Dating day!! Eceh... apa tu Dating Day? Hehehe... sesiapa yang mengenali i di zaman awal i berblog dan kenal i di alam nyata, rasanya korang memang dah tahu yang i dan hubby akan pilih satu hari untuk kami bercuti dan menghabiskan masa berdua. Hah... tulah namanya Dating Day. Aktiviti Dating Day, biasanya melibatkan aktiviti macam orang lain yang tengah hangat bercinta (eceh!) tengok wayang, makan-makan dan shopping. Pernah jugak kita orang buat kerja gila, berdating dengan naik public transport / pengangkutan awam macam teksi dan LRT pergi ke shopping complex (budget muda remaja. Kihkihkih. Ikutkan waktu bercinta dulu, tak pernah naik public transport pun) Fuhh... tapi rasanya aktiviti ni sekali je kita orang boleh buat kot. Serius tak larat sebab perlukan tenaga kaki yang banyak (dan kita orang bukan muda remaja lagik. Ades!). Sebab kepenatan, dating day kita orang hanya dihabiskan, dengan duduk melepak dekat McDonalds main WIFI percuma. Hahaha... memang taubat tak nak buat kerja gila.
Kali ni untuk Dating Day, kita orang pilih untuk tengok cerita filem yang tengah hangat dipasaran iaitu The Avengers (3D). Untuk filem ni, i bagi 4 daripada 5 bintang.
Awal-awal filem ni korang akan rasa kebosanan sikit walaupun ada aksi letupan dan tembak-menembak. Dialog pun semua berbaur serius je gitu. Mana tak serius sebab daripada alat Tesseract yang tengah dikaji oleh S.H.I.E.L.D tu, tiba-tiba boleh muncul Dewa jahat bernama Loki (kalau korang nak tahu, dia ni sebenarnya adik angkat Thor). Tujuan Loki datang ke bumi sebab nak takluk bumi dan lancarkan perang dengan manusia (standardla kan? Bumi kan planet yang best. Manusia ni pulak lemah orangnya. Hehehe...) Sampaikan ejen S.H.I.E.L.D yang bernama Clint Barton / Hawkeye dan perunding fizik Dr Erik Selvig pun dah kena kawal minda oleh Loki sebagai orang suruhan. Tesseract ni kemudiannya dirampas oleh Loki untuk digunakan sebagai portal / laluan nak bawa askar-askar jahat dia untuk masuk ke bumi.
Lepas tu bermulalah pengumpulan superhero pujaan berbadan sasa untuk menyelamatkan bumi. Tugas ini dilakukan oleh Pengarah S.H.I.E.L.D sendiri iaitu Nick Fury dan Natasha Romanoff atau Black Widow yang merupakan spy / mata-mata gelap S.H.I.E.L.D. Hah... waktu ni korang rasa macam segar balik biji mata sebab teruja dengan Captain America, Iron Man, Hulk dan Thor. Pada mulanya semua superhero ni tak nak bekerjasama antara satu sama lain. Ada je benda yang dorang nak gaduhkan dan karenah dorang yang buat korang nak tergelak. Selalu yang timbulkan suasana kelakar ni ialah Iron Man dan Hulk. Iron Man pulak anggap Captain America dan Thor ni macam kolot (kejam gila! Haha). Tapi akhirnya, dorang dapat bekerjasama untuk selamatkan bumi.
Tu pun bila kapal terbang hebat (yang gila-gila besar dan boleh invisible) milik S.H.I.E.L.D yang dorang tengah naiki ni kena serang dengan pengikut Loki. Dan kapal terbang bertambah hancur teruk bila Hulk mula mengamuk. Loki pulak dapat lepaskan diri daripada kurungannya dan sempat bunuh ejen Coulson. Ejen Coulson ni antara ejen kepercayaan dan terbaik dalam S.H.I.E.L.D. Daripada kematian ejen Coulson, Nick Fury gunakan untuk memotivasikan semua superhero ni, supaya menyelamatkan bumi (nama pun superhero memanglah keras kepala kan?)
Apa jadi selanjutnya? Hah... korang kenalah pergi tengok. Memang berbaloi dengan duit tiket yang korang kena bayar.
Antara dialog yang buat i tergelak ialah, Legolas, Reindeer Man dan Dewa Lembik.
Dialog yang paling i ingat sekali ialah untuk bahagian akhir bila makhluk asing yang sama-sama merancang dengan Loki nak takluk bumi frust sampai kata, "manusia... makhluk yang paling susah nak diperintah." Hahaha... makna yang mendalam gitu.
Sesiapa yang belum tengok The Avengers, jom tengok dekat Youtube bawah ni dulu.
Dan beberapa gambar i di Golden Screen Cinemas, One Utama, New Wing.
SINOPSIS / REVIEW / ULASAN THE AVENGERS

![]() |
| Tengoklah, Iron Man superhero i tu. |
![]() |
| Ini pulak superhero realiti i. Hehehe... |
p/s : Selamat berhujung minggu kawan-kawan