style Bandar Melaka ni yang cantik je pada pandangan mata i. Klasik dalam keadaan yang moden gitu (power tak penggunaan bahasa i. Hehe).

Tapi yang kelakar tu bila dah sampai Melaka baru teringat, i terlupa bawak the real camera (ada ke patut? Huhu). So, waktu ni, iPhone 4 sangat berjasa merakam detik-detik indah kecantikan bandar Melaka walaupun bateri dah macam nyawa-nyawa ikan je. Apa taknya asyik bukak tutup application camera tak habis-habis. Kalau orang telefon kompom terus die-die-die (ganasnya. Haha).

Selain tu, sempat jugaklah i berjalan dekat dua tapak / kawasan baru tinggalan Portugis yang dijumpai dekat Jalan Kota, berhampiran Balai Polis Trafik Melaka Tengah dan replika Kincir Kesultanan Melayu Melaka di hadapan tebing Sungai Melaka. Besarnya kota Melaka ni kan? Maklumlah takkan nama Malacca boleh muncul dekat map dalam cerita Alice in Wonderland (tak percaya cuba tengok dekat ending cerita Alice in Wonderland tu). Bangga i tau bila perasan nama Malacca keluar dekat cerita tu walaupun bukan asal orang Melaka. Hehe.

Tapikan banyak-banyak bangunan dekat Melaka ni, i paling suka tengok Bangunan Stadhuys. Bila sebut Stadhuys mesti korang tertanya-tanya kan, bangunan apa tu? Hehe. Bangunan Stadhuys tu Bangunan Merah lah. Cuba korang cat rumah warna merah, mesti jadi tarikan kan? Amacam ada bran? Hehe. Mengikut sejarah, Studhuys dalam bahasa Belanda bermaksud Dewan Bandaran, so jangan risau bangunan ni takde nilai-nilai menyeramkan (pepandai je. Haha). Bangunan ini merupakan bangunan pertama yang dibina oleh Belanda pada tahun 1650-an. Dan telah menjadi kediaman Gabenor Belanda dan pusat pentadbiran Belanda hingga awal kurun ke-18. Bangunan ini juga dijadikan pusat pentadbiran Negeri  hingga tahun 1961. Kalau korang nak tahu warna asal bangunan ni ialah warna putih (tetiba tukar color jadi merah pulak, mesti nak bagi ong kot. Hehe).

Panjang pulak cerita i eh, mention dekat tajuk atas gambar je. Haha. Ok, sebelum menguap, marilah tengok gambar-gambar yang i ambil ni. Enjoy!




View kedai-kedai sepanjang jalan di Jonker Walk

Bangunan Merah tu pic yang belah kanan sekali


 Tapak peninggalan sejarah yang baru ditemui di Melaka. Terror la dia orang jumpa :)

Pasar malam Jonker Walk dah start beroperasi. Sesak habis!


Aug 7, 2011

Melaka Perfect Homestay

Sebenarnya nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Pakcik Google.
Tanpa Pakcik Google mesti hidup saya jadi kelam-kabut.
Ok, korang pun kena appreciate jugak dengan Pakcik Google tau.
Sebab dia adalah superhero yang paling best pada masa kini!
*tetiba je kan? hehe*

Sebenarnya saya dah lama planning nak pergi ke Melaka bawa mak, ayah dan adik saya berjalan-jalan.
Dan dah jadi satu kebiasaan bila nak pergi mana-mana tempat saya akan start buat survey dulu.
Especially dekat mana nak tinggal? Tempat mana nak makan? *ini paling wajib google*, Dekat mana nak jalan-jalan? berapa budget perjalanan dan macam-macam lagiklah.
Segala blog habis saya terjah sebab nak dapatkan semua info-info ni.
Walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya membantulah jugak.

Memandangkan nak berjalan dengan family sendiri dan keluarga saya,
jadi saya fikir macam tak sesuai pulak kalau nak duduk dekat hotel.
Lagipun tak best sebab kami akan tinggal lain-lain bilik dan tak banyak aktiviti boleh buat sesama.
Jadi pilihan yang terbaik, saya surveylah homestay yang berhampiran dengan bandar Melaka.
Dan akhirnya terjumpalah Melaka Perfect Homestay ni.
Kondominium/apartment yang dijadikan homestay.


Tengok gambar dalam website tu je saya dah rasa tertarik menarik *eceh~tapi kadang-kadang tu takut terpedaya jugaklahkan. Al-maklumlah kecanggihan DSLR dengan photoshop ni memang kadang-kadang boleh buat kita terpukau*.
Bila dah pikir sehabis-habis masak/garing/rangup/hangus, saya email kepada Melaka Perfect Homestay untuk dapatkan keterangan lanjut. Tak sampai beberapa jam terus saya dapat balasan emel, siap dengan harga sekali (happy!)
Kalau korang nak tau untuk 3 hari 2 malam, harganya ialah RM190.00 x 2 = RM380.00
Wahh~oklah sangatlah tu kan?
Untuk tempat tinggal yang complete siap ada tv, dvd, ruang tamu, tempat makan, 3 bilik tidur, dapur dan 2 bilik air, harga macam ni kategori berbaloi-baloi! (hehe)
Dah tu perjalanan ke bandar Melaka pun tak sampai 10 minit.
Kiranya inilah tempat yang paling perfect untuk saya dan keluarga (gitulah). Dah-dah tak nak promote lebih-lebih pasal Melaka Perfect Homestay ni. Nanti bila saya nak pergi sana, asyik fully-booked memanjanglah pulak (haha~ kejam gile).

Inilah alamat sebenar Melaka Perfect Homestay:

Straits Court Condominium
(Pangsapuri Pasir Emas)
Jalan Ujong Pasir
75050 Ujong Pasir
Melaka

Takpun korang boleh contact terus dengan Chris (dia ni perempuan tau) untuk tanyakan pasal Melaka Perfect Homestay ni. Dia ni friendly user orangnya (eh.. hehe)
+6016-6260913

Dah habis cerita, jom layan gambar-gambar saya.
 Living Area

Dining Area 

Master Bed Room - Adehhh~ semua excited

 Second Bed Room - Photographer nak ambil pic pun kelam-kabut sebab takut bebudak kecik terkam

Third Bed Room - ada meja study sekali sebenarnya 

Cool gile condominium sebab siap ada playground bentuk ship!

 Tempat jiran bertandang cerita dari hati ke hati *hehe*

Mini golf!!! 

Bedding pool yang menjadi lokasi perlepakkan anak-anak aku -_-" 

Swimming Pool 

Lenguh-lenguh kaki bolehlah pijak batu-batu kat sini 

Tiga orang budak bertuah

p/s: Jalan-jalan dalam Malaysia pun best jugak, tak membazir duit *sedapkan hati... haha*


Jun 16, 2009

Jalan-jalan Melaka ~ June 09






Date : 6th & 7th June 2009 (Saturday & Sunday)
Venue : R&R Seremban, Naza Hotel, Melaka & Muzium Kapal
Naza Hotel Rate : RM 160.00
Muzium Kapal Entrance Fee : RM 3.00
Weather : Too Hot
Nilah pic sepanjang kita orang jenjalan kat Melaka aritu...
Haha... silalah tatap pic wanita gumok ini yek...
(adush... tak sabo aku nak kurus balik nih).
Hepi btol budak kecik 2 orang nih dekat Melaka walopun cuacanye mak aiii... panas tak hingat...
Maklumla dah lame dorang tak jenjalan macam gini..
Aku dengan hubby plak bile balik dari Melaka aritu... perghhh... memang flat abes...
Bukan letih layan budak kecik 2 orang tuh... tapi letih ngadap jammed....
Pulak tuh bukan stakat jammed dekat highway je...
Kat Melaka pon kita orang sangkut jammed time balik makan seafood kat Alai (thanx to sis Rasp hubby for the direction ~ next time nak datang lagik...) dari kol 10 malam sampaila kol 1 pagi... baru kita orang tiba kat bilik hotel.
Nih semua gara-gara ade pesta air kat Melaka...
Next time ngasenye aku cam tobat taknak jenjalan lagik time coti sekolah...
Serik woooo...
Ape-ape hal pon seb baik Hotel Naza yang kita orang duduk nih memang besh.
Nih yang aku bagi untuk Hotel Naza (nanti kita orang ingat nak dok sini lagik)...
Staff ~
Kebersihan ~
Keselesaan ~
Food ~
Overall ~